Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


"MB BODOH.." - ANWAR KECAM KHALID GAGAP ARAH JAIS SIASAT NURUL IZZAH.

Posted: 07 Nov 2012 06:23 PM PST




Pakatan Pembangkang Selangor 'tergamam' seketika apabila MB Khalid Gagap menyatakan sokongan terhadap siasatan JAIS ke atas Puteri kesayangan Anwar, Nurul Izzah berhubung kenyataan kontroversinya sebagai Ahli Panel di Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility baru2 ini.






Pimpinan Pakatan Selangor terutamanya puak Parasit PAS mengangaap tindakan Khalid semalam satu sokongan paling 'tidak berakal' kerana JAIS telah diherdik mereka sebagai 'Alat Kerajaan UMNO/BN'. 



 


Lebih parah lagi, sokongan Khalid ini jelas bercanggah dengan dakwaan Anwar Ibrahim Selasa lepas yang menjelaskan pihak JAIS telah diarahkan Pemimpin UMNO untuk melakukan siasatan terhadap anaknya yang mahu Malaysia bebas dalam memilih Agama tanpa sebarang sekatan.

Sumber dalaman PKR mendakwa Anwar kini sedang berang dan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Khalid yang dikeluarkan semalam.

Tindakan Khalid sememangnya 'bijak' kerana telah berjaya membersihkan persepsi dan tuduhan Puak2 Parasit PAS yang menghina setiap tindakan JAIS terutamanya ketika bekerjasama dengan Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Dr. Hasan Ali dalam membanteras isu Murtad dan gejala sosial di Selangor.

Kelihatan sokongan bagi menyingkirkan Khalid Gagap selaku MB Selangor semakin utuh. Nurul Izzah yang sebelum ini menyokong Khalid bagi menentang Azmin mungkin sedang kecewa dan sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.




MENANG PRESIDEN US : OBAMA BERI 'AMARAN KERAS' BUAT ANWAR..!!

Posted: 07 Nov 2012 06:23 AM PST




Bahang Pemilihan Presiden Amerika Syarikat berakhir jua pada hari ini setelah kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barack Obama buat penggal kedua. Ternyata rakyat Negara Barat itu masih meletakkan keyakinan dan harapan terhadap kepimpinan beliau.

Walaupun Obama dilihat tidak mampu melakukan perubahan besar terhadap beberapa isu membabitkan konflik dunia, akan tetapi beliau berjaya memulihkan semula hubungan perpaduan Agama di AS terutamanya membabitkan umat Islam di Negara tersebut.

Kemenangan Obama turut dikongsi Kerajaan Malaysia menerusi ucapan tahniah yang ditujukan PM Najib Tun Razak khas buat rakan sejawatnya itu. Umum mengetahui Obama sangat mengagumi kepimpinan Najib dalam melakukan transformasi yang disifatkan beliau satu langkah berani di samping keupayaan beliau berdepan dengan cabaran politik pihak lawannya bernama Anwar Ibrahim.



 


Obama sememangnya tidak menggemari gaya politik Anwar yang dilihat seorang tokoh politik parasit yang sentiasa mencari jalan menjahanam ketenteraman Negara dan Dunia. Anwar juga turut merupakan rakan rapat beberapa pemimpin AS yang tidak seteru dengan Obama seperti Al Gore dan Paul Wolfowitz.

Ini kerana kedua2 Pemimpin ini merupakan antara pencetus konflik besar di beberapa buah Negara termasuklah di Palestin dan Iraq.

Lebih memalukan, Obama telah memberi amaran kepada Setiausaha beliau Hillary Clinton agar tidak memenuhi permintaan Anwar untuk bertemu dengannya ketika mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Maka kemenangan Obama telah memberi satu berita buruk buat Ketua Pembangkang itu dalam melebarkan sayapnya ke kancah politik dunia dengan sokongan dan kekuatan AS yang pernah menjadi 'senjata pertahanan' Anwar ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa2 pun, kejayaan AS mempertahankan Kerajaan sedia ada membuktikan bahawa perubahan politik yang dimaksudkan Anwar itu tidak releven. Kerana pengundi2 AS dilihat bijak dalam membuat keputusan demi masa depan Negara tersebut.

Mungkin pengundi Malaysia wajar menjadikannya sebagai rujukan sebelum berdepan PRU13 kelak.



SUDAH TIBA MASANYA NAZRI AZIZ SERANG 'BOM NUKLEAR'.

Posted: 07 Nov 2012 02:34 AM PST




"Saya aset bukan liabiliti," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata demikian menerusi Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN).

Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah 'aset' kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.

"Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi  itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.

Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.

"Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

"Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.

"Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar ... jadi dia adalah 'katak'. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan," kata Nazri.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...