Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Video Awek Cun Ni Senyum Cari Pasal!!
- PANASS AIHH!! Awat Puak Pas dan Leman Lembu Takut Sangat Dengan Team Media Kedah? #TukarKedah
- MAKK AII!! Polis Susah Apabila Mat Rempit Menunggang Super Bike!!
- PANASS!! Rahsia Datuk Lajim Ukin Masuk PKR??
- HANGATT!! AC Mizal Masih Marahkan Abby?
- PANASS!! Lagi Cerita Pas Guna Masjid Untuk Kepentingan Politik!! #TukarKedah
TUDIAA!! Video Awek Cun Ni Senyum Cari Pasal!! Posted: 29 Jul 2012 08:13 AM PDT Memang patut diberi kesedaran pada kakitangan kerajaan yang bekerja di kaunter ni. Kes sebegini memang selalu berlaku. Malah ada yang lebih teruk lagi, apabila kaunter tak buka, tapi pekerjanya sanggup bersembang beramai-ramai. Kerja yang cepat pun boleh jadi lambat. Benda yang patut disiapkan 5 minit, boleh jadi seminggu. Bukan kakitangan saja yang patut disalahkan, pengurusan juga perlu dipantau. Kalau pengurusan kuat, kakitangan takkan jadi begitu. | ||||
PANASS AIHH!! Awat Puak Pas dan Leman Lembu Takut Sangat Dengan Team Media Kedah? #TukarKedah Posted: 29 Jul 2012 05:37 AM PDT Bila sebut nama leman mesti orang terfikir siapakah manusia bernama Leman ni..Ya lah tiba tiba saja puak puak pas begitu memuja si Leman ni..Dulu masa dia masuk raja lawak nama leman tak lah macam sekarang..Bagi aku Amireca "I'm Sorry" lagi popular dari si Leman sampai sekarang si Amir dapat job..Tapi yang peliknya si Leman ni dah la tak laku tapi perasan pulak popular siap tunjuk video kononnya dia sedang di pujuk oleh seorang YB UMNO nak panggil buat show.. Lihat video kat sini Kenapa Leman takut sangat dengan gerakan TMK di Kedah ?? TMK tak ada buat apa pun dekat Leman..Kalau setakat usik mengusik tu biasalah..Bukankah Leman suka mencari pasal dengan CT Umno sebabnya nak jadikan modal ceramah kononnya Leman berjaya melawan CT Umno.. Aku dapat tau Pas Kedah sekarang ni tengah mengupah beberapa orang untuk menyiasat identiti kami..Disebabkan beberapa Isu yang kami berjaya ranapkan karier Pas di kedah antaranya Isu balak, Pusat Hiburan, skandal projek bernilai jutaan ringgit kepada kaum keluarga dan banyak lagi isu dalam simpanan kami yang akan didedahkan bila sampai masanya.. Beberapa blog pro Pas di Kedah sudah jalankan kempen berperang dengan TMK sampai terpaksa reka cerita yang kami ni di ajar oleh perunding yahudi..Mereka juga mengunakan khidmat lidah rasmi Pas Harakah untuk memfitnah kami.
Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
Setiap kali isu baru dibongkar mesti ada blogger Pas akan jawab dengan reka cerita kononnya kami ni sengaja buat fitnah....Kerana takut dengan gerakan TMK Pas terpaksa mengupah bala pencacai mereka untuk menjatuhkan reputasi kami di Kedah..Ingin Aku nyatakan di Sini kami langsung tak gentar dengan apa saja ugutan puak puak Pas..Lagi Pas Kedah ugut selagi tu kami akan bongkar isu isu dalam simpanan kami.. Bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini kami bagi masa kat pas kedah untuk menjawab segala pendedahan yang kami lakukan sebelum ini..InsyaAllah lepas raya lagi banyak isu akan kami bangkitkan untuk tatapan umum.. Kepada sapa sapa nak tau lebih lanjut pasai geng CT Pas boleh baca kat SINI Gerakan TMK diketuai oleh McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Duke Of Umno, Aktivis Umno Pekan Naka, Dahlia B.Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab dan ramai lagi sahabat sahabat yang sanggup berjuang bersama bersama TMK. Terima Kasih atas sokongan anda semua.. Nukilan Medan Tempur Kedah McTheory pula kata: Besh bohh.. Oit Leman Mai Lembu Sekoq, nak sembelih buat rendang raya!! ha ha ha.. kalau takdak, hang pun dah nampak macam Lembu, kira ok la tu.. he he.. | ||||
MAKK AII!! Polis Susah Apabila Mat Rempit Menunggang Super Bike!! Posted: 29 Jul 2012 02:13 AM PDT Inilah masalah yang berlaku apabila Mat Rempit dah upgrade menunggang super bike.. Road Block pun di langgar begitu sahaja. hmm.. budak-budak zaman sekarang ni.. selalu mencari masalah.. | ||||
PANASS!! Rahsia Datuk Lajim Ukin Masuk PKR?? Posted: 28 Jul 2012 11:13 PM PDT Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat. Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Tawau, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan. Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah. Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu. Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort. Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini. Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF). Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal. Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti. Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti. Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya. Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%. Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN. Maka, mengapa perlu bimbang? Artikel ini dipetik dari blogger jentayuabaka. | ||||
HANGATT!! AC Mizal Masih Marahkan Abby? Posted: 28 Jul 2012 09:20 PM PDT UMUM mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato' AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato' AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM. Berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan untuk bertanyakan kepada Dato' AC mengenai isu yang timbul. "Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja," ujar Dato' AC mengulas mengenai isu tersebut. "Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal. "Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap. "Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera." Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato' AC menjawab, "Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya," ujar Dato' AC . sumber :www.osemm.net | ||||
PANASS!! Lagi Cerita Pas Guna Masjid Untuk Kepentingan Politik!! #TukarKedah Posted: 28 Jul 2012 05:38 PM PDT Email ini yang telah di hantar kepada sahabat blogger Kedah Times mengisahkan bagimana sebuah Masjid di Sik di gunakan sebagai pentas politik puak otak hijau untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat. Namun ianya sesuai untuk sebaran bagi tatapan semua. CHEREDZA Sik, Kedah APAKAH peranan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik semata-mata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di salah sebuah masjid di daerah Sik, Kedah. Apakah patut dalam khutbah tersebut mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport judi terbesar di dunia dan adakah wajar mengatakan bahawa pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah sebagai haram kerana mengenakan riba? Inilah yang saya dengar antara isi khutbah yang mencuit hati saya sehingga saya rasa berdosa besar kepada Allah SWT. Ini kerana saya beranggapan khutbah itu seperti satu tuduhan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional. Dan maka saya sebagai pegawai kerajaan saya rasa berdosa besar kerana membiarkan kerajaan dituduh dalam masjid tanpa kerajaan sendiri dapat mempertahankan diri mereka. Dan yang sedihnya, khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan Malaysia juga. Bukan tidak boleh mengkritik kerajaan tetapi mengapa di dalam khutbah Jumaat? Apakah kerajaan boleh menjawab tuduhan liarnya itu di dalam masjid? Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara tersebut di dalam parlimen dan dewan undangan negeri? Bahkan saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di atas pentas semasa ceramah politik parti mereka. Tetapi kali ini saya rasa sedih kerana dibuat semasa khutbah Jumaat yang sepatutnya menggalakkan umat Islam bersatu-padu. Inilah tujuan utama khutbah Jumaat iaitu menyeru perpaduan kerana ia adalah asas Islam itu sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama mereka sendiri akibat fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Nabi tidak pernah menganjurkan pakatan dengan orang kafir harbi untuk menghancurkan umat Islam ini yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Ia adalah satu keadaan yang jika dibiarkan boleh merosakkan Islam dan seluruh sendi kekuatannya. Lagipun dua negeri seperti Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas bukanlah baik sangat pun. Apatah lagi seperti Selangor sebuah negeri paling kaya, tetapi kini dalam dakapan PKR, DAP dan Pas. Malah tidak keterlaluan saya katakan negeri-negeri tersebut seperti kelihatannya bagaikan perumpamaan sebuah labu sedang dibaiki oleh tikus. Rakyat hendak supaya buah labu semakin baik seperti harapan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, tetapi kini labunya sudah berlubang sana sini pula. Adakah labu seperti ini yang rakyat harapkan? Kesimpulannya, khutbah Jumaat tidak wajar jadi medan tuduh-menuduh dan medan menanam perasaan benci-membenci. Cara puak otak hijau mengunakan Masjid sebagai pentas politik sememangnya tidak wajar di lakukan. Kerana Masjid di gunakan untuk penyatuan umat Islam. Tak semua umat Islam di Malaysia yang mengunakan Masjid terutamanya pada sembahyang jumaat adalah dari kalangan penganut fahaman otak hijau. Kena ingat ada juga yang berada di atas pagar dan ada yang dari ahli UMNO. Sekiranya Masjid di gunakan sebagai pentas politik. Maknanya ia akan membuat umat Islam berpecah kerana ideologi politik masing-masing berbeza walau pun satu pegangan agama. McTheory: Pas dah lama suka bila tengok umat Islam berpecah!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment