UMNO Online - “Kemelut Kerusi MB Selangor : PKR, Anwar Tadbir Cara Autokratik” plus 9 more

UMNO Online - “Kemelut Kerusi MB Selangor : PKR, Anwar Tadbir Cara Autokratik” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kemelut Kerusi MB Selangor : PKR, Anwar Tadbir Cara Autokratik

Posted: 23 Jul 2014 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti yang mengamalkan sistem pentadbiran autokratik apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan nama isterinya sendiri sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid tanpa berbincang terlebih dulu dengan rakan-rakan pakatan di negeri tersebut.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar itu jelas memperlihatkan beliau tidak mengamalkan demokrasi di dalam pentadbirannya dan bertindak tanpa terlebih dulu berbincangan dengan rakan-rakan sekutu pembangkang yang lain.

"Ini dapat kita lihat ketika berlakunya agenda 'Kajang Move' yang dibuat oleh beliau tanpa merujuk atau berbincang dengan mana-mana ahli pakatan, baik diperingkat negeri mahupun di peringkat pusat.

"Dalam kemelut terbaru perebutan kerusi MB Selangor ini pula, Anwar tanpa segan silu mencadangkan nama isterinya sendiri sebagai pengganti kepada Tan Sri Khalid yang juga dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan rakan-rakan yang lain.

"Jadi jelas, PKR yang dikepalai oleh Anwar bukanlah satu parti yang demokratik tetapi merupakan sebuah parti yang autokratik yang suka membuat keputusan tanpa berbincang dan merujuk terlebih dulu pandangan rakan-rakan sekutu mereka yang lain," tegas kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga meluahkan rasa pelik apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu 'menyingkirkan' Tan Sri Khalid dan mahukan isterinya untuk memegang jawatan MB Selangor dengan alasan Datin Seri Wan Azizah mahu menstabilkan semula kemelut di negeri tersebut.

"Saya pun sendiri merasa agak pelik juga mengapa Tan Sri Khalid mahu digantikan dengan Presiden PKR Wan Azizah. Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah agenda Anwar di sebalik 'penyingkiran' Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi MB Selangor.

"Saya juga berpandangan bahawa penyingkiran ini tidak akan membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di dalam pakatan pembangkang di Selangor, bahkan ianya hanya akan menambahkan lagi gelora di kalangan pakatan pembangkang di negeri tersebut.

"Cuma apa yang saya kesalkan kemelut dalam pakatan ini, tempiasnya akan terkena kepada  rakyat Selangor, apabila pakatan pembangkang khususnya PKR  tidak habis-habis dilanda konflik politik dalaman yang sudah pastinya sedikit sebanyak, akan menjejaskan tumpuan kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi dan membela nasib rakyat di negeri itu," ujarnya.-MediaUMNO

Sidang Khas Parlimen Lulus Usul Kutuk Tindakan Kejam Tembak Jatuh MH17

Posted: 23 Jul 2014 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, pada 17 Julai lepas.

Usul itu menyaksikan kesemua anggota Parlimen yang hadir menzahirkan sentimen senada untuk menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Seramai 22 anggota Parlimen terdiri daripada 12 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 wakil rakyat pembangkang membahaskan usul itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang mula bersidang 10 pagi ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan usul itu menegaskan pendirian kerajaan bahawa jenayah yang dilakukan terhadap MH17 merupakan jenayah berat dan menuntut pembelaan di peringkat antarabangsa.

“Setiap usaha akan diambil untuk memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan, sama ada di peringkat domestic masing-masing negara yang berkenaan mahupun di peringkat antarabangsa,” katanya.

Muhyiddin berkata tindakan yang perlu dilakukan sekarang adalah siasatan yang menyeluruh dan pengumpulan bukti dan untuk tujuan itu Malaysia akan bekerjasama dengan pasukan penyiasat antarabangsa untuk mengenal pasti punca nahas dan mengumpul bukti-bukti berkaitan jenayah berkaitan.

Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan sebuah pasukan penyiasat khas yang akan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Bagi maksud menghadapkan penjenayah yang dikenal pasti ke muka pengadilan, Muhyiddin berkata Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah (termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984.

