UMNO Online - “Nasihat Untuk Anwar…. “Jaga Dalam Kain Sendiri Dulu”” plus 7 more

UMNO Online - “Nasihat Untuk Anwar…. “Jaga Dalam Kain Sendiri Dulu”” plus 7 more

Link to UMNO Online

Nasihat Untuk Anwar…. “Jaga Dalam Kain Sendiri Dulu”

Posted: 03 Jul 2014 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas Timbalan Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata  tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seringkali memburukkan nama negara pada pandangan mata masyarakat dunia merupakan Standard Operation Prosedur (SOP) bagi Ketua Pembangkang dalam usaha mencemar imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, mencemar imej kerajaan memerintah dengan cara memburukkan-burukkan serta menuduh kerajaan sedia ada tidak cekap dalam menangani isu merupakan satu cara Anwar untuk mewujudkan persepsi negatif bukan sahaja di kalangan rakyat di negara ini malah juga di kalangan masyarakat dunia terhadap kerajaan Malaysia.

"Contohnya dalam isu MH370 di mana Anwar menuduh kerajaan tidak cekap dan cuba menyembunyikan fakta dengan menimbulkan keraguan adalah cara beliau beroperasi untuk menjatuhkan imej dan maruah kerajaaan yang memerintah di mata masyarakat antarabangsa.

"Begitu juga dalam kes penjawat awam yang didakwa terbabit dalam kes cabul di New Zealand baru-baru ini di mana Anwar juga menggunakan modal yang sama dengan menuduh kerajaan tidak telus dan menyembunyikan sesuatu seolah-olah kerajaan ingin melindungi si pesalah, sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.

"Inilah cara Anwar 'menyelit' setiap kali berlakunya isu-isu khususnya yang membabitkan masyarakat antarabangsa dengan menjalankan jarum halusnya dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan untuk menimbulkan keraguan serta persepsi negatif bagi menjatuhkan reputasi  kerajaan Malaysia yang sedia ada," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata beliau lagi, begitu juga apabila pihak pembangkang merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan di mana persiapan rapi dan perencanaan dijalankan dengan begitu teliti bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa politik Malaysia sedang berada di dalam keadaan tidak stabil.

"Berdasarkan pengalaman saya ketika bersama AMK, setiap kali adanya demonstrasi jalanan, pembangkang yang diketuai oleh beliau terlebih dulu akan merancang siapa yang ditugaskan untuk membuat provokasi dan siapa yang ditugaskan untuk bertindak ganas terhadap pihak berkuasa.

"Malah mereka juga mengupah beberapa jurugambar untuk mengambil gambar-gambar keadaan huru hara yang berlaku  di mana gambar-gambar tersebut akan dihantar ke beberapa agensi berita antarabangsa untuk disiarkan ke seluruh dunia. Sebab itu tidak hairanlah agensi berita asing akan mendapat maklumat lebih awal daripada agensi berita di dalam negara.

"Tindakan Anwar ini adalah bertujuan untuk menggambarkan bahawa politik Malaysia berada di dalam keadaan yang tidak stabil untuk menakut-nakutkan pelabur luar untuk melabur di negara kita. Apabila pelabur luar takut untuk melabur, sedikit sebanyak ekonomi negara akan terjejas dan Anwar pada ketika itu akan muncul sebagai hero dengan menuduh kerajaan BN tidak pandai mentadbir sehingga menyebabkan ekonomi jatuh akibat tiada pelabur luar yang mahu melabur di negara ini," ujarnya.

Tindakan Anwar itu tambahnya lagi, merupakan satu tindakan yang mementingkan diri sendiri dengan memperjudikan nasib rakyat di negara hanya semata-mata untuk kepentingan politik peribadi beliau.

"Jadi jelas, bahawa usaha Anwar untuk memburukan negara serta mencalarkan imej pemerintah Malaysia di mata dunia menjadi satu operasi yang berterusan sehinggalah tumbangnya kerajaan BN di negara ini.

"Walaupun tindakannya memburukan nama negara itu merupakan satu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada negara khususnya rakyat secara keseluruhannya, namun Anwar tidak peduli kerana apa yang penting ialah nafsu beliau untuk jadi perdana menteri mesti dipenuhi," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta Anwar agar berhenti daripada terus mebuat kenyataan yang  memburuk-burukkan imej negara di mata luar kerana perbuatan beliau itu sebenarnya memperjudikan nasib rakyat di negara ini.

