UMNO Online - “Draf Undang-Undang Keharmonian Nasional Belum Dimuktamadkan Lagi – Nancy” plus 9 more

UMNO Online - “Draf Undang-Undang Keharmonian Nasional Belum Dimuktamadkan Lagi – Nancy” plus 9 more

Link to UMNO Online

Draf Undang-Undang Keharmonian Nasional Belum Dimuktamadkan Lagi – Nancy

Posted: 02 Jul 2014 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Draf Rang Undang-Undang (RUU) Keharmonian Nasional belum lagi dimuktamadkan kerana ia masih melalui proses konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata justeru, anggapan orang ramai bahawa draf RUU berkenaan telah siap dan akan dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen adalah tidak benar sama sekali.

“Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa mahupun menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy, yang kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Makkah, berkata sesuatu draf RUU perlu melalui proses penggubalan yang ketat dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di Negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sehingga hari ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi berkuat kuasa sehingga tarikh pemansuhannya diumumkan kelak, iaitu setelah RUU Keharmonian Nasional atau apa jua nama bersesuaian yang akan digunakan untuk akta itu kelak, diluluskan di Parlimen.

Nancy berkata Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang diurus-setia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menjalankan konsultasi dengan pihak berkepentingan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan input mereka.

"Melalui beberapa siri rundingan bersama pihak berkepentingan, Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah MKPN seterusnya menghasilkan tiga draf RUU berkaitan keharmonian nasional untuk dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata hanya apabila selesai semua proses rundingan dan penglibatan, draf akhir RUU yang dicadangkan oleh MKPN akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperhalusi dengan lebih lanjut.

“Kemudian, barulah ia boleh dibawa untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Nancy berkata beliau juga telah menerima tiga draf RUU untuk diteliti dan dikaji serta setiap cadangan yang dipertimbangkan akan mengambil kira segala aspek yang melibatkan kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini termasuk Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

PM Umum Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Posted: 02 Jul 2014 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.

Pensyarah UM Antara Lima Lagi Rakyat Malaysia Terlibat Aktiviti Militan – KPN

Posted: 02 Jul 2014 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) adalah antara lima rakyat Malaysia yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pensyarah itu yang dikenali sebagai Dr Mahmud Ahmad atau Abu Hanzalah, 36, dari Taman Selayang Baru, Batu Caves.

Turut dikenal pasti ialah pemilik kedai fotostat dan alat tulis di UM, Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara  dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raime atau Abu Nur, 39, yang tinggal berdekatan kawasan perumahan Mahmud.

Dua lagi berasal dari Tawau, Sabah iaitu Mohd Amin Baco, 31, dari Kampung Titingan dan seorang buruh Jeknal Adil atau Jek, 30, dari Kampung Kurnia Jaya.

Menurut Khalid mereka dikenal pasti hasil siasatan terhadap 19 anggota militan yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sejak 28 April lalu, kini dipercayai bersembunyi di selatan Filipina.

“Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari negara ini untuk menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.

“Dua lagi merupakan anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di selatan Filipina,” katanya.

Khalid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kelima-lima mereka agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Hazil Azhar dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas di talian 03-22667010 atau 011-21046850 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Orang ramai juga boleh menghantar e-mel kepada ctd.e8m@gmail.com, katanya.

FDI Hilang Lebih RM9 Billion… Satu Lagi Lambang Kejayaan Kerajaan Dap P.Pinang

Posted: 02 Jul 2014 12:59 AM PDT

KEPALA BATAS, 2 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican menyifatkan Dap gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang dapat memacu negeri Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi, sebaliknya ketidakcekapan kepimpinan Dap Pulau Pinang telah menyebabkan pendapatan negeri berada di tahap yang menyedih dan membimbangkan.

Ini menurut beliau, situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan sewaktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah di mana Pulau Pinang di lihat begitu membangunkan dengan kemasukan pelaburan dari luar yang mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di negeri tersebut.

"Tapi hari ini di bawah pemerintahan Dap, seperti yang didedahkan, FDI negeri telah menjunam merosot lebih dari sembilan bilion, yang ternyata merupakan satu jumlah kehilangan yang amat besar bagi kita. Ini bukan perkara kecil, tetapi ianya satu perkara yang serius dalam membangunkan negara.

"Hari ini saya difahamkan, Dap mahu beri duit tunai kononnya sebagai bantuan kepada mereka yang bergaji di bawah RM2,000 di sini. Bagi saya, ini merupakan satu lagi taktik Dap untuk mengaburkan mata rakyat daripada melihat kelemahan mereka yang telah menyebabkan negeri kehilangan berbilion pendapatan, di mana dengan hasil sebesar itu, lebih banyak lagi perkara yang dapat dilakukan untuk kebaikan rakyat," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas beliau, kegagalan Dap dalam mengusahakan pelaburan asing untuk masuk ke negeri ini adalah akibat kelemahan kepimpinan mereka menyakinkan pelabur dari luar, sedangkan daripada sudut prasarananya telah disiap dibina oleh kerajaan pusat.

"Mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan pusat dalam hal ini. Merosotnya FDI di Pulau Pinang adalah di sebabkan kelemahan kepimpinan mereka yang tidak pandai dan tidak tahu untuk mencari dan meyakinkan pelabur luar untuk terus melabur di Pulau Pinang.

"Kalau soal prasarana, saya kira kerajaan pusat sudah menyediakan prasarana yang secukupnya seperti airport, perlabuhan malah kini Pulau Pinang sudah ada dua jambatan yang menghubungkan antara pulau dan tanah besar dan sepatutnya kerajaan negeri mengambil kesempatan di atas segala kemudahan yang ada," ujarnya.

Di samping segala kegagalan yang jelas diperlihatkan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang, hanya  satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Dap ialah apabila mereka berjaya menipu rakyat untuk memilih mereka dan kepimpinan Dap pula mengingkari segala janji mereka kepada rakyat.

"Bagi saya, mungkin itu kejayaan yang paling manis buat Dap apabila mereka berjaya mempengaruhi dan memperdayakan rakyat dengan janji-janji manis mereka. Sampai hari ini, tidak ada satu pun perumahan mampu milik yang mereka bina untuk rakyat sepertimana yang pernah mereka katakan dulu.

"Surcaj air meningkat dan pelbagai cukai lagi  yang bakal dan ada yang sudah pun dikenakan kepada rakyat. Pendapatan negeri semakin merosot, tetapi pemimpin Dap yang befikiran singkat dan malas mahu mencari pendapatan dari pelabur luar, bertindak mengenakan pelbagai cukai yang dibebankan ke atas bahu rakyat untukmenampung kos perbelanjaan negeri.

"Saya harap agar rakyat selepas ini sedar, bahawa Dap bukanlah pentadbir yang baik untuk mentadbir sebuah negeri seperti Pulau Pinang. Pendapatan ekonomi jatuh merudum, tetapi rakyat terus dibeban pula dengan pelbagai cukai.

"Sebab itu saya seru, pada PRU ke 14 akan datang, rakyat perlu kembalikan mandat kepada BN agar segala kelemahan dan kekurangan kerajaan negeri hari ini dapat diperbaiki semula," jelasnya. -MediaUMNO

UN : Malaysia Needs More Mega Projects To Drive Productivity, Push GDP Growth

Posted: 01 Jul 2014 11:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 2 – The United Nations (UN) says Malaysia needs more mega projects to drive labour productivity and push the gross domestic product (GDP) higher from the 6.2 per cent registered in the first quarter of 2014.

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had previously projected an extremely optimistic GDP growth of seven per cent by 2020.

Michelle Gyles-McDonnough, the United Nations System’s Operational Activities for Development in Malaysia Resident Coordinator said the development of mega projects in Malaysia was important and would indirectly enhance labour productivity within the domestic workforce.

“Mega projects like the MRT development is one example for Malaysia, and with more innovation and new ideas planted in development projects, we can see the level of labour productivity increasing,” she added.

Gyles-McDonnough told a media conference this here today after the launch of the post-2015 Development Agenda National Consultation in Kuala Lumpur.

She also said the Malaysian government had outlined in the 11th Malaysia Plan, the growth agenda towards boosting labour productivity.

Meanwhile, when asked about the productivity growth amongst women, she said that to sustain it, enabling conditions not only locally but also in the global economic environment is needed.

“One way of increasing this productivity is to look at the policies and framework necessary to enable women to enter the workforce,” she added.

Gyles-McDonnough pointed out that Malaysia has made very clear the intention to increase female participation in the labour force, including investing government resources in education.

“Women make up of over 68 per cent of tertiary graduates in this country but do not remain long in the labour force,” she said.

Najib Applauds Tourism Malaysia’s Music Video “Essence Of Asia”

Posted: 01 Jul 2014 11:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 2 – The “Essence of Asia”, a new official music video by Tourism Malaysia to help promote the Visit Malaysia Year 2014, received an applause from the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The five-minute music video, which showcased the alluring beauty of Malaysia from a treasure trove of nature to cultural diversity and more, was described by Najib as a success and had given him an overwhelming sense of surrealism.

