UMNO Online - “Action Against Non-Muslims For Spreading Their Religion To Muslims” plus 9 more |
- Action Against Non-Muslims For Spreading Their Religion To Muslims
- Najib Arrives In Kota Baharu For Brief Visit
- Majlis Agama Islam Boleh Ambil Tindakan Terhadap Cubaan Murtadkan Umat Islam
- Pembangkang Ibarat ‘Retak Menanti Belah’ Berhubung Hukum Hudud – Ahmad Zahid
- Pendekatan Islah Untuk Gerakkan Negara Ke Arah Kemajuan – Najib
- PM Puji Rakyat Malaysia Atas Kejayaan Ekonomi Negara
- Solidarity Declaration For Palestine Expected At Nam Meeting
- Tema Kemerdekaan Sesuai Kata Tun Abdullah
- Wajar Jawatankuasa Khas Kaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum – Mustapa
- UMNO Dan BN Sabah Tetap Kukuh, Kata Shafie
Action Against Non-Muslims For Spreading Their Religion To Muslims Posted: 05 Aug 2012 03:24 AM PDT YAN, Aug 5 – The Islamic Religious Council in the states can take action against non-Muslims for trying to spread their faith among Muslims in the country. Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Jamil Khir Baharum said this can be done based on existing enactments that prohibit non-Muslims from doing so. “Distribution of reading materials and in the form of audio video is disallowed as it will lead to dissatisfaction of Muslims,” he said at Yan Hospital here today. A newspaper reported that two men believed to be foreign tourists tried to spread Christianity as Muslims were preparing to break their fast in Penang on Thursday. Jamil said the case of a man who was fined and jailed in Pahang in 2002 for trying to spread his faith to Muslims should serve as a lesson to non-Muslims. He donated a hemodialysis machine worth RM65,000 to Yan Hospital to meet the needs of 37 kidney patients in the district. |
Najib Arrives In Kota Baharu For Brief Visit Posted: 05 Aug 2012 03:23 AM PDT KOTA BAHARU, Aug 5 – Datuk Seri Najib Tun Razak arrived at the Sultan Ismail Petra International Airport, Pengkalan Chepa here today for a brief visit to Kelantan. The prime minister, who flew in at 4.25 pm, was greeted by International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin, Member of Parliament for Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, and other Barisan Nasional leaders. Shortly after arrival, Najib attended the Kelantan Umno liaison committee’s closed-door meeting at the Anggerik Room of the airport. The prime minister later headed for Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana in Bachok to hand over aid from the Welfare Services Department to the poor and attend the breaking of fast. After performing the Maghrib prayers at the Badak Mosque, Melawi, Najib will join congregators for the Terawih prayers at the Naim Mosque, Jelawat. He will later visit the Kelantan Poverty Foundation, Melor where he will be served ‘colek’ (fruit salad) before returning to Kuala Lumpur. |
Majlis Agama Islam Boleh Ambil Tindakan Terhadap Cubaan Murtadkan Umat Islam Posted: 05 Aug 2012 03:18 AM PDT YAN, 5 Ogos – Majlis Agama Islam negeri melalui peruntukan enakmen sedia ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. “Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak, video dan penulisan tidak dibenarkan kerana akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam terhadap kegiatan mereka,” katanya ketika mengulas isu pelancong asing yang menyebarkan fahaman Kristian di Pulau Pinang yang dilaporkan akhbar Khamis lepas. Menurut laporan itu, dua lelaki yang dipercayai pelancong asing cuba menyampaikan ajaran agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa. Jamil Khir menasihati mereka yang menjalankan kegiatan itu agar memahami terlebih dahulu peraturan majlis agama di negara ini dan perlu mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang. Beliau berkata terdapat satu kes yang mengguna pakai enakmen berkenaan dan tertuduh dikenakan denda serta penjara di Pahang pada 2002 dan ini perlu dijadikan sebagai iktibar. Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan peribadinya iaitu sebuah mesin hemodialisis bernilai RM65,000 kepada Hospital Yan bagi menampung kekurangan mesin tersebut untuk merawat 37 pesakit sekitar daerah Yan. Beliau berharap syarikat korporat, swasta serta individu lain turut menyumbang mesin tersebut untuk pesakit bagi memudahkan mereka menjalani rawatan tanpa perlu menunggu terlalu lama. |
Pembangkang Ibarat ‘Retak Menanti Belah’ Berhubung Hukum Hudud – Ahmad Zahid Posted: 05 Aug 2012 03:13 AM PDT BAGAN DATOH, 5 Ogos – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pakatan pembangkang kini ibarat “retak menanti belah” ekoran tiada persefahaman antara DAP dan PAS berhubung prinsip pembentukan negara Islam. Ahmad Zahid berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berada dalam keadaan serba salah kerana parti itu selama ini hanya menjadi ‘jambatan antara PAS dan DAP yang mungkin akan runtuh apabila dibebani dengan masalah’. “Walaupun DAP dan PAS menampakkan semacam ada kesepakatan tetapi dalam soal prinsip pembentukan negara Islam memang tidak dipersetujui langsung oleh DAP dan pendapat Karpal Singh sebagai pengerusi DAP adalah pendapat yang mewakili DAP keseluruhannya. “Atas nama kompromi politik, PAS seolah-olah semacam ada rasa toleransi apa yang dipegang oleh DAP tetapi sebenarnya PAS juga tidak pernah bersetuju dengan pendirian terbuka DAP,” katanya kepada pemberita selepas menutup tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perang terbuka antara PAS dan DAP berhubung isu hudud apabila Karpal Singh menegaskan parti itu akan menentang sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud. Katanya, Karpal Singh merupakan jurucakap kepada DAP untuk menyatakan ketidaksetujuan terhadap dasar pembentukan negara Islam oleh PAS dan hukum hudud adalah termasuk dalam elemen penting pembentukan sebuah negara Islam. Ahmad Zahid berkata PAS tidak perlu berdolak dalih dengan mendakwa DAP menyokong hukum hudud kerana hakikat sebenar Karpal Singh mengatakan PAS parti kolot yang mahu ke belakang kerana mahu melaksanakan hukum hudud. “Pendapat Karpal Singh itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin PAS yang menyatakan hukum hudud adalah hukum qat’ie iaitu hukum yang tidak boleh dikompromikan atau dikemudiankan pelaksanaannya. Jadi pertentangan ini saya lihat adalah pertentangan yang cukup ketara,” katanya. Sementara itu, beliau berkata PAS akan hilang identiti sekiranya mereka menukar pembentukan daripada sebuah negara Islam kepada negara kebajikan atau lain-lain. Penukaran kepada negara kebajikan tidak lagi kepada negara Islam adalah untuk memenuhi kehendak pakatan pembangkang yang tentunya diwujudkan untuk berkompromi perbezaan dalam falsafah politik mereka, katanya. |
Pendekatan Islah Untuk Gerakkan Negara Ke Arah Kemajuan – Najib Posted: 05 Aug 2012 03:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Transformasi Negara yang sedang berlaku sekarang sentiasa mengambil pendekatan melalui konsep ‘islah’ untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju. Beliau berkata, pendekatan ‘islah’ ini berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi. “Kini, kita mengorak langkah islah kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya-Allah,” katanya dalam perutusan sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah, hari ini, dalam blognya, 1malaysia.com.my. Beliau juga berdoa agar dengan keberkatan Nuzul Al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan ini, Allah akan menyatukan hati umat Islam di negara ini bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah 'islah' dan transformasi negara Malaysia. Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan ini merupakan panduan lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi, katanya. Menurut beliau lagi, berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan meletakkan Al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam. Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) secara komprehensif, katanya. |
PM Puji Rakyat Malaysia Atas Kejayaan Ekonomi Negara Posted: 05 Aug 2012 02:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang berdedikasi dan bekerja keras atas peranan mereka dalam menjayakan ekonomi Malaysia beberapa bulan kebelakangan ini di celah-celah kemuraman ekonomi di lain-lain bahagian dunia. “Sebagai perdana menteri Malaysia, merupakan satu tarikan, tetapi sesuatu yang salah, untuk mengaku bahawa saya yang membawa kejayaan ekonomi ini. Pujian sebenar harus diberikan kepada kecemerlangan usahawan kami, kesungguhan graduan muda kami, dan tentunya dedikasi dan kerja keras ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri teras seperti perladangan, perkhidmatan dan perkilangan. “Selain daripada itu, pengawasan kukuh kerajaan, terutamanya dalam Program Transformasi Ekonomi kami, telah memberikan asas yang kukuh bagi daya tahan ekonomi negara kami,” katanya dalam satu rencana pendapat yang muncul buat pertama kali dalam akhbar Hong Kong, South China Morning Post, semalam. Dalam beberapa minggu ini, Najib berkata wartawan telah menulis tentang bank-bank yang telah menikmati peningkatan ketara di Kuala Lumpur berikutan tawaran saham awal oleh Felda Global Ventures Holdings dan IHH Healthcare di Bursa Malaysia, dalam penyenaraian kedua dan ketiga terbesar di dunia tahun ini. Beliau berkata, dengan menyamakan Kuala Lumpur dengan pusat-pusat kewangan utama seperti Hong Kong atau Singapura, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang wartawan dalam beberapa minggu ini, ia mungkin menunjukkan publisiti yang sentiasa mengelilingi penyenaraian pasaran saham yang penting. Najib berkata Bursa Malaysia semakin kukuh dan mencecah ketinggian rekod pada Julai. “Dengan menghindari trend muram global, ia juga mencerminkan ekonomi Malaysia yang lebih meluas. Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Malaysia mecatatkan 4.7 peratus yang membanggakan, ketika pasaran eksport utama kita dilanda kemelesetan, dan kecemerlangan rakan niaga penting kita seperti China dan India semakin merosot. “Paras hutang Malaysia kekal pada tahap boleh urus 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, sementara kadar pengangguran kami dicatatkan pada 3.0 peratus. Pendapatan setahun telah meningkat daripada US$6,700 pada 2009 kepada US$9,700 hujung tahun lepas. Perdana Menteri Britain David Cameron baru-baru ini merujuk Malaysia sebagai ‘pusat kuasa ekonomi global moden,” tulis perdana menteri itu. Najib berkata Malaysia tidak pernah mengguna pakai kapitalisme kepuasan segera tidak terkawal yang terbukti membawa bencana kepada beberapa ekonomi semenjak krisis kewangan global. “Sebaliknya, kami menumpukan kepada memastikan kestabilan dan melaksanakan reformasi yang boleh menjanjikan dividen jangka panjang. Kami telah meliberalisasikan sektor perkhidmatan, memberi fokus kepada industri pertumbuhan utama dan melepaskan pemilikan negara dalam syarikat-syarikat terkemuka. Felda Global dan IHH Healthcare adalah kes sebegitu. “Sepanjang beberapa tahun, kerajaan memiliki pegangan majoriti dalam syarikat-syarikat ini, melindungi mereka dari cabaran pasaran sehingga mereka cukup matang. Felda Global kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan, sementara IHH Healthcare ialah penggendali hospital terbesar Asia. Najib berkata kerajaan terus menyokong industri baru muncul yang akan memperkasakan Malaysia dan ekonomi global pada masa depan. “Sebagai contoh, kami menyasarkan untuk membangunkan sektor maklumat, komunikasi dan teknologi untuk memberikan 17 peratus pendapatan kebangsaan menjelang 2020, dan kami menyokong teknologi karbon rendah, seperti modul solar, pencahayaan LED amat berkesan dan kereta hybrid dan elektrik. “Sektor pelancongan dan perkilangan kami memang telah menjadi pendahulu global, sementara Malaysia adalah peneraju dunia dalam kewangan Islam.” Mengenai Tun Razak Exchange, daerah kewangan antarabangsa terbaru Kuala Lumpur, beliau berkata bursa itu menyasarkan untuk menarik 250 syarikat, mencipta 500,000 pekerjaan, menjana lebih US$8 bilion dalam nilai pembangunan dan mengubah Kuala Lumpur menjadi pusat kewangan global. Najib berkata beliau percaya bahawa pendekatan Malaysia – satu bentuk kapitalisme yang kukuh dan membina, dengan reformasi ekonomi dan politik berjalan seiring – akan terus membawa kejayaan. |
Solidarity Declaration For Palestine Expected At Nam Meeting Posted: 05 Aug 2012 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 5 – A Declaration of Solidarity for Palestine is expected to be recommended by foreign ministers at the two-day Extraordinary Ministerial Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Committee on Palestine at Ramallah, Palestine beginning today. The Foreign Ministry said in a statement here that Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman was leading the Malaysian delegation to the meeting, accompanied by senior ministry officials. “Malaysia’s participation at the extraordinary meeting demonstrates the nation’s continued support for the government and people of Palestine,” Wisma Putra said, adding that Palestine’s President Mahmoud Abbas would also attend the meeting. The extraordinary meeting was being held to show the support and solidarity of the NAM member countries toward Palestine as well as to study and evaluate the current situation in Palestine, including the rise in illegal settlements and the violation of the rights of the Palestinian people by Israel. The NAM Committee on Palestine consists of 13 countries namely South Africa, Algeria, Bangladesh, Colombia, Cuba, India, Indonesia, Malaysia, Egypt, Palestine, Senegal, Zambia and Zimbabwe. The Extraordinary Ministerial Meeting of the NAM Committee on Palestine is being held following the proposal made by Palestine’s Foreign Minister Riad Al-Malki during the NAM Ministerial Level Committee Meeting on Palestine on May 9 in conjunction with the Ministerial Level Meeting of the NAM Coordination Bureau held at Sharm El Sheikh, Egypt from May 7 to 10. |
Tema Kemerdekaan Sesuai Kata Tun Abdullah Posted: 05 Aug 2012 12:10 AM PDT KEPALA BATAS, 5 Ogos – Keputusan kerajaan untuk menggunakan tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini sesuai, dan perlu dilihat dari segi jangka masa pentadbiran yang lalu serta mencapai matlamatnya. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata jika dilihat pada masa ini, tiada masalah besar yang boleh menimbulkan cakap-cakap berikutan keputusan yang dibuat kerajaan. Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata selepas satu tempoh pentadbiran, pelbagai janji telahpun dibuat dan banyak yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kita tetap terima tema yang dipilih biarpun nampak ganjil sikit,” katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di sini hari ini. Seramai 350 penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, Orang Kurang Upaya dan warga emas dari Parlimen Kepala Batas menerima hamper serta wang tunai. Semalam akhbar melaporkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan berganjak dengan tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini. Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal. |
Wajar Jawatankuasa Khas Kaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum – Mustapa Posted: 05 Aug 2012 12:07 AM PDT KOTA BAHARU, 5 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kelantan mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata adalah wajar isu tuntutan bayaran tunai itu diserahkan kepada jawatankuasa khas itu kerana ia dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. “Kita serahkan kepada jawatankuasa khas ini kerana mereka pakar undang-undang berdasarkan terma rujukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam, mereka tidak berpihak kepada mana-mana maka kita tunggu hasil daripada jawatankuasa ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur. Najib berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata jawatankuasa khas itu juga akan mengambil kira pandangan daripada rakyat Kelantan kerana wakil dari negeri ini yang diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan menganggotai jawatankuasa tersebut. “Kita berpandangan kita perlu serahkan isu tersebut kepada pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa tersebut, kita harap tidak ada pihak yang beremosi, dipolitikkan, kerana seperti yang ditekankan Perdana Menteri jawatankuasa ini akan bertindak secara adil dan telus,” katanya. Beliau berkata jawatankuasa khas tersebut juga akan mengkaji adakah wajar pemberian wang ehsan kepada Kelantan diteruskan, dimana sejak tiga tahun lalu sebanyak RM61.8 juta disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk membantu rakyat negeri ini termasuk kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Mengenai lawatan Perdana Menteri ke negeri ini petang ini, Mustapa berkata lawatan Najib itu akan meningkatkan semangat kepada BN Kelantan dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 4.25 petang, Najib akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Kelantan dan kemudiannya beliau akan menghadiri program penyampaian bantuan kepada Penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok. Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk di Masjid Naim, Jelawat, Bachok dan sebelum berlepas pulang, beliau akan ke Yayasan Kemiskinan Kelantan di Melor untuk bersama penduduk. |
UMNO Dan BN Sabah Tetap Kukuh, Kata Shafie Posted: 04 Aug 2012 11:58 PM PDT SEMPORNA, 5 Ogos – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan. Beliau berkata dakwaan kononnya Umno dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Itu (gembar-gembur) kita tidak bimbang sangat. Kita akan mengambil langkah tertentu untuk memastikan kita dapat mengukuhkan Umno dan BN di Sabah. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang merancang ke negeri ini minggu depan dan akan membawa ‘kejutan’. Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata jika selepas gembar-gembur di Sarawak gagal membawa kemenangan kepada pembangkang pada pilihan raya negeri itu, perkara serupa juga akan berlaku di Sabah. Mengenai kesan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin kepada Umno Sabah, beliau berkata pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih sedang menyusun jawatankuasanya bagi memperkukuh Umno bahagian itu. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment