UMNO Online - “UMNO P.Pinang Gesa Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Peruntukan Bagi Agama Islam” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO P.Pinang Gesa Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Peruntukan Bagi Agama Islam” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO P.Pinang Gesa Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Peruntukan Bagi Agama Islam

Posted: 24 Jul 2014 03:58 AM PDT

GEORGE TOWN, 24 Julai – UMNO Pulau Pinang mahu kerajaan negeri memberi penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan disediakan untuk tujuan pentadbiran dan pembangunan agama Islam di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri pimpinan DAP perlu memberi pencerahan terhadap persoalan itu jika mereka benar-benar telus dalam amalan pentadbirannya.

Beliau berkata baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Abdul Malik Abul Kasim menyatakan jumlah peruntukan diagihkan untuk tujuan itu bagi 2008 hingga 2013, sebagai bukti kerajaan negeri tidak menyekat peruntukan bagi pembangunan agama Islam.

“UMNO Pulau Pinang ingin memohon butiran-buturan lanjut daripada beliau dan kerajaan negeri untuk menjelaskan perkara-perkara berikut. Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan kepada urusan pentadbiran dan pembangunan agama-agama lain selain Islam di Pulau Pinang untuk tempoh yang sama?

“Berapakah peruntukan yang diberikan kepada pengembangan agama-agama lain selain Islam di Pulau Pinang, sekiranya ada, untuk tempoh yang sama? Berapakah pula jumlah peruntukan sekolah-sekolah SRJK Cina dan Tamil serta sekolah-sekolah Mubaligh di Pulau Pinang untuk tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik sebelum ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa bahawa Islam terancam di negeri majoriti bukan Islam itu.

Beliau menyifatkan dakwaan bekas ketua hakim itu sebagai mengarut dan tidak berasas selain dakwaan itu berdasarkan kepada khabar angin.

Zainal Abidin berkata mengikut perangkaan jumlah penduduk di negeri ini dianggarkan sebanyak 1.65 juta orang, dengan pecahan penduduk daripada kaum Melayu (40.7 peratus), Cina (42.9 peratus) dan India (9.8 peratus).

“Kesimpulannya jumlah penduduk Melayu dan Cina boleh dikatakan seimbang di Pulau Pinang. Apakah kerajaan negeri mengambil kira nisbah antara kaum dan agama dalam mengagih atau memperuntukkan jumlah kewangan untuk urusan pentadbiran dan pembangunan agama-agama di Pulau Pinang,” katanya.

Kebijaksanaan Kepimpinan Penentu Masa Depan Negara

Posted: 24 Jul 2014 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kebijaksanaan kepemimpinan negara  merupakan faktor utama bagi  sesebuah negara untuk terus membangun dan mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif kepada rakyat di bawah pentadbiran sesebuah kerajaan, demikian menurut Pengerusi Yayasan Media Malaysia, Dzulkarnain Taib.

Menurut beliau, ianya  merupakan perkara terpenting yang perlu difikir dan dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh para pengundi, kerana pemilihan kepimpinan amat penting untuk masa depan sesebuah negara.

"Hari ini, jika tidak kerana kebijaksanaan kepimpinan negara sejak dulu hingga kini, maka Malaysia tidak akan menjadi seperti hari ini. Biarpun Malaysia tidaklah setanding dengan negara-negara maju di Barat, namun pencapaian kita sebagai sebuah dunia ketiga cukup dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

"Terbaru kita dapat lihat tragedi MH17 yang menjadi tumpuan dunia ekoran  terperangkap dalam krisis geopolitik yang tidak ada kena mengena dengan negara kita. Jika tidak dengan kebijaksanaan kepimpinan negara, khusus PM Najib, maka isu kotak hitam dan jenazah mangsa tidak akan dapat diselesaikan dengan begitu cepat dan mudah seperti yang dapat kita saksikan hari ini.

"Dan kita boleh lihat hari ini, nama Malaysia menjulang di mata masyarakat dunia apabila krisis MH17 ini berjaya ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin negara kita dalam masa yang singkat," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, ini amat berbeza dengan pemimpin pembangkang yang melihat semua isu yang berlaku di negara ini sebagai satu isu politik.

"Sebab itu, apabila berlakunya krisis yang melibatkan kepentingan negara seperti tragedi Lahad Datu, kehilangan pesawat MH370 dan terbaru, MH17 ini, maka kita boleh lihat komen pembangkang yang cuba mempolitikkan perkara tersebut untuk kepentingan politik mereka, tanpa memikirkan perasaan rakyat lain.

"Mereka hanya mengeksploitasikan nama rakyat demi kepentingan politik mereka. Contohnya di Selangor, sehingga kini masih lagi ada yang tak dapat air percuma. Kata mereka, politik untuk rakyat tapi hari ini, sanggup korbankan kepentingan rakyat demi untuk jawatan kerusi MB Selangor.

"Pandangan saya, pakatan pembangkang ini tidak akan kekal lama. Jika perpecahan dalaman seperti ini terus berlaku maka pakatan pembangkang tidak akan bertahan lama. Bagaimana PKR, Dap atau pun Pas mahu jadi pentadbir negara, sedangkan perkara kecil yang melibatkan krisis dalaman di dalam parti masing-masing  itu pun amat sukar untuk mereka selesaikan," tegasnya.-MediaUMNO

Cabinet Ministers’ Aidilfitrei Open House Cancelled Out Of Respect To MH17 Victims

Posted: 24 Jul 2014 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 24 – The cabinet ministers’ 2014  Hari Raya Aidilfitri 2014 open house has been cancelled out of respect to those, who perished in the flight MH17 crash.

Initially it was scheduled to be held at the Seri Perdana Complex, Putrajaya.

Prime Minister’s Office in a statement here said the cabinet agreed with the decision in a meeting held today.

The cabinet also agreed to cancel the 2014 Malaysia Aidilfitri open house event, organised by the Tourism and Culture Ministry that is scheduled to be held in Rembau, Negeri Sembilan.

According to the statement, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and cabinet ministers would seek an audience with Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah on the morning of Syawal 1, before observing Aidilfitri prayers at the national mosque (Masjid Negara).

Malaysia Airlines (MAS) flight MH17 was carrying 298 passengers, including 43 Malaysians, when it crashed believed to have been shot in Donetsk in east   Ukraine last Thursday.

“Even though the nation is still saddened by this tragedy, Muslims are still obliged to celebrate Hari Raya Aidilfitri after observing the fast during Ramdan.

“It is appropriate Malaysians of various races continue with the tradition of visiting one another to enhance ties and unity among ourselves,” said the statement.

Hence the Hari Raya Aidilfitri celebration this year can still be held with moderation and in an olderly manner.

It included celebrations by cabinet ministers, Members of Parliament and state assemblymen together with the people in their respective areas.

Such events at the ministerial level could also be held to enhance goodwill among the co-workers without involving outside invitation, it added.

Najib Yakin Indonesia Terus Maju Di Bawah Kepimpinan Jokowi

Posted: 24 Jul 2014 02:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Indonesia akan terus maju dan makmur di bawah kepimpinan Joko Widowo dan gandingannya Jusuf Kalla.

Najib dalam satu kenyataan hari ini turut mengucapkan tahniah kepada gandingan itu atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada 9 Julai lepas.

“Dengan keakraban serta kerjasama erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, saya yakin hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuhkan lagi demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat kita bersama,” katanya.

Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla menang pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa hanya memperoleh 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Pemuda UMNO Kedah Lancar Tabung Bantuan Palestin

Posted: 24 Jul 2014 02:01 AM PDT

ALOR SETAR, 24 Julai –  Pemuda UMNO  Negeri Kedah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin Pemuda UMNO Kedah-PGPF bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata kutipan itu nanti akan diserahkan kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF), yang akan menentukan bentuk bantuan yang akan diberikan kepada penduduk di Gaza.

“Terpulang kepada PGPF nak salurkan macam mana. Kita tak letak tempoh masa, kita nak ada jumlah yang signifikan baru kita serahkan kepada PGPF…minimum RM50,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya penduduk di Gaza ketika ini memerlukan bantuan peralatan asas seperti pakaian dan makanan, tetapi yang lebih kritikal adalah peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

“Korban (akibat serangan tentera Israel) dah lebih 500 dan ramai lagi cedera. Hospital di Gaza dalam keadaan daif, banyak kekurangan. Misi Kemanusian Biro Kebajikan UMNO pun banyak sumbang peralatan perubatan,” katanya.

Dap Digesa Ambil Tindakan Sebagai Bukti Punyai Semangat Sayangkan Negara

Posted: 24 Jul 2014 01:25 AM PDT

PULAU PINANG, 24 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mahu Dap buktikan sikap patriotik dan sayangkan negara dengan mengambil tindakan terhadap isteri kepada Ahli Parlimen Tanjong, Yuki Tan.

Jelas Zainal, tindakan harus dikenakan di atas keceluparan Yuki mengeluarkan kenyataan 'Malaysia Negara Menggerunkan, Apa Jenis Negara Yang Tidak Berguna Ini' dalam Bahasa Mandarin di laman faebooknya baru-baru ini.

"Sekiranya Dap benar-benar prihatin terhadap rakyat dan mahukan yang terbaik untuk negara ini malah katanya mereka boleh buat lagi baik daripada BN yang menjadi kerajaan pusat sekarang ini, maka Dap tidak boleh berdiam diri.

"Tidak kira siapa, tindakan harus dikenakan tambahan pula Yuki adalah isteri kepada seorang pemimpin yang sepatutnya mencerminkan keperibadian yang baik dan prihatin terhadap keluarga mangsa tragedi pesawat malang itu.

"Inilah masanya Dap mahu buktikan apa yang sering mereka canangkan bahawa mereka sentiasa telus dan tidak mengira bulu," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Zainal, kenyataan Yuki itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat negara ini memandangkan kebanyakan negara luar juga turut berasa sedih dan berkabung di atas kejadian yang menimpa MH 17.

Tetapi Yuki tegas beliau lagi seakan tidak prihatin tentang berkara ini apabila cuba mencuri kesempatan untuk menimbulkan rasa benci di hati rakyat terhadap kerajaan.

"Saya cabar Dap untuk buktikan semangat partiotik mereka kepada Negara Malaysia. Sekarang ini bukan lagi berkenaan politik tetapi adalah berkenaan negara yang kita sayangi.

"Walaupun kita berlainan fahaman politik tetapi ada masanya politik harus diketepikan. Saya berharap Dap tidak akan terus berdiam diri dan bersembunyi.

"Sekiranya tiada tindakan yang diambil maka memang jelaslah bahawa Dap adalah sebuah parti yang hanya pentingkan parti dan kepentingan peribadi daripada nasib rakyat," ujarnya lagi - MediaUMNO

Remains Of MH17 Victims Unlikely To Be Flown Home Before Aidilfitri – Najib

Posted: 24 Jul 2014 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 24 – Datuk Seri Najib Tun Razak today said remains of victims from the ill-fated Malaysia Airlines (MAS) Flight MH17 plane crash are unlikely to be brought back before the Aidilfitri celebration.

The prime minister said this was due to technicalities involved in the DNA verification process.

“I regret that I have to inform the families concerned (about this development),” he told reporters after signing the condolence book in memory of the 298 people who perished in the plane crash in eastern Ukraine on July 17, at the residence of the Dutch envoy to Malaysia, Harry Molenaar, here.

Najib said the identification process had to be done according to strict procedures, bearing in mind the need for evidence for possible prosecution.

“We can’t avoid this painstaking process. This is both to meet the technical and legal requirements,” he said adding that the whole process was expected “to take weeks or even months”.

Forty-three Malaysians were among 298 passengers and crew aboard MH17 en route from Amsterdam to Kuala Lumpur when it was believed to have been shot down in the region of Donetsk.

Najib also regretted that international investigators were still unable to have full access of the crash site.

“I’m angry because we want full access (but this is not the case). Unfortunately it’s a war zone, and you know in war zones there are many constraints which the parties involved must respect,” he said.

Asked whether he would discuss the matter with Alexander Borodai, the commander of the pro-Russian separatists in the area where the jetliner went down, Najib said: “Not at the moment”.

“But I’ll be talking probably with Ukraine President Petro Poroshenko and reach out to Borodai,” Najib said, noting that he was mindful of the sensitivities involved.

Meanwhile, in the condolence book, Najib penned a few lines expressing condolences on behalf of the government and the people of Malaysia to all the families in the Netherlands who had lost their loved ones in the MH17 tragedy.

“We feel for the families and our hearts go out to them,” he said.

Malaysia Dijangka Dapat Tambahan Hasil RM3 Bilion Melalui Pelaksanaan GST

Posted: 24 Jul 2014 12:51 AM PDT

KUCHING, 24 Julai – Malaysia dijangka memperoleh tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion selepas tahun pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata tambahan pendapatan ini dijangka meningkat kepada RM9 bilion pada tahun keduanya dan peningkatan hasil negara ini seterusnya akan disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata pelaksanaan GST juga dapat mengembangkan ekonomi negara sebanyak kira-kira 0.3 peratus selain mengurangkan ekonomi terselindung atau insiden pengelakan cukai sebanyak 15 peratus.

“Ia juga boleh membantu sektor eksport negara untuk berkembang kira-kira 0.5 peratus,” katanya selepas melawat projek Kompleks Niaga Kubah Ria hari ini.

Beliau berkata sektor pelancongan juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST berikutan satu skim pembayaran balik pelancong akan diwujudkan untuk menggalakkan pelancong berbelanja.

Ahmad berkata penyediaan kredit cukai input untuk syarikat dan pengilang menerusi pelaksanaan GST ini akan dapat membantu mengurangkan kos perniagaan dan seterusnya mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan tertentu.

“GST juga membantu Malaysia menjadi negara maju kerana ia menepati piawaan antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya telah memperuntukkan RM21.85 kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk menambah baik kemudahan di Kompleks Niaga Kubah Ria.

Di samping itu, kementeriannya juga memperuntukkan RM650,000 untuk menambah baik kemudahan di kawasan tebingan sungai kompleks berkenaan bagi membolehkannya terus menjadi tumpuan dan meluaskan lagi peluang perniagaan.

Permatang Pauh UMNO Brings Raya Cheers To Rohingya Muslims’ Children

Posted: 23 Jul 2014 11:12 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, July 24 – Realising the deprivation faced by children of Rohingya Muslims from Myanmar, Permatang Pauh Umno has come forward to distribute cash to enable them to make preparations for the coming Hari Raya Aidilfitri.

Permatang Pauh Umno division chief Mohd Zaidi Mohd Said said 316 such children, who were currently studying at the Rohingya Education Centre (REC) International School in Taman Arowana here, received the monetary aid.

“The contribution will help to ease the burden of their families in preparing to celebrate Aidilfitri, which is expected to fall on Monday,” he told reporters after presenting the donation to the children here today.

REC International School is a school funded by the United Nations that is managed by a non governmental organisation, the Future Global Muslim Network.

Meanwhile REC International School headmaster Mohd Arif Abdul Latif said students, aged between six to 16, who resided in the Bagan Ajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh and Butterworth areas were sent to the school, which began operation five years ago.

Rakyat Diminta Hargai Usaha Kerajaan Jaga Kedaulatan Negara

Posted: 23 Jul 2014 11:11 PM PDT

SEMPORNA, 24 Julai – Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi penjenayah rentas sempadan, kata Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial Tan Sri Robert Phang.

Oleh itu, katanya rakyat negara ini seharusnya menghargai usaha dan menyokong pelbagai langkah yang dilakukan kerajaan bagi memperkukuhkan lagi keselamatan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne).

“Kerajaan telah melakukan tindakan bijak dengan menstruktur ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dengan melantik pegawai berkebolehan dan berpengalaman luas untuk menjaga keselamatan perairan negeri ini daripada dicerobohi.

“Kita rakyat mesti menyokong usaha ini dengan memberikan maklumat bagi membantu kerajaan mengekang jenayah penculikan (untuk wang tebusan),” katanya selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada balu anggota polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, Salamah Ahmad pada majlis berbuka puasa anjuran yayasan itu dan ESSCom, di sini, malam tadi.

Pada 12 Julai lepas, Ab Rajah, 32, mati ditembak kumpulan lelaki yang berpakaian hitam, seluar celoreng dan bersenjata berat ketika mangsa sedang meronda di sebuah Resort, Pulau Mabul bersama rakan setugas Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang kemudian diculik ke perairan negara jiran.

Dalam hal ini, Robert menyeru syarikat korporat supaya tampil membantu keluarga yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya terhadap penglibatan “orang dalam” yang mempermudahkan penjenayah melakukan jenayah termasuk penculikan dengan memberikan maklumat pergerakan pasukan keselamatan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan ESSCom DCP Datuk Ahmad Nadzer, Pegawai Daerah Semporna Dr Chaco Bullah dan Komander Pasukan Gerakan Marin ESSCom SAC Abdul Manaf Othman.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...