Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kenapa Perlu di Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim? #KedahSerataRata

Posted: 02 Jul 2014 06:12 AM PDT



Sidang Media YAB Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

"Lapangan terbang ini tujuan tentulah untuk mengangkat lagi ekonomi bukan setakat negeri (Kedah) sahaja, tetapi seluruh zon utara termasuklah Pulau Pinang, Perlis dan sebelah utara Perak."

"Ini satu keperluan yang semakin mendesak memandangkan kapasiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu semakin sibuk, jadi jumlah penumpangnya semakin ramai dan kita tidak mahulah atas kekangan itu maka kita tidak dapat menarik ramai pelabur ke utara ini."

"Jadi sekiranya adanya Lapangan Terbang Antarabangsa yang mengendalikan urusan penumpang termasuklah penumpang yang kos rendah ini dan juga kargo, maka insyAllah ianya akan membantu untuk penumbuhan ekonomi setempat."

"Kita masih dalam proses rundingan dengan kerajaan persekutuan khususnya kementerian pengangkutan, kementerian kewangan dan pihak perancang ekonomi."




Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


INFO! Seorang Yazuka Kejam, Insaf dan Memeluk Islam.

Posted: 02 Jul 2014 12:12 AM PDT


Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai 'tukang tatu' itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.

"Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia," ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu.

"Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, "katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Kredit: Sekadar Fikrah


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


INFO! Bila Dato Seri Hj @MukhrizMahathir bercerita Kenapa Rambutnya 'Terencat' Untuk Tumbuh! #Kelakar #KedahSerataRata

Posted: 01 Jul 2014 09:30 PM PDT


Semalam Mc ada tengok video kelakar mengenai Dato Seri Hj Mukhriz bersama Tun Dr Mahathir, malah video ini diceritakan sendiri oleh Dato Mukhriz tentang bagaimana rambut beliau tidak lagi tumbuh selepas itu.

Ikuti video yang Mc ambil dari page Mukhriz Mahathir FC



Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

HOT!! PM @NajibRazak Ucap Takziah Pada Keluarga Kakitangan Awam Meninggal di pasar Ramadhan !

Posted: 01 Jul 2014 07:06 PM PDT


Semalam berlaku satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang penjawat awam meninggal dunia akibat gagal melompat dari longkang dan kepalanya terhantuk ditebing longkang.

Menerima berita yang menyedihkan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Muhammad Kamal Salle Hodin yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.

Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.

"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.


"Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah," kata Najib melalui akaun twitternya. Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.

Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.

Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian.

Masyallah.. kejadian ini merupakan peringatan bahawa nyawa kita bila-bila masa boleh ditarik mengikut kehendak Allah Swt
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...