UMNO Online - “Telefon Bimbit Di Sekolah Boleh Beri Kesan Negatif Kepada Pelajar” plus 9 more

UMNO Online - “Telefon Bimbit Di Sekolah Boleh Beri Kesan Negatif Kepada Pelajar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Telefon Bimbit Di Sekolah Boleh Beri Kesan Negatif Kepada Pelajar

Posted: 27 Jul 2012 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai –  Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) Malaysia berpendapat kebenaran bagi pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah lebih banyak memberi kesan negatif daripada positif.

Presiden Perbit, Ali Ibrahim berkata selain mengganggu pelajaran, telefon bimbit yang menyediakan pelbagai akses internet akan memberi peluang kepada pelajar mengakses laman-laman pornografi di sekolah, yang mana akan menggalakkan aktiviti sumbang dan membawa implikasi negatif kepada masyarakat.

“Pelbagai perkara yang tidak baik boleh berlaku termasuk mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng dan ponteng sekolah. Yang paling parah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam,” katanya.

Ali berkata pelajar akan berpendapat mereka bebas melayarai internet dan juga menghubungi sesiapa sahaja kerana tiada siapa tahu apa yang mereka buat selain tiada siapa yang memantau aktiviti mereka.

“Ini memberi satu impak negatif kepada pelajar, terutama pelajar Islam kerana kebanyakan mereka, walaupun di peringkat tingkatan lima, masih lagi belum matang,” katanya.

Ali berkata penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar akan hanya mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa menjelaskan bil yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih perlu.

“Pelajar juga akan terleka dengan hiburan yang tersedia dalam telefon bimbit hingga mengabaikan pelajaran,” katanya.

Walaupun kebenaran untuk penggunaan telefon bimbit bagi pelajar adalah atas faktor keselamatan, Ali tetap bimbangkan penyalahgunaannya oleh pelajar.

Beliau berkata, seharusnya setiap sekolah perlu menyediakan satu bilik telefon khas untuk pelajar membuat panggilan kecemasan kepada ibu bapa mereka bagi menggelakkan perlunya pengunaan telefon bimbit di sekolah.

Katanya, Perbit akan menjalankan kempen kesedaran penggunaan telefon bimbit kepada pelajar di seluruh Malaysia pada bulan hadapan.

Beza Antara Janji Ditepati Dengan Janji Ditaburi

Posted: 27 Jul 2012 01:36 AM PDT

ORANG kata (bukan penulis kata), kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib 'berhabis' sungguh untuk menawan hati rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.  BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan sebagai modal Najib untuk 'membeli' undi rakyat.

Penulis taknak ulas kepentingan bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk 'membeli' undi rakyat.

Pakatan haram 'berbelanja' habis juga, tak sedar?  Tol percuma, pendidikan percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak 'umpan' dan 'beli' rakyat untuk mengundi Pakatan haram?

Memanglah belum ada wang yang keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung semua janji ini kalau bukan wang.

Tapi masalah disitu negara ini boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.

Sekarang, Pengarah Strategik PKR yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang harga kereta pulak.

Agaknya budak lembut ini tidak sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi 100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri 'Air Keruh', Kelantan.

Tak payahla penulis sentuh macam mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!

Mungkin Rafizi akan kata pekerja Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut.  Tapi ini kelihatannya too good to be true.  Kalau negeri-negeri yang depa perintah sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua masalah.

Air tak selesai, sampah tak selesai, jalan hancur dan sebagainya.  Ini nak cerita struktur-struktur lagi?  Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif tapi banyak.  Setiap satunya bergantung antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.

Mampu ke Rafizi nak 'struktur' semua masalah ini?

Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi 'melaksanakan janji' di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Takde pun, kok ada satu dua pun bukan semua merasa.  Air percuma di Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.

Hebat apa kejadahkah itu?

gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Pas Patut Terima Hakikat DAP Tetap Tolak Hudud, Negara Islam

Posted: 27 Jul 2012 01:34 AM PDT

TEMERLOH, 27 Julai – Pemimpin dan anggota parti Pas perlu menerima hakikat sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata DAP juga tidak akan sesekali membenarkan Pas melaksanakan undang-undang hudud jika pakatan berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Pemimpin DAP Karpal Singh dan Lim Kit Siang sepanjang berhujah di Parlimen menegaskan Malaysia negara sekular kerana rakyatnya pelbagai kaum, walaupun ketika itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu sidang Parlimen, Malaysia negara Islam, kata Ahmad.

Beliau ditemui  selepas menyampaikan wang ‘durian runtuh’ fasa kedua kepada 935 isteri peneroka Felda Lakum dan Bukit Damar, di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata isu hudud dan negara Islam akan terus menjadi punca pertelagahan dalam pakatan pembangkang.

“Pemimpin Pas perlu mempertahankan usaha mereka untuk melaksanakan hukum hudud supaya mereka tidak hilang sokongan penyokong tegar, begitu juga sebaliknya bagi DAP yang menolak hukum hudud itu,” katanya.

Guan Eng Usah Berlakon Baik, Rakyat Balik Pulau Tak Akan Tertipu

Posted: 27 Jul 2012 01:28 AM PDT

BALIK PULAU, 27 Julai – "Disebabkan desakan politik dan memikirkan pilihan raya umum sudah semakin hampir, Guan Eng terpaksa bersetuju untuk melepaskan Kampung Genting walau hakikatnya, sudah lama dia merancang untuk merampas tanah kampung ini.

“Sekarang dia cuba putar belit dan berlagak hero kononnya berjaya menyelesaikan masalah dan menyelamatkan tanah penduduk di sini," ujar Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Ariffin ketika diminta mengulas mengenai isu pembinaan Asian Women's Leadership University (AWLU) di Kampung Genting di sini.

Selain itu menurut Azian, Guan Eng cuba membeli hati penduduk Kampung Genting terutama orang Melayu dengan lakonannya sebagai pemimpin budiman sedangkan sejak empat tahu lalu sudah ramai rakyat  yang berpendatan rendah ditindas.

"Rakyat Pulau Pinang dah tahu taktik Guan Eng. Perkara ini sudah berlarutan lama malah pejabat tanah juga telah mengeluarkan surat memanggil penduduk kampung untuk berbincang mengenai harga tanah. Namun sehari sebelum perjumpaan penduduk dengan pejabat tanah, Guan Eng membuat kenyataan media bahawa kerajaan negeri tidak jadi mengambil tanah kampung tersebut.

"Ini semua jelas menunjukkan gimik politik Guan Eng. Saya sendiri hairan sebenarnya, sebelum ini Kerajaan Negeri telah membeli tanah yang kalau tidak silap saya seluas108 ekar berhampiran Kampung Genting dan sehingga kini tanah tersebut masih kosong. Mengapa AWLU tidak dibina di tanah tersebut… Mengapa tanah kampung ini juga yang hendak diambil.

“Presiden AWLU sendiri tidak bersetuju tanah kampung ini diambil tapi Kerajaan Negeri tetapi nak ambil. Bila sudah menerima desakan melampau dan mungkin terfikir ini adalah kesempatan terbaik untuk mereka meraih undi maka akhirnya keputusan membatalkan pengambilan tanah ini terpaksa dibuat," ujarnya lagi kepada UMNO-Online.

Tambah Azian, daripada satu sudut memang perkara ini telah selesai buat sementara waktu berdasarkan kenyataan Guan Eng baru-baru ini tetapi penduduk di kampung tersebut harus terus berhati-hati dan jangan leka dengan taktik Guan Eng.

Sekiranya DAP terus menjadi pemimpin di Pulau Pinang selepas PRU ke-13, tidak mustahil isu ini akan kembali panas dan tanah penduduk akan dirampas.

"Saya ada berjumpa dengan penduduk Kampung Genting baru-baru ini dan menasihatkan mereka agar menyimpan segala bukti yang ada agar sekiranya terjadi apa-apa pada masa akan datang, mereka telah ada persediaan awal.

"Gimik politik pembangkang memang terkenal dengan cara kotor jadi kita perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa di masa akan datang," ujarnya lagi. – MediaUMNO

Kalau Exco Agama Pun Tak Dapat Pertahankan, Usah Cakap Soal Hudud

Posted: 27 Jul 2012 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 27  Julai – Jawatan Exco agama di Selangor pun tidak mampu untuk diambil balik, ada hati Pas mahu melaksanakan negara Islam dan hukum hudud sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke -13 nanti.

“Saya tidak mahu memperlekehkan Pas tetapi itulah hakikatnya. Bukankah selepas Datuk Hasan Ali ditendang dengan hina daripada Pas, jawatan Exco agama yang dipegang oleh beliau kini diambil alih oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pas hanya diberikan Timbalan sahaja”, kata penceramah bebas, Ustaz Sarjat Ali.

Tegas beliau  apakah pemimpin Pas tidak malu kepada pengikut serta penyokong mereka sendiri apabila sanggup melontarkan lagi kata-kata untuk melaksanakan negara Islam sedangkan realitinya menunjukkan Pas sekadar parti ikutan.

"Jika jawatan Exco agama pun tidak mampu diselesaikan, usah mimpilah untuk mereka berkeras dalam isu yang lain apabila berdepan dengan sekutunya DAP dan PKR. Isu arak di Selangor, apa cerita…. .Di Pulau Pinang kecoh sekejap isu perlantikan Yang Dipertua MAIPP.

"Kalau kita nak senaraikan satu persatu di sini panjanglah pula nanti. Cumanya itulah yang saya ingin kongsi bersama umat Islam. Allah s.w.t beri peluang kepada Pas untuk duduk bersama dengan PKR dan DAP memerintah….Kita lihat dan nilailah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu hukum hudud yang timbul sekali lagi antara pemimpin pembangkang terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Karpal baru-baru ini menafikan dakwaan Nasrudin kononnya beliau sedia berkompromi dalam soal hudud.

Ia berikutan kenyataan Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya minggu lalu yang mendakwa Karpal bersedia melaksanakan hukum berkenaan bersama Pas.

Terbaru, dilaporkan Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.

Ustaz Sarjat seterusnya menambah pemimpin Pas seharusnya mempunyai keberanian dan bukannya sekadar menjadi parti ikutan dalam usaha menjadikan apa yang dilaung-alungkan itu menjadi realiti.

Tegas beliau rakyat khususnya umat Islam sudah sedar dan tahu perjuangan menggunakan agama tidak akan ke mana kerana sesunggunhya Allah s.w.t melindungi agamanya iaitu agama Islam. -MediaUMNO

Beli Ahli Parlimen BN… Pembangkang Patut Malu Berketuakan Anwar

Posted: 27 Jul 2012 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai – 'Jika benarlah apa yang didakwa oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkenaan niat Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen BN jika gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum nanti, ianya satu tamparan hebat yang cukup memalukan bukan saja pada Anwar malam pakatan pembangkang itu sendiri.

'Saya tidak menolak kemungkinan perkara itu, namun apa yang menghairankan kenapakah wujud perancangan sedemikian sedangkan pembangkang sentiasa melaungkan kononnya mereka kuat dan makin menerima sokongan rakyat”, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Menurut beliau pendedahan tersebut menujukkan ketidakyakinan Anwar bersama rakan sekutunya yang lain di dalam pembangkang untuk berdepan dengan rakyat pada pilihan raya umum nanti.

"Mungkin Anwar sendiri dah sedar dan tahu mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu di beberapa negeri memakan diri mereka sendiri setelah beberapa manifesto dan janji tidak lagi ditunaikan.

"Mungkin juga beliau dan rakan-rakan rapatnya di dalam PKR tahu bahawa rakyat sudah jemu dengan politik janji….. Cuba kita tengok di Selangor apa dah jadi.. Di Kedah apa yang berlaku dengan janji dulu, di Pulau Pinang usah cakap dan Kelantan semuanya tahu. Jadi apakah faktor ini yang menyebabkan Anwar khuatir dan bimbang akan sokongan rakyat hingga terpaksa membuat perancangan sebegitu rupa" katanya.

Anuar seterusnya menambah beliau tidak mahu membuat sebarang spekluasi yang tidak benar untuk mengiyakan dakwaaan berkenaan, sebaliknya meminta dengan hati yang penuh ikhlas agar rakyat melihat pendedahan tersebut dengan mendalam.

Katanya beliau sama sekali tidak mahu menghasut minda umum sebaliknya sama-sama berfikir akan retorik dan politik janji yang dibawa oleh parti pembangkang dengan melihat kepada negeri yang dikuasai mereka hari ini.

"Ditambah pula dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Jefrey itu bukankah ianya menampakkan sikap sebenar Anwar yang seolah-olah berada dalam keadaan yang amat tertekan untuk menghadapi rakyat.

"Jadi kenapa kita perlu memberikan sokongan terhadap pemimpin yang diragui keikhlasannya untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Yang nampak hanyalah impian dan kepentingan politik peribadi semata-mata," katanya. -MediaUMNO

No Plan To Relegate Penang Port To Feeder Port, Says Seaport Terminal

Posted: 27 Jul 2012 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 27  - Seaport Terminal Sdn Bhd today denied allegations that the company intends to relegate Penang Port to a feeder port.

The company also said there was absolutely no plan to transfer Penang Port's cranes to Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) in Johor as alleged.

“Our business plan includes comprehensive strategies to develop the port into a premier regional port that will be competitive,” the company said in a statement here, today.

“Seaport Terminal is committed to invest in increasing the capacity of Penang Port. We will deepen the navigation channel according to the needs of the port. Therefore, allegations that no dredging works will take place, are unfounded,” it added.

Seaport Terminal was invited in 2011, along with several local and international port companies, to submit bids for the privatisation of Penang Port Sdn Bhd.

“We understand that three other parties also participated. Seaport Terminal was chosen as the preferred bidder based on the strength and merits of its proposal,” the company added.

Seaport Terminal said it had submitted a comprehensive proposal based on thorough studies into the port's current operations, its potential growth as well as sustainability.

Our track record in managing and developing ports in Malaysia goes back 17 years, it added.

In 1995, Seaport Terminal built Malaysia's first dedicated container port at Tanjung Pelepas, from scratch.

In less than 10 years, the company grew PTP into the largest container terminal in Malaysia and the 17th busiest port in the world.

In 2011, PTP handled 7.5 million twenty-foot equivalent units (TEUs), compared to 423,000 in 2000.

“In 1995, we also privatised Pasir Gudang Port which was developed into a premier regional port. Today, Pasir Gudang Port is a major multi-purpose port, with the world's largest palm oil storage facilities.

“It is one of the few ports in the world to be accorded the London Metal Exchange accreditation for storage of commodities,”  the company said.

At the point of the privatisation in 1995, the port was handling 238,000 TEUs and 1 million tonnes in conventional cargo.

In 2011, Pasir Gudang Port handled 830,700 TEUs and 16.9 million tonnes in conventional cargo.

“Both PTP and Pasir Gudang Port have played an important role in catalysing the economic growth of Johor as well as the country. We are confident of doing the same in Penang,” Seaport Terminal said.

Felda Peruntuk RM563 Juta Untuk Isteri Peneroka – Ahmad Maslan

Posted: 27 Jul 2012 12:27 AM PDT

TEMERLOH, 27 Julai – Sebanyak RM563 juta diperuntukkan bagi pemberian ‘durian runtuh’ untuk isteri peneroka di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pemberian RM5,000 seorang itu melibatkan 112,635 isteri peneroka.

“Pahang mencatat jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak RM215.6 juta melibatkan 43,124 penerokawati,” katanya selepas menyampaikan wang terbabit kepada 900 isteri peneroka di Felda Lakum dan Bukit Damar Lanchang, di sini.

“Kita berharap mereka berbelanja secara berhemah dan menyimpan di institusi kewangan bagi membiayai pelajaran anak-anak atau bekalan di hari tua,” katanya.

UMNO Pokok Sena Dan Kelab 1Malaysia Sedia Bantuan Kepada Lebih 1,000 Keluarga Miskin

Posted: 26 Jul 2012 11:40 PM PDT

POKOK SENA, 27 Julai – UMNO  bahagian Pokok Sena dengan kerjasama Kelab Penyokong 1Malaysia menyediakan bantuan kepada lebih 1,000 keluarga miskin melalui program ‘Ihya Ramadan.’

Ketua UMNO bahagian merangkap Penyelaras Parlimen Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata bantuan wang tunai dan barangan makanan itu bertujuan meringankan beban golongan itu dalam bulan puasa.

“Kami menyumbangkan wang tunai manakala Kelab Penyokong 1Malaysia menyediakan barang makanan bagi menjayakan program ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu kepada 300 penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang di Masjid Telok Jamat di sini, semalam.

Setiausaha Politik kepada perdana menteri Datuk Shahlan Ismail yang juga Penasihat Kelab Penyokong 1Malaysia turut hadir menyampaikan bantuan itu.

Ahmad berkata bantuan kepada penerima dalam DUN Derga dan DUN Bukit Lada membabitkan lebih 700 orang dijadual berlangsung minggu depan.

Sempena program itu, semua 44 masjid dalam Parlimen Pokok Sena diberi RM1,000 sumbangan Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) untuk program mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan.

Operasi Keluarkan Pelajar Malaysia Di Syria Selesai – Anifah Aman

Posted: 26 Jul 2012 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses evakuasi telah berada di tanah air dengan kumpulan terakhir tiba pada Khamis.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan.

“Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana,” katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba, Khamis.

Mengulas mengenai ekspatriat Malaysia di Syria, Anifah berkata sembilan orang telah kembali ke tanah air atas inisiatif sendiri manakala seorang masih berada di sana.

Beliau berkata duta dan empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik akan kembali dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu bilik operasi Kementerian Luar Negeri telah ditutup secara rasminya. Sebarang pertanyaan lanjut orang awam boleh menghubungi 03-88874000 pada waktu pejabat dan 03-88874570 selepas waktu pejabat,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...