BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


TU DIAAA !!! LEPAS PKR,GILIRAN SELANGOR JADI HARTA KELUARGA #ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 23 Jul 2014 06:08 AM PDT


wahhh nampaknya makan kaw-kaw betul Anwar Ibrahim di Selangor hari ini.Dari lantik diri sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, kosong kerusi DUN Kajang dengan sengaja untuk letak bininya sendiri, sehinggalah sekarang apabila menamakan pula bininya sebagai Menteri Besar yang baru.Tak cukup PKR itu jadi harta pusaka dia,sekarang kerajaan Selangor pun terima nasib yang sama.Selain salah dari segi moral,apa yang Anwar buat di Selangor hari ini membuktikan bahawa perjuangan dia dalam politik selama hari ini adalah untuk kepentingan peribadinya semata-mata, tidak ada kepentingan rakyat sama sekali. Azizah ni,selain berkipas ke hulu ke hilir,apa yang dia tahu pasal pentadbiran negeri,melainkan jadi boneka kepada Anwar sajalah.Tak percaya kerr ??? Cuba tengok 4 janji manifesto Kajang dulu,dah berapa banyak yang terlaksana ??? Sesak di Kajang,ada kurang ke sejak Azizah jadi ADUN ??? Tapi pada tangan yang sibuk mengipas ini jugalah diuserahkan masa depan Selangor untuk dia kendalikan. 

Dalam pada dok sibuk sana Rosmah sini Rosmah,penyudahnya,bini dia pulak yang dinamakan sebagai Menteri Besar,haru betul orang tua tak sedar diri ni.Jangan silap,saya tak pertikai dari segi kelayakan,jantina,mahupun undang-undang sebab perkara tu tak berbangkit sama sekali.Yang dipertikaikan sekarang ialah,ada 44 ADUN Pakatan di Selangor,11 darinya perempuan,5 darinya Melayu.Mana-mana satu ini boleh jadi Menteri Besar ganti Khalid Ibrahim (jika betul Khalid tak perform).Kalau isunya 3 perkara itu (kelayakan, jantina, undang-undang),kenapa Azizah saja ??? 

Jawapannya mudah,Azizah dinamakan kerana dia bini Anwar Ibrahim,itu saja,period,noktah,full stop !!! Dan bila seorang bini dinamakan lakinya sendiri sebagai bakal ketua kerajaan negeri,ini bukan lagi soal merit atau kelayakan tapi nepotisme dam kronisme – 2 isu yang Anwar sering tuduh BN melakukannya, dah sekarang dia pulak yang buat.Betul kata orang,manusia yang moralnya yilek macam Anwar ni,cakapnya tu memang takdak intergriti sama sekali.Malah,dalam soal nak tukar Menteri Besara ini pun, dah beberapa kali Anwar buat kenyataan nafi, tapi penyudahnya, macam yang kita semua tahu sekarang. 

Apa pun keputusan akhir di tangan DYMM Sultan Selangor,yang sebetulnya sasaran sebenar Anwar kalau perlantikan Azizah tak diperkenan.Ingat NGO nama Negara-ku ??? Kepada NGO inilah Anwar akan serahkan untuk buat demo di sana sini dalam negeri Selangor kalau perlantikan Azizah tidak diperkenan. Dengan cara ini Anwar harap agenda peribadi dia apabila melantik Azizah sebagai Menteri Besar akan teralih.Yang akan ambil alih ialah kemarahan rakyat (terutama orang cina) kepada institusi beraja kerana tidak perkenan perlantikan Azizah.Logiknya,Sultan nak perkenan macam mana kalau hanya satu nama yang dihantar, macam kurang sangat ADUN lain di Selangor tu ?? Tapi ingat Anwar ada peduli ke semua ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...