PISAU.NET |
- Tukar Pengarah KPDNKK - Prof Madya Dr Mahfuz Omar Pertahankan Pegawai Culas.
- Jurulatih 3 Kepala
- Pemimpin Umno Beli Tanah Kampung Mahal Punca Di Serang Guan Eng!
- PAS PKR DAP Bertumbuk Berebut Kerusi
Tukar Pengarah KPDNKK - Prof Madya Dr Mahfuz Omar Pertahankan Pegawai Culas. Posted: 29 Jul 2012 12:43 PM PDT Pakar Pengurusan dan Pentadbiran Awam dari parti PAS Prof Madya Dr Datuk Mahfuz Omar hari ini mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan empat pengarah jabatan koperasi negeri bertukar selepas 2 hari berlangsungnya Hari Koperasi Negara apabila kehadiran yang disasarkan 100ribu orang tidak tercapai. Sasaran 100 ribu ahli koperasi bukanlah banyak berbanding keahliannya mencecah lebih 7 juta orang.Lagi pun program ini adalah untuk ahli koperasi ada juga kalangan mereka dari ahli PAS dan juga PKR menyertai program ini.Namun kehadiran didalam program itu mencecah lebih 60 ribu orang berbanding tahun sebelumnya yang hanya 15 ribu orang. Yang menariknya Prof Madya Dr Mahfuz Omar persoalkan kenapa harus ditukar 4 pengarah dan seorang daripadanya berkhidmat di Kementerian apabila mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik. Zaman kakitangan awam lembab dan tidak menjalankan tugas dengan baik sudah berakhir. Transformasi perkhidmatan awam mahukan para kakitangannya berdisplin dan juga mencapai KPI masing masing. Ada yang persoalkan tindakan Ismail Sabri semata mata kambing hitamkan 4 pengarah ini. Apakah tindakan menteri mengarahkan kakitangan kementeriannya yang tidak mencapai standart ditukar menjadi satu kesalahan?Bukannya 4 pengarah ini dibuang kerja. Ismail Sabri sebagai seorang menteri sudah tentu mahukan yang terbaik apatah lagi yang hadir adalah bos beliau sendiri memerangkap Perdana Menteri Malaysia.Apa masaalahnya? Pisau selidiki masaalah yang berbangkit, Pengarah terbabit masing masing dari negeri Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Kedah langsung tidak mempedulikan akan proses membawa ahli koperasi dari negeri masing masing. Apa alasannya hingga tidak mampu membawa ahli KOOP sedangkan program Hari Koperasi adalah acara tahunan sudah pasti mereka membuat persediaan dan penyelarasan yang awal. Menariknya daripada komen komen yang Pisau dapat tindakan Ismail Sabri ada benarnya. Jika tidak diambil tindakan akan ada pula cakap cakap pak menteri lembik tak buat kerja dan macam macam hal lagi. Contohnya kes di Mantin ,Negeri Sembilan,pihak yang sepatutnya mengatur pengangkutan untuk ahli ahli KOOP tidak hadir untuk membawa mereka ke Bukit Jalil bertambah memburukkan keadaan tiada sebarang penjelasan oleh pihak pengurusan sedangkan makcik makcik dan pakcik telah berjam jam menunggu bas namun tidak kelihatan. Ramai ahli KOOP lain di seluruh N.Sembilan terkandas atas sebab yang sama. Malah ada juga bas yang disediakan dalam keadaan yang amat teruk apabila ada penduduk Felda merungut kerana ada bas yang mempunyai masaalah brek hingga menjejaskan keselamatan.Akhirnya ada yang pergi dengan kereta sewa dan ada juga membatalkan hasrat mereka. Mahfuz persoalkan tindakan pak menteri yang tegas,adakah kita mahu kerajaan yang lembik seperti mana berlakunya dikementerian yang lain apabila ada kakitangan awam menjadi dijadikan bahan lelucon akibat cara mereka bekerja yang sambil lewa.. Dalam masa PAS bersetuju DAP mengurangkan 50% kakitangan kerajaan,mereka juga persoalkan tindakan kerajaan BN yang bertindak tegas terhadap kakitangan kerajaan yang bermasaalah. Yang mana satu sebenarnya mereka mahu. Kita harus ingat akan kepentingan wujudnya koperasi adalah untuk menghapuskan urusniaga orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Fungsi koperasi adalah untuk berkongsi kos modal dan berkongsi keuntungan tanpa orang tengah.Penubuhan koperasi amat penting dan semua orang patut tahu koperasi juga meraih keuntungan melalui kontrak kontrak besar seperti projek pembangunan,pembuatan,membekal barang kepada kerajaan dan juga kontrak besar di Petronas. Program sebegini bukan dibuat atas suka suka,sebaliknya ahli KOOP sendiri menitik beratkan keuntungan dan mahukan networking diseluruh negara semasa majlis berlangsung. Najib umum berita gembira sempena Hari Koperasi Negara Pisau kata " bengong puak khawarij nih..bila menteri tegas ambil tindakan kata tak adil,nak dipertahankan apa kalau kakitangan awam tu tak perform" |
Posted: 29 Jul 2012 08:00 AM PDT |
Pemimpin Umno Beli Tanah Kampung Mahal Punca Di Serang Guan Eng! Posted: 28 Jul 2012 06:00 PM PDT Walaupun mempunyai tanah kosong di Pondok Upeh,Guan Eng tetap mahukan tanah penduduk Kampung Genting. Sebagai ketua menteri regim DAP paling celaka dalam sejarah beliau menawarkan RM8 -RM10 kaki persegi.Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab menghalau secara berhemah . Amat berbeza sekali dengan pemimpin Umno membeli tanah daripada 31 penduduk kampung dengan harga yang tinggi. Pemimpin Umno yang difitnah Guan Eng telah melakukan kesilapan kerana telah membeli tanah dengan harga pasaran iaitu RM21kaki persegi. Inilah menjadi punca kemarahan Guan Eng kerana pemimpin Umno telah menganggu business Guan Eng sebagai broker tanah. Kenapa harus membeli tanah dengan harga yang mahal daripada penduduk kampung sedangkan beliau mampu membeli dengan harga dibawah daripada harga pasaran. Guan Eng anggap orang kampung tak boleh pegang duit banyak banyak nanti membazir sebab itulah sebagai seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang akauntan beliau cukup mahir bermain dengan angka angka... Inilah langkah berjimat cermat yang dilakukan oleh Lim Guan Eng kesayangan korang... apa macam? Pandai tak? Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta supaya menilai setiap tindakannya terlebih dahulu sebelum mudah menuduh pihak lain sebagai tidak beretika. Pisau kata " Guan Eng memang pandai berniaga...korang patut belajar dari dia " |
PAS PKR DAP Bertumbuk Berebut Kerusi Posted: 28 Jul 2012 02:43 PM PDT Nanti PRU13 jadi macam ni lah... |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment