BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! MP PKR KUALA LANGAT LIDAH NYA TERBELIT-BELIT NAK BAGI JAWAPAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ???

Posted: 05 Aug 2012 12:17 PM PDT


Setelah lebih seminggu,akhirnya Ahli Parlimen Kuala Langat yang mulai berasa bahang CELAKA HARAMJADAH dan DAHSYAT! DAHSYAT! yang seringkali diungkapkan kepada Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor,akhirnya terpaksa membuka mulut ekoran bahang kelakuan hodohnya mulai diperkatakan orang ramai.Dengan ancaman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog serta portal yang telah menyiarkan kemelut rumahtangganya, Abdullah Sani cuba memutarbelitkan fakta dengan harapan dia akan kelihatan seperti seorang yang suci, bersih serta kudus.Lebih penting,Abdullah Sani cuba memperlihatkan yang dia adalah seorang mangsa fitnah manakala isterinya yang dihalau dari rumah kerana Abdullah Sani telah menggantikan Halimah Saat dengan Faizah Ariffin, sebagai wanita yang tidak bermaruah dan tidak mengenang budi.

Halimah Saat hanyalah seorang surirumah sepenuh masa.Tidak mempunyai sebarang kepentingan atau peranan dalam politik,bahkan mungkin dia sendiri tidak berminat dengan politik pun! Justeru apabila Abdullah Sani cuba menggambarkan yang dia adalah anak yang baik,yang mana pilihan utama adalah ibunya berbanding isterinya tetapi pada masa yang sama langsung tidak menyebut tentang isteri barunya yang dikahwini di Songkhla yang menjadi faktor kepada penghalauan isteri tuanya,Abdullah Sani bolehlah disifatkan sebagai seorang munafiq.Abdullah Sani menyatakan yang dia kononnya telah menyediakan sebuah rumah di Desa Pandan untuk Halimah. Kononnya kalau dia seorang yang kejam, mengapa dia sediakan sebuah rumah. Namun perkara yang paling menarik untuk direnung, kalau benar, dia tidak kejam, mengapa rumah di Banting tidak diserahkan kepada Halimah dan dia serta isteri mudanya yang merupakan Ketua Wanita PKR Hulu Selangor tidak tinggal di rumah di Desa Pandan berkenaan?

Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan? Mengapa pula isteri tuanya yang tidak bekerja dan bergantung hidup dengannya selama 27 tahun yang diperintahkan berpindah? Kata Abdullah Sani dia menyediakan RM2000 sebulan sebagai sara hidup isteri tuanya. Tetapi persoalan yang timbul mengapa Halimah Saat memerlukan Abdullah Sani untuk mengambilnya di Klang Sentral pada hari kejadian? Alasan telah menyediakan segala-gala untuk belas isteri sudah terlalu acap diberikan oleh lelaki yang beristeri baru dan bertindak zalim terhadap wanita yang telah hidup bertahun-tahun dengan mereka Dan yang menariknya, Abdullah Sani langsung tidak membalas atau bercerita tentang Faizah Ariffin. Apakah dia mahu menidakkan kegatalan dia dan Faizah telah menganiayai Halimah Saat? Mudah benar Abdullah Sani menyalahkan pihak lain walaupun hakikatnya terang-terangan dalam hal ini dia yang bersalah kerana tidak sahaja mengabaikan isteri tuanya tetapi juga bertindak kejam.

Anda percaya jawapan seorang ahli politik berbanding isterinya yang tidak terlibat langsung dalam politik apabila memberitahu yang dia tidak membuang pakaian isteri tuanya itu walhal cerita isteri tuanya adalah sebaliknya? Jahat sangat Ahli Parlimen PKR ini yang kejahatannya turut diturunkan kepada anak-anaknya! - Selangor Daily

CUBA ANDA LIHAT REPOT POLIS DI ATAS !!!

ANDA PERCAYA KER BELIAU TAK MEMBUANG PAKAIAN ISTERI BELIAU ???

BUKAN SAYA NAK TUDUH !!!

BUKTI DAH ADA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! APA BEZA DATUK T YANG KELUARKAN VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM DAN RAFIZI LEMBU BAFIA !!!

Posted: 05 Aug 2012 08:30 AM PDT



Akhir-akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.Senang cakap berani buat..tak berani tanggung.Makanya bila kerajaan bertindak 'lambat siang' riuh tuduh zalim dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain kepada umum.Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar skandal NFC.Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal whistleblowers kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh didakwa.Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada Rafizi.Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan akaun bank itu.Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di sini.Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan "telah gigit apa yang tidak mampu dikunyahnya," atau dalam kata lain terlebih aksi.

Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa membabitkan bos Rafizi,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya,ada tarikh dan ada individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.Keutuhan pendedahan itu diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks itu 99.9 tulen.Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?

Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan) di Hotel Carcosa di ibu negara.Mendedahkan skandal Anwar itu tidak salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.Mereka bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.Tidak ada siapa pun dikalangan penyokong kerajaan yang menjulang mereka sebagai hero atau desak mereka tidak boleh didakwa kerana merupakan whistleblower tentang perangai jijik seorang pemimpin politik.

Sebab semua faham,dalam hendak membongkarnya ketiga-tiga mereka telah 'melanggar garisan' dan di Malaysia atau mana-mana negara berdaulat yang langgar garisan kena hukum.Tidak perlulah hendak jadikan Rafizi sebagai hero dan gunakan wang rakyat Selangor untuk tanggong khidmat guaman membelanya.Menurut Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan,pembangkang tidak seharusnya membiarkan orang bersalah menjadi hero dalam masyarakat.Katanya,orang bersalah akan tetap bersalah dan menerima hukuman yang sepatutnya dan bukan diletakkan sebagai penyelamat.

"Kalau Rafizi atau sesiapa pun bersalah memang patut terima hukuman dan tak boleh lepaskan diri. Jangan jadikan dia sebagai hero pula, itu tak wajar," kata beliau.

Mudah cerita,jangan ingat bila kita jadi pembangkang kita dapat tiket untuk buat apa sahaja ikut suka hati dan apabila kerajaan bertindak maka itu bermakna kerajaan menindas pembangkang.Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang.Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.

Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun deposit tetap dibawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu.Pada 17 Mac 2007,tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka.PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun.

Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah – ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.Pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan.Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland, Singapura dan Luxembourg serta bank-bank 'offshore' dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain.Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan (BAFIA) pada tahun 1989.Di bawah BAFIA,terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.

Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan.Sebab itu bagi Abdul Rahman Dahlan,Rafizi sepatutnya meneliti undang-undang di negara ini sebelum terlalu ghairah membuat mana-mana pendedahan bersabit maklumat dan hak individu di setiap perbankan.

"Dalam cubaan kita untuk menguruskan negara, kita tidak boleh melanggar undang-undang walaupun tujuan kita itu baik tetapi melanggar undang-undang adalah satu perkara yang tidak betul.BAFIA dibuat supaya kita mempunyai sistem di mana tidak ada orang boleh menyebarkan maklumat perbankan seorang individu yang lain, jadi di situ sudah berlaku satu kesalahan," katanya.

Menurut Rahman,apa yang jadi pada Rafizi semalam turut boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang tersilap catur dalam meneliti sebarang kekebalan undang-undang di negara ini.

"Kalau pihak polis menggunakan kekerasan dan didapati betul, dan pihak mahkamah mendapati ia salah,mereka juga patut mengikut peraturan.Perkaranya ialah cara mendapatkan maklumat itu,jika didapati daripada cara yang tidak betul, maka ia tidak boleh digunapakai dalam sistem kehakiman,beginilah juga kes Rafizi.Walaupun mungkin,dia hendak beri tahu orang ramai atas isu NFC tetapi menggunakan platform parti untuk membawa satu maklumat mengenai perbankan orang lain dan itu salah,jadi kita perlu hormati undang-undang," katanya lagi.

Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.Beliau didakwa mengikut BAFIA, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Selain itu, kerani bank Johari Mohamad,41,yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Oleh Helmi Agenda Daily

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! MP PKR KUALA LANGAT ABDULLAH SANI KANTOI MENIPU RAKYAT MALAYSIA ???

Posted: 05 Aug 2012 05:00 AM PDT



cuba anda baca balik report polis di atas dan bandingkan apa yang abdullah sani kata di bawah

Ahli Parlimen PKR Kuala Langat,Abdullah Sani Abd Hamid menafikan semua dakwaan laman Sel13.com termasuk salinan laporan polis yang disifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.

"Mana ada.Semua itu bohong.Di bulan Ramadan ini saya nak katakan,semua yang ada dalam blog itu, laporan polis yang dia (Halimah) buat bohong.

"Dia kata keluar rumah sehelai sepinggang.Mana ada.Bohong.Dia juga ada sebuah rumah apartmen di Desa Pandan yang telah diubah suai.Perabot juga telah siap dibeli.Setiap bulan pun saya beri dia duit nafkah," katanya kepada Meloyakini

Namun begitu Abdullah Sani mengakui wujudnya perselisihan dengan isteri pertamanya,Halimah Mohd Sahat yang kini sedang dalam proses perceraian.Beliau juga mengakui perselisihan itu berpunca daripada sikap Halimah enggan bermadu dan "tidak suka" kepada ibunya.

"Ibu saya sakit angin ahmarJadi sebagai anak lelaki saya ambil dan jaga dia.Tapi isteri saya tak suka dan suruh saya halau ibu saya.Kalau diberi pilihan siapa saya perlu halau,saya akan pilih dia (Halimah).Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh," katanya.

Laman sel13.com, 31 Julai telah mendedahkan rumahtangga dengan Abdullah Sani dengan Halimah sebelum ini aman damai dengan dikurniakan enam orang anak dan seorang menantu serta seorang cucu,namun kehidupan mereka berubah selepas Abdullah Sani memenangi kerusi parlimen Kuala Langat pada Pilihanraya Umum ke-12.Rumahtangga mereka mula bergolak apabila Abdullah sani berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin yang juga seorang mak andam.

"Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah.Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka.,"lapor laman itu.

Baca selanjutnya

KLIK DI SINI

SIAPA YANG BENAR ???

SIAPA YANG MENIPU ???

RENUNG-RENUNGKAN

RAFIZI KANTOI !!! TIADA KOMPROMI DEDAH RAHSIA BANK !!!

Posted: 05 Aug 2012 01:30 AM PDT


Persatuan Bank-Bank Malaysia menegaskan kerahsiaan pelanggan adalah aspek paling asas dalam perhubungan antara bank dan pelanggan.Ia juga menjadi tunggak utama kewibawaan dan keyakinan terhadap sistem perbankan,kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Justeru,beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank,berkata kerahsiaan pelanggan mesti dipelihara dan tidak boleh dikompromi sama sekali.Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 jelas menegah seseorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi kewangan berlesen atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada sebarang rekod memberi,mengeluar,mendedah atau menerbitkan kepada sesiapa sebarang maklumat atau dokumen berhubung akaun pelanggan tanpa kebenaran pelanggan terlebih dulu.Katanya,bukan saja di Malaysia,malah di seluruh dunia,bank langsung tidak bertolak- ansur sebarang kegiatan pelanggaran kerahsiaan perbankan.

"Kami tidak teragak-agak memecat serta-merta kakitangan didapati melanggar peruntukan berhubung kerahsiaan perbankan." katanya dalam satu kenyataan – BH

EKSKLUSIF !!! PEMUDA PAS KANTOI !!! KITAB LAMA TOLAK UMNO ??? KITAB YANG MANA SATU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Aug 2012 10:00 PM PDT




sila lihat 2 gambar diatas dan klik untuk besarkan

beberapa persoalan yg perlu mereka jawab

- apa nama kitab yg sebetulnya ???
- siapa pengarang kitab tersebut ???
- kenapa tak nak jawab kitab apa ???

JAWABLAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KERAJAAN AKAN MEMASTIKAN TARIF AIR TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Aug 2012 07:00 PM PDT


Kerajaan akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat selepas pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata sehubungan itu, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat kesimpulan melulu dan mempunyai tanggapan retorik sebelum projek tersebut bermula.

"Jangan kerana projek itu bernilai berbilion ringgit, pembangkang buat tanggapan retorik yang rakyat terpaksa membayar harga amat tinggi untuk khidmatnya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah fikir 10 tapak ke hadapan daripada pembangkang untuk senangkan rakyat. "Benda belum buat dah tembak sana sini, Sabtu. Soalnya sekarang, air mesti ada di Selangor, dan saya percaya kerajaan BN akan ambil kira pandangan rakyat bagi tentukan tarif air ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Krisis Air Di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang.

Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara Dr Wan Sabri Wan Hussin bertindak sebagai moderator forum itu yang disertai dua anggota panel iaitu aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Mohd Mustafa Hamzah dan pesara Jurutera Tenaga Nasional Berhad Mohamad Fuad Omar.Pada 26 Julai lepas,Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek bernilai RM8.65 bilion itu secara tender terbuka.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi merupakan alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek itu.Noh berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu itu, bukan mengambil sikap menuding jari kepada kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

"Mereka mahu menjadi wira dalam segala isu, mahu menjadi popular dengan mengorbankan kepentingan rakyat. Kerajaan BN mahu berusaha untuk rakyat sebaliknya kerajaan Selangor mahu bermain politik sahaja, itu yang sukar.Jadi, lebih mudah bagi BN mengambil alih kerajaan negeri Selangor kemudian buat kerja atasi masalah ini sendiri," katanya sambil menasihatkan rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan sandiwara air percuma kerana air yang dikatakan percuma itu sebenarnya dibayar menggunakan wang rakyat.

"Kerajaan negeri Selangor membayar jumlah tertentu kepada Syabas bagi membekalkan 'air percuma' itu kepada rakyat Selangor, jadi wang itu datang dari mana? Wang rakyat Selangor sendiri.Cara beri air percumapun tidak betul, semua kaya dan miskin dapat. Sepatutnya air itu diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan, tetapi golongan ini, yang duduk di pangsapuri, pakai meter pukal, tak dapat," katanya.

Sementara itu,Mohamad Fuad yang pernah terlibat dalam kajian projek Langat 2 pada tahun 80-an,berkata satu penyelesaian berdasarkan kemampuan rakyat juga mapan dan boleh diharap perlu dicari bagi mengatasi krisis air di Selangor.

"Masalah sekarang ini pada loji rawatan air di Selangor tidak dapat menampung permintaan pengguna. Namun semua loji ini sudah beroperasi pada 120 peratus daripada kapasiti asal, 24 jam sehari setiap hari. Ini mengundang padah jika berterusan," katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kajian, kos menyalur air daripada empangan ke loji rawatan air Langat Dua berjumlah RM4 per kubik meter padu, namun di Pulau Pinang yang menjalankan projek serupa, rakyat hanya perlu membayar RM1.20 per kubik meter padu selepas dibantu kerajaan Persekutuan. - Bernama

ISU RAFIZI !!! KHALID IBRAHIM SALAH GUNA KUASA BIAYA KOS GUAMAN - MOHD ZIN !!!

Posted: 04 Aug 2012 03:56 PM PDT


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli tiada kepentingan ke atas negeri Selangor, jadi tiada alasan kerajaan negeri itu perlu membiayai kos guamannya atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, tuduhan yang dibuat ke atas Rafizi itu bukan mewakili kerajaan Selangor justeru tiada sebab kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu untuk membiayai kos guaman Rafizi.Tambahan Rafizi baru melepaskan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada Jun lalu.

"Apa alasan dia hendak tanggung kos guaman Rafizi? Adakah dia kakitangan awam kerajaan Selangor? Tuduhan yang dibuat ke atas Rafizi, adakah ia mewakili Selangor? Kalau jawapan ini tiada, jadi tiada sebab kerajaan perlu guna duit rakyat untuk tanggung guaman Rafizi yang menghadapi pertuduhan jenayah," katanya ketika dihubungi AntaraPos.

Baru-baru ini Khalid mengumumkan Selangor bersedia membiayai kos guaman Rafizi yang didakwa kerana mendedahkan tiga akaun berkaitan Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pengerusi Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail.Rafizi disabitkan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1989.Khalid memperuntukkan sebahagian daripada wang RM5 juta Geran Selangorku.Daripada jumlah wang itu, katanya hanya sepuluh peratus sahaja akan diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah tindakan Khalid itu membuktikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dilihat menyalah gunakan kuasanya, Zain bersetuju dengan kenyataan tersebut.Katanya, sikap Khalid yang sering 'cakap tidak serupa bikin' juga terbukti apabila Khalid gagal membentangkan kertas putih berkenaan hutang Talam Corporation walaupun sudah berjanji untuk berbuat demikian dua tahun lalu.

"Terang-terangan (salah guna kuasa) . Saya fikir, Khalid ini perlu ambil sebagai satu tanggungjawab. Jangan ada pandangan cetek. Itu dah lama macam tu.. (cakap tidak serupa bikin). Kalau dia boleh cakap bohong dalam Sidang DUN, dia kata nak sediakan kertas putih, dua tahun dulu, tapi sekarang apa nilai dia.Terpulang pada rakyat Selangor buat penilaian. Saya fikir tindakannya semata-mata untuk dapat keuntungan politik," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...