House PK |
- PANAS BERAPI! NURUL IZZAH PATUT TUTUP MULUT KALAU TAK FAHAM PASAL ISLAM!
- KUNYIT HANGIT! ZAID IBRAHIM NAK BERTANDING BAWAH TIKET PKR! AZMIN DAH MULA MENGGELABAH!
- PANAS BERAPI! BARU AKU TAU KENAPA MUJAHID YUSOF RAWA HILANG KOPIAHNYA!
- ISU PKNS SELANGOR! SIAPA DALANG DISEBALIK PANGGILAN PALSU BOM DI MAHKAMAH?
- CILI KASI TARUK! DILEMMA HAJI JADI DALAM PAS - KEBENARAN YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!
- DASYAT GILE LE! KP1M HANYA AMBIL MASA 48 JAM UNTUK BANTU MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA!
| PANAS BERAPI! NURUL IZZAH PATUT TUTUP MULUT KALAU TAK FAHAM PASAL ISLAM! Posted: 07 Nov 2012 10:00 PM PST SAYA mengerti bahawa "anak papa", Nurul Izzah Anwar sedang berada di dalam keadaan tertekan sekarang ekoran keceluparannya yang mahukan kebebasan golongan berusia 18 tahun ke atas untuk memilih agama yang disukai tanpa halangan. Saya juga mengerti tentang "papa"nya, Anwar Ibrahim yang berkecil hati dan kecewa apabila anak sulungnya itu dikecam hebat kerana memperjuangkan kehendaknya, termasuk menyokong LGBT di sebuah forum baru-baru ini. Bukan saja para pemimpin UMNO yang menyerang Nurul Izzah, malah Dewan Pemuda PAS juga berang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Siapalah yang tidak tertekan jika berada di dalam keadaan begitu, namun "terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak berkata-kata maka bersedialah menerima kesannya", apatah lagi kata-kata itu dari seorang pemimpin politik. Dari ucapan Nurul Izzah itu, jelaslah menunjukkan bahawa kefahaman anak sulung Anwar itu mengenai kalamullah adalah sangat cetek sekali. Memang benar "tiada paksaan untuk menganut agama Islam" sebagaimana yang difirman Allah SWT, namun Nurul Izzah tidak boleh menafikan keIslaman yang diwarisi melalui kedua ibu bapa sebagaimana yang berlaku di Malaysia dan umat Islam lain di dunia ini. Misalnya, puteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dilahirkan oleh Ummul Mukminin, Khadijah binti Khuwailid dan berbapakan Muhammad bin Abdullah yang beragama Islam. Jadi, mampukah dengan hujah dan fahaman yang pelopori Anwar dan Nurul Izzah itu menafikan keIslaman Sayyidatina Fatimah Az-Zahra dan beliau berhak memilih untuk memeluk agama lain pada usia 18 tahun? Read more... |
| KUNYIT HANGIT! ZAID IBRAHIM NAK BERTANDING BAWAH TIKET PKR! AZMIN DAH MULA MENGGELABAH! Posted: 07 Nov 2012 07:00 PM PST Azmin & Co cukup cepat mengadakan damage control dalam isu-isu yang mempunyai traction mengenai kepimpinan Azmin dalam PKR. Sekarang ini, kecoh apabila Zaid Ibrahim kembali membuat kenyataan-kenyataan yang membuatkan Azmin tak tidur malam. Usaha mengembalikan Zaid ke pangkuan PKR ini bukan isu baru. Memang sudah lama bermain di sekitar SUK dan kediaman Menteri Besar. Untuk mewujudkan 'balance of power' di dalam PKR Selangor, kehadiran Zaid memang memberikan advantage kepada team MB. Azmin bernasib baik kerana kakitangan HQ Parti digunapakai untuk menyerang musuh politik peribadinya. Tak semua pemimpin parti yang ada kekuatan ini. Sebaik sahaja ada riak perubahan politik – Azmin & Co akan mula memikirkan strategi media dan politik bersesuaian. Saifuddin Nasution, Nik Nazmi, Shamsul Iskandar – antara Azmin & Co yang akan menggila mencari media jika ada isu yang berkait dengan masa depan Azmin. Semua ini jadi begitu, kerana Azmin pandai bayar 'fees' kepada mereka yang mempertahankannya. Tengok dalam isu MURTAD yang dikemukakan Izzah. Ada Saifuddin buat kenyataan? Ada? Tak ada. Kalau nak dibandingkan, isu MURTAD dan Zaid ini jauh bezanya. Tapi Setiausaha Agung ambil keputusan untuk membantu Azmin berbanding Izzah. Macamana Izzah tak kecil hati. Ini semua game. "Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden. "Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang. Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden. Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Soalnya, kenapa Saifuddin macam cacing kepanasan? Kenapa risau dan fobia? Malu – sebab guna duit Zaid banyak waktu pilihanraya; tapi lebih membantu Azmin? Malu kerana banyak terhutang budi; takut tergadai BODY? Seronok juga tengok Saifuddin menggelabah ni…rupanya si Batak ini tahu takut juga. |
| PANAS BERAPI! BARU AKU TAU KENAPA MUJAHID YUSOF RAWA HILANG KOPIAHNYA! Posted: 07 Nov 2012 05:09 PM PST UFB kasi hantam sama MP PAS yang dah buang kopiah - Wajib tengok UFB kasi sekolah sama Nurul Izzah! |
| ISU PKNS SELANGOR! SIAPA DALANG DISEBALIK PANGGILAN PALSU BOM DI MAHKAMAH? Posted: 07 Nov 2012 04:00 PM PST Pendedahan berhubung penjualan beberapa aset strategik PKNS kepada Private Real Estate Company telah mengejutkan Khalid Ibrahim dan konco-konconya. Khalid sama sekali tidak menyangka perkara itu sekali lagi akan menjadi isu besar sepertimana isu pembelian hutang Talam. Bagi menghalang aset-aset PKNS yang kebanyakan menjadi tempat peniaga-peniaga bumiputera mencari rezeki jatuh ke tangan pihak luar yang mementingkan keuntungan, seorang peguam telah merancang untuk mendapat deklarasi bagi menghalang Khalid Ibrahim memindahkan aset-aset itu kepada syarikat luar. Peguam Kamaruddin Ahmad dijadual memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 9 pagi 6 November 2012. Tindakan yang bakal dilakukan Kamaruddin bukanlah satu rahsia besar dan menjadi pengetahuan umum. Bagaimanapun kira-kira sekitar jam 8 pagi seorang kakitangan mahkamah telah menerima satu panggilan telefon dipercayai daripada seorang lelaki yang menyatakan sebanyak tiga biji bom telah dipasang di sekitar mahkamah dan akan meletup pada jam 8 , 9 dan 10 pagi. Pihak polis telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan Unit Pemusnah Bom PDRM telah bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan yang dilakukan mereka mendapati tidak ada sebarang bom yang dipasang dan kawasan tersebut selamat. Baca selanjutnya di SEL13.COM |
| Posted: 07 Nov 2012 04:30 AM PST Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini. "Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti. "Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah. "Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan. Kalau mereka yang lama dalam PAS dan faham dengan lenggok bahasa Haji Hadi, pastilah tahu bahawa ada RAJUK di sebalik kenyataan Haji Hadi ini. Kenapa?
Ini mesej yang lebih dalam daripada kenyataan Haji Hadi. Anwar jangan terlampau suka – andai kata Haji Hadi buat keputusan untuk KONAR nanti; merudum Pakatan Rakyat! Sumber: Gelagat Anwar |
| DASYAT GILE LE! KP1M HANYA AMBIL MASA 48 JAM UNTUK BANTU MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA! Posted: 07 Nov 2012 02:42 AM PST 1. Hanya 48 Jam KP1M Perlukan Untuk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Seluruh Negara 2. Jelajah Bantuan Banjir: KP1M Agih Bantuan di Selangor, Johor dan Melaka 3. Kenyataan Sokong Murtad Nurul Izzah Bukanlah Sesuatu Yang Mengejutkan: Shahrizat Bukan itu saja, kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sewaktu misi bantuan banjir ni, KLIK SINI Steady la Azeez! Kak Ijat pun hebat dan Perak Today mantap kerana membuat liputan terbaik! |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment