tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Gambar] Kejutan Majlis Berbuka Puasa @UnitMediaBaru. @NajibRazak @KhairyKJ @RazaliIbrahim

Posted: 27 Jul 2012 07:30 PM PDT




Majlis Berbuka Puasa UMB

TARIKH : 27 Julai 2012

TEMPAT : Restoran Puti Bungsu Batam

Gambar ehsan dari blog Lensaloka



















FOTO : Harapan Esok


Gambar ehsan Minaq Jinggo
http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2012/07/iftar-bloggers-dan-wakil-media.html





Venue : Restoran Puti Bungsu Batam, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur


Event : Iftar Ramadhan bersama kenalan media dan pengamal media sosial 


Date : 27/7/2012 @ 7.00 pm



Majlis petang ini lain daripada lain. Kehadiran hampir 100 orang terdiri dari pelbagai jenis pengamal media sosial dan wakil media, 'spies' dan 'counter-insurgencies individuals'. Rocky-Bru menarik diri pada saat akhir kerana sangkut dalam jam. Blogger Big Dog yang amat jarang bersama majlis dengan kumpulan sebegini turut hadir. Tahun lepas kumpulan yang hadir tidak lah seramai ini...Baca seterusnya untuk mengetahui kejutan pada majlis ini.... 

1.



2.






3. Kejutan bagai renjatan elektrik apabila Sdr Azmi blogger APA Media Team yang telah mengumumkan keluar dari kumpulan bloggers UMB telah menerima jemputan dari Tun Faisal, Pengerusi UMB sendiri untuk bersama sama di majlis ini... bersempena Ramadhan ini satu langkah yang baik.. 




4.




5.




6.




7. Wakil AgendaDaily dan Astro Awani




8.




9.




10. Armand seperti biasa tersengih cari perhatian ...LOL




11. Bersama Azmy the rebel...




12.




13. Semua hadirin memberi tumpuan kepada ucapan ringkas oleh Tun Faisal..




14.




15. Armand berjaya menarik perhatian  krew Astro Awani untuk menemuramah beliau...hehe  


Nota: Ha ha ha - komen Minaq Jinggo yang terakhir memang menarik...

Logo Hari Kemerdekaan - Boleh pertimbangkan cadangan dari Rakyat Malaysia?

Posted: 27 Jul 2012 01:49 PM PDT



Photo



#SloganPhobia PR tak mahu #JanjiDitepati sebab dalam kes Zionis, Anwar #CakapLainBuatLain

Posted: 27 Jul 2012 06:30 AM PDT

CHAMELEON


LIDAHNYA BERCABANG DUA

Anwar menuduh Najib sebagai 'double talk' berdasarkan pendapat wartawan Washington Post, walhal akhbar yang sama juga pernah menuduh Anwar Ibrahim sebagai 'double talk' pada tahun 2010 ketika Anwar melakukanApology Tour kepada kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat (AS) kerana ucapannya di Malaysia.

Jackson Diehl dari The Washington Post, "Flirting with zealotry in Malaysia", menulis Anwar memohon maaf di atas kesilapan 'double talk' itu. Diehl, seorang penulis Yahudi di Washington Post melaporkan Anwar Ibrahim berkunjung dan menghabiskan masa di Washington beberapa hari lalu semata-mata untuk memberi penjelasan kepada sahabat-sahabat lamanya (kebanyakan Yahudi) berkenaan tuduhan 'anti-semitik' dan 'anti-Yahudi' yang dituduh kepadanya.

Penulis melaporkan bahawa Anwar turut memohon maaf dan menyesal menggunakan istilah yang 'mengguris perasaan zionis' yang sebelum ini hanya dipakai oleh Ahmadinejad dan bukan maksudnya beliau mahu menjadi Ahmadinejad.

Beliau mengaku 'menyerang Israel' untuk mendapat pengaruh dari masyarakat Islam di Malaysia, dan tidak bermaksud 'menyerang' dalam erti kata sebagai seorang 'anti-semitik' dan 'anti-Yahudi'.

Kata Anwar, "Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham?". " Saya harus lebih berhati-hati."

Malah lebih teruk lagi, pada tahun 2009, majalah The Economist melabelkanAnwar Ibrahim sebagai 'chameleon', sejenis binatang sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut tempat dan keadaan.

Majalah antarabangsa itu membandingkan 'double talk' Anwar ketika bercakap di hadapan kumpulan Kristian di Perth, Australia dengan kumpulan Islam di Kelantan.

Terbaru kes pendirian terhadap kumpulan homoseksual. Ketika ditanya olehpenyokong LGBT dalam Yahoo Newsroom, 19 Mei 2011, Anwar berkata beliau tidak akan mendiskriminasikan kumpulan LGBT.

Pendirian yang sama ditegaskan Anwar apabila ditanya wartawan BBC News, di Mumbai, India, namun apabila berada dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk kes samannya terhadap Utusan Malaysia, Anwar menafikan menyokong gay, malah beliau mendakwa mahu mendiskriminasi kumpulan tersebut. 

Pendirian tidak konsisten dan 'double talk' Anwar itu dikecam olehkonsultan penajanya, Phil Robertson, dari Human Rights Watch (HRW)kerana HRW sebelum ini berkempen habis-habisan menyokong Anwar dan mendesak undang-undang anti-gay di Malaysia dimansuhkan kerana berhujahAnwar adalah mangsa undang-undang anti-gay antara dua lelaki dewasa yang sukarela.


#SloganPhobia PR takut slogan #JanjiDitepati sebab Anwar selalu kantoi #SloganPR #CakapLainBuatLain ?

Posted: 27 Jul 2012 01:14 AM PDT


Anwar kantoi lagi! Rakan-rakan Anwar dan rakyat semakin tidak yakin dengan Anwar.

Tu Dia !!! Pendedahan seorang pensyarah kantoikan Anwar menipu rakyat


SAYA dahulunya adalah admirer utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak menuntut di Universiti Malaya antara tahun 1981-1984.

Tambahan pula saya pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak miskin di kelas STPM anjuran Yayasan Anda, satu-satunya sekolah persendirian yang diasaskan oleh Ketua Pembangkang itu.

Sehingga kini saya kerap sekali menghadiri apa juga ceramah oleh Ketua Pembangkang itu.

Sebagai seorang pensyarah yang juga banyak berceramah dalam program-program melibatkan komuniti, saya sememangnya kagum dengan retorik pidato beliau yang memang amat sukar ditandingi. Ada kalanya saya cuba meniru dan memetik beberapa ungkapan kata-kata pujangga serta ayat-ayat al-Quran yang sering beliau gunakan dalam ceramah-ceramah saya pula.

Namun apabila saya membaca temuramah Othman Omar, Pengurus Besar PKNS yang juga bekas rakan kerja saya satu masa, dalam akhbar The STAR pada 21 Julai 2012 sekali gus saya lihat ada unsur-unsur hipokrasi dalam ceramah politik Ketua Pembangkang terutama dalam janji pilihan raya beliau bahawa jika PR berjaya ke Putrajaya , antara agenda utama beliau ialah memanggil semua peneraju Pengeluar Kuasa Bebas atau Independent Power Producers (IPP) untuk menyemak kembali kadar caj yang dikenakan kepada kerajaan dalam usaha menurunkan tarif elektrik kepada rakyat.

Dalam wawancara Othman itu, beliau menegaskan bahawa pencapaian beliau selepas menerajui PKNS ialah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM420 juta dalam tahun 2011.

Beliau juga mengesahkan dalam menjawab soalan ketiga bahawa PKNS mempunyai kepentingan saham dalam salah sebuah IPP yang sering menjadi bahan kritikan Ketua Pembangkang dan ia adalah penyumbang kepada keuntungan besar perbadanan milik kerajaan Selangor itu.

Kalau Ketua Pembangkang dalam ceramahnya berapi-api mengkritik kerajaan memeterai perjanjian yang berat sebelah dengan IPP termasuk Genting Sanyen Berhad, bagaimana pula beliau boleh membenarkan PKNS, anak syarikat kerajaan Selangor, yang beliau merupakan Penasihat Ekonominya memiliki kepentingan saham dalam syarikat yang sering dikritik mengenakan caj yang "keterlaluan" kepada kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat?

Di satu pihak beliau cuba menjadi jaguh menolong rakyat, di waktu yang sama beliau merestui sebuah perbadanan milik kerajaan negeri untuk memiliki saham dan mengaut keuntungan di sebuah syarikat yang beliau sering selar sebagai menyusahkan rakyat?

Justeru sebagai rakyat marhain, saya merayu kepada Anwar sentiasa mengamalkan "Kalimatul Haq" seperti mana yang sering ungkapkan dalam setiap ceramah beliau mutakhir ini yang mengaitkan seruannya itu dengan seruan yang sama dibuat oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Presiden Ulama' Sedunia kepada perhimpunan 3 juta belia di Dataran Tahrir Mesir agar sentiasa berkata benar dan menegakkan kebenaran dan bukannya berpegang kepada strategi politik ala Niccolo Michiavelli iaitu matlamat menghalalkan apa juga kaedah dan cara yang digunakan.

Di permulaan Ramadan yang mulia ini, sebagai seorang pencinta Islam dan perpaduan, teringat saya antara wasiat terakhir Assyahid Imam Hassan Al Banna yang ditembak mati pada usia 43 tahun yang berpesan bahawa "Orang yang dicintai Allah adalah orang yang baik hati dan tutur katanya, dan orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuhan dan bersengketa sesama manusia".

ANUAR HJ. AHMAD
Kuala Lumpur
EMAIL PEMBACA RUANGAN FORUM UTUSAN MALAYSIA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...