UMNO Online - “RISDA Umum Dividen RM314.6 Juta Untuk Peserta TSK Dan RTBB” plus 4 more

UMNO Online - “RISDA Umum Dividen RM314.6 Juta Untuk Peserta TSK Dan RTBB” plus 4 more

Link to UMNO Online

RISDA Umum Dividen RM314.6 Juta Untuk Peserta TSK Dan RTBB

Posted: 28 Jul 2012 05:41 AM PDT

PEKAN, 28 Julai – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) bagi tahun 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran dividen itu membuktikan usaha transformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai sektor.

“Apa yang dijanjikan bukan slogan tapi kalau kita lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan dari agenda transformasi negara.

“Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru tiga tahun, cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi,” katanya ketika merasmikan Program Kasihi Pekebun Peringkat Nasional dan penyampaian dividen berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dan Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus tekad, menerusi pelbagai program transformasi, untuk memakmurkan semua golongan di negara ini.

“Bagi pekebun kecil, mereka merupakan nadi pembangunan ekonomi Negara manakala tanaman getah dan sawit merupakan tanaman strategik negara.

“Oleh itu kerajaan memandang serius isu-isu pembangunan masyarakat pekebun kecil seperti isu harga getah dan sawit serta pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Beliau berkata industri getah negara meliputi kawasan seluas 1.6 juta hektar melibatkan 279,127 pekebun kecil manakala sawit seluas 429,709 hektar melibatkan 147,254 pekebun kecil.

Perdana Menteri berkata janji-janji yang dibuat kerajaan untuk masyarakat pekebun kecil juga telah ditepati.

Antaranya menaikkan kadar bantuan untuk tanaman semula daripada RM7,000 sehektar kepada RM9,300 sehektar di Semenanjung, RM13,500 sehektar di Sarawak dan RM14,000 sehektar di Sabah.

“Saya juga telah meminta RISDA melancarkan Gerakan Membaja di seluruh Negara supaya setiap pekebun kecil akan membaja dan setiap pokok getah dan sawit dibaja mengikut jadual .

“Saya gembira hasil daripada gerakan itu, pengeluaran getah dan sawit telah meningkat,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kenaikan elaun kepada 513 pemaju masyarakat Risda yang merangsang perubahan di kalangan pekebun kecil.

“Saya umumkan mereka mendapatkan kenaikan elaun dari RM300 kepada RM500 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2012,” katanya.

 

TPM Ajak Pemimpin UMNO Pererat Hubungan, Tingkat Persefahaman

Posted: 28 Jul 2012 05:30 AM PDT

KOTA KINABALU, 28 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara parti selari dengan tuntutan agama yang dianuti semua kaum di negara ini.

Beliau berkata anggota parti seharusnya bijak menyelesaikan masalah dalaman menerusi proses perbincangan bagi memperkukuhkan BN di negeri ini.

“Dengan cara itu anggota parti harus memahami isu dan masalah secara yang lebih baik…kita tidak mahu timbul perasaan buruk sangka sebagainya,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata BN merupakan parti yang menepati janji berdasarkan pencapaian kemajuan dan kemakmuran negara termasuk di Sabah di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program transformasi yang Berjaya memberi impak luar biasa, jadi wajar kita tepati janji untuk beri kehidupan lebih baik, sempurna, pendapatan tinggi serta keadaan selesa (kepada rakyat),” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan isu perkauman sehingga menggugat keselamatan negara.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Musa dan barisan pemimpin kerajaan Sabah yang berjaya membangunkan negeri ini sehingga menjadi antara negeri termaju di negara ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Dewan Serbaguna dan Anjung Ilmu masjid itu, menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan saudara baru, menyerahkan kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan menyaksikan penyampaian sumbangan oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000 kepada Masjid Jamek.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan  RM300,000 untuk membaik pulih Sekolah Agama Masjid Jamek dan juga peruntukan bagi masjid itu tanpa menyatakan jumlahnya.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang mewakili Perdana Menteri menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

 

Msia Now A Big Global Healthcare Player With IHH Listing, Says PM

Posted: 28 Jul 2012 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 28 – Datuk Seri Najib Tun Razak said Malaysia is now a big global player in the healthcare industry following the dual public listing of IHH Healthcare Bhd on the Malaysia and Singapore stock exchanges.

“Malaysia is now a big global player in healthcare following the dual public listing of IHH Healthcare Bhd in M’sia & S’pore stock exchanges,” the Prime Minister said in his latest tweet today.

IHH, the healthcare arm of Malaysia’s state investor, Khazanah Nasional Bhd, was listed on Bursa Malaysia and the Singapore Exchange last Wednesday.

IHH’s assests include Turkish Hospital Group Acibadem AS, Singapore’s Parkway Holdings, India’s Apollo Hospitals Enterprise Ltd and Malaysia-based Pantai Hospitals and International Medical University (IMU).

It controls 83 hospitals in these countries, making it the world’s second largest hospital operator after Hospital Corporation of America (HCA), which runs 163 hospitals.

Penganjur Royalti Dibidas, Tunggu Keputusan Mahkamah

Posted: 28 Jul 2012 02:56 AM PDT

BACHOK, 28 Julai – Penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

“Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bachok hari ini.

Beliau mengulas tindakan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula semalam.

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan, berkata pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, katanya.

 

Jelaskan Mengapa PKNS Sanggup Ambilalih Hutang Talam?

Posted: 28 Jul 2012 01:41 AM PDT

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, Khalid Ibrahim masih lagi berdolak dalih mengenai isu ini dan sejak kenyataannya yang terakhir, tiada pihak yang tampil memberikan jawapan yang benar-benar meyakinkan semua pihak.

“Sekarang ini pula, beberapa NGO telah mengemukakan persoalan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengenai proses pengambilalihan hutang TALAM yang bernilai RM392 juta itu.

Jumlah ini begitu tinggi untuk ditanggung oleh PKNS dan Pengurus Besar PKNS, En Othman Omar wajar memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor,” ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat BN Selangor, di sini hari ini.

Tambahnya, En Othman Omar perlu memberikan penjelasan sebab utama mengapa PKNS sanggup mengambilalih hutang TALAM padahal, semua pihak tahu PKNS diwujudkan pada asalnya bagi membantu golongan tidak mampu untuk memiliki rumah dan hartanah.

“Adakah agenda asal PKNS ini telah dipadam oleh pihak Kerajaan Negeri? Bukankan Kerajaan Negeri pernah berjanji akan menyediakan rumah mampu milik kepada Rakyat Selangor? Banyak manakah rumah yang telah disediakan?

“Kenapa pula sekarang PKNS menjadi satu badan yang berperanan mengambil alih hutang Syarikat Korporat dan mengabaikan kebajikan rakyat Selangot yang masih lagi belum mampu? Saya juga ingin menuntut penjelasan dari pihak En Othman Omar mengenai peranan terbaru PKNS ini?

Tegas beliau lagi jika itu merupakan satu peranan baru PKNS, adalah sewajarnya untuk PKNS mengambil alih hutang-hutang individu kurang mampu yang masih berhutang dengan PKNS.

“Ini merupakan langkah yang lebih adil memandangkan PKNS sanggup mengambil alih hutang bernilai jutaan ringgit. Saya memohon agar rakyat Selangor dapat menilai dengan objektif sikap Kerajaan Negeri yang tidak mengamalkan prinsip accountability yang dilaungkan oleh mereka sendiri.

“Kenapa bersikap 'double standard' terhadap hutang kepada PKNS? Akhirnya, siapa sebenarnya yang memutuskan untuk mengambil alih hutang TALAM ini?,” tambahnya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...