BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ADA PUAK NAK JATUHKAN PM @NAJIBRAZAK ???

Posted: 04 Aug 2012 01:38 PM PDT


berani betul puak ni nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.siapa anda nak jatuhkan beliau ??? kalau tak ada beliau anda tak dapat macam-macam faedah tau

NAK TAHU SIAPA DIA ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

EKSKLUSIF !!! MAJLIS BELIA SELANGOR MEMBELASAH RAFIZI DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Aug 2012 08:30 AM PDT


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan adalah wajib.Persoalannya sekarang dimanakah hilang RM10juta duit dibawah program Rasuah dan Penyelewengan di dalam Geran Selangorku yg dimaklumkan kepada rakyat madani Selangor pada Budget 2012 Selangor (9/11/2011).MB telah menyatakan sebanyak RM15 juta akan digunakan untuk tujuan ini.Bukan seperti yang beliau maklumkan baru-baru ini iaitu,RM500k (10% of RM5m) untuk membantu kos guaman Rafizi.

Apakah kriteria yang membolehkan Rafizi mendapat bantuan dana ini? Kes yg dikaitkan beliau itu adalah isu nasional dan bukan permasalah dari dalam negeri Selangor.Dana ini adalah duit Rakyat Selangor.Membingungkan lagi,kos guaman Rafizi sepatutnya datang daripada PKR pusat bukan daripada Geran SelangorKu.Kelihatan MB telah menyalah gunakan kuasa di MBI menggunakan dana ini untuk kegunaan politik.Dari mana datang dana Geran SelangorKu juga menjadi persoalan kerana ianya berkait rampat dengan skandal hutang Talam Corp,yang sepatutnya diberikan penjelasan kepada rakyat terlebih dahulu.Geran SelangorKu yang sepatutnya digunakan untuk melestarikan rakyat Selangor,kini menjadi tanda soal ke mana arah tujuan sebenarnya,integriti penyaluran dana ini dan yang paling penting dari mana datangnya hasil dana ini.

Salam.

Badrul Hisham Badrudin

Timbalan Pengerusi

Majlis Belia Selangor.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU RAFIZI DAN NURUL IZZAH !!! STRATEGI PAKATAN HARAM REKA FITNAH KINI MEMAKAN DIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Aug 2012 05:00 AM PDT


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC),Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pakatan haram telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.Dalam keadaan tangan bergari,kedua-dua Rafizi serta balacinya,Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka kononnya adalah 'demi rakyat'.Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.Sekali lagi pakatan haram mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.Bagaimana pula dengan Johari,siapa pula akan menanggung kos guamannya ???

Setelah dipergunakan,nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pakatan haram.seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.Setelah NFC,Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad mengenai penilaian para pembida proek tersebut.Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan,tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar,Suaram,ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia,Altantuya Shaariibuu.Malah pakatan tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.Di sini juga tujuan pakatan haram bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar,Nurul Izzah yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR,Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.Dengan memberi satu atau dua contoh,beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun,namun pakatan haram terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.Jika pakatan haram sanggup menipu,berbohong,memfitnah,mentohmah,mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SIAPA YANG CANTIK DI MATA LIM GUAN ENG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Aug 2012 01:30 AM PDT


Beberapa minggu lalu,politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya,Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal,Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda,tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya.

Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami.Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih.Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu ??? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda,cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng ??? Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KRISIS AIR !!! SIAPA PEMBELA DAN SIAPA PENGKHIANAT RAKYAT SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Aug 2012 09:53 PM PDT


Kerajaan Persekutuan telah membuat perkiraan sejak beberapa tahun lalu bahawa Lembah Klang akan mengalami krisis air pada tahun 2014.Semuanya kerana seperti yang semua sedia maklum setiap hari jumlah penduduk Lembah Klang makin meningkat,perindustrian semakin pesat dan bilangan rumah-rumah juga semakin meningkat.Menyedari masalah yang akan timbul dan tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu Langat yang dinamakan Loji Langat 2.

Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada PRU 12 tahun 2008.Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2.Bukan setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang bakal berlaku.


Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup.Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua empangan penuh dengan air.Sila lihat di sini.

Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan air lombong sebagai alternatif jika sungai kekurangan air.Mereka cekap bermain politik untuk mengelirukan rakyat. Apa yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu dan apa yang diperkatakan oleh Khalid Ibrahim bukan fakta yang sebenar.Rakyat dan industri memerlukan air yang telah dirawat atau pun dipanggil air bersih. Tiada rakyat yang sanggup gunakan air dari lombong atau empangan tanpa dirawat. Begitu juga dengan industri. Tiada kilang yang sanggup gunakan air mentah atau yang belum dirawat untuk industri mereka. Semuanya memerlukan air bersih.Masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk Lembah Klang pada tahun 2014 bukannya masalah air mentah. Sebaliknya masalah air bersih. Loji memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk merawat atau memproses air mentah.

Masalah yang timbul kini adalah masalah loji. Jika tidak diatasi dengan segera pada tahun 2014 penduduk dan pemain industri Lembah Klang akan menghadapi masalah untuk menggunakan air.Air bukannya isu besar di Malaysia kerana negara kita sering menerima hujan.Masalah yang besar adalah masalah loji pemprosesan air.Tidak kira air hujan,air lombong,air sungai atau air empangan,semuanya memerlukan loji untuk merawat air sebelum disalurkan kepada pengguna.Pada masa ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama ( Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat,Petaling Jaya,Kuala Lumpur,Cheras ,Kajang dan Balakong.


Khamis petang penulis telah diberikan kesempatan untuk melawat Loji Sungai Langat dan telah diberi penerangan oleh pihak Puncak Niaga berhubung operasi loji berkenaan.Rombongan melawat loji berkenaan diketuai oleh Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor , Datuk Sohaimi Shahadan.Tujuan lawatan adalah untuk kami mengetahui dan lebih memahami keadaan yang sebenar.Ternyata tohmahan yang dilemparkan oleh Kerajaan Selangor bahawa Puncak Niaga dan Syabas berkomplot mengurangkan bekalan air untuk kegunaan penduduk Lembah Klang bagi tujuan kepentingan politik BN adalah dusta semata-mata.Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada tahun 1971.Ianya direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan tersebut disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat dari pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman.Itu pun sekadar 2 mesin sahaja yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak. Apabila mesin rosak jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu. Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami. Ianya boleh memakan masa antara 1-3 hari.

Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya. Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru. Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru. Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun. Sehingga ke hari ini ianya belum dapat dibina kerana halangan Khalid Ibrahim. Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya. Sekiranya dibina sekarang mungkin ianya akan siap pada 2016. Sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.Jika berlaku krisis air ianya bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malah akan turut menjejaskan ekonomi negara dan seterusnya memburukkan imej negara di kalangan pelabur-pelabur asing. Apabila ekonomi negara terjejas kesannnya akan terasa dari poket sehingga ke dapur rumah setiap rakyat.Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah jangka panjang yang sepatutnya bagi mengelak rakyat tidak kira dari parti politik mana sekali pun menghadapi krisis air. Tetapi kerajaan PKR pula yang menjadi penghalang. Dari apa yang terjadi ini rakyat boleh menilai siapa yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mengelak rakyat menghadapi masalah dan siapa pula yang cuba menjadi pengkhianat rakyat.

ANDA INGIN MELIHAT PROSES LOJI SUNGAI LANGAT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SIAPA PEMBELA RAKYAT SELANGOR ???

SIAPA PENGKHIANAT RAKYAT SELANGOR ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SAH !!! PKR AGEN LGBT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Aug 2012 07:00 PM PDT



Pada konvensyen Pilihanraya PKR 19 Jun 2011,parti tersebut telah melancarkan slogan dan logo bagi kempen pilihanraya ke-13. Slogan yang dipilih mereka ialah Demi Rakyat,manakala logo pula adalah berlambangkan tapak tangan yang banyak dan berwarna warni seperti gambar di bawah.saya tidak hairan dengan pemilihan slogan tersebut kerana ia adalah taktik politik biasa PKR yang gemar mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan sendiri.Tetapi saya hairan kenapa parti tersebut tergamak menggunakan logo tapak tangan yang begitu sinonim dengan perjuangan hak asasi LGBT.


Kita sedar akan 'kecenderungan' PKR dengan LGBT tetapi tidak sangka pula mereka sanggup menyatakannya secara terang-terangan melalui logo. Sedangkan selama ini, Anwar berdolak dalih bila ditanya mengenai LGBT malah pada satu ketika terpaksa mengiakan sahaja yang beliau juga bersetuju agar golongan tersebut didiskriminasi, yakni tidak diberi tempat dalam negara ini.Mungkin Anwar tidak sanggup menyatakan sokongannya kepada LGBT melalui kata-kata tetapi beliau nampaknya menyerlahkannya secara halus, iaitu melalui logo.Secara umumnya, simbol tapak tangan adalah simbol 'hak asasi manusia' dan digunakan secara meluas oleh NGO-NGO yang memperjuangkannya. Ia sepatutnya membawa membawa maksud yang murni dan mulia tetapi malangnya, perkataan 'hak asasi manusia' ini telah disalahgunakan
oleh beberapa pihak sebagai alat untuk mempromosi kebebasan tanpa batasan termasuk amalan LGBT, sekali gus memaksa fahaman ini ke atas manusia sejagat bagaikan satu agama baru.


Bagi menepati makna 'kebebasan' simbol tapak tangan ini pula digabungkan dengan sayap burung merpati dan digunakan untuk menyatakan perjuangan menuntut kesamarataan dari segi hak hartanah,kebebasan,keadilan serta harapan.Manakala,simbol tapak tangan ungu pula digunakan oleh kumpulan LGBT,terutama di Turki yang dipanggil MorEl Eskişehir LGBTT Oluşumu (Purple Hand Eskişehir LGBT Formation),untuk memperjuangkan hak mereka.


Laman anwaraidc pula mendedahkan pada 7 Disember 2011, laman Religious Action Center of Reform Judaism http://blogs.rj.org ada menyiarkan berita tentang Presiden Barack Obama mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi Amerika untuk mempertimbangkan rekod hak asasi manusia di sesebuah negara berkaitan dengan masyarakat LGBT untuk diberi bantuan asing.Mungkinkah masyarakat LGBT di Malaysia juga menerimanya ??? Dan melalui siapa atau pertubuhan mana ??? Yang menariknya,berita tersebut dihiasi dengan gambar simbol tapak tangan berwarna warni yang kelihatan begitu hampir dengan logo yang dilancarkan oleh PKR untuk digunakan dalam pilihanraya ini:


Justeru,tidak salah jika saya menyimpulkan bahawa parti PKR sememangnya tegar memperjuangkan fahaman barat mengenai hak asasi manusia serta mengiktiraf golongan LGBTsepenuhnya.Jelaslah bahawa Anwar telah sekali lagi menipu apabila menyatakan yang beliau setuju golongan homoseksual tidak diberi ruang di negara ini walhal, sekiranya PR memerintah,Anwar pasti akan pantas mengiktiraf hak LGBT selaras dengan kehendak 'tuan-tuannya' di barat dan juga 'kehendak' dirinya sendiri.Secara umumnya,simbol tapak tangan adalah simbol 'hak asasi manusia' dan digunakan secarameluas oleh NGO-NGO yang memperjuangkannya.Ia sepatutnya membawa membawa maksud yang murni dan mulia tetapi malangnya,perkataan 'hak asasi manusia' ini telah disalahgunakan oleh beberapa pihak sebagai alat untuk mempromosi kebebasan tanpa batasan termasuk amalan LGBT,sekali gus memaksa fahaman ini ke atas manusia sejagat bagaikan satu agama baru.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU HUDUD !!! PAS SEPERTI MENYALAK DI ATAS BUKIT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Aug 2012 04:00 PM PDT