“As I watched this video…I was reminded on how blessed we are to live in a country as breathtakingly beautiful as Malaysia,” he said in his latest post in his facebook and twitter account.

Najib in his post had also attached a link to the music video http://bit.ly/1rRO4wP.

“Experience this surrealism I felt on your own,” he added.

The music video had recently won bronze medal in the 35th Annual Telly Awards, and prior to this had also won a special award in the Public Awareness Campaign at the 3rd Deauville Green Awards International Film Festival for sustainable development and ecology, and the 2014 Golden City Gate Tourism Media Awards in the "Country" category.

The soundtrack in the music video, which was a renewed version of the popular “Malaysia Truly Asia”, was sung by popular Malaysian singer, Yuna.

It was given a breath of fresh air by her with the assistance of local audio house Two AM Music Studios and recorded at the prestigious Chalice Recording Studio in Los Angeles.

Hukum ‘Selfie’ Harus, Bergantung Kepada Niat

Posted: 01 Jul 2014 09:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Julai  - “Sebelum apa-apa kita ‘selfie’ dulu”, itu antara dialog yang sering didengar dan menjadi kebiasaan peminat ‘selfie’, fenomena baharu yang menjadi trend masa kini masyarakat, khususnya kalangan Gen Y dan Gen Z.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau kamera web yang dilengkapi aplikasi Internet, pengguna boleh ‘selfie’ dan terus memuat naik gambar ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

‘Selfie’ merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.

Perkataan ‘selfie yang menjadi popular pada tahun lepas apabila dikaitkan dengan tokoh-tokoh dunia akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), demikian menurut Ketua Pengarahnya Datuk Dr Awang Sariyan.

APAKAH HUKUM ‘SELFIE’

Dalam menempuhi Ramadan yang penuh barakah ini, melakukan ‘selfie’ dilihat semakin rancak dalam kalangan umat Islam sedangkan dalam Islam mengajar umatnya bersederhana dalam segala hal dan tidak menunjuk-nunjuk.

Timbul persoalan apakah hukum ‘selfie’ ketika umat Islam mengejar sebanyak-banyak pahala mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan meningkatkan amal ibadat di bulan mulia ini.

Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan.

Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus.

Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang ‘selfie’ mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

“Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya kepada Bernama.

Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi.

“Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.

Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.

NIAT IKHLAS

Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya ‘selfie’ perlu dilihat daripada sudut positif.

“Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika ‘selfie’ maka itu antara dia dengan Allah S.W.T., bagi saya ia tidak  dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan.

“Mungkin dengan cara ‘selfie’ di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan,” katanya.

Mengenai sikap segelintir mereka yang suka berkongsi gambar makanan di laman sosial, beliau berkata: “Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama ‘friends’ atau ‘followers’ itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik.”

Mohd Izhar menasihatkan masyarakat memperbetulkan setiap niat mereka agar dapat mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Belia Masjid Batu Gajah, Perak Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 29, berkata budaya ‘selfie’ dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah S.W.T.

“Tidak dinafikan ada ‘selfie’ yang membawa ke arah kebaikan tetapi kadang kala bimbang jika gambar yang dikongsi akan menimbulkan fitnah,” katanya mengingatkan.

Konflik Politik Dalaman PKR Jejaskan Masa Depan Selangor – Halimaton

Posted: 01 Jul 2014 08:22 PM PDT

SHAH ALAM, 2 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata bahawa kemelut pemilihan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini jelas memperlihatkan kegagalan pemimpin tertinggi PKR dalam mengurus tadbir pemilihan parti yang akhirnya mengundang ketidakstabilan sehingga menjadi huru hara dan penuh dengan konflik serta penyelewengan.

Menurut beliau, konflik pemilihan kepimpinan PKR  nampaknya semakin melarat apabila kekecohan turut  berlakunya di cabang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyaksikan beliau akhirnya kecundang di cabangnya sendiri.

"Saya agak bimbang dengan perkembangan yang berlaku di dalam PKR hari  ini. Ini memandangkan jelas bahawa parti PKR yang menjadi pentadbir Selangor kini dalam keadaan huru hara dengan pelbagai konflik dan dakwaan  penyelewengan, blackout dan sebagainya, yang  turut berlaku di cabang Menteri Besar sendiri.

"Apakah pemimpin yang tidak mampu untuk mentadbir parti sekecil itu, mampu untuk mentadbir sebuah negeri dengan baik?Jika beginilah parti yang mana pemimpinnya sendiri sudah  tidak mampu membendung penyelewengan dan unsur rasuah di dalam partinya sendiri, apakah mereka mampu untuk membendung penyelewengan dan rasuah apabila memerintah negeri atau negara?

