PISAU.NET |
- Kalah olimpik:DAP dan Pakatan Mula Serang Lim Chong Wei
- Sergah PAS Lagi,Hudud Sudah Ketinggalan Zaman -Karpal
- Hudud: PAS Seperti Anjing Menyalak Bukit
Kalah olimpik:DAP dan Pakatan Mula Serang Lim Chong Wei Posted: 05 Aug 2012 12:04 PM PDT Kekalahan Datuk Lim Chong Wei dalam perlawanan akhir Badminton Olimpik London 2012 di tangan Lin Dan mengundang serangan daripada pihak pakatan. Tanpa menghormati dan berterima kasih terhadap pengorbanan ahli sukan seperti Datuk Lim Chong Wei pihak pakatan mula menyalahkan ahli sukan ini dengan penghinaan dam dimomokkan dengan pelbagai nista. Manoharan yang terkenal dengan sikap yang tidak pernah menghormati negara dahulunya pernah terlibat menghina bendera negara. Dalam twit Manoharan,Beliau mempermainkan nama Datuk Lim Chong Wei dan mengaitkan kekalahan Chong Wei dengan pemerintahan BN. Katanya Jika pakatan perintah Putrajaya,Pasti Malaysia akan beroleh emas olimpik.Inilah kedangkalan dan kebobrokan haprak pakatan.Apa saja didepan mata kesemuanya mahu di politikkan. Hinggakan anak sendiri jatuh longkang pun disalahkan BN. Kita semua mengakui perlawanan Datuk Lim Chong Wei bermain bermati matian memperlihatkan kesungguhan beliau demi negara apakah ini balasan yang setimpal beliau terima. Kalangan peminat sukan masih berterima kasih kepada Datuk Lim Chong Wei walaupun beliau hanya merangkul pingat perak. Inilah mencerminkan semangat kesukanan tanpa mengaitkan dengan Politik murahan pakatan. Kepada Datuk Lim Chong Wei.. you've done a great job ,dont say sory.. Pisau kata "mano ni mabuk todi kot,bangsat punya Dap" |
Sergah PAS Lagi,Hudud Sudah Ketinggalan Zaman -Karpal Posted: 05 Aug 2012 07:00 AM PDT Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Tantawi diherdik oleh Karpal kerana bercakap soal Hudud ,kemudian isu ini kembali panas apabila Nasrudin jelas bercakap bohong didepan khalayak kononnya PAS adalah hero dan sangat berkuasa didalam pakatan hinggakan Karpal tunduk dengan perjuangan mereka. Akibat berbohong kononnya DAP tunduk kepada PAS,akhirnya Karpal berdehem hingga habis seluruh barisan kepimpinan PAS terkincit ketakutan. Kelmarin Karpal Singh sekali lagi menyergah khawarij,beliau bersama beberapa ahli DAP mengadakan pertemuan dan satu sidang akhbar di Air Itam Pulau Pinang. Karpal menyinga sambil melahirkan perasaan marah dengan tuduhan kononnya diri beliau menjadi liabiliti dalam pakatan pembangkang ,sedangkan isu kesungguhan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini yang dianggap telah ketinggalan zaman. Kata Karpal lagi ,PAS sepatutnya membuka mata berkenaan isu hukum hudud dan tidak keliru tentang keseluruhan isu tersebut kerana PRU sudah semakin hampir. "Semua orang menentang undang undang hudud termasuk PKR tetapi PAS masih belum sedar dan mempersoalkan siapakah yang sebenarnya berfikiran kolot kata Mursidol Am DAP dengan tegas. Karpal mengamuk dan anggap Mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu sebagai bodoh dan bebal kerana menuduh beliau sebagai liabiliti kepada DAP sedangkan PAS sendiri yang banyak melakukan kerosakan didalam pakatan Amaran Karpal kepada pemimpin tertinggi PAS agar memperbetulkan perkara berkaitan hukum hudud dan pendirian mereka mengenai negara Islam kerana DAP tetap tidak akan bersetuju dengan keputusan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam Bagaikan memberi arahan,Karpal berkata bahawa PAS perlu memastikan semua ahlinya tahu perkara yang telah dipersetujui diperingkat tertinggi parti bahawa hudud bukan lagi perjuangan PAS dan pakatan rakyat. Pakatan rakyat tidak boleh mempunyai beberapa orang yang secara tiba tiba menyuarakan pendapat berlainan tanpa merujuk kepada peringkat tertinggi parti terutamanya ketua umum Anwar Ibrahim dan setiausaha agong DAP Lim Guan Eng. Ini yang Nasrudin kata DAP setuju dengan PAS? Pisau kata " Hadi ,Nik Aziz,Mat Sabu,Mahfuz dan para pemimpin khawarij ada berani ka sound DAP?" |
