House PK |
- AES OH AES! GILIRAN DR ZAMBRY PULA BERSUARA...
- KUNYIT HANGIT! NURUL IZZAH TAK NAK NGAKU PULAK DIA SOKONG MURTAD!?
- LAGI BALA ALLAH TAALA KE ATAS PAKATAN! MASJID ANWAR CERAMAH DITENGGELAMI AIR!
| AES OH AES! GILIRAN DR ZAMBRY PULA BERSUARA... Posted: 06 Nov 2012 12:03 AM PST Isu AES ni memang panas dan menarik perhatian pelabagai pihak, aku suka dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Zambry tentang isu ini, kat bawah ni petikan dari Perak Today: Kerajaan Pusat harus mengkaji secara mendalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ia dipasang atau dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Kajian tersebut katanya, bertujuan mengenalpasti matlamat utama pemasangan sistem tersebut di seluruh rangkaian jalan raya di negara ini. Menurut beliau lagi, pelaksanaan sistem tersebut mula dipersoalkan oleh rakyat yang menganggap ia sebagai satu perniagaan yang berasaskan keuntungan semata-mata. "Saya rasa ia (sistem AES) perlu dibuat penelitian secara mendalam seperti apakah matlamat kita perkenalkan 'AES' ini untuk keuntungan sesebuah syarika," soalnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri salah satu program 'walkabout' di Masjid Jeliang, dekat Kuala Kangsar, hari ini. Katanya, jika kajian tersebut mampu membuktikan pelaksanaan AES mampu mengurangkan kadar kemalangan dalam negara, maka ia sewajarnya dipraktikan dalam sistem undang-undang jalan raya. "Ia sekurang-kurangnya dapat mendidik pengguna jalan raya," tambah beliau. Ketika ditanya mengenai agenda pembangkang yang ingin menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan AES pada 9 November ini, Zambry berkata, ia sudah menjadi lumrah buat pihak berkenaan mensensasikan sesuatu isu yang dilihat mampu menarik dan meraih sokongan rakyat. "Pembangkang adalah pembangkang. Mereka tahu isu ini adalah isu yang menarik dan mereka akan guna apa sahaja bagi menarik perhatian dan sokongan rakyat. "Mereka mahu menjadi jurucakap dan hero di kalangan rakyat," tegasnya lagi. Katanya, isu pemasangan sistem AES tersebut bukanlah isu pembangkang semata-mata kerana di peringkat kerajaan negeri dan Pemuda UMNO juga telah menyuarakan pandangan supaya pemasangan kamera AES itu dapat diteliti semula oleh kerajaan Pusat. "Kita di pihak Barisan Nasional (BN) juga kita bercakap soal ini tapi kita bercakap secara berkhemah dan lebih rasional," ujarnya. Beliau juga telah mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti semula kawasan-kawasan pemasangan kamera AES bagi mengenal pasti tahap kesesuaiannya supaya ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. House PK: Itu pandangan Dr Zambry yang aku respek, dia berani bersuara walau pun pahit. Aku nak kongsi dengan kroang sebuah blog baru khas menceritakan pasal AES. KLIK SINI Sedikit petikan dari blog AES ni: Kami tidak pernah menyatakan had laju tidak perlu, kami kata biarlah masuk akal. Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES: Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini? Boleh JPJ jelaskan kepada kami? Untuk artikel panas berapi..KLIK SINI |
| KUNYIT HANGIT! NURUL IZZAH TAK NAK NGAKU PULAK DIA SOKONG MURTAD!? Posted: 05 Nov 2012 11:25 PM PST SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam. Forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH. Selain Nurul Izzah, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia,Malik Imtiaz; Ahli Parlimen PAS Parit Buntar,Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das. - Sumber Kami dengar Nurul menafikan kata demikian. Eh ... Nurul! Ini bukan laporan dari Utusan Malaysia atau NST atau TV3, ini sumber Malaysiakini. INi sumber SUARAM atau George Soros, takkan tak benar pulak untuk Nurul nafi-nafi! Bak kata Flying Kick sini, usah nak belit macam bulu tundun. Ini pemikiran Islam Liberal warisan bapa al sesat. HOUSE PK: OH Nurul tak mengaku pulak ya...he he he...tunggu Nurul, tunggu... terima kasih The Unspinners kerana menyiarkan artikel ini, kat bawah ni aku nak share ngan korang video Zul Nordin hentam Nurul Izzah...tengok la ya... |
| LAGI BALA ALLAH TAALA KE ATAS PAKATAN! MASJID ANWAR CERAMAH DITENGGELAMI AIR! Posted: 05 Nov 2012 08:18 AM PST Kampung Bukit Naga terletak di tengah-tengah antara Shah Alam dan Klang. Pentadbiran pihak berkuasa tempatan dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala untuk urusan tanah dibawah Pejabat Tanah dan Daerah Klang . Parlimennya pula di bawah P111 Kota Raja dan Dun N50 Sri Muda. Hampir keseluruhan penduduknya beragama islam. Majoriti penduduk kampung adalah penyokong BN dan kampung itu boleh dikatakan lubuk BN. Untuk keputusan pilihan raya bagi peti undi Bukit Naga ia tidak pernah mengecewakan BN. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program. Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan. Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga, pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri, yang juga menjadi landmark kampung berkenaan. Baca seterusnya di SEL13.COM |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment