House PK

House PK


PANAS BERAPI! @NajibRazak THE LONE RANGER? ARTIKEL KHAS BUAT PIMPINAN UMNO

Posted: 20 Jul 2014 05:00 PM PDT

Cuba korang tengok muka PM kita ni! Sedih dan sugul, macam-macam dugaan yang dia hadapi sekarang ni. Aku cuku kesian kat Najib sekarang ni. Korang tau tak sejak kita hadapi tragedi MH17, PM kita tak dapat tidur dan begitu susah hati dengan apa yang telah berlaku namun dalam masa yang sama tanggungjawab beliau sebagai PM tidak diabaikan.

Beliau tetap mencari siapa dalangnya disebalik insiden MH17 ni. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh dibelakang PM kita bukan suruh di letakkan jawatan, ini penyakit apa pulak kapalterbang jatuh sebab ditembak dan PM kena letak jawatan pulak ni? Gila ke apa? Salah Najib ke kapalterbang tu kena tembak?

Kalau pembangkang belasah PM aku faham sebab pembangkang negara kita ni memang LOW CLASS! Akai takdak punya, itu semua tahu. Tapi yang aku paling tak tahan sekali bilamana ada dikalangan orang dalam parti sendiri dok menekan PM untuk melepaskan jawatan sebagai PM. Ini memang tak masuk akal la kan. Bodoh tak bertempat sesetengah penyokong ni.

Macam ni la, lepas PRU 13, banyak sudha yang PM hadapi dari tragedi hingga la ke isu pentadbiran. Apa yang aku nak luahkan kat sini adalah benda yang dah lama aku pendamkan dalam hati, apa yang aku tengok terjadi kat PM sekarang ni adalah satu benda yang tak patutnya terjadi kepada mana-mana pemimpin dalam dunia ni.

Contoh paling mudah aku bagi, bila timbul satu-satu isu maka Pm sorang-sorang yang kena pertahankan dan seperti yang kita semua tahu hanya beberapa pemipin saja yang akan backup PM, muka-muka yang sama antaranya Hisham, Khairy dan beberapa lagi. Itu saja, takdak sapa lagi yang nak backup PM.

Aku nak tanya ni, mana pi semua ketua-ketua bahagian yang sepatutnya menjadi kekuatan Najib? Mana perginya calon-calon wannabe sebelum PRU 13 tempohari? Mana semua depa ni? Sebelum nak dapat jawatan sanggup tunggu rumah Pm seawal 5 pagi lagi dan sanggup sambut Pm dari mana saja di balik selepas PM melakukan lawatan rasmi.

Pendek kata, sebelum nak dapat jawatan tu, macam-macam depa sanggup buat, bak kata omputeh dengan izin "they can take bullet for him". Lepas PRU semua lepas dapat apa dihajati mereka sanggup biarkan PM terkontang kantig seorang diri. Mana mereka-mereka ni semua? Kenapa mereka tidak bersama PM?

Aku nak cerita satu insiden yang sangat luarbiasa. Ini pasal satu calon yang bermati-matian nakkan jawatan sebelum PRU13 tempohari. Dia punya bodek kat PM sampai satu kampung dia bawak turun untuk sabut PM kat airport. Bukan apa dia sudah setting dengan orang kampung ni supaya pastikan dia dipilih calon dan diberi jawatan dalam kabinet.

Dia punya bodek kuat ni, kalau cium tangan satu kampung boleh dengar dia punya bunyi ciuman tu la, tapi bilamana lepas PRU dia sudah dapat jawatan, dia sudah lupa sama PM. Malah aku dengar dia sudah tukar kem dan langsung tak peduli kat PM yang melantik dia ke dalam kabinet. Ya orang tu dalam kabinet sekarang, biarlah aku rahsiakan nama dia.

Ini cuma contoh bukan nak tuding jari, aku nak tanya semua orang UMNO yang berjawatan dalam parti, korang tak kesian ke tengok PM macam ni? Korang memang nak dia jadi LONE RANGER selamanya ke? Atau korang rasa korang dah dapat apa yang korang nak dan nak tukar orang baru pulak? Ada patut ka macam ni?

Kita ni rakyat marhaen lebih simpati dan kesian tengok PM kita sorang-sorang dok handle hentaman dari dalam dan luar negara! mana perginya pemimpin UMNO dan BN? Mana? Tidor ka wei? kalau korang rasa tak boleh nak handle baik lepaskan jawatan dan bagi pada yang boleh membantu PM!

Cukup la takat ni dulu nanti aku sambung lagi, bukan apa hati tengah panas dan ini bulan Ramadhan aku cuba bersabar ni.

Kepada rakyat Malaysia, marilah kita bersatu dan menyokong penuh PM kita!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...