Hudud: PAS Seperti Anjing Menyalak Bukit Posted: 05 Aug 2012 02:41 AM PDT Seharusnya kita mengangkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana berani menempelak Karpal Singh dalam isu hudud tetapi malangnya, kita tidak merasa yang beliau yang layak menerimanya. Bagaimana kita boleh memberi tabik hormat kepada seorang yang tidak punya pendirian? Umum tahu bahawa DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud. Jika tidak, kerjasama kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin direalisasikan. Jadi, mungkinkah Mohd Nor Hamzah terlepas pandang bahawa PAS telah menggadaikan hudud lama dahulu, manakala Karpal Singh pula tidak pernah berganjak dari pendiriannya? Jika benar pendirian PAS mengenai hudud adalah tetap, tidak berubah dan nekad ingin melaksanakannya, kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan Karpal yang sanggup mati dan membiar mayatnya dilangkah semata-mata menentang hudud dan Negara Islam? Bahagian manakah dalam kata-kata Karpal atau DAP mengenai hudud yang PAS tersilap faham atau tidak faham langsung? Kenapa baru hari ini, dan saat ini si Mohd Nor Hamzah nak melenting dan menyuruh Karpal berhenti? Atau apakah ketika memeterai persetujuan untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dahulu, PAS sememangnya berniat untuk menipu DAP dan PKR konon bersedia menggugurkan hudud dan Negara Islam tetapi sebenarnya tidak berniat begitu? Sebenarnya, soal hudud tidak ada kena mengena dengan pandangan Karpal yang maju ke depan atau terkebelakang seperti tempelak Mohd Nor. Yang menjadi persoalan kini bukan hudud, tetapi PAS. Masyarakat perlukan kepastian apakah PAS sebuah parti penipu atau sekadar tidak tetap pendirian? Walau apapun, sama ada PAS penipu atau tidak tetap pendirian, kedua-duanya adalah sifat munafik yang tidak wajar dihormati, jauh sekali dilantik sebagai pemerintah. Ini kerana pendirian atau prinsip melambangkan maruah. Manusia tanpa prinsip boleh dijual-beli serta tidak harus dipercayai. Apatah lagi jika prinsip yang dilaungkan mereka berkisar soal hukum hakam agama. Begitu juga manusia yang suka menipu, bukan sahaja tidak wajar dihormati, tetapi tidak harus dijadikan kawan sekali pun. Rakyat dan negara pasti tidak akan selamat jika diperintah oleh parti yang tidak punya maruah dan penipu seperti PAS. Bagi seorang pemimpin kecil di dalam PAS untuk menyuruh pemimpin besar di dalam DAP meletak jawatan kerana PAS memilih untuk membuat U-turn adalah tidak masuk akal sama sekali. Lagipun, pendirian Karpal bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti. Justeru adalah lebih sesuai jika Mohd Nor menyuruh DAP keluar dari PR, daripada menyuruh Karpal meletak jawatan. Tetapi adalah jauh lebih bermaruah jika PAS yang memberi kata dua untuk keluar dari PR jika DAP terus menerus menentang hudud. Atau lebih baik lagi jika Mohd Nor sendiri memberi kata dua kepada PAS untuk keluar parti jika terus bersekongkol dengan DAP. Jika ini berlaku, maka barulah layak Mohd Nor menerima tabik hormat dari kita. Kita tahu PAS meletakkan politik mengatasi agama dan PAS tidak pernah berniat pun untuk benar-benar melaksanakan hudud. Malah 'pertengkaran' dengan DAP ini juga tidak mustahil hanya strategi PAS untuk 'memujuk' hati umat Islam dan strategi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Islam. Untuk itu mereka akan saling menyalak sesama sendiri sementara menunggu keputusan PRU. Hudud, hanyalah bahan kempen dan publisiti - tidak lebih dari itu. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment