UMNO Online - “Bonus For Civil Servants Will Not Affect Govt’s Deficit Reduction Plan” plus 4 more |
- Bonus For Civil Servants Will Not Affect Govt’s Deficit Reduction Plan
- Yahya Lepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan
- UMNO Sabah Serah Kedudukan Lajim Kepada Pucuk Pimpinan Parti
- Kunjungan Perdana Menteri Hadiah Raya
- Najib Umum Duit Raya Felda RM43.2 Juta
Bonus For Civil Servants Will Not Affect Govt’s Deficit Reduction Plan Posted: 29 Jul 2012 09:04 AM PDT
IPOH, July 29 – The half month bonus payment to civil servants, which will involve a total payout of RM2.2 billion, will not disturb the government’s decifit target, and the government debt is under control, said Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah today. The country’s finances can afford a bonus payout through the Budget the government devises yearly, he said. “In terms of national income, we have reached the target for this year, and we expect to see more tax collections from the Inland Revenue Board, Customs and dividends from government agencies. “Meanwhile, the government’s expenditure is also under control where the government has implemented the “Value For Money” concept where the expenditure is not merely an expenditure but about the way we spend and how to reduce the spending,” he said. He said this following the donation of a hearse (van) by Bank Simpanan Nasional (BSN) to the Taman Klebang Jaya Welfare Association at the Chemor Community Centre here today. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak last week announced the bonus payment and also the special payment of RM500 to pensioners which will be paid out this August 9. A total of 1.27 million public servants and 657,000 government pensioners will benefit from this payment which the government is giving out in recognition of their contribution. Asked on the 2013 Budget, Husni said it was in the midst of preparation where discussions are being carried out with the target groups. Feedback from the people are still being received, he said. He said the Prime Minister was also going online to get the people’s response in line with the concept of “People First, Performance Now”. “Many suggestions have been given by the people. What is done by the government must reflect what the people want and the government will take the initiative to make it happen,” Husni said. The Budget will also be based on the needs that the ministries and agencies want to fulfill besides considering the proposals from various parties including the private sector. “Once we get the basic budget ready, each of the views will be studied and we will take on the suggestions that are found to be suitable for implementation,” he said. |
Yahya Lepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Posted: 29 Jul 2012 08:57 AM PDT PUTATAN, 29 Julai – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan Peringkat Daerah Putatan di sini, hari ini. Konvoi yang disertai oleh 25 kenderaan dengan 80 peserta itu dianjurkan Jabatan Penerangan Sabah bersama agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Pengembaraan konvoi itu bermula dari Kota Kinabalu pada 28 Julai dan berakhir di Tuaran pada 3 Ogos ini, melalui daerah Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, Tambunan, Kota Belud, Pitas, Kota Marudu dan Kudat. Program itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dan kempen mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini yang bertemakan ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati.’ Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, dalam ucapannya memuji peserta konvoi kerana walaupun dalam suasana berpuasa, mereka sanggup mengharungi cabaran untuk menyemarakkan Kempen Mengibar Jalur Gemilang. Beliau menyeru warga Malaysia khususnya masyarakat di daerah Putatan agar bersama-sama menyahut seruan kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Yahya berkata rakyat perlu terus bersatu-padu yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian negara.
|
UMNO Sabah Serah Kedudukan Lajim Kepada Pucuk Pimpinan Parti Posted: 29 Jul 2012 08:55 AM PDT KOTA KINABALU, 29 Julai – UMNO Sabah akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai anggota UMNO selepas beliau mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti di sini, semalam. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata parti itu menyedari bahawa Lajim tidak lagi bersama-sama dalam perjuangan UMNO dan BN. “Jadi, kita serahkan kedudukan beliau kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Menara Usia 1Borneo, dekat sini hari ini. Musa yang juga Pengerusi BN negeri diminta mengulas tindakan Lajim meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta. Bagaimanapun, ketika mengumumkan perkara itu, Lajim dipetik sebagai berkata bahawa beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO. Musa menekankan bahawa apa juga masalah dalam BN dan UMNO, ia boleh dibincang dan diselesaikan secara bersama dalam semangat BN. "Saya sering mengingatkan kepada semua kepimpinan bahawa dalam perjuangan kita ini, perjuangan parti adalah penting dan keihklasan kita kepada parti dan pemimpin itu penting dan bukan peribadi kita. Katanya, UMNO akan terus bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain untuk bersiap siaga memastikan persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya akan datang. “Memang lumrah dalam mana-mana gabungan parti politik atau dalam parti memang ada perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara. “Tetapi jika benar-benar ikhlas dan sanggup bertolak ansur, apa juga masalah boleh kita atasi. Suka saya tekankan bahawa ini bukanlah perjuangan individu tertentu, apa yang penting adalah kesetiaan kita kepada perjuangan parti,” katanya. Musa berkata bermacam-macam tuduhan telah dibuat menerusi media namun sebagai pemimpin Umno dan BN Sabah, “Saya sentiasa memberikan sokongan kepada beliau (Lajim) sama seperti yang saya berikan kepada semua wakil rakyat Umno dan BN”. Beliau berkata ini termasuk memberikan sokongan dan bantuan kepada banyak program dan aktiviti beliau. “Mungkin beliau mempunyai agenda tersendiri…apapun sebagai sahabat saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya. Ditanya mengenai tindakan timbalan presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing meninggalkan BN, Musa berkata: "Perkara ini bukan baru, perkara ini sudah lama kita ketahui tapi baru hari ini beliau buat keputusan…terpulang kepada parti mereka". "Semua orang bebas membuat keputusan, yang penting saya katakan, kita mesti ikhlas dalam perjuangan kita. Ini yang penting. UMNO dan BN sentiasa bekerjasama, kita akan terus pastikan program dan projek yang kita laksanakan dapat diteruskan untuk rakyat,” katanya. Musa berkata sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas berikutan tindakan Lajim dan Bumburing, dan menegaskan bahawa tidak ada krisis dalam BN Sabah. Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan Lajim meletak jawatan dalam parti adalah asam garam politik. Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata dalam sejarah UMNO sendiri, pengasas parti iaitu Dato Onn Jaafar pernah bertindak keluar parti. “Malah, UMNO juga pernah diharamkan dan anggota yang cukup tinggi jawatan dalam parti pun pernah keluar Umno, jadi ini bukan perkara baru,” katanya kepada pemberita selepas menutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Seputeh 2012 hari ini. Beliau berkata desas-desus Lajim ingin meninggalkan Umno telah lama didengar namun ia sering dinafikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu. Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata tindakan Lajim dan Bumburing meninggalkan BN tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil. “Kita kena pastikan bahawa kekuatan BN dan Umno di Sabah terus dimantapkan serta jangan alpa… rakyat juga perlu bijak memilih,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau meminta UMNO Seputeh terus mempertingkat usaha untuk membolehkan BN menawan Parlimen itu meskipun ia dianggap sebagai ‘kawasan hitam’. Pada majlis itu, Mohd Shafie menyerahkan sumbangan Nur Ramadan kepada 99 ibu tunggal dan 96 anak yatim serta kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada 180 penerima dari sekitar Seputeh. |
Kunjungan Perdana Menteri Hadiah Raya Posted: 29 Jul 2012 06:01 AM PDT SIK, 29 Julai – Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumah seorang penduduk Kampung Teloi Tua melalui Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) merupakan hadiah hari raya yang tidak ternilai buat keluarga itu. Kamaliah Ahmad, 50, yang tinggal di situ sejak 28 tahun lepas berasa sangat gembira dan terharu kerana rumahnya dikunjungi oleh orang nombor satu negara. “Saya berasa sangat seronok, terharu dan lega dengan kunjungan ini. Selalunya saya lihat Datuk Seri (Najib) di televisyen saja. Hari ini beliau datang sendiri ke rumah saya dan ia adalah hadiah untuk seluruh keluarga saya sempena menyambut Syawal,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini. Dia yang merupakan ibu tunggal berkata rumah yang didiaminya bersama lima anak dan empat cucu itu adalah di atas tanah ibu angkatnya dan dia bersyukur kerana ibu angkatnya itu tidak mengenakan sebarang bayaran. “Saya hanya membuat cucur dan pendapatan saya setiap bulan kira-kira RM500 sebulan. Saya tidak mampu membaiki rumah ini dan melalui program ini Saya rasa gembira kerana kesusahan kami sekeluarga mendapat perhatian daripada kerajaan Malaysia terutama pihak Felda yang sudi membantu membaik pulih rumah ini walaupun saya bukan anak Felda,” katanya. Sementara itu Ketua Eksekutif Yayasan Felda Dr Emel Faizal Mokhtar berkata pihaknya menyerahkan kepada Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan wakil rakyat kawasan memilih penduduk kampong yang berada di luar kawasan Felda untuk menerima bantuan Kasih Felda. “Untuk fasa pertama, Felda memperuntukkan RM20 juta dan sasaran Felda sehingga hujung tahun ini ialah membaik pulih kira-kira 4,000 rumah yang berada di luar kawasan Felda,” katanya. Beliau berkata setiap rumah diperuntukkan kira-kira RM5,000 bagi membaik pulih perkara-perkara asas seperti bumbung dan dinding yang rosak. Turut hadir pada program itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
|
Najib Umum Duit Raya Felda RM43.2 Juta Posted: 29 Jul 2012 05:57 AM PDT SIK, 29 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda. Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka. Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta. Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta. Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000. “Semua janji kita tunaikan… itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka,” katanya. Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Dalam kunjungan ke Parlimen Sik hari ini, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda. Program ini berbentuk pembaikan rumah uzur yang perlu dinaik taraf. Di Kedah, sebanyak 1,000 rumah dikenal pasti menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap rumah dengan jumlah bantuan sebanyak RM5 juta. Perdana Menteri kemudian berbuka puasa bersama peneroka Felda dan penduduk di kawasan Parlimen Sik.
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment