BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PENGAMAL MEDIA SOSIAL MENIPU BERKENAAN GAMBAR KEMATIAN UMAT ISLAM DI BURMA ???

Posted: 27 Jul 2012 02:06 PM PDT


nampaknya ada keraguan tentang "laporan bergambar" yang bermain di alam maya berkenaan dengan pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Burma.saya terkejut bila melihat beberapa gambar yang agak keterlaluan di letak di Facebook dan membuat penceritaan bahawa itulah muslim Burma yang di bunuh beramai-ramai.

Social networking sites are abuzz with news about Muslims being killed in Burma.You can see the sporadic posting of pictures by different people with captions like 'Muslims killing in Burma','Muslims slaughtered by Buddhists in Burma' and so on.

bagi yang belum lagi mengetahui kisah sebenar sila lihat link yang saya beri

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT TERUS UTUH BERSAMA PM @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jul 2012 11:57 AM PDT


sebelum saya teruskan artikel ini.saya nak ceritakan sedikit tentang sejarah Datuk Seri Najib masa jadi Perdana Menteri pada 2009.Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009,ketika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum,kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.Dilihat seimbas lalu,situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.Saat itu juga,kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu,sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.Namun,syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar,tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.Seperti mengulangi sejarah lampau,Datuk Seri Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan.Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya,setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama.rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.Justeru itu,sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi,tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan haram.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SIVARASA DAN XAVIER MENINDAS PEKERJA ESTET DAN KAUM SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jul 2012 08:30 AM PDT



Kisah ini keluar di portal Free Malaysia Today tempoh hari.Ikutkan susah mahu percaya kisah dari portal berita pembangkang.Namun kisah ini agak menarik kerana bukan saja ianya diperbesarkan oleh portal Malaysia Today,ianya pendedahan portal anti-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain itu,sudah ada blog pro-kerajaan pula mengetengahkan dari perspektif pembabitan mereka-mereka yang kononnya penggiat hak asasi manusia dari sebuah kumpulan yang mengaku NGO tetapi sebenarnya sebuah syarikat perniagaan bernama Suasana Alternatif Sdn Bhd, iaitu SUARAM.


Laporan dan tulisan FMT mendedahkan penggiat SUARAM, peguam dan wakil rakyat PKR serta Naib Presiden parti, Sivarasa pernah mewakili sekumpulan pekerja peladang pada awal tahun 2000an untuk mendapatkan rumah yang dijanjikan oleh tuanpunya ladang.

Ladang yang dimaksudkan adalah Ladang Bukit Raja yang dipunyai syarikat ladang gergasi Sime Darby.Butiran isu sebenar tidak berapa jelas tetapi dilaporkan bahawa pada tahun 1988, 144 keluarga menuntut pampasan daripada ladang yang telah dirancang untuk pembangunan hartanah.



Setelah sekian lama,74 dari keluarga ini mendapat pampasan berupa tanah seluas 15 ekar.Menurut bekas pekerja-pekerja ladang tersebut,anugerah pampasan itu adalah hasil usaha Presiden MIC ketika itu,Dato Seri Samy Velu.




Si Hindraf rasis India bebal yang tidak tahu cerita sebenar menyalahkan UMNO.Baca sini.Apa kata mereka apabila membaca kisah ini?

Kesemua keluarga ini dijanjikan Sime Darby akan diberi sebuah rumah seluas 20 kaki x 70 kaki yang mana mereka perlu membayar hanya RM80,000 saja berbanding nilai sekrang yang mungkin tiga kali ganda.Pekerja ladang ini juga mengharapkan juga dibina sebuah taman permainan, kuil Hindu dan dewan orang ramai. .

Sebaik saja Pakatan mengambilalih,exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar pula memandai kenyataan bahawa 7 ekar dari tanah tersebut akan diperuntukan untuk membangunkan rumah teres dan 8 ekar pula akan diambilalih oleh kerajaan negeri untuk membina asrama bagi sekolah Tamil yang akan diberi namanya.Bekas pekerja-pekerja ladang dari 74 keluarga tersebut membantah keras.

Pada Januari tahun 2012 pula,Xavier membuka secara rasmi upacara memecah tanah untuk rumah-rumah teres ini dan ketika itu,dia kata pula kesemua tanah 15 ekar tersebut adalah untuk bekas pekerja-pekerja tersebut.Menyedari ada sesuatu tidak kena, antara pekerja-pekerja ini telah pergi ke pejabat tanah dan mendapati hanya 7 ekar saja diguna untuk membina rumah mereka, manakala lebihan 8 ekar akan digunakan untuk membina lebih 60 buah rumah semi D.Bekas pekerja-pekerja ladang ini pergi bertemu Xavier dan Sivarasa yang kini sudah menjadi peguam sebelah sana dan adalah dalam panel MBPJ.Jauh dari pandangan orang ramai,exco kerajaan negeri dan bekas peguam mereka tiba-tiba berubah dan kata tidak disebut lansung akan peruntukan kesemua tanah 15 ekar kepada pekerja-pekerja.





Bukan saja Xavier sudah membohongi bekas pekerja-pekerja ladang ini dikhalayak ramai tetapi peguam mereka yang merupakan pemimpin parti pembangkang yang kini adalah parti pemerintah negeri Selangor telah belot dan khianati amanah sebagai anak guamnya.Sivarasa dan Xavier adalah penggiat SUARAM.Bukankah tindak tanduk mereka adalah satu penindasan terhadap pekerja estet yang sering SUARAM pejuangkan sebagai golongan yang tertindas dan kononnya hak asasi mereka sering dilanggar oleh pihak berkuasa dan pengurusan ladang?

Sebagai peguam,Sivarasa telah melanggar kod etika peguam yang ditentukan oleh Majlis Peguam atau Bar Council. Adakah Bar Council akan ambil tindakan? Memandangkan mereka kini begitu politikal dan meyokong Pakatan, adakah mereka akan pejamkan mata? Nampaknya aktivis haluan kiri dan pemimpin pembangkang lebih zalim apabila diberi kuasa oleh rakyat.Masihkah rakyat mahu memilih mereka? - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH DAP !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 27 Jul 2012 05:00 AM PDT


Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad membelasah DAP Dengan Mengatakan golongan pakatan haram khususnya DAP akan menggunakan label 'rasis' kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.Menurutnya,label itu sengaja di buat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! LAJIM UKIM AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI BARU BIAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Jul 2012 01:30 AM PDT


Nampaknya ada sesuatu telah berlaku di negeri sabah,banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort,Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.sumber mengatakan,Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini,Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan haram.Pelik bunyinya.Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS.Samada berita itu tersalah lapor,songsang atau sebaliknya,yang itu saya susah nak pastikan.kalau betul,adakah nasib nya sama dengan baru bian ???

Apa yang pasti,jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti dalam pakatan haram,saya doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.agaknya,cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya,mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10,seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.Para pembaca Badut Rakyat tentu kenal bila disebut nama Baru Bian.Khabarnya kerana terpesona dengan janji tulus dan mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk,malunya pula tak terkata.Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.Selepas pilihanraya negeri tamat,kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma,hingga kini nama Baru Bian tidak tersenarai pun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

saya harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak,saat diperlukan oleh PKR,namanya dijulang-julang.Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.Tapi tengok pada gayanya,tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa,mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! SD JOHARI CABAR KHALID GAGAP DAN RONNIE LIU BENTERAS RUMAH PELACURAN !!!

Posted: 26 Jul 2012 10:00 PM PDT



Lihat video di atas dan ikuti penyelongkaran SD Johari membongkar kegiatan isu rumah pelacuran."Selepas pendedahan di lokasi dan dari maklumat pelanggan rumah urut kaki maka lebih jelas kita sebut sebagai pusat-pusat pelacur," kata SD Johari Yassin selepas hampir seminggu membuat tinjaun di Bukit Tinggi dan mendedahkan kepada umum dalam bentuk rakaman youtube.

Justeru,bekas Setiausaha AMK PKR mencabar Ronnie Liu,Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor yang berkuasa ke atas kerajaan tempatan (PBT) bertindak untuk membuktikan dakwaannya itu tidak benar.

"Saya cabar PBT-PBT dalam Selangor agar bertindak.Bukan sahaja PBT Klang,tetapi PBT seluruh Selangor, kerana modus operandi itu berleluasa di seluruh negeri.Siri kenyataan saya sebelum ini disahkan oleh Ronnie Liu sendiri yang berkata bahawa terdapat pusat urut yang melakukan bisnes lain yang tidak mengikut kelulusan lesen," katanya.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

MANA JANJI PAKATAN HARAM SELANGOR YANG INGIN BENTERAS RUMAH PELACURAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! POPULARITI BARISAN NASIONAL DAN PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK MENINGKAT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jul 2012 07:00 PM PDT


Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Datuk Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pakatan haram iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Datuk Seri Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13,37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.Dalam pada itu,populariti pemimpin dan parti pakatan haram semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan pakatan haram serta ragu-ragu dengan agenda pakatan haram yang banyak merugikan kaum Melayu.

Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.Selain itu,kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda : Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Datuk Seri Najib mendapat 58% sokongan,25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.Perkembangan ini menunjukkan populariti Datuk Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa.Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008,35% responden Melayu,33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.

Peningkatan populariti Datuk Seri Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat.Datuk Seri Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.Ini menyebabkan kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat 'memulihkan' semula keadaan BN yang 'sakit' ketika mula-mula mengambil-alih kuasa,semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya.Hari ini,nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.Walaupun kecekapan,kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten,tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.

Ertinya,kelemahan pakatan haram dalam mengurus-tadbir negeri-negeri di bawah jajahan mereka juga menjadi punca rakyat terus memberi sokongan kepada BN.Kelemahan pakatan haram inilah yang memberikan markah bonus kepada BN dalam 'pertandingan populariti' di kalangan rakyat.Lebih malang bagi pakatan haram apabila pemimpin-pemimpin mereka juga terlalu sering terlibat dalam skandal serta gagal menangani segala isu dengan baik yang mana menyebabkan geraf populariti mereka terus menurun sekali gus geraf BN terus meningkat.Di mata rakyat,pakatan haram dilihat sebagai pengkhianat kerana begitu berminat untuk menimbulkan huru-hara dengan berdemonstrasi di sana sini atas alasan yang sengaja diada-adakan,kurang matang dan tidak masuk akal.Sikap 'khianat' pakatan haram ini benar-benar memberi kesan kepada golongan atas pagar yang mewakili majoriti pengundi dalam pilihanraya nanti.Pendek kata,pakatan haram bukan saja tidak bijak mengurus negeri tetapi juga kurang bijak dalam menyusun strategi politik walaupun saban hari kerja mereka hanyalah berpolitik.Dalam ertikata lain,politik keterlaluan pembangkang telah mengakibatkan rakyat semakin muak dengan mereka.

Dengan itu,jika BN meneruskan prestasi cemerlangnya dan pakatan haram juga meneruskan cara politik huru-haranya,maka populariti BN pasti mampu mencapai tahap maksima menjelang pilihanraya nanti.insya ALLAH....

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEMBERIAN BONUS !!! PAKATAN HARAM MENGELUARKAN 'FATWA' BARU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Jul 2012 04:04 PM PDT


sebelum saya menceritakan tentang pemberian bonus,saya nak ceritakan mengenai pakatan haram.Jurang paling ketara di antara kerajaan dan pakatan haram boleh dinilai dengan perkataan "janji ditepati".masihkah anda ingat lagi terhadap janji manifesto 2008 pakatan haram kepada rakyat ??? Bersusun-susun janji tinggal janji,hanya dengan merujuk kepada manifesto sahaja.Itu belum diambil kira janji-janji yang dilafazkan secara lisan.Mungkin agak berat sekiranya kita ingin melabelkan mereka sebagai "munafik",tetapi itulah ciri-ciri yang ada pada pakatan haram.Sejumlah 1.27 juta penjawat awam dan 657 ribu pesara kerajaan menerima manfaat terbaru dari kerajaan, apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi menghadapi lebaran yang bakal menjelma.Pembayaran akan dibuat pada 9 ogos ini dengan jumlah keseluruhan dijangka mencecah RM2.2 billion,kurang RM0.8 billion berbanding jumlah wang yang dilarikan oleh Anwar ke luar negara.Tentunya ini adalah khabar gembira kepada kakitangan awam,sungguhpun masih ada lagi segelintir yang enggan menyokong kerajaan. Ini bermakna tarbiyah dan didikan agar tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada yang memberi,yang diterapkan oleh pakatan haram berjaya mekar di sanubari penjawat awam.

Seperkara yang sedang bermain di minda saya ialah,apakah lagi tohmahan yang bakal diterima oleh Datuk Seri Najib dan syaf pimpinannya gara-gara bersifat prihatin dan berkebajikan.Pastinya,akan ada fitnah bagi menafikan pengumuman yang menguntungkan rakyat ini.kenapa pakatan haram ni ??? tak puas hati lagi ker ??? Tentunya,semakin meroyanlah pakatan haram menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda,BR1M,TR1M,KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.Sudahnya,Tuan Guru,Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa 'haram mengambil pemberian kerajaan' dan berhujah bahawa itu semua adalah 'duit rakyat'.Daripada duit haram jadi duit rakyat pula.Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari 'duit haram' menjadi 'duit rakyat' apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya.Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi,jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai ??? Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna ??? anda jangan lupa,bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.Hakikatnya,sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat,duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara.Oleh itu,berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah 'duit rakyat' masih boleh dipertikaikan.

Jelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya 'melawan' isu pemberian dari kerajaan.Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja,tidak bijak mengurus kewangan,negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat ??? Pakatan haram berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.Namun,realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil,makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksana.

Hakikatnya,kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup,terutamanya di bandar-bandar.Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lain.Ia juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pakatan haram untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari,yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.Lebih buruk lagi,pakatan haram hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka.Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan,sebagai contoh,Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri.

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini,maka saya sarankan agar pemimpin pakatan haram mengambil sikap berdiam diri saja.Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.Rezeki jangan dicemuh,nikmat jangan dinafi,kerana ia pasti akan memakan diri sendiri.Apa yang pasti,tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari pakatan haram dalam apa jua keadaan.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...