PISAU.NET |
- Pas mustahil dapat laksanakan Hudud di Malaysia.. - DAP
- @drraisyatim Masih Belum Terlambat Tukar Logo Merdeka.
- HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya
- Hadi Hampa Tidak Dapat Jumpa Morsi
- Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan
- PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud?
Pas mustahil dapat laksanakan Hudud di Malaysia.. - DAP Posted: 28 Jul 2012 06:27 AM PDT Seperti yang Pisau katakan sebelum ini,Hudud hanyalah ibarat pill viagra atau tongkat ali buat khawarij PAS. Tak lebih kepada ubat untuk melempiaskan nafsu barang seminit dua. Khawarij PAS sendiri hanya mensasarkan 60 kawasan parlimen untuk bertanding dan yakin hanya menang 20 kerusi. Ini realitinya yang disorok oleh pemimpin PAS kepada ahli dan penyokong mereka. DAP berkali kali begitu yakin dan berani mengertak dan berdehem kepada PAS yang semua orang tahu bisa menjatuhkan serban dan kopiah para ostad dan ulamak khawarij. Mereka ini tidak akan sesekali berani mempersoalkan tindakan DAP secara terbuka dan berdepan,sebaliknya berceloteh dan berceramah didepan penyokong sendiri. Adakah Nik Aziz,Hadi atau bapak komunis khawarij si Mat Sabu berani mempertikaikan kenyataan Tan Seng Giaw? Kalau khawarij PAS jujur mahu laksanakan hudud kenapa sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan? Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw. Pisau kata "patutlah banyak iklan ubat kuat" |
@drraisyatim Masih Belum Terlambat Tukar Logo Merdeka. Posted: 28 Jul 2012 03:30 AM PDT Pisau berasakan ada perlunya pihak Kementerian Penerangan dan juga Datuk Seri Rais sendiri mengkaji semula akan logo hari kebangsaan nanti. Amat jelas sekali apabila melihat rekaan sebegini memperlihatkan seolah negara ini ketandusan idea yang kreatif. Ramai yang sudah bersuara dan hujah mereka ada benarnya.Jika diperhatikan logo untuk sambutan Merdeka ke 55 diambil daripada logo merdeka yang ke 52. Jika rakyat memberi pendapat dan juga cadangan inilah masanya untuk mendengar apatah lagi sambutan hari kemerdekaan nanti bakal diraikan oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia.Ramai pihak sanggup membantu lagi pun masih belum terlambat untuk pihak kementerian menukarkan kepada logo yang baru. Pisau kata " sempat lagi tu kalau nak tukar logo" |
HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya Posted: 28 Jul 2012 02:07 AM PDT Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat. Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, "ya". "Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual." Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam. "Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual." Respon Human Rights Watch's (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik. Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya. Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, "Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa." Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada 'tuannya' di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan. Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa. Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat. Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village. Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan. Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM. Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan. Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya. Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu. Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam. Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri. Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin. Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit. Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual. Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya. Beliau wajib memadamkan imej 'boneka barat' yang telah tertepek di mukanya. Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini. Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya. Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun kita tidak dapat menjanjikan tempoh bila beliau akan membawa watak baru ini. |
Hadi Hampa Tidak Dapat Jumpa Morsi Posted: 27 Jul 2012 07:18 PM PDT IB – Sesetengah pihak mempertikai sikap kerajaan Malaysia yang dikatakan lambat mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi Isa al-Ayyat yang baru dilantik sebagai Presiden baru Mesir. Presiden Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad (24 Jun 2012) setelah menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi. Najib mengutuskan ucapan tahniah rasmi dari Kerajaan Malaysia pada 26 Jun 2012. Tidaklah IB rasa ianya lambat. Apa lagi yang hendak dipertikaikan perkara sebegini?Ditambah pulak Kerajaan Malaysia turut mewakilkan Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin, diiringi oleh Duta Malaysia ke Mesir, Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, untuk membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Mohamed Morsy di pejabat Presiden di Kaherah pada 8 Julai 2012. Khaled di Kaherah sebagai Wakil Khas Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan Malaysia untuk menyampaikan mesej tahniah kepada Mohamed Morsy di atas kemenangan pilihan raya baru-baru ini sebagai presiden yang kelima. Dalam laporan Harakahdaily, 10 Julai 2012, "rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob, untuk menghantar perutusan tahniah di atas kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsi telah berlepas kira-kira jam 4.30 petang semalam." Dalam laporan di blog rasmi http://presiden.pas.org.my, rombongan yang diketuai oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang bersama dengan rombongan kerajaan Kelantan hanya bertemu dengan pimpinan Ikhwan untuk menyampaikan ucapan tahniah. Menurut laporan yang IB terima, rombongan Hadi tidak diterima oleh Morsi. Pejabat Morsi meminta rombongan tersebut mendapat kebenaran rasmi dari Wisma Putra untuk berjumpa dengan Presiden Morsi. Nampaknya "hubungan erat" yang diklaim oleh parti PAS tidaklah sehebat mana. Hinggakan dengan mengirim rombongan yang diwakilkan oleh Presidennya sendiri pun masih tidak dapat berjumpa dengan Presiden baru Mesir. Walaupun untuk tujuan menyampaikan ucapan tahniah rasmi dari parti PAS. Hampa Hadi hasrat mereka tidak tercapai kerana hanya menunggu di hotel menunggu keputusan dari Wisma Putra. Khaled Nordin dapat jumpa, Presiden PAS tidak dapat. |
Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan Posted: 27 Jul 2012 06:00 PM PDT Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah. Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya. Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu. Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei. Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali. Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya. Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa. Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah. Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN. Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN. Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang. |
PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud? Posted: 27 Jul 2012 02:30 PM PDT Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab, pada bulan lepas, antara kertaskerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam. Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS, buktinya, Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa 'Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam'. Maknanya, tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara, keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi, selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Tuntutan Islam ke atas seorang individu Islam pula adalah atas amalan peribadinya kepada Allah S.W.T serta keikhlasan dan kejujuran sesama manusia. Kesemua ini mengambil tempat 9/10 dari tuntutan Islam yang mana majoriti dari Umat Islam masih menghadapi kesukaran untuk memenuhinya. Manakala, kedudukan 'hudud' dalam Islam telah pun jelas iaitu jika sesebuah negara tidak melaksanakan hudud, ia tidak akan menjejaskan sedikitpun keIslaman seseorang Muslim di negara itu. Ini kerana hudud, undang-undang dan kerajaan bukanlah faktor yang menentukan kesudahan seseorang Muslim di akhirat kelak. Kerana itu, hudud tidak diletakkan sebagai perkara pertama dalam tuntutan Islam. Namun, penganut-penganut PAS tetap tegar mengambil sikap seolah-olah Hudud itu adalah 100% atau perkara teratas dalam Islam dan kalau tidak melaksanakannya maka segala amalan tidak diterima lagi dan jatuh kafirlah kerajaan yang tidak melaksanakannya, termasuklah penyokong-penyokong kerajaan. Penjelasan kerajaan bahawa hudud masih belum sesuai dan terlalu sukar untuk dilaksanakan di negara ini, dan pada ketika ini, dibakulsampahkan sebagai kenyataan 'menolak Islam' oleh PAS. Walaubagaimanapun, PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR yang juga memberi jawapan yang sama mengenai hudud. Buktinya, baru-baru ini, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR menyelar Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana membangkitkan lagi isu hudud. Shamsul menyarankan agar Nasrudin merujuk kepada persetujuan yang dicapai iaitu hudud bukanlah sebahagian dari polisi yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat. Apabila ditanya, kenapa PKR boleh dan UMNO tidak boleh?, PAS, khasnya, Mahfodz Omar menjawab bahawa PKR mengiktiraf hudud tetapi tidak menerima perlaksanaannya di Malaysia kerana ia tidak sesuai, tetapi UMNO pula menolak hudud mentah-mentah. Jika ini jawapannya, kita ingin bertanya Mahfodz, kenapa pula PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama berjuang mengejar impian untuk berkongsi kerusi pemerintah dengan DAP walaupun DAP jelas menolak mentah-mentah, malah sanggup mati daripada membiarkan hudud dilaksanakan? Kenapa DAP boleh dan UMNO tidak boleh? Pastinya, jawapan Mahfodz ialah kerana DAP bukan Islam. Namun, ini bukan soal mengenai keIslaman mana-mana parti. Ia juga bukan soal sama ada satu-satu parti itu mengiktiraf atau tidak hukum hudud. Soalnya ialah tentang pendirian PAS mengenai hudud dan apakah PAS jujur ingin melaksanakannya. Jelaslah sudah bahawa pendirian PAS mengenai hudud dari dulu sehingga kini ialah, ia merupakan bahan politik semata-mata serta PAS tidak punya niat pun untuk melaksanakannya kerana jika PAS serius ingin melaksanakannya mereka pasti menolak kerjasama dengan PKR dan DAP sebagaimana mereka menolak UMNO juga. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment