BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SHAH ALAM DI LANDA VIRUS RUMAH URUT !!!

Posted: 29 Jul 2012 08:30 AM PDT






Fenomena 'rumah urut' yang melanda di Shah Alam sudah kronik! Kegiatan maksiat ini tidak langsung terjejas walaupun ketika ini umat Islam sedang menyambut ibadah puasa dalam bulan Ramadhan.Hasil tinjauan penulis,kegiatan operasi rumah urut berjalan seperti biasa dalam bulan Ramadhan ini. Lebih menarik, semua rumah urut di Shah Alam masih beroperasi seperti biasa dari 11.00 pagi hingga 12.00 tghmalam sejak hari pertama bulan ramadhan lagi.Apa sudah jadi dengan Shah Alam? Penulis merasakan Shah Alam seakan diperintah oleh DAP. Tiada langsung usaha untuk cegah kegiatan maksiat baik dari pihak berkuasa mahupun ahli parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.Tergamak Khalid Samad membiarkan rumah urut di Shah Alam beroperasi sewenang-wenangnya tanpa halangan dalam bulan Ramadhan?

Khalid Samad ini berjuang untuk Islam yang macam mana? Penulis yakin Khalid Samad sebagai YB Shah Alam sudah tentu punya kuasa untuk arahkan penutupan operasi ketika bulan Ramadhan.Penulis rasakan semudah memetik jari sahaja jika Khalid Samad bersungguh untuk membela nasib penduduk di Shah Alam.Banyak persoalan timbul dalam kalangan masyarakat di Shah Alam terhadap gelagat YB Shah Alam dewasa ini.Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Khalid Samad untuk penduduk di Shah Alam?

Sudah lah gagal untuk mengawal lambakan kewujudan rumah urut di Shah Alam, takan tidak boleh menghentikan sementara operasi rumah urut dalam bulan Ramadhan ini? Nasihat penulis kepada Khalid Samad,hormatilah bulan Ramadhan yang suci ini! - shahalamrebels

EKSKLUSIF !!! KANTOI !!! RAKYAT SELANGOR MENDERITA AKIBAT PAKATAN HARAM SELEWENG ISU AIR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Jul 2012 05:00 AM PDT



sila lihat video di atas.dah seminggu rakyat tiada air,lepas itu boleh pulak kerajaan negeri berlakon macam tiada apa-apa yang berlaku.apa cerita ni ??? kenapa degil tak nak bekerjasama dengan kerajaan pusat ??? yang untung rakyat.rakyat dapat menikmati air.saya akan ceritakan satu persatu pembohongan yang di lakukan oleh pakatan haram terutama MB Selangor dan pengikut beliau.harap maaf kalau artikel ini panjang.ini adalah untuk menyedarkan anda wahai pembaca dari selangor agar jangan tertipu lagi.ikut sejarah,sejak Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda menjelang tahun 2014.Bukan sahaja Selangor,malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.Ini bermakna Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan pakatan haram Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.Apa yang pakatan haram lakukan setakat ini ??? hantar lori air ???

nampaknya pakatan haram ini memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.pakatan haram menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya kononnya mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019.Hasilnya,kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.Sebelum keadaan menjadi lebih parah,kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 samada dengan kerjasama kerajaan pakatan haram Selangor atau tidak.Bagi kerajaan Barisan Nasional,kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari pakatan haram.itu yang paling penting.ini lah padahnya rakyat selangor terima bila pangkah parti yang mengatakan segalanya untuk rakyat.tapi rakyat yang menderita.

apa pun terjadi biarlah pakatan haram bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa pakatan haram ini masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2,bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pakatan haram ini.pakatan haram ini bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.Pada 23 Julai lalu,Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor,Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).pakatan haram cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada pakatan haram Selangor.Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna,namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.Dengan kelulusan dana tersebut,kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat,Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang ??? ini fakta bukan rekaan !!!

Maka hujah pakatan haram mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku,Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.Hakikatnya,Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu,tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.Kedudukan sebenarnya adalah begini,kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.Kemudian pembohongan berterusan pakatan haram berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP,Charles Santiago.Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA,Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelum yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.Perlu diketahui bahawa kerajaan pakatan haram Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.


Untuk menyelamatkan keadaan,kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal,terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.Atas pandangan ini,maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.

Jika perlu,SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu,Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air,maka tidak adalah masalah air.Jika tidak ada masalah air,mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2 ??? Ini yang dikatakan logik songsang puak pakatan haram.Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.Berlainan dengan mentaliti pakatan haram yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek,kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.Oleh itu,amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang,bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan dilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan,malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pakatan harammenyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.

Selepas Dr Xavier,Exco Kebajikan,Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan Inovasi Selangor,Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.pakatan haram cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas dua sebab :


1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.

2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Menteri Besar,Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.Berdasarkan maklumat SPAN,34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta liter sehari sahaja.Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak,barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2,LRA Sungai Semenyih,LRA Sungai Langat,LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari.Inilah keperluan sebenar pengguna.Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar,tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.

Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri,pakatan haram Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ABBY ABADI KATA MASUK PAS SEBAB AGAMA ???

Posted: 29 Jul 2012 01:30 AM PDT


Pelakon terkenal,Abby Abadi menafikan PAS adalah punca penghijarahan beliau untuk menjadi muslimah yang lebih baik.Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata,penghijrahan diri beliau sudah berlaku sebelum menjadi ahli PAS dan bukannya disebabkan untuk menjadi ahli politik parti itu.

"Sebenarnya, hidayah atau penghijrahan itu semua saya sudah dapat dulu sebelum kita masuk PAS. PAS itu bukan hijrah.Pas itu kita sertai kerana perjuangannya disebabkan agama. Hidayah yang saya dapat tidak ada kena mengena dengan PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diasak adakah beliau memilih PAS sebagai penghijarahan politik atau penghijrahan agama semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Abby Abadi di Laman Budaya, di sini,malam tadi.Abby bagaimanapun dilihat enggan memberi kerjasama kepada wakil media yang hadir apabila cuba mengelak daripada ditemu bual dengan lebih lanjut.Hadir sama,pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron.Dalam pada itu,beliau turut menegaskan penglibatan beliau ke dalam PAS adalah secara tidak sengaja selain 'baik untuk agama'.

"Penglibatan saya secara tidak sengaja. Saya sertai sebab baik untuk agama," katanya.

Abby mengikut jejak pelakon,Bob Lokman dan memilih menjadi ahli PAS selepas terbabit dalam beberapa siri ceramah Pas di seluruh negara. - Antara Pos

BETUL KER SEBAB AGAMA ???

HABIS TU KENAPA KENA BELASAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

BUKAN KAH KITA BOLEH PELAJARI ILMU AGAMA DENGAN BERJUMPA USTAZ ATAU PUN INSAN YANG LEBIH ARIF TENTANG AGAMA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! HRW MENGECAM ANWAR IBRAHIM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 28 Jul 2012 10:00 PM PDT


Baru-baru ini,Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat.Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual,Anwar menjawab,"ya"."Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual." Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia),Phil Robertson,menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam."Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual." Respon Human Rights Watch's (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik.Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar,kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata,"Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia,kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa." Walaubagaimanapun,ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya(homoseksual),tetapi sama ada 'tuannya' di barat,termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang,tidak dapat dipastikan.Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya,seperti,Surendran,Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa.Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village.Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM.Seperti juga Phil,SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.Justeru,SAYA tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW,PKR,SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya.Ini,ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu.Maka Awnar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat,terutamanya di kalangan majorti Melayu Islam.Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri.Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin.Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU. Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi. Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya.Beliau wajib memadamkan imej 'boneka barat' yang telah tertepek di mukanya.Jadi,kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi,kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.Justeru,untuk semua rakyat Malaysia yang membaca artikel Badut Rakyat,saya hanya mampu berpesan,bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun saya tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

RENUNG-RENUNGKAN

ISU RUMAH PELACURAN DI SELANGOR !!! SD JOHARI BELASAH RONNIE LIU !!!

Posted: 28 Jul 2012 07:00 PM PDT


SD Johari Yassin mengucapkan tahniah kepada Ronnie Liu di atas dakwaan menyerbu rumah urut,namun katanya operasi itu cuma satu peratus daripada jumlah sebenar pusat pelacuran di Selangor.

"Pertamanya saya merakamkan tahniah kepada Ronnie Liu kerana sejak hampir 4 tahun menjadi exco kerajaan tempatan buat pertama kalinya telah mengarahkan PBT membuat serbuan ke atas pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan rumah urut.Walau bagaimanapun operasi 12 PBT ke atas 58 buah pusat pelacuran adalah jumlah yang amat kecil untuk dibandingkan dengan jumlah sebenar,6000 buah di seluruh Selangor.Bermakna operasi tersebut hanya membabitkan satu peratus daripada jumlah pusat pelacuran di bawah naungan kuasa Ronnie Liu," katanya dalam kenyataan medianya.

SD Johari mengulas kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor,Ronnie Liu semalam berkata,12 PBT telah melakukan serbuan secara serentak ke atas 58 premis seluruh Selangor pada Isnin lepas.Dalam serbuan itu,dakwanya sebanyak sebelas buah premis telah dikenakan kompaun dan sembilan premis telah diarahkan tutup serta peralatannya disita.Ronnie Liu turut berkata beliau tidak pernah mengeluarkan lesen yang baru untuk rumah urut sejak memegang kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008.

Dakwa wakil rakyat DAP Pandamaran itu lagi,menularnya rumah urut di Selangor berpunca dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan permit kepada warga asing bekerja di pusat-pusat tersebut.SD Johari berkata,kenyataan Ronnie Liu yang menyalahkan pihak lain itu umpama menunding jari, kelingking berkait.

"Kalau benar sekalipun lesen rumah urut tidak dikeluarkan sejak 2008, tetapi itu bukan isunya, isunya adalah hampir kesemua pusat pelacuran itu menggunakan lesen perniagaan lain.Malah kebanyakan pusat-pusat pelacuran itu beroperasi tanpa lesen dan tidak pernah diganggu operasinya sebelum ini."

Menurutnya semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor,beberapa bandar-bandar utama termasuk pekan-pekan menjadi pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan pusat urut kaki.

"Seperti bandar Klang,Petaling Jaya,Puchong,Sunway,Kapar,Banting,termasuk pekan-pekan kecil seperti Seri Muda,bandar Botanik,Bukit Tinggi,Pandamaran.Itu saya sebut beberapa contoh, malah berpuluh-puluh lagi bandar-bandar lain telah menjadi sarang pelacuran yang beroperasi secara bebas."

SD Johari turut mencabar agar Ronnie Liu membanteras perkara ini secara serius dan bukannya menyalahkan pihak lain.

"Tindakan Ronnie yang tunding kepada KDN adalah cubaan untuk tutup pekong keruntuhan moral pentadbiran kerajaan Pakatan.Sewajarnya kerajaan Pakatan Selangor mengambil tanggungjawab di atas berleluasanya pusat-pusat pelacuran, bukan sahaja daripada warga asing, tetapi pelacur dari bangsa Melayu tempatan sendiri.Saya cabar Ronnie Liu buktikan pelacur-pelacur yang ditangkap itu, jika benarlah ada tangkapan bahawa mereka mengunakan permit kerja pusat urut yang dikeluarkan KDN."

Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Selangor memerhatikan 'simbol tapak kaki' di tempat masing-masing.

"Jika ada imej tapak kaki,ingat Ronnie Liu kerana tapak kaki itu adalah satu simbol pusat pelacuran di bawah pentadbiran Pakatan.Nampak saja tapak kaki, ingat Ronnie Liu kerana dialah bapak pusat pelacuran Selangor." - AIDC

HOT NEWS !!! PAS DI BELASAH BERTALU-TALU BERKENAAN DENGAN HUKUM HUDUD !!!

Posted: 28 Jul 2012 04:00 PM PDT


Nasrudin Hassan Tantawi tetap mengatakan bahawa Karpal Singh sudah berlembut pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud dan boleh berbincang dengan Pas mengenainya.Karpal bertegas bahawa ini tidak benar dan pendiriannya tidak berubah sejak dahulu lagi.Siapa bercakap benar dan siapa berbohong? Logiknya tentulah tuan empunya badan (Karpal) lebih mengetahui hati, fikiran dan pendiriannya sendiri.Apa yang jelas daripada perbalahan Ketua Pemuda Pas dan Pengerusi DAP ialah polemik hukum hudud antara kedua dua parti ini tetap meruncing walaupun sudah berlarutan 20 tahun.Lebih jelas ialah tuduhan bahawa Umno sebagai punca kerajaan Pas tidak boleh melaksana hukum hudud di Kelantan adalah tidak benar.

Sejak 1993-94,Pas menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai penghalang Kanun Jenayah Syariah II yang dalamnya terkandung hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat rupanya masih trauma dengan kandungan surat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mengancam akan mengambil tindakan jika Pas meneruskan hajat mereka itu.Tapi itu dua dekad lalu.Tun Dr Mahathir sudah lama bersara dan tidak berkuasa lagi.Apa lagi yang nak ditakutkan? Jika berani kerana ALLAH,kenapa takut kepada manusia? Hakikat sebenarnya ialah cabaran Pas dalam usaha melaksanakan hudud kerana tentangan kuat dan total DAP,bukan Umno.

Ketika enakmen ini dibawa ke Dun Kelantan pada 1994, kesemua 36 Ahli Dewan yang hadir telah menyokong, termasuk dua Adun Umno iaitu Wan Mohd Najib Wan Mohamed (Limbongan) dan Nordin Salleh (Sg Pinang). Yang tidak mengundi ialah Nik Aziz, sebab berada di hospital.Baru-baru ini,apabila seorang wakil rakyat Umno mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hudud memandangkan Kelantan gagal, saya turut menyokong cadangan itu.Dalam hal ini,pendirian Umno konsisten.Kita menyokong hukum ALLAH.Daripada Abu Hurairah,Rasulullah SAW bersabda,maksudnya: "Hindarilah hukum selama kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya."(Riwayat Ibn Majah) Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman." (Riwayat Tarmidzi) Umno berpendirian bahawa rakyat perlu diberi penjelasan dahulu serta cukup kepakaran dan prasarana sebelum melaksanakan hukum ini.

Beberapa prinsip asas ini saya ulas dengan panjang dan boleh ditonton dalam YouTube. Sebaliknya, DAP bermati matian menentang pelaksanaan hudud.Kenyataan Karpal bahawa Pas kena langkah mayat dia dulu adalah yang paling diingati dan masih dirujuk sehingga ke hari ini.Karpal pernah minta Yang di-Pertuan Agong guna kuasanya di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat pandangan Mahkamah Agung sama ada Perlembagaan boleh dipinda untuk membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.Lim Kit Siang berpendapat hukum hudud tidak demokratik dan bercanggah dengan hak asasi manusia.Katanya,Pas tidak menghormati hak bukan Islam.Bangkangan DAP berjaya sehingga Pas tidak berani memasukkan agenda negara Islam dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pembangkang.Pemimpin pembangkang lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya berhati-hati apabila bercakap pasal hudud dan lebih selesa ia tidak dibangkitkan.

Beberapa ilmuwan dan tokoh perundangan Islam juga berpendapat bahawa undangundang hudud yang didrafkan oleh Pas banyak kelemahannya. Tan Sri Ahmad Ibrahim berkata hudud Pas bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan malah dengan pandangan Mazhab Shafie dan Hanafi.Prof Datuk Dr Mahmud Saedon Awang Othman berkata hukum hudud di Kelantan tidak lengkap, sempit dan boleh mengundang pelbagai masalah.Prof Mohd Hashim Kamali, Prof Dr Syed Hussein Alatas, Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Chandra Muzaffar semuanya pernah mengeluarkan pendapat menentang hudud ala Pas.

Misalnya,undang-undang hudud di Terengganu ketika Pas memerintah (1999-2004) tidak sama dengan hudud di Kelantan.Manakala, Pas Kedah pula beri pelbagai alasan tidak boleh melaksana hudud di negeri itu, termasuk mahu menunggu Kelantan melaksanakannya dahulu. Walaupun ternyata tidak mampu, Pas masih menjajakan isu ini sebagai bahan kempen dalam ceramah, terutama bila tiba musim pilihan raya.

Soalnya : jika benar nak laksana,bagaimana Pas nak bendung bantahan DAP (dan PKR) dalam keadaan Pas adalah parti terkecil dari segi kerusi dan pengaruh dalam PR?

Oleh Dr Mashitah Ibrahim
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...