"Saya rasa adalah lebih baik Anwar melihat di dalam kainnya sendiri iaitu partinya PKR yang semakin hari  semakin kelam kabut dan caca merba. Sebelum mempersoalkan kredibiliti kerajaan dalam menangani isu dan permasalahan, saya minta Anwar terlebih dulu perbetulkan demokrasi di dalam partinya yang ditadbir ala-ala kuku besi terutamanya ketika berlansungnya pemilihan kepimpinan PKR baru-baru ini.

"Masih ramai lagi kawan-kawan saya di dalam AMK dan mereka juga mengadu bahawa pemilihan PKR kali ini memang teruk dengan dicemari oleh unsur-unsur rasuah, ketidakadilan dan sebagainya. Ada rakan-rakan saya yang menghantar memorandum kepada Anwar membantah segala penyelewengan yangberlaku dalam pemilihan kali ini, namun tidak diendahkan oleh Anwar.

"Ekoran suara mereka tidak didengari, kumpulan ini kemudiannya membuat protes di hadapan pejabat PKR bagi menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan PKR kali ini, tetapi malangnya mereka yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus itu akhirnya diambil tindakan dan dipecat daripada parti," akhiri beliau.-MediaUMNO

FDI Merudum… Kerajaan DAP Pulau Pinang Hanya Jaguh Retorik

Posted: 03 Jul 2014 01:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan Dap Pulau Pinang dilihat bukan sahaja berdepan dengan pelbagai persoalan mengenai penurunan mengenai kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri itu sejak dua tahun kebelakangan ini, malah sikap berdiam diri mereka terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan mereka hanyalah jaguh retorik.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Mohd Rafizal Abd Rahim berkata kerajaan negeri boleh mengambil pelbagai pendekatan termasuk mengelakkan diri daripada persoalan berbangkit mengenai perkara tersebut, namun jauh daripada itu sudah pasti terlondeh apa yang diwar-warkan sebelum ini kononnya mereka cekap memerintah dengan slogan Cekap, Akauntibiliti dan Telus' (CAT).

"Hari ini rakyat boleh tengok dan boleh lihat bagaimana sebuah kerajaan negeri yang kononnya hebat dan sebagainya boleh menurun prestasi di mana FDI negeri jatuh merudum.

"Namun kesimpulan yang boleh dibuat senario tersebut menunjukkan kerajaan negeri Pulau Pinang hanyalah gah sekadar retorik semata-mata. Perkara itu boleh kita tengok dan lihat depan mata," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau  seterusnya menambah jika perkara itu berlaku kepada negeri yang dikuasi oleh BN, sudah pasti pelbagai tohmahan  akan dilontarkan oleh pihak pembangkang.

"Namun kita yakin selain berdiam diri, mereka (kerajaan negeri DAP) sedang merancang sesuatu terutamanya bagi melencongkan isu FDI ini kepada isu lain bagi menuttup malu mereka," ujarnya.

Dikatakan kemasukan FDI ke Pulau Pinang bertambah buruk pada tahun ini apabila hanya menerima RM59 juta untuk tempoh dua bulan pertama manakala sebanyak RM291 juta merupakan pelaburan domestik seperti yang disiarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). – MediaUMNO

Prestasi Perdagangan 6 Bulan Pertama 2014 Atasi Ramalan – Mustapa

Posted: 03 Jul 2014 12:53 AM PDT

PUTRAJAYA, 3 Julai  - Prestasi perdagangan Malaysia bagi enam bulan pertama tahun ini lebih baik daripada ramalan, meskipun laporan rasmi akan hanya diumumkan esok, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Angka-angka itu baik dalam lima bulan pertama dan kita menjangka angka enam bulan pertama juga baik. Apa yang boleh saya katakan ialah ia tidak kita jangkakan, tentunya lebih tinggi daripada ramalan kita.

“Kita terus menikmati lebihan perdagangan yang baik,” katanya selepas menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Grafin Kebangsaan 2020 di sini hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala.

Mustapa berkata Malaysia dijangka terus mencapai prestasi yang baik dalam tempoh enam bulan kedua, meskipun terdapat pandangan yang mengatakan ekonomi semakin lembap.

Beliau berkata berdasarkan Indeks Pengeluaran Perusahaan serta angka-angka perdagangan dan pelaburan, negara bergerak lancar untuk mencapai pertumbuhan unjuran bagi tahun ini.

“Enam bulan pertama merupakan tempoh yang baik dan belum ada tanda-tanda pencapaian enam bulan kedua lebih buruk. Setakat ini tanda-tanda menunjukkan kita akan dapat mengekalkan prestasi itu,” katanya.

Kerajaan Kedah Serah Fakta, Justifikasi Pembinaan Lapangan Terbang – Wahid

Posted: 03 Jul 2014 12:42 AM PDT

ALOR SETAR, 3 Julai – Kerajaan negeri Kedah telah mengemukakan fakta-fakta serta justifikasi berhubung cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di negeri ini kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, pihaknya akan melihat dan membincangkan tentang bagaimana untuk merealisasikan cadangan itu.

“Ia (pembinaan lapangan terbang) memerlukan perbincangan lanjut tentang keperluan dan implikasinya. Bukan sahaja dari segi kewangan tapi tentang kewujudan infrastruktur lain sedia ada di Malaysia, juga perlu melihat dari segi konsep pembangunan bagaimana perlu dibiayai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat dan memberikan taklimat berhubung program pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) di pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di tanah seluas 600 hektar di Kulim yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di utara tanah air.

Mukhriz berkata cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini selepas kerajaan negeri mendapati terdapat permintaan bagi pengangkutan udara disebabkan kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad manakala keperluan kargo serta penumpang di masa depan pula bertambah.

Mengenai kunjung hormat hari ini, Abdul Wahid berkata EPU akan melengkapkan pengumpulan maklum balas dari setiap negeri berhubung program pembangunan RMK-11 pada Ogos ini.

“Kita adakan perbincangan lanjut bukan sahaja antara EPU dan kerajaan negeri, malah dengan kementerian-kementerian lain dan ini akan diteruskan hingga (RMK-11) dibentangkan di Parlimen pada Jun 2015,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pendekatan yang diambil EPU yang mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan seawal 18 bulan sebelum pembentangan RMK-11.

“Kedah sudah kemuka beberapa cadangan yang selalu kita selalu sebut iaitu tentang lapangan terbang antarabangsa, lebuh raya dan pelabuhan di Kuala Kedah dan lain-lain.

“Kita berminat dengan taklimat EPU mengenai RMK-11 dan kita nak selaraskan perancangan bagi Kedah supaya seiring dengan apa yang dirancang kerajaan pusat,” katanya.

Tanah Mendap : Kontraktor Akan Dikenakan Tindakan Jika Cuai

Posted: 02 Jul 2014 10:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti sama ada terdapat kecuaian pihak kontraktor yang menyebabkan kejadian tanah mendap di Jalan Imbi, di pusat bandar Kuala Lumpur semalam.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kontraktor terlibat bakal dikenakan tindakan sekiranya terbukti berlaku kecuaian.

“Tanah mendap itu disebabkan kebocoran paip SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) sehingga berlaku mendapan tanah, barangkali kecuaian kontraktor. Jika disebabkan kecuaian kontraktor, kami akan ambil tindakan. Siasatan sedang dilakukan,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian ketika mengulas kejadian tanah mendap di kawasan terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi selepas Majlis Pelantikan Anggota Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah.

Tengku Adnan berkata kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan untuk menstabil semula kawasan itu selain menjalankan pemeriksaan terhadap trek Monorel yang terjejas.

“Kami harap perkara ini akan selesai dalam dua minggu,” katanya.

Beliau juga meminta mana-mana kontraktor yang melakukan kerja-kerja di bawah tanah agar lebih berhati-hati dan membuat kajian terperinci terlebih dahulu dalam melaksanakan tugas mereka.

Govt Warns Stern Action Against GST Price Hikers

Posted: 02 Jul 2014 09:52 PM PDT

PUTRAJAYA, July 3 – The government will take stern action those who increase prices after the implementation of the Goods and Services Tax (GST) on April 1, 2015, says Finance Ministry Secretary-General Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

He said those who sell goods and provide services should not use the GST as an excuse to increase prices because prices of certain items would not go up due to tax exemptions.

“We have requested the Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry to be more firm and take action against those who profiteer by bringing them to court and charging them.

“This firm action will deter those who take advantage of the GST,” he told reporters after the launching of the ministry’s new portal website and 1Pekeliling Perbendaharaan by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah here today.

Also present were deputy ministers Datuk Ahmad Maslan and newly appointed Datuk Chua Tee Yong.

Mohd Irwan Sergar said over two million products will be monitored nationwide when the GST is implemented.

His ministry has approved the Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry’s request for 472 new staff for enforcement activities in 222 parliamentary constituencies, he said.

More than 10,000 products will be monitored in each constituency when the GST is implemented, he said, adding that a GST Monitoring Committee has also been established to ensure smooth implementation of the new tax system.

On the ministry’s new portal, he said it is dynamic, contemporary,  information-rich and equipped with the latest safety features.

Its new 1Pekeliling Perbendaharaan portal, a one-stop centre for public sector financial management, has been updated to be more user-friendly, he said, adding the number of Treasury circulars has also been reduced 84 per cent to 298 from 1,892 previously.

Pemandu’s Global Recognition Proves Malaysia On Right Path To Become Developed Nation – PM

Posted: 02 Jul 2014 09:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 3 – Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today expressed his confidence that Malaysia is on the right track to achieve  developed-nation status by 2020.

He said this was because of the country’s development progress following the achievement of the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu), which  has been recognised as among the world’s top 20 leading government innovation teams.

“This ranking for Pemandu, a catalyst for performance, shows that Malaysia is on track in our aspiration to achieve developed-nation status.

“Malaysians, we have moved forward, from strength to strength,” he said in his latest posting on his Facebook and Twitter accounts today.

The United Kingdom’s innovation foundation, Bloomberg Philanthropies and Nesta, in its publication on Monday, listed Pemandu as among the world’s top innovation teams in government.

Explaining his vision, Najib, who is also the Finance Minister, said he had established Pemandu in 2009 to support the implementation of the National Transformation Programe, which aimed to turn Malaysia into a high-income economy by 2020.

He said the programme targeted transformation in both the government and private sector through the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme.

“The GTP focuses on modernising how the Malaysian government operates while the ETP focuses on attracting private investment, both foreign and domestic, into Malaysia,” he said.

The report titled ‘i-teams: The teams and funds making innovation happen in governments around the world’, listed some of the most compelling models to serve as a recommendation for other governments looking to create their own ‘i-teams’.

It also highlighted innovation teams set up by city, regional and national governments to deliver new solutions to complex challenges.

It said the 20 i-teams were bringing new tools, methods and practices into the heart of traditional bureaucracies, tackling a wide range of issues, from reducing murder rates and increasing educational attainment to promoting economic growth and engaging citizens in service redesign.

The report stated that a number of i-teams in Asia were rising rapidly, while the greatest concentration remained in Europe and North America.

Isu Air Selangor : Rakyat Sudah Muak Lihat Wayang Tuding Jari

Posted: 02 Jul 2014 07:37 PM PDT

TANJONG KARANG, 3 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Salbiah Saari berkata rakyat di negeri ini sudah tidak mahu lagi melihat wayang tuding jari sebaliknya mahu kepastian tidak akan berlaku lagi catuan air seperti mana jaminan dan janji yang diberikan kerajaan Selangor baru-baru ini.

Tegas beliau walaupun kes yang terbaru hanyalah sekadar gangguan bekalan air dan bukan catuan namun dalam keadaan cuaca panas kering sejak kebelakangan ini cukup-cukup membimbangkan penduduk.

Tambahnya lagi rakyat tidak mahu tahu sengketa antara Kerajaan Negeri Selangor dengan sesiapapun kerana apa yang rakyat mahu adalah kehidupan mereka tidak terganggu dengan masalah air.

"Sampai bila hendak menuding jari ke arah pihak lain setiap kali timbul masalah. Masalah tidak akan selesai dengan cara ini dan rakyat pula akan terus menderita dengan ketiadaan air. Kehidupan harian terganggu.

"Jadi, sebagai kerajaan negeri yang telah diberi amanah oleh rakyat, apakah tindakan negeri Selangor bagi mengatasi masalah ini. Tuding menuding bukan jawapan yang dimahukan.

"Tidak mustahil sedikit hari lagi keadaan akan kembali meruncing dan air terpaksa di catu. Ketika ini siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Sebab itu rakyat mahu jawapan dan kepastian adakah telah ada pelan menangani permasalahan ini.

"Saya amat berharap agar kerajaan negeri Selangor tidak akan bersikap lepas tangan dan hanya membutakan mata apabila masalah air kembali meruncing," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Salbiah, persoalan yang perlu dijawab oleh negeri Selangor adakah mereka yakin bahawa catuan air tidak akan berulang tambahan pula menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini.

“Adakah mereka berani memberi kepastian kepada rakyat bahawa masalah air tidak akan kembali meruncing.

"Jangan nanti rakyat yang menderita hanya kerana sengketa dan ego kerajaan negeri Selangor. Cukup-cukuplah 'dera' rakyat. Jalankanlah amanah yang rakyat beri dengan baik. Negeri Selangor sebuah negeri yang elit dan berada di tengah bandar tetapi menghadapi masalah air sentiasa berulang-ulang," katanya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...