"Kebimbangan saya ini berasas berdasarkan pengalaman krisis air yang berlaku di Selangor, akibat sikap tidak cerdik pemimpin PKR yang lebih banyak bermain politik, akhirnya telah menyebabkan sebahagian besar rakyat di negeri ini merana.

"Bahkan sehingga hari ini, krisis air yang telah banyak memberikan kesan kepada rakyat dan juga ekonomi di negara ini masih belum selesai," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Dan hari ini, kata beliau lagi, kepimpinan PKR terus bermain politik dalaman bagi menjatuhkan sesama sendiri  apabila sudah mula muncul suara-suara yang  meminta Tan Sri Khalid untuk berundur daripada jawatan Menteri Besar.

"Hari ini kita lihat, kemelut dan kekalahan yang berlaku pada Tan Sri Khalid telah dijadikan modal politik bagi menjatuhkan beliau. Sekali lagi kita dapat lihat bagaimana rakyat terus diheret dalam isu peribadi dan dalaman parti yang mungkin ada kepentingan bagi pihak tertentu.

" Sedang dalam Selangor masih bergelut dengan krisis air yang tidak selesai, kepimpinan PKR pula sibuk bermain politik menjatuhkan sesama sendiri akibat perebutan kuasa untuk menduduki takhta kerusi Menteri Besar. Lihatlah bagaimana tahap kematangan dalam kepimpinan PKR yang bagi saya agak separuh masak

"Jika beginilah keadaannya, maka sudah tentu sekali lagi rakyat juga yang akan jadi mangsa. Ini kerana pastinya, pentadbiran kerajaan negeri terganggu akibat permainan politik dalaman yang tidak mengenal waktu seperti apa yang berlaku dalam PKR  hari ini," ujarnya.

Justeru itu, Halimaton menyeru seluruh rakyat di Selangor  agar beriltizam agar  negeri ini dapat dikembalikan semula di bawah pentadbiran BN pada PRU yang akan datang, agar Selangor kembali gah dan terus menjadi negeri maju yang dapat memberikan limpahan kemakmuran kepada  rakyat di negeri  ini.-MediaUMNO

Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus Enam Rang Undang-Undang

Posted: 01 Jul 2014 07:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Persidangan Dewan Negara yang berlangsung selama enam hari sejak 23 Jun lepas ditangguh ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Sepanjang persidangan berlangsung, sebanyak enam rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2014), Rang Undang-Undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014, Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014, Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 serta Rang Undang-Undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, ketika mengumumkan penangguhan itu, turut merakamkan penghargaan kepada Senator Datuk Abdul Rahman Bakar dan Senator Ahamat (Ahamad) Yusop yang akan bersara setelah berkhidmat selama dua penggal.

MH370 : Tiada Kuasa Misteri, Hanya Spekulasi

Posted: 01 Jul 2014 07:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Julai -  Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan Malaysia hanya menerima pakai laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan khusus berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

“Apa juga isu kita ada panel pakar untuk mengesahkannya. Laporan itu bukan daripada JACC.

“Bagaimanapun saya tetap anggap sebarang maklumat terkini… sama seperti yang saya lakukan pada masa lalu… biar JACC sahkan. Selama ini kita tidak pernah berhenti daripada mencari kotak hitam dan mengesan maklumat baharu berhubung pesawat itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Aset MH370 dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Waris mengenai MH370.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam, unit data satelit pesawat itu cuba ‘log masuk’ ke satelit dalam tempoh tidak sampai 90 minit setelah berlepas.

Permintaan itu yang dikenali sebagai ‘hand shake’ mungkin disebabkan gangguan kuasa elektrik pesawat Boeing 777 tersebut.

Sementara itu, Liow berkata maklumat terperinci berhubung penghantaran aset dan pakar dalam mengesan pesawat MH370 ke lokasi pencarian di Lautan Hindi akan dimaklumkan kemudian.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal ke Beijing hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

  1. UMNO perlu menumpukan kerja2 bagi membolehkan Raayat Selangor menerima semula parti keramat Melayu dan BN. Terimalah hakikat UMNO dahulu ( sebelum tumbang nya BN pada PRU12) diterajui oleh ketua2 bahagian yg penuh dgn sifat tamak untuk mengumpul harta dan penuh dengan korupsi. UMNO perlu buktikan kepada orang Melayu Selangor yg mereka sudah meroformasikan ketua2 cabang UMNO. Tiada lagi mereka yang tamak dan korupsi tetapi mereka semua mempunyai kelayakan tinggi , berhemah dan mendalami Islam. InsaAllah jika ini dilakukan Selangor akan kembali kepada UMNO & BN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...