Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PENDUDUK INSAF.. CERAMAH ANWAR DI MASJID TIBA2 MELIMPAH BANJIR..!!

Posted: 05 Nov 2012 06:23 PM PST



Mungkin Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengatur strategi yang 'bijak' dalam mengunapakai  semula kaedah Agama di saat2 akhir menjelang PRU13 bagi mendapatkan pengaruh terhadap pengundi Islam.

Tapi apa yang berlaku sebaliknya agar menginsafi semua ummah.

 




Berlokasi di Masjid Al Bakri Shah Alam, sejurus Anwar mengadakan Kuliah di Tempat Ibadah tersebut, kejadian yang mencatat titik sejarah Rumah Allah itu, banjir telah melimpah memasuki masjid berkenaan. Kupasan selanjutnya DI SINI.



NAJIB 'SAMBUT BAIK' HADI AWANG BERTANDING DI PEKAN..!!

Posted: 05 Nov 2012 04:23 PM PST




Kelihatan PM Najib Tun Razak tidak panik tatkala dituju soalan berkaitan dengan niat Presiden PAS Hadi Awang yang mungkin mahu berdepan dengan beliau di Parlimen Pekan pada PRU13 kelak.

Berdasarkan pengalaman beliau menyertai politik sejak berusia muda, apatah lagi hasil pengalaman berdepan Pembangkang di Parlimen tersebut sejak Pilihan Raya Umum tahun 1976, Najib lebih arif dengan permainan politik pihak lawan.
 
"Saya tidak fikir ini akan berlaku. (Tapi) Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah." Jawapan Najib yang tenang telah mengetahui maksud 'tersirat' laungan Presiden PAS berkaitan isu tersebut. 
 
Hadi Awang sewajarnya berfikir sejenak sebelum melakukan keputusan yang dilihat tidak memberi kesan terhadap kerjaya politik beliau. Jika benar ada sokongan dari Anwar sendiri, nyata Ketua Pembangkang itu mahu 'membunuh' karier dan pengaruh MP Marang tersebut.


KONTROVERSI MALINDO AIRWAYS.. SYARIKAT MONOPOLI 'PECAH DARA'..!!

Posted: 05 Nov 2012 05:21 AM PST




Sejak akhir2 ini terdapat pelbagai persepsi cuba ditimbulkan beberapa Pemimpin Pembangkang kononnya mahu membongkar penyelewengan Pimpinan Kerajaan. Persepsi melampau ini dianggap memperbodohkan rakyat kerana cuba menutup kerancakan ekonomi Negara pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Terbaru berkaitan pelancaran syarikat penerbangan tambang murah baru Malindo Airways yang dilihat secara umum memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan sederhana untuk menikmati khidmat penerbangan dengan lebih murah. Akan tetapi belum sempat syarikat ini mula beroperasi, Pembangkang telah mula melakukan satu lagi bentuk persepsi yang dianggap tidak masuk di akal. Tindakan sebegini dilihat sedikit sebanyak menutup peluang rakyat menikmati perkhidmatan penerbangan dengan harga yang lebih berpatutan.

Mengapa Pemimpin2 Pembangkang dilihat cuba mahu menyekat usaha ini dengan mencipta fitnah baru sebegini? Atau Pembangkang mahu menawarkan perkhidmatan penerbangan percuma pula kepada rakyat sebagai sebahagian manifesto terbaru mereka? GILA!!

Bersaing dengan Air Asia, Malindo Airways telah memecah dominasi ekonomi Negara dengan melakukan persaingan sihat. Malah ianya wajar didokong sama sekali kerana menutup sebarang amalan syarikat yang mengamalkan monopoli sesebuah produk dan perkhidmatan. Bukankah ianya mencerminkan ketelusan ekonomi Negara?

Segala penjelasan terperinci mengenai ketelusan sebenar di sebalik satu lagi perkhidmatan tambang murah terhadap rakyat yang disediakan Malindo Airways ada DI SINI. Baca dan fahami. Jangan mudah terpengaruh dengan andaian2 yang memperbodohkan rakyat dari pihak Pembangkang.



BADI ULAMA' SETAN.. JAIS SAHKAN HUBUNGAN AL ARQAM & DR. BADRUL AMIN.

Posted: 05 Nov 2012 04:08 AM PST




Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ada hubungan dengan Al-Arqam, yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Badrulamin ditahan, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut.

Menurutnya seramai 16 orang telah ditahan termasuk Badrulamin di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporan sebelum ini menyebut bekas pengikut kumpulan al-Arqam cuba menghidupkan gerakan itu dengan berselindung di bawah nama Global Ikhwan, satu rangkaian perniagaan.

Mereka ditahan dalam satu operasi malam Khamis lalu.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 3,500 orang.

Tambahnya, "kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama.

"Setelah itu mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.

"Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan," katanya kepada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk "Abuya terus memimpin walaupun ghaib" telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah.



Video Dr. Badrul Amin gelar Mufti Perlis ULAMA BAPAK SETAN.
 


Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.

Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan "Abuya terus memimpin walaupun ghaib", ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam.

Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.

"Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.

"Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya," katanya lagi.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...