BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH PAS !!!

Posted: 28 Jul 2012 12:00 PM PDT


PAS diminta menjelaskan kedudukan dan hala tuju perjuangan sebenar mereka kepada rakyat,memandangkan percanggahan prinsip antara parti komponen Pakatan Rakyat yang lain semakin ketara,kata Presiden JATI,Datuk Dr Hasan Ali.Hasan berkata persefahaman PAS dengan rakan kompenannya yang lain semakin rumit, terutama berkaitan pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah tunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah Karpal dengan mengatakan beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS. Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty tegaskan baru-baru ini bahawa pelaksanaan hudud tak terdapat dalam buku Jingga.Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal dan DAP,"kata beliau.

Tambah beliau,Karpal juga mendakwa PAS telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam Muktamar parti itu tahun lalu.Justeru beliau mendesak pimpinan tertinggi parti Islam tersebut tampil ke hadapan bagi menjelaskan beberapa perkara iaitu adakah benar dakwaan DAP yang mengatakan PAS tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.Beliau antara lain turut menuntut penjelasan adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam yang merupakan matlamat asal parti tersebut serta mempersoalkan adakah tindakan menggugurkan agenda negara Islam dan pelaksanaan hudud diputuskan dengan persetujuan PKR dan DAP.Menguatkan lagi hujah tersebut,beliau berkata,setakat ini jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak diizinkan sama sekali menimbulkan kedua-dua isu tersebut.

"Itulah bahana ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya saja. Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU 13 menyebelahi PR.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR," katanya. - Antara Pos

EKSKLUSIF !!! ISU AIR !!! KHALID GAGAP KANTOI LAGI !!! FAKTA SEBENAR DI DEDAHKAN !!!

Posted: 28 Jul 2012 09:00 AM PDT



lihat dulu video di atas dan lihat juga penipuan khalid gagap.kata tak ada masalah air akan datang ??? apa cerita ni ???


Sebuah lori tangki air dengan bangga menghantar air 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' di tepi jalan Taman Bukit Belimbing,Seri Kembangan ... semalam.

Sampai bila Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram Selangor mahu berbohong kepada rakyat kononnya tiada krisis air yang berlaku di Selangor?

Mengapa perlu menghantar lori tangki air dengan banner tertulis 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' ... jika benar-benar tiada krisis air sedang berlaku di Selangor.

Apa perlu menghantar lori tangki yang disewa khas ... lebih besar dari lori SYABAS untuk penduduk di Taman Belimbing, Seri Kembangan.

Pelik ... lori tangki air hanya dihantar ke satu kawasan sahaja, walhal SYABAS telah pun menghantar bekalan air sebelum ini?

Apa agaknya jawapan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram apabila kerajaan negeri menghantar lori tangki berkapasiti 22,000 gelen air ke Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan?

1) Saja-saja seronok?
2) Kerajaan negeri Selangor cukup prihatin?
3) Saja tayang lori tangki air pada penduduk?

Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjawab lori-lori tangki air milik SYABAS hari-hari hantar bekalan air di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan ini? - Gelombang Wangsa Maju @ GWM

JOM BACA KENYATAAN DI BAWAH !!!

KENYATAAN MEDIA KETTHA

PEMBETULAN FAKTA MENGENAI ISU-ISU PEMBEKALAN AIR SELANGOR

Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air ingin membetulkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAB. Menteri Besar Selangor dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sejak 23 Julai 2012 mengenai isu bekalan air Selangor.Pembetulan ini dibuat kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.Penjelasan ini seperti di Jadual 1 diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang isu-isu yang telah dibangkitkan itu.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Putrajaya.

26 Julai 2012

JADUAL 1

PEMBETULAN TERHADAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEJAK 23 JULAI 2012

1) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Kerajaan Selangor memohon RM225 juta dari Kerajaan Pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Sumber Kenyataan :

YB. Dr. Xavier Jayakumar,

Laman Web Selangorku

23 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri Selangor.Walaupun Kerajaan Persekutuan telah memaklumkan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 sekiranya tiada langkah-langkah diambil untuk menanganinya, Kerajaan Negeri Selangor masih berkeras dan berpendirian bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019.Disebabkan Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan tanggung jawab untuk memastikan loji-loji rawatan air di negeri Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna adalah merupakan tanggung jawab Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya rakyat Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air pada tahun 2014.Walau bagaimanapun, apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan projek-projek tersebut,Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut yang bernilai RM301 juta.

Persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya mengakui bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.Ini menunjukkan bahawa pendirian Kerajaan Negeri Selangor yang mengatakan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi sehingga tahun 2019 adalah merupakan kenyataan yang tidak disokong oleh fakta.

2) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor seperti loji-loji kerana ia dipajak kepada mereka.

Sumber Kenyataan :

YB. Dr. Xavier Jayakumar,

Laman Web Selangorku

23 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di bawah Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Manakala tanggung jawab Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau water supply availability.SYABAS telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.Adalah ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemilik aset-aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

3) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 seperti yang didesak oleh Kerajaan Persekutuan.

Sumber Kenyataan :

YB. Charles Santiago

Laman Web Selangorku

23 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.Kerajaan Persekutuan sentiasa konsisten dalam pendiriannya bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2014 disebabkan Kerajaan Negeri Selangor enggan memberi kelulusan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk membolehkan loji tersebut disiapkan pada tahun 2014.Atas dasar inilah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan development order bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2.Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memaklumkan bahawa sungguhpun kedudukan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan yang telah dikenalpasti seringkali mengalami gangguan bekalan air disebabkan rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu secara puratanya ialah 2.5% sahaja berbanding dengan paras optimum iaitu 10%.

Berdasarkan pandangan SPAN ini, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah membuat keputusan bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan sekarang ini kerana kedudukan bekalan air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhannya adalah mencukupi.Walau bagaimanapun,SPAN telah diminta mengenal pasti kawasan-kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi bagi kawasan-kawasan ini sebagai persediaan menghadapi catuan,sekiranya diperlukan,melalui perbincangan dengan SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor.Pelan ini penting bagi memastikan orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air yang akan dilaksanakan untuk membolehkan mereka membuat persediaan yang sewajarnya.

4) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Kalau tidak ada catuan air, maka tidak ada masalah air.Kalau tidak ada masalah air, mengapa mereka ingin membina Loji Rawatan Air Langat 2 ?

Ini tidak masuk akal.

Sumber Kenyataan:

YB. Charles Santiago

Laman Web Selangorku

23 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Ketiadaan keperluan untuk mencatu air pada masa sekarang tidak bermakna bahawa tiada masalah air pada masa akan datang.Loji Rawatan Air Langat 2 dirancang untuk dibina bagi memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014 berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2000.Hasil kajian tersebut terbukti benar apabila SPAN turut mengunjurkan bahawa jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.Malah,SPAN mengunjurkan bahawa bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.Selain itu, pembinaan infrastruktur bekalan air memerlukan tempoh masa yang panjang untuk disiapkan.Oleh itu,Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina sekarang bagi memastikan para pengguna tidak menghadapi masalah bekalan air pada masa akan datang.

5) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Tindakan terdesak ini (untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2) antara lain bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan dan mencongak keuntungan berlipat-ganda sekiranya usaha berkenaan diluluskan.

Sumber Kenyataan:

YB. Charles Santiago

Laman Web Selangorku

23 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan dan mengalu-alukan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak.

6) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

Kerajaan Negeri Selangor mahu ambil alih operasi SYABAS kerana SYABAS tidak mampu urus bekalan air.

Namun tidak diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Sumber Kenyataan :

YB. Rodziah Ismail

Laman Web Selangorku

24 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih operasi SYABAS kerana:

1. Kes mahkamah yang masih belum selesai. Kes tersebut difailkan oleh SYABAS untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009 ; dan

2. Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh SYABAS didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi SYABAS berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.Walaubagaimanapun, Kerajaan akan mendapatkan pandangan muktamad daripada Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan.

7) Perkara Yang Dibangkitkan Oleh Kerajaan Negeri Selangor :

The production capacity of the 34 treatment plants at present is 4,807MLD, compared to Syabas' distributive capacity of 4,371MLD.

Sumber Kenyataan:

YAB. Menteri Besar Selangor

Suratkhabar The Star

26 Julai 2012

Penjelasan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air :

Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari (JLH).Walau bagaimanapun, terdapat kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada ketika ini yang hanya membolehkan kapasiti air diagihkan kepada pengguna sebanyak 4,371 JLH sahaja.Projek-projek Mitigasi 1 dan 2 yang berjumlah RM606 juta yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan apabila siap kelak, akan dapat mengoptimumkan pengeluaran air kepada 4,581 JLH.Kementerian ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mencadangkan sebarang projek mitigasi seperti yang dinyatakan oleh YAB. Menteri Besar dan beberapa EXCOnya di media massa untuk meningkatkan kapasiti loji-loji rawatan air sedia ada di negeri Selangor baharu-baharu ini walaupun 33 daripada 34 buah loji tersebut merupakan milik Kerajaan Negeri Selangor.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4,807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.Dalam merancang bekalan air kepada pengguna, kapasiti yang perlu diambil kira ialah kapasiti yang boleh diagihkan iaitu 4,371JLH kerana ia menentukan jumlah air yang sampai ke premis pengguna.Sekiranya kapasiti reka bentuk iaitu 4,581JLH atau kapasiti pengeluaran loji yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu 4,807 JLH diguna pakai, ia tidak akan mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna dan seterusnya memberikan gambaran yang salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.Penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan para pengguna air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Putrajaya.

26 Julai 2012

APA MACAM KHALID GAGAP ???

SEMUA DAH TERJAWAB !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! UMIE AIDA MEMBELASAH ABBY ABADI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Jul 2012 05:00 AM PDT


Di kala artis lain mengambil langkah selamat dengan berdiam diri daripada memberikan sebarang komen tentang kenyataan Abby Abadi. Umie Aida meluahkan isi hatinya menerusi Twitter sebentar tadi. Apabila ditanya pendapatnya mengenai isu ini, Umie Aida menyatakan yang pemikiran Abby Abadi sangat cetek kerana membuat komen sebegitu.


Abby Abadi yang membaca tulisan Umie Aida memberikan respon dengan menyatakan yang dia menyayangi rakan-rakannya termasuk Umie Aida. Bagi Abby, umat Islam sekarang sudah jauh sangat tersasar.


Umie Aida kemudiannya membalas dengan memohon Abby tidak menggunakan saluran politik untuk membuat kenyataan sebegini.


Sekarang ini di Twitter pun sedang kecoh dengan ada sesetengah pihak yang menyokong dan membantah cara Abby Abadi meluahkan kata-katanya. Ada yang berpendapat Abby harus memenuhkan ilmu di dada terlebih dahulu sebelum berdakwah. Ada yang bersetuju kerana percaya perlu ada insan yang berani bercakap seperti Abby Abadi - Politik Anda

AYUH BOIKOT THE STORE !!! PROMOSI ARAK SEMPENA BULAN PUASA !!!

Posted: 28 Jul 2012 01:30 AM PDT


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengirim sekitar 600 ribu email kepada ahli-ahli dan rakan-rakan sekutunya sebagai tanda protes The Store yang mempromosi arak secara terbuka bersempena dengan bulan Ramadhan.Satu kiriman email dan poster boikot turut dihantar kepada pengurusan The Store.

"Untuk makluman Puan,kami telah mula menyebarkan Poster yang dilampirkan. Untuk permulaan akan dihantar melalui emel kepada senarai yang dilampirkan sebelum ini.Turut akan dihantar kepada ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta sekutu-sekutu kami.Anggaran jumlah emel yang akan dihantar sekitar 600 ribu.Langkah seterusnya adalah menghantar poster tersebut kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia bermula jumaat ini bagi diedarkan kepada para jemaah terutamanya pada hari Jumaat, " kata Muhammad Zharif,dalam email yang turut dikirim kepada Badut Rakyat.

AYUH BOIKOT !!!

EKSKLUSIF !!! ANTARA PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK DAN ANWAR IBRAHIM !!! SIAPA LEBIH HEBAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jul 2012 09:56 PM PDT



Rakyat tumpang gembira serta mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 59 kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang jatuh pada 23 Julai yang lalu.Lebih daripada itu rakyat berasa bertuah mempunyai seorang pemimpin bervisi seperti Datuk Seri Najib yang bakal membawa negara ke tahap pembangunan yang jauh lebih maju dan progresif dalam tahun-tahun mendatang.Rancangan beliau untuk memantapkan lagi pentadbiran negara melonjakkan pembangunan negara sediada serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat semuanya terkandung kemas dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).Melalui kedua-dua program mega itu,terserlah kualiti pada diri Perdana Menteri bahawa beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman lama dalam pentadbiran kerajaan selama 36 tahun malah arif bagaimana melakar perjalanan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran abad ke 21.

Malangnya segala impian rakyat yang ingin dibawa dan direalisasi oleh Perdana Menteri bakal hancur sekiranya pembangkang yakni pakatan haram dibenarkan memegang tampuk kuasa di Putrajaya.Pada masa kini,pakatan haram sedang sibuk dengan agenda politik mereka untuk meruntuhkan perancangan pembangunan yang telah di susun oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat. Mereka menyerang pentadbiran kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya melalui pendekatan media yang dibantu oleh rangkaian media Barat.Mereka mencipta dan mengada-adakan bermacam-macam fitnah dan tohmahan untuk melemah serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.Ada sahaja isu yang boleh pembangkang memanipulasi, mereka akan membesar-besarkan dan menjadikan isu itu sebagai satu senjata menghentam kerajaan.Bagi pakatan haram kebenaran hanya ada pada pihak mereka.

Walaupun kerajaan berulang kali memberi penjelasan secara terperinci mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan samada di dalam atau luar Parlimen,itu tidak menjadi penting kerana pakatan haram yang menentukan samada ianya benar atau salah.Tujuan semua tindakan pakatan haram ini ialah supaya rakyat tidak akan merasa kesan positif dan perubahan positif kepada kehidupan mereka hasil program serta dasar yang telahpun terlaksana setakat ini.Pakatan haram tidak mahu rakyat berfikir bagaimana mereka menikmati perkhidmatan kesihatan dan perubatan paling rendah di dunia di Klinik 1Malaysia dengan hanya yuran serendah RM1.Perdana Menteri tidak mahu membebankan rakyat dengan perkhidmatan kesihatan yang tinggi terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah,sebab itu kerajaan sanggup mengenakan caj lebih rendah daripada harga segelas teh tarik.pakatan haram juga mahu mengalih perhatian rakyat kepada langkah kerajaan memperkenalkan Kedai 1Malaysia yang menjual banyak produk barangan buatan tempatan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaraya seperti Tesco,Giant atau Carrefour.

DAP sebelum ini cuba menggagalkan usaha kerajaan ini dengan memburuk-buruk kualiti produk yang dijual tetapi rakyat lebih bijak berfikir bahawa itu adalah propaganda murahan pakatan haram.Kini laporan media menyatakan seringkali Kedai 1Malaysia kehabisan stok kerana sambutan rakyat yang amat menggalakkan.Bagi lebih 70,000 golongan pemandu teksi yang selama ini memberi khidmat kepada rakyat,kerajaan tidak melupakan pengorbanan mereka dengan memberi tayar percuma melalui skim Tayar 1Malaysia,malah kerajaan juga sedang menimbang skim caruman Perkeso dan KWSP bagi mereka.Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan kumpulan pemandu teksi kononnya untuk menunjukkan prihatin beliau kepada nasib mereka tetapi apa yang mampu ditawarkan beliau hanyalah air liur dan janji kosong.pakatan haram juga mahu mengalih pandangan rakyat daripada langkah kerajaan mengurangkan bebanan kehidupan mereka dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah.

Ramai penyokong pakatan haram berjaya menikmati BR1M tetapi dalam usaha membantu rakyat kerajaan tidak pernah mendiskriminasi atau menindas mana-mana golongan atas alasan berlainan ideologi politik.Inilah bukti kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang adil yang membela semua lapisan rakyat tidak kira bangsa,agama, warna kulit mahupun fahaman politik.Anwar dan pemimpin pakatan yang lain akan terus mengadakan ceramah setiap malam untuk menipu rakyat.Contohnya,PAS telah memerintah Kelantan selama 22 tahun sejak pilihan raya umum 1990,tetapi masih menjadikan ceramah umum sebagai aktiviti utamanya meskipun sudah menubuhkan kerajaan negeri.Pembangunan negeri dan rakyat sepatutnya menjadi agenda teras pemerintahan di negeri Serambi Mekah itu tetapi PAS memilih menjadikan pentas ceramah sebagai alat propaganda untuk mengawal minda rakyat Kelantan supaya terus mengundi golongan jumud itu.Tanpa ceramah politik setiap malam,nescaya pengaruh PAS akan jauh berkurangan dan negeri itu akan jatuh kembali ke tangan BN.

Apa pun fitnah pakatan haram,Perdana Menteri tetap beristiqomah di atas landasan untuk mendahulukan rakyat dalam pentadbirannya.Berkat kesabaran Datuk Seri Najib menanggung badai fitnah pakatan haram,mutu kehidupan rakyat sudahpun menampakkan perbezaan positif yang ketara.Bak kata pepatah biarlah luncai terjun dengan labunya.biarlah Anwar dan pakatan haram lemas dalam dunia fantasi mereka yang tidak berkesudahan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! AZIZAN MENGAMUK !!! APA YANG TERJADI DI KEDAH SEMUANYA SALAH BN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 27 Jul 2012 07:00 PM PDT


Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada pakatan haram.takkan nak marah kot ??? itu adalah kenyataan ??? Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut,Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN.Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan,kesilapan,lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut.Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai.Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN.Kata beliau,MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat,membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.semua nak salah dan tuju kat BN.MPN tu bukan parti pun.agak-agaklah,itu hanya kajian.

Sememangnya,meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak lagi maksum di dunia ini Dan sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN.Kata beliau,"Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius." meh saya beritahu sesuatu,yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa,sombong dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja.Mudah sungguh menjadi MB nampaknya.Hanya duduk goyang kaki,pekakkan telinga,butakan mata,tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang mengkritiknya.

saya akan ceritakan anda siapa MPN.MPN sebenarnya bukan mewakili BN,jauh sekali bekerja untuk BN.Kajian tentang calon MB membawa signifikan tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat,membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.Ini kerana,siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik.Jika tersilap memilih MB seperti Azizan,maka hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini.Masalah balak, air,pencemaran,madrasah,pelancongan,pelaburan,tanah rizab Melayu,KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama sekali.Kata mereka,tidak guna memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai.Secara realiti,apa yang selesainya ???

Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin susut.Tiada satu pun projek yang dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi.Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata,bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya ??? Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan rakyat.Hakikatnya,Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya tidak dapat memahami bagaimana maklumat,termasuk perkara sulit boleh tersebar dan merebak dengan mudah.Beliau tidak tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang dinyatakan atau dinafikannya.Hanya dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang bijak.Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan dunia,siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAS MARAH UMNO SEBAB PKR TOLAK HUDUD ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jul 2012 04:30 PM PDT


Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab pada bulan lepas,antara kertas kerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam.Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS,buktinya,Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa 'Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam'.Maknanya,tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara,keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi,selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi.Tuntutan Islam ke atas seorang individu Islam pula adalah atas amalan peribadinya kepada Allah S.W.T serta keikhlasan dan kejujuran sesama manusia.Kesemua ini mengambil tempat 9/10 dari tuntutan Islam yang mana majoriti dari Umat Islam masih menghadapi kesukaran untuk memenuhinya.Manakala,kedudukan 'hudud' dalam Islam telah pun jelas iaitu jika sesebuah negara tidak melaksanakan hudud,ia tidak akan menjejaskan sedikitpun keIslaman seseorang Muslim di negara itu.Ini kerana hudud,undang-undang dan kerajaan bukanlah faktor yang menentukan kesudahan seseorang Muslim di akhirat kelak.Kerana itu,hudud tidak diletakkan sebagai perkara pertama dalam tuntutan Islam.

Namun,penganut-penganut PAS tetap tegar mengambil sikap seolah-olah Hudud itu adalah 100% atau perkara teratas dalam Islam dan kalau tidak melaksanakannya maka segala amalan tidak diterima lagi dan jatuh kafirlah kerajaan yang tidak melaksanakannya,termasuklah penyokong-penyokong kerajaan.Penjelasan kerajaan bahawa hudud masih belum sesuai dan terlalu sukar untuk dilaksanakan di negara ini dan pada ketika ini,dibakulsampahkan sebagai kenyataan 'menolak Islam' oleh PAS.Walaubagaimanapun,PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR yang juga memberi jawapan yang sama mengenai hudud.Buktinya, baru-baru ini,Shamsul Iskandar Mohd Akin,Ketua Angkatan Muda PKR menyelar Ketua Pemuda PAS,Nasrudin Hasan Tantawi kerana membangkitkan lagi isu hudud.Shamsul menyarankan agar Nasrudin merujuk kepada persetujuan yang dicapai iaitu hudud bukanlah sebahagian dari polisi yang dipersetujui oleh pakatan haram.Apabila ditanya,kenapa PKR boleh dan UMNO tidak boleh ??? PAS,khasnya,Mahfuz Omar menjawab bahawa PKR mengiktiraf hudud tetapi tidak menerima perlaksanaannya di Malaysia kerana ia tidak sesuai,tetapi UMNO pula menolak hudud mentah-mentah.

Jika ini jawapannya,saya ingin bertanya Mahfuz,kenapa pula PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama berjuang mengejar impian untuk berkongsi kerusi pemerintah dengan DAP walaupun DAP jelas menolak mentah-mentah, malah sanggup mati daripada membiarkan hudud dilaksanakan ??? Kenapa DAP boleh dan UMNO tidak boleh ??? Pastinya,jawapan Mahfuz ialah kerana DAP bukan Islam.Namun,ini bukan soal mengenai ke Islaman mana-mana parti.Ia juga bukan soal sama ada satu-satu parti itu mengiktiraf atau tidak hukum hudud.Soalnya ialah tentang pendirian PAS mengenai hudud dan apakah PAS jujur ingin melaksanakannya.Jelaslah sudah bahawa pendirian PAS mengenai hudud dari dulu sehingga kini ialah,ia merupakan bahan politik semata-mata serta PAS tidak punya niat pun untuk melaksanakannya kerana jika PAS serius ingin melaksanakannya mereka pasti menolak kerjasama dengan PKR dan DAP sebagaimana mereka menolak UMNO juga.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...