Dalam pada itu, menjawab celahan Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Muhyiddin menolak andaian bahawa rundingan yang dibuat bersama pihak pemisah Ukraine ada melibatkan syarat.

“Saya dapat maklum balas daripada perdana menteri yang duduk di sebelah saya ni mengatakan tidak ada sebarang syarat. Kita buat atas dasar pujukan bahawa ini penting bagi kita, maka pihak (Alexander) Borodai setuju tanpa syarat,” katanya.

Kepada soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) sama ada Malaysia akan tetap bertegas untuk mendakwa pihak yang bersalah termasuk jika terbukti kesalahan itu terletak pada pasukan pemisah yang diketuai Borodai, Muhyiddin berkata tindakan sewajarnya tetap diambil tanpa mengira siapa.

“Kita akan teruskan tindakan sewajarnya. Tiada maaf bagi mu,” tegasnya.

Kematangan Berpolitik Dan Tangani Krisis Buktikan Ketokohan Pemimpin Negara

Posted: 23 Jul 2014 01:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil pendekatan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di kawasan nahas MH17 di timur Ukraine termasuklah Alexander Borodai adalah satu pendekatan yang amat berjaya yang secara tidak langsung menyerlahkan ketokohan seorang negarawan Malaysia, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Zainal Abidin Borhan.

Jelasnya, pendekatan yang dibuat mewakili kerajaan Malaysia telah membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa sebuah negara kecil mampu membuat perundingan yang memberi impak amat besar dan amat penting dalam berdepan dengan krisis.

"Syukur alhamdulillah dan syabas kepada negarawan kita yang dapat merungkai jalan buntu selepas berlaku pertikaian membabitkan anggota nahas MH17 malah langkah yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita tidak menjejaskan hubungan baik kita dengan mana-mana pihak biarpun ada negara anggota saling menuding jari," katanya kepada UMNO-Online.

Semalam, Najib dalam sidang akhbar telah mengumumkan persetujuan Borodai berhubung tiga perkara membabitkan pemulangan mayat-mayat tragedi MH17 dan pemindahan dua kotak hitam kepada pasukan Malaysia yang telah dilaksana serta kemasukan tanpa sekatan ke kawasan nahas untuk melakukan siasatan.

"Sebenarnya cara diplomasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib lebih berkesan dan lebih matang dalam merungkai masalah daripada melibatkan kekerasan yang hanya akan mengundang suasana lebih tegang dan inilah nilai kepimpinan yang sebenarnya," katanya.

Dalam hal ini beliau turut menyorot bagaimana Malaysia lebih cenderung memilih jalan rundingan dalam menyelesaikan masalah atau untuk memenuhi apa-apa tuntutan sebagaimana kemerdekaan negara yang turut dicapai tanpa pertumpahan darah.

"Untuk mencapai kemerdekaan kita juga menggunakan pendekatan yang sama dengan kerajaan Bristish yang mana kita mempunyai perjanjian-perjanjian tertentu dalam memastikan kita dapat mencapai matlamat tanpa melibatkan kekusutan di masa hadapan sedangkan negara-negara jiran kita berlaku pertumpahan darah untuk merdeka.

"Selepas Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara dengan aman, Tun Abdul Razak juga membina rangkaian jaringan antarabangsa secara terbuka apabila mengambil langkah mengunjungi Beijing dan bertemu pemimpinnya Mao Tse Dung selain terlibat secara langsung dalam merungkai konfrontasi Malaysia-Indonesia."

Tegas beliau, jaringan peribadi yang dibina oleh kepimpinan negara memberi impak besar dalam kemajuan dan pembangunan bangsa Malaysia yang juga akan dapat dimanfaat dalam penyelesaian krisis antarabangsa.

"Tun Mahathir sebagai negarawan juga telah membuka jaringan yang amat luas dalam rangkaian antarabangsa sehingga menjangkau negara-negara benua Afrika, Timur Tengah dan negara-negara Eropah dan kesannya memberi pulangan baik kepada Malaysia bukan semata-mata dalam aspek politik tetapi juga dalam ekonomi dan pembangunan negara.

"Hubungan diplomasi berkembang luas dan Malaysia dikagumi apabila pemimpin negara berani membuat teguran kepada kuasa-kuasa besar antarabangsa sebagaimana kritikan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Barat dan kemudiannya menolak bantuan kewangan badan antarabangsa apabila berlaku krisis ekonomi di negara kita.

"Pemimpin negara kita bersikap terbuka, tidak bermuka-muka namun menunjukkan cara berfikir yang kristis dan bertindak membuat keputusan mendahului pemikiran mana-mana negara pun sebagaimana krisis ekonomi yang kita mampu bertahan hasil acuan sendiri dan sekarang Datuk Seri Najib turut membuktikan hal tersebut sekali lagi."

Jelas beliau yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), dalam pada pembangkang melontarkan pandangan sinis terhadap pemimpin negara, Najib telah membawa kepada penyelesaian yang amat besar dalam krisis MH17 yang turut diakui oleh negara-negara lain sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Dalam keadaan kuasa besar dunia buntu, saling menyalahkan antara satu sama lain membabitkan Rusia, Amerika Syarikat, Ukraine dan puak pemisah sendiri, penyelesaian yang terhasil daripada rundingan Najib dan Borodai di luar pemikiran mana-mana pihak, malah sehingga ke hari ini kerajaan kita masih tidak mengeluarkan tuduhan kepada mana-mana negara pun dan hubungan yang terjalin tetap terpelihara," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua pihak khususnya pembangkang yang hanya tahu melontar tuduhan tidak betul kepada kerajaan agar menjadikan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pemimpin negara sebagai tauladan terbaik untuk masa hadapan.

"Dalam kita berdepan krisis, ada pihak yang hanya suka bertikam lidah, lebih gemar tuding jari dan memberi komen negatif dalam media sosial namun sewajarnya apabila membabitkan krisis besar yang melibatkan kepentingan negara maka kita perlu bersatu hati dan sepakat menyokong negarawan tulen sebagaimana Datuk Seri Najib sendiri," tegasnya lagi. – MediaUMNO

Jangan Jadikan Tragedi MH17 Peluang Belasah Kerajaan – Zambry

Posted: 23 Jul 2014 12:49 AM PDT

IPOH, 23 Julai – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyelar tindakan pihak tertentu yang menjadikan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di timur Ukraine sebagai peluang untuk membelasah kerajaan.

Katanya semua pihak sepatutnya menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan negara yang sedang menghadapi peristiwa sedih itu.

“Ada dalam kalangan ahli politik yang melemparkan tuduhan keterlaluan terhadap kerajaan sehingga masyarakat luar dan mereka yang turut terlibat dalam tragedi ini hairan dengan mereka yang tidak menunjukkan rasa simpati kepada mangsa dan negara dengan membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Zambry berkata rakyat Malaysia perlu bersatu dalam menghadapi peristiwa sedih itu.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 orang yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas dipercayai akibat ditembak jatuh dengan peluru berpandu.

Dap Didesak Ambil Tindakan Tegas Terhadap “Mulut Celupar” – Rafizal

Posted: 23 Jul 2014 12:19 AM PDT

PULAU PINANG, 23 Julai – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim mendesak agar Dap mengambil tindakan tegas terhadap isteri kepada anggota Parlimen Tanjong, Yuki Tan di atas keceluparannya mengeluarkan kenyataan 'Malaysia Negara Menggerunkan, Apa Jenis Negara Yang Tidak Berguna Ini' dalam Bahasa Mandarin di laman faebooknya baru-baru ini.

Tegas beliau, sebagai seorang isteri ahli parlimen dan berpendidikan tinggi, Yuki seharusnya lebih peka sebelum mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu.

"Saya mendesak agar Dap mengambil tindakan terhadap Yuki yang ternyata cukup selupar sebagai pengajaran kepada ahli Dap yang lain. Jangan ada sifat pilih kasih.

"Kita lihat ramai pemimpin Dap yang suka mengeluarkan kenyataan melampaui batas dan berbau hasutan serta menghina namun tiada tindakan yang dikenakan. Ini termasuklah suami Yuki sendiri iaitu Ng Wei Aik yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina peniaga di Pulau Pinang.

"Jika ada pemimpin UMNO atau BN yang bercakap sedemikian sudah pastinya mereka akan habis-habisan mendesak agar dikenakan tindakan disiplin. Tetapi bagaimana apabila ianya terjadi kepada ahli dan pemimpin Dap sendiri.

"Mengapa sehingga kini tiada sebarang komen dari pihak pemimpin tertinggi Dap. Kenyataan Yuki itu amat mengguris hati rakyat Negara ini malah berbau hasutan," ujarnya kepada UMNO-Online.

Malah Rafizal juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Yuki kerana kenyataannya itu boleh mendatangkan keadaan huru-hara kepada Negara.

"Sebagai rakyat negara ini, sudah pasti ramai yang tersinggung terhadap kenyataan Yuki itu malah telah ada laporan polis yang dibuat. Maka saya berharap agar pihak berkuasa turut memainkan peranan menyiasat perkara ini," jelasnya lagi.- MediaUMNO

NAAM To Be Agent To Empower Indian Community – Saravanan

Posted: 23 Jul 2014 12:13 AM PDT

SUNGAI PETANI, July 23 – The New Affirmative Action Movement (NAAM)Foundation established throughout the country, will act as an agent between the government and the Indian community, towards enhancing their economic status.

Deputy Minister of Youth and Sports Datuk M Saravanan said NAAM will play an important role in empowering the economy of the Indian community, particularly youth, through the areas of skills training and agriculture.

“We see today the agriculture sector playing a very important role, whereby the government through the Ministry of Agriculture, is providing various forms of assistance to young entrepreneurs, youth farmers and such.

“Although in respect of its structure, NAAM is for everyone as its acronym means as such, my focus today is on the Indian community. Over the longer term, it will be extended to all,” he added.

He told reporters this after officiating the opening of the Kedah NAAM Foundation operations office here on Tuesday.

It is learnt that an agricultural project to be undertaken by NAAM in the Tapah parliamentary constituency, in Perak, will open up opportunities for Bumiputeras too.

Saravanan said NAAM which had the support of his ministry, the Agricultural Ministry and the Ministry of Human Resources, will begin a pioneer project in chili fertigation.

“In Kedah, the project will be on a 2.42 hectare (six-acre) site with the location to be announced soon and expected to start after Hari Raya.

“Though the programme under NAAM, the Indian community, especially youths, will hopefully be able to grasp modern agricultural methods using the latest technology, apart from changing their mindset that the agricultural sector is  just for the poor or foreign workers,” he added.

According to Saravanan, the sector can provide lucrative returns for the youth farmers, with a monthly income of between RM5,000 to RM20,000.

Malaysia Supports Placing Palestine Under UN’s International Protection System – Envoy

Posted: 22 Jul 2014 09:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 23 – Malaysia supports the call by the State of Palestine, to place Palestine under the international protection system of the United Nations following the worsening violence in the Gaza Strip.

Malaysia’s permanent representative to the United Nations (UN), Datuk Hussein Haniff said Malaysia also reiterated the need to convene a conference of the High Contracting Parties to the Fourth Geneva Convention to address Israel’s continued non-compliance with the provisions of the instrument.

“Israel’s ruthless military aggression on civilians is uncalled for and is a crime against humanity.

“Malaysia therefore calls on the United Nations, especially the United Nations Security Council (UNSC) and the international community to take immediate action to halt Israel’s atrocities against the Palestinian people of Gaza and work towards bringing calm and peace between Israel and Palestine,” he said.

Hussein said this at the Emergency Meeting On The Situation In the Middle East Including The Palestinian Question at the UN Security Council in New York on Tuesday. The text of his speech was made available to Bernama Wednesday.

On July 13, Palestinian President Mahmoud Abbas had written to UN Secretary General Ban Ki-moon to ask that Palestinians be placed under an international protection system administered by the United Nations.

Malaysia continues to condemn and called again for a ceasefire between Palestine and Israel as the latest violence has killed more than 600 Palestinians while injuring more than 3,500 Palestinians and over 80,000 Palestinians have been displaced.

The Malaysian envoy said Israel’s attacks and bombardments of civilians’ homes, hospitals and schools, which began on July 8, constituted a gross violation of the Fourth Geneva Convention, which amounts to war crimes.

Stressing that no country should be allowed to be above the law, Hussein, however, said that UNSC had remained quiet and paralysed in the face of aggression, expansion and lack of accountability by the Occupying Power.

“The silence is deafening. The UNSC should redeem itself and uphold the responsibilities entrusted to it in relation to the failure of Israel to implement the numerous resolutions before it, and take immediate measures to address this great injustice,” he said.

Expressing Malaysia’s unremitting efforts, Hussein said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had spoken to President Mahmoud Abbas, conveying Malaysia’s commitment to do all it can in assisting and standing by the just and legitimate cuase of the Palestinian people.

He said several Malaysian non-governmental organisations had departed for Gaza as part of a humanitarian mission to deliver food and medical supplies, and to provide psychosocial support to the victims.

Besides these, he said the Ministry of Foreign Affairs had renewed its call for financial contributions from the public to help ease the burden of Palestinians under the Palestine Humanitarian Fund, that was set up by the ministry in 2002.

Malaysia Kutuk Tragedi Malang Pesawat MH17 Dalam Sidang Khas Parlimen

Posted: 22 Jul 2014 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang  dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain kelewatan mengendalikan mayat mangsa kejadian itu.

“Namun demikian, buat masa ini kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih diperoleh,” katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu sebelum ini.

“Tambahan pula, menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas,” tegasnya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada Khamis lepas.

Najib berkata selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai punca tragedi yang menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan.

“Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedy ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah member akses tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan serta-merta semua kegiatan ketenteraan di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai dengan Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses pasukan penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan mereka, masih belum tercapai sepenuhnya.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak dengan peluru berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa tragedi itu dan keluarga mereka.

“Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di media sosial menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih,” katanya.

Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan orang tersayang.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan.

“Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan.

“Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung,” katanya.

Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menuntut pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu.

Dewan Rakyat Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga MH17

Posted: 22 Jul 2014 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Anggota Parlimen daripada kedua-dua belah pihak hari ini menunjukkan kesatuan berhubung tragedi Penerbangan MH17 apabila mereka berdiri dan bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa sebelum bermulanya persidangan khas Parlimen di sini.

Bagi yang anggota Parlimen yang beragama Islam pula, mereka mengiringinya dengan bacaan al-Fatihah.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili anggota dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.

Pandikar Amin berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah serta cekal menerima takdir yang ditentukan.

“Pada Khamis 17 Julai, negara dikejutkan dengan tragedi malang MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Saya dan semua anggota Dewan Rakyat bersedih dengan insiden tersebut. Seluruh Dewan Rakyat mendoakan dan berharap agar semua usaha mencari dan membawa pulang mangsa akan dipermudahkan,” katanya.

Pandikar Amin kemudian meminta anggota Parlimen berdiri dan menghadiahkan al-Fatihah atau bertafakur selama seminit bagi bukan Islam.

Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dilapor terhempas Khamis lalu di Donetsk, wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine tidak jauh dari sempadan Rusia.

Najib Congratulates Joko Widodo On His Election As Indonesia’s New President

Posted: 22 Jul 2014 07:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 23 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today extended congratulations to Joko “Jokowi” Widodo on his election as the new president of Indonesia.

“Congrats to @jokowi_do2 on winning the Indonesia presidential elections. Hope to reaffirm our bilateral relations and look forward to seeing you around,” he said in a post on Twitter.

Widodo, the Jakarta governor, and his running mate Jusuf Kalla “JK” won the Indonesian presidential election by securing 53.15 per cent of the total 133,567,276 votes.

Rival candidate Prabowo Subianto and his running mate Hatta Rajasa, received 46.85 per cent of the votes.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...