UMNO Online - “Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta – Husni Hanadzlah” plus 6 more

UMNO Online - “Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta – Husni Hanadzlah” plus 6 more

Link to UMNO Online

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta – Husni Hanadzlah

Posted: 04 Aug 2012 01:04 AM PDT

IPOH, 4 Ogos – Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor tersebut dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

“Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

“Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus,” katanya.

Beliau juga berkata belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan.

Ahmad Husni kemudian meluangkan masa menziarah pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tajul Safuan Abu Hassan yang dirawat di KPJ Ipoh Specialist di sini selepas mengalami ‘congestive heart failure’.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tajul Safuan yang kini beransur pulih.

UMNO Bahagian Yang Bermasalah Kini Berada Pada Tahap Paling Minimum

Posted: 04 Aug 2012 12:29 AM PDT

SEREMBAN, 4 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno Bahagian yang bermasalah kini berada pada tahap paling minimum.

Tanpa memberikan butirannya, beliau berkata sebelum ini banyak Umno Bahagian yang bermasalah, tetapi kini sudah tinggal sedikit dan kini paling minimum setelah beberapa pertemuan diadakan antara bahagian berkenaan dengan presiden parti dan juga timbalan presiden.

“Umno Bahagian seperti ini perlu ‘rawatan’ sebab itu kita aturkan beberapa perjumpaan antara bahagian itu dengan presiden dan juga timbalan presiden parti. Umno Bahagian yang bermasalah kini sudah tinggal sedikit setelah mereka faham dan akur matlamat perjuangan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Seremban di sini, hari ini.

Beliau yakin selepas ini Umno akan menjadi lebih mantap lagi terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata sebenarnya kalau seluruh anggota Umno teguh bersatu, ia tidak dapat digugat oleh orang lain.

“Masalahnya Umno sendiri yang akan membuat masalah. Jadi, ‘rawatan’ sedang dilakukan dan setakat ini beberapa pertemuan telah diadakan antara presiden dan juga timbalan presiden parti dengan Umno Bahagian terbabit,” katanya.

Sementara itu, katanya, setakat ini daripada 121 Umno Bahagian di seluruh negara, sebanyak 42 telah mengadakan mesyuarat perwakilan mereka masing-masing.

Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian perlu diadakan mulai 1 Ogos hingga 16 September ini.

Malaysians Must ‘Be Together’ With Chong Wei – Najib

Posted: 04 Aug 2012 12:24 AM PDT

PEKAN, Aug 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on all Malaysians to be together with Datuk Lee Chong Wei in the national huttler’s effort to lift the first Olympics gold medal for the country.

He said that Lee, who qualified for the final of the men’s badminton singles event after defeating Chinese player, Chen Long, 21-13, 21-14, appeared to have the mental strength and emotion to win the gold.

Lee will face his traditional rival, Lin Dan, in the final tomorrow after the Chinese player beat South Korea’s Lee Hyun in the other semifinal encounter.

“The people of Malaysia will give their support and inspiration, and I told him to do it, go and win for Malaysia, do it for Malaysia,” he told reporters after a ceremony to hand out tithe contributions to the needy group in the Pekan parliamentary constituency, here today.

Also present was his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib said Lee had a very good chance of winning the country’s first gold medal and was mentally and emotionally strong to face the challenge from Lin Dan.

Meanwhile, Rosmah will leave for London tonight to give inspiration to Chong Wei.

Rosmah, who is also patron of the Badminton Association of Malaysia (BAM), called on all Malaysians to pray for Chong Wei’s victory tomorrow.

“I hope Chong Wei will not be jittery when facing Lin Dan,” she said.

Country’s Wealth Must Be Distributed In Balanced Manner – PM

Posted: 04 Aug 2012 12:23 AM PDT

PEKAN, Aug 4 – Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today said the country’s wealth must be distributed in a balanced manner in a bid to create a fair and just society.

He said the payment of zakat (tithe), for example, would enable the underprivileged people to enjoy a better life.

“Hence, we will be able to prevent social gap from widening… where the rich get richer and the poor get poorer.

“Don’t link Islam to poverty… Allah likes and will reward those who are successful and have a charitable attitude,” he said at the ceremony to hand out tithe contributions to the needy in the Pekan parliamentary constituency, here today.

Among the contributors are Bank Islam, Uda Holdings Berhad, Pilgrims Fund Board (Tabung Haji), Amanah Raya Berhad, Poverty Eradication Foundation and Affin Islamic Bank Berhad.

Najib, who is also Pekan member of Parliament, said Islam also taught Muslims to pursue success, find sustenance, work hard, create opportunity, strive for excellence and acquire wealth.

“These are part of Islamic teachings. Whoever spends in the name of Allah, will receive the reward from Him,” he said.

Present was Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

In a separate event, the prime minister also distributed 5,000 murtabak (stuffed pancakes) to the people in front of Pekan District Council hall.

KPKK Tidak Akan Berganjak Dengan Tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”

Posted: 04 Aug 2012 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian.

“Yang dimainkan oleh Malay Mail itu merupakan gara-gara politik bangkangan yang tak senang dengan pencapaian dan kejayaan kerajaan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.

Rais berkata semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan.

“Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!,” katanya.

Kekayaan Negara Perlu Diagih Secara Adil Kepada Rakyat – PM

Posted: 04 Aug 2012 12:08 AM PDT

PEKAN, 4 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekayaan negara perlu diagihkan secara seimbang dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Menerusi pemberian zakat misalnya, ia mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama menikmati hidup yang lebih baik.

“Justeru, kita dapat mengelak wujudnya jurang sosial yang besar, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

“Jangan kaitkan Islam dengan miskin…Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya, yang indah dan yang suka memberi (sedekah dan amal jariah),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan zakat 2012 di Dewan Konvensyen Pekan di sini, hari ini.

Antara penyumbang zakat ialah Bank Islam, Uda Holdings Berhad, Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Yayasan Basmi Kemiskinan dan Affin Islamic Bank Berhad.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata agama Islam juga sentiasa mengajar umatnya untuk mengejar kejayaan, menambah rezeki, berusaha gigih, mencipta peluang, memburu kecemerlangan dan menambah kekayaan.

“Ini adalah sebahagian pengajaran Islam yang lengkap. Sesiapa yang berjaya dan guna kekayaan untuk jalan Allah…maka akan mendapat ganjaran daripadaNya,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis berasingan selepas itu Perdana Menteri turut mengagih-agihkan sumbangan 5,000 keping murtabak kepada orang ramai di perkarangan dewan Majlis Daerah Pekan.

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Kaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum – Najib

Posted: 03 Aug 2012 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

“Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

“Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,” katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...