Seharusnya kita mengangkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Terengganu,Mohd Nor Hamzah kerana berani menempelak Karpal Singh dalam isu hudud tetapi malangnya,kita tidak merasa yang beliau yang layak menerimanya.Bagaimana kita boleh memberi tabik hormat kepada seorang yang tidak punya pendirian ??? Umum tahu bahawa DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud.Jika tidak,kerjasama kedua-dua parti dalam pakatan haram tidak mungkin direalisasikan.Jadi,mungkinkah Mohd Nor Hamzah terlepas pandang bahawa PAS telah menggadaikan hudud lama dahulu,manakala Karpal Singh pula tidak pernah berganjak dari pendiriannya ??? Jika benar pendirian PAS mengenai hudud adalah tetap, tidak berubah dan nekad ingin melaksanakannya,kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan Karpal yang sanggup mati dan membiar mayatnya dilangkah semata-mata menentang hudud dan Negara Islam ???

Bahagian manakah dalam kata-kata Karpal atau DAP mengenai hudud yang PAS tersilap faham atau tidak faham langsung ??? Kenapa baru hari ini dan saat ini si Mohd Nor Hamzah nak melenting dan menyuruh Karpal berhenti ??? Atau apakah ketika memeterai persetujuan untuk bekerjasama dalam pakatan haram dahulu,PAS sememangnya berniat untuk menipu DAP dan PKR konon bersedia menggugurkan hudud dan Negara Islam tetapi sebenarnya tidak berniat begitu ???

Sebenarnya,soal hudud tidak ada kena mengena dengan pandangan Karpal yang maju ke depan atau terkebelakang seperti tempelak Mohd Nor.Yang menjadi persoalan kini bukan hudud,tetapi PAS.Masyarakat perlukan kepastian apakah PAS sebuah parti penipu atau sekadar tidak tetap pendirian ??? Walau apapun,sama ada PAS penipu atau tidak tetap pendirian,kedua-duanya adalah sifat munafik yang tidak wajar dihormati,Jauh sekali dilantik sebagai pemerintah.Ini kerana pendirian atau prinsip melambangkan maruah.Manusia tanpa prinsip boleh dijual-beli serta tidak harus dipercayai.Apatah lagi jika prinsip yang dilaungkan mereka berkisar soal hukum hakam agama.Begitu juga manusia yang suka menipu,bukan sahaja tidak wajar dihormati,tetapi tidak harus dijadikan kawan sekali pun.Rakyat dan negara pasti tidak akan selamat jika diperintah oleh parti yang tidak punya maruah dan penipu seperti PAS.

Bagi seorang pemimpin kecil di dalam PAS untuk menyuruh pemimpin besar di dalam DAP meletak jawatan kerana PAS memilih untuk membuat U-turn adalah tidak masuk akal sama sekali.Lagipun, pendirian Karpal bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti.Justeru adalah lebih sesuai jika Mohd Nor menyuruh DAP keluar dari pakatan haram,daripada menyuruh Karpal meletak jawatan.Tetapi adalah jauh lebih bermaruah jika PAS yang memberi kata dua untuk keluar dari PR jika DAP terus menerus menentang hudud Atau lebih baik lagi jika Mohd Nor sendiri memberi kata dua kepada PAS untuk keluar parti jika terus bersekongkol dengan DAP.Jika ini berlaku, maka barulah layak Mohd Nor menerima tabik hormat dari kita.Kita tahu PAS meletakkan politik mengatasi agama dan PAS tidak pernah berniat pun untuk benar-benar melaksanakan hudud.Malah 'pertengkaran' dengan DAP ini juga tidak mustahil hanya strategi PAS untuk 'memujuk' hati umat Islam dan strategi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Islam.Untuk itu mereka akan saling menyalak sesama sendiri sementara menunggu keputusan PRU.Hudud,hanyalah bahan kempen dan publisiti tidak lebih dari itu.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...