Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Orang UMNO Mesti Sakit Hati Tengok Video Ni!! #AntiPR
- HANGAT!! Puluhan Ribu Serbu Majlis Berbuka Puasa dan Derma Nik Aziz!!
- PANASS!! Siapa Sebenarnya Hadi Awang di Dalam Pas?
- GEMPAR!! Anjing Pas Menyesal Kerana di beri RM50 Ringgit??
- PANASS AIHH!! Tahniah Negeri Kedah!! Projek Terbaru Buah Ajaib Jadi Perabot!! #TukarKedah
PANASS!! Orang UMNO Mesti Sakit Hati Tengok Video Ni!! #AntiPR Posted: 05 Aug 2012 08:38 AM PDT Ha ha ha.. Lagu apa ni.. ha ha ha... memang sadis dan pedih.. | ||||||
HANGAT!! Puluhan Ribu Serbu Majlis Berbuka Puasa dan Derma Nik Aziz!! Posted: 05 Aug 2012 05:36 AM PDT Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula. Dilihat dari kehadiran anak-anak luar Kelantan yang hadir ke dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan ini amat mengecewakan. Setidak-tidaknya, kalau dapat jumlah kedatangan pada malam ini bersamaan separuh stadium sepertimana ketika perlawanan bola sepak Kelantan bermain di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam sudah memadai. Tidaklah malu sangat air muka Tok Guru PAS. Mungkin bagi anak-anak Kelantan di dalam Lembah Kelang menganggap kehadiran Nik Aziz malam ini di Shah Alam tidak penting kot? Thanks Cucu Tok Selampit | ||||||
PANASS!! Siapa Sebenarnya Hadi Awang di Dalam Pas? Posted: 05 Aug 2012 05:10 AM PDT Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya. Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata. Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang. Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar. Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz. Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal. Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai. Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz. Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan. Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi. Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang. Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz. Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS. Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS. Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim. Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding. Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda. | ||||||
GEMPAR!! Anjing Pas Menyesal Kerana di beri RM50 Ringgit?? Posted: 04 Aug 2012 08:16 PM PDT Gambar yang dipaparkan adalah seorang pelajar perubatan, yang dipengaruhi oleh dakyah PAS, bahawasanya kerajaan BN ini kejam tak berhati perut sehingga dia menyertai demo bersih. Maka pinjamannya pun ditarik balik, elok benarlah diberikan pada pelajar lain yang benar-benar memerlukan. Pada permulaannya Pas seolah-olah membela nasib pelajar ini dengan melancarkan kutipan derma baginya, agak malang wang yang diterima oleh pelajar ini hanya berjumlah rm50 sahaja..sedangkan kutipan derma yang dilancarkan di mesir dan tanahair menerusi ceramah-ceramah politik Pas...dikatakan mencecah puluhan ribu Dengan hanya rm 50, pelajar ini tidak mampu untuk menyara hidupnya di Mesir dan membayar yuran pengajiannya yang dianggar berjumlah rm300ribu.. Maka dengan muka tebal dan tak malunya dia terpaksa melakukan apa yang orang PAS fobia ingin lakukan ikutilah cerita selanjutnya kat bawah ni Kuala Terengganu: "Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini." Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu. Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula. "YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup," katanya. Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian. "Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran," katanya yang pulang bercuti selama dua bulan. Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA | ||||||
PANASS AIHH!! Tahniah Negeri Kedah!! Projek Terbaru Buah Ajaib Jadi Perabot!! #TukarKedah Posted: 04 Aug 2012 08:10 PM PDT
Agro Bazar Ramadhan yang terletak di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ) kawasan Pesiaran Aman Jaya merupakan bazar Ramadhan usahasama di antara Kedah Agro dan PMBKed. Bazar Ramadhan tersebut telah membuktikan lagi kegagalan SLC Kerajaan Negeri di dalam menguruskan projek-projek kerajaan negeri, setelah gagal menarik kehadiran penjual dan pengunjung walaupun promosi yang di lakukan Kedah Agro dan PMBKed dengan meletakan kain rentang di kebanyakan tempat di sekitar kawasan perumahan yang berhampiran bazar ramadhan tersebut. Malahan beberapa pengunjung terawal akan di berikan keli goreng secara percuma. Sekiranya kita melihat di kain rentang yang telah di pasang di pelusuk kawasan perumahan yang berhampiran tertera kenyataan mengatakan jualan kuih raya dan baju raya akan bermula dari 21 Julai. Namun sehingga hari ini masih belum ada lagi gerai yang menjual kuih raya dan baju raya. Dari sumber maklumat yang diperolehi, peniaga enggan berniaga di tempat berkenaan, adalah di sebabkan faktor tempat yang tidak strategik walaupun di katakan sewa yang di kenakan agak rendah berbanding bazar-bazar Ramadhan di sekitar kawasan Sungai Petani. Bagi perniaga, tidak berbaloi untuk mereka berniaga di situ walaupun tidak di kenakan sewa, kerana sambutan dari pengunjung yang amat jelas sekali tidak mendapat sambutan malahan jalan masuk ke kawasan tersebut agak terpencil. Mungkin disebabkan perkara sedemikian, kini pusat pengumpulan produk Pertanian telah menjadi pusat pengumpulan perabot hotel lusuh untuk dijual! He he.. sedih benar Mc tengok projek-projek kerajaan negeri sekarang ni. Semuanya masuk angin keluar asap. Mc dan rakan-rakan sebenarnya taknak kutuk kerajaan negeri Kedah sekarang ni, tapi kalau macam ni punya keadaan, mana boleh tahan. Sudahla Kedah ni ekonominya lembab. Ditambah pula dengan 'kebodohan' pemikir projek kerajaan negeri yang tak pandai merancang. Bertambahlah teruk la negeri Kedah. Projek Rambutan dalam Tin entah ke mana, Keli -K katanya panjang lalang dari signboard, ladang nenas kedua terbesar di Malaysia macam mana pulak? aduhh.. cakap saja lebih. Perlaksanaan hampeh! yang benar-benar menjadi ialah, projek REMBAT balak. Kalau boleh, satu Kedah balak semua dia nak tebang. Sumber gambar Mc ambil dari Pisau Kedah. McTheory: Semua projek yang gagal tu guna duit rakyat, bermakna, duit rakyat Kedah dibuang begitu saja. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment