BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! #PAS DAPAT #MAJORITI TAPI TAK BOLEH HALANG PEMBINAAN #PUSATJUDI #LUMBAKUDA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 04 Jul 2014 08:00 AM PDT


PAS yang berimejkan Islam memegang majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor nampaknnya terus tidak bertaring,sekalligus tidak dihormati rakan seperjuangannya yang lain dalam kerajaan PR negeri itu,iaitu PKR dan DAP.Dalilnya,sebuah syarikat dibenarkan untuk memajukan pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.Tidak diketahui sama ada cadangan projek itu mendapat bantahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di DUN Selangor mahupun ADUN PAS yang dilantik menjadi Exco.Namun ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi dilihat terpaksa berdemo membuat bantahan,sekalipun suara mereka tidak kedengaran dan tidak diketahui ramai kerana tidak mendapat liputan meluas, termasuk di media-media sosial pro-pembangkang.Antaranya pada 30 Jun lalu, kira-kira 15 ahli PAS diketuai Yang Dipertua PAS Hulu Selangor,Muhammad Idris Ahmad menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor,Tukiman Nail bagi menghalang pembinaan pusat judi lumba kuda berkenaan. 

Kenapa mereka perlu berdemo dan menyerah memorandum bantahan kepada Tukiman, jika ADUN dan EXCO PAS sudah menyuarakan bantahan di peringkat atasan dan bantahan mereka dihormati ??? semalam,satu laporan polis terpaksa dibuat oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah cadangan membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia itu.NGO berkenaan,Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM),Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur jam 11 pagi Khamis dengan diiringi oleh 10 ahlinya.Presiden MJMM,Abdul Rani Kulup Abdullah,selepas selesai membuuat laporan polis memberitahu pemberita pihaknya menggesa kerajaan PR Selangor,Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap pemaju berkenaan. 

"Kami membantah sekeras-kerasnya projek ini yang seolah-olah menggalakkan perjudian dalam kalangan umat Islam di sini,secara tidak langsung akan merosakkan akidah seseorang selain maruah negara turut terjejas," kata Abdul Rani.Beliau turut memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim Selasa depan.Syarikat pemaju pusat lumba kuda Selangor Turf Club itu sebelum ini mendakwa kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan menyatakan 50 peratus daripada penduduk Melayu di kawasan berkenaan bersetuju dengan pembinaannya.

Untuk rekod,pada awal 2011,Merdeka Center menyerahkan hasil kajian kepada pentadbiran kerajaan PR Selangor yang diketuai Khalid selaku menteri besar yang mendapati cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda itu tidak dipersetujui majoriti penduduk Melayu dan Islam Hulu Selangor,yang sebaliknya mahukan sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.Namun,selang tiga tahun,pihak pemaju pada tahun ini mengemukakan pula hasil kajian yang didakwa dibuat Universiti Selangor (UNISEL) menyatakan lebih 50 peratus daripada masyarakat Melayu Hulu Selangor menyokong pembinaan pusat judi lumba kuda di Kuala Kubu Bharu itu.Jadi kini,penyokong PAS yang bernaung di bawah kerajaan negeri yang mereka sendiri kuasai,yang PR menjadi kerajaan terpaksa berdemo membantah projek yang sebenarnya boleh untuk tidak diluluskan atau ditolak kerajaan mereka sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #KEDAH BAKAL BERI SAINGAN HEBAT KEPADA #PULAUPINANG !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2014 05:00 AM PDT


Lim Guan Eng seolah-olah meroyan apabila Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di selatan negeri itu.Mengenali Lim Guan Eng,beliau tidak akan meroyan sekiranya idea itu bukanlah sesuatu yang baik untuk Kedah.Beliau hanya menjadi begitu marah kerana idea itu baik mampu menggugat kepentingannya.Beliau tahu bahawa Kedah,di bawah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir punya banyak kelebihan dan mampu 'mengejar' kemajuan Pulau Pinang jika tiada halangan atau sabotaj dari mana-mana pihak.Kemampuan Kedah menarik pelaburan sehinggaRM4 billion dalam tempoh tidak sampai setengah tahun pada 2014 memaksa Lim Guan Eng menyapu peluh di dahi.Seperti yang diketahui,pelaburan Asing di Pulau Pinang merosot dan terus merosot sejak 2010.Malah,tahun lalu juga,Pulau Pinang hanya mampu menarik RM1.8 billion berbanding Kedah RM2.5 billion.Kemerosotan pelaburan di Pulau Pinang sedikit sebanyak berpunca dari personaliti Ketua Menterinya juga.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Lim Guan Eng tidak mempunyai gaya dan ketokohan seorang pemimpin professional.Lagak beliau lebih menepati lagak seorang ahli politik samseng jalanan yang penuh dengan dendam dan kebencian. 

Beliau juga pernah memalukan diri sendiri apabila bertindak mengutuk dan mengecam pentadbiran Malaysia dalam satu misi pelaburan keluar negara.Tindakan beliau dengan sendirinya memperlihatkan hatinya yang busuk dan otaknya yang kurang cerdik kepada dunia luar.Entah apa lagi agaknya perkara bodoh yang dibualkannya ketika bersama pelabur asing yang tidak dapat dirakam media.Justeru,tidak hairanlah jika pelabur asing hilang minat terhadap Pulau Pinang pada hari ini.Walaupun pelaburan di negerinya merosot, tetapi apabila mendapat berita mengenai cadangan Kedah untuk membina lapangan terbang baru, Lim Guan Eng pantas mendesak agar Lapangan Terbang Pulau Pinang diperbesarkan atau dibina sebuah lagi yang baru juga.Alasan beliau,Lapangan Terbang sedia ada sering banjir dan tidak cukup untuk menampung aktiviti perindustrian dan pertambahan pelancong dalam masa dua tahun lagi.Nampaknya,Guan Eng hanya melihat keperluan pembesaran Lapangan Terbang sedia hanya setelah Mukhriz mencadangkan sebuah yang baru untuk Kedah.Jika Mukhriz tidak mencadangkannya tentu Guan Eng juga tidak kisah jika Lapangan Terbangnya ditenggelami banjir.Hakikatnya,Pulau Pinang sudah terlalu padat dan dengan kerakusan pemaju DAP,pulau itu kini turut menghadapi masalah alam sekitar yang teruk yang berlaku secara drastik sekali. 

Cadangan sebuah lapangan terbang baru di pulau itu tentulah tidak sesuai sama sekali.Sebaliknya,sebuah Lapangan Terbang di Kulim,Kedah akan mampu membantu menampung kapasiti yang bertambah di Lapangan Terbang Pulau Pinang juga.Selama ini,ramai tenaga professional di Kilang-kilang di Kulim dan Sungai Petani, iaitu kawasan selatan dan tengah negeri Kedah, yang berasal dari negeri lain dan berulang alik setiap minggu atau bulan melalui Lapangan Terbang Pulau Pinang.Dengan adanya Lapangan Terbang di Kulim,pastinya akan memudahkan pekerja-pekerja ini untuk berulang alik.Terdapat sehingga lebih kurang 20 kawasan industri yang luas yang menempatkan beratus-ratus kilang teknologi tinggi,industri berat dan juga kecil dan sederhana di kedua kawasan ini sahaja Ini belum lagi dikira kawasan industri di antaranya sehinggalah di bahagian utara Kedah, seperti Alor Setar dan Jitra, sekadar menyebut kawasan-kawasan yang dikenali.ini bermakna aktiviti perniagaan seperti mesyuarat dan urusan perjumpaan dengan pihak dari luar serta penghantaran kargo juga akan lebih mudah dijalankan jika terdapat sebuah lagi Lapangan Terbang di negeri ini. Pendek kata, Kedah sememangnya telah bersedia dan memerlukan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa. Apa yang perlu dibangunakan selaras dengan pembinaan Lapangan Terbang itu hanyalah kawasan-kawasan pelancongan yang nampaknya masih ketinggalan di negeri itu. 

Walaupun terdapat banyak kawasan pelancongan di Kedah tetapi kebanyakannya berada dalam keadaan tidak terurus dengan baik.Chalet,motel dan hotel di kebanyakan kawasan di Kedah masih tidak mampu mencapai 'standard' pelancongan dari segi kebersihan,kelengkapan dan layanan.Contoh termudah ialah Kuala Kedah yang menjadi 'pintu' ke Langkawi yang masih di takuk lama seperti beberapa dekad lalu.Kawasan ini sewajarnya dibangunkan ke tahap yang canggih memandangkan Langkawi merupakan tempat tumpuan pelancong yang paling penting bagi Kedah.Justeru,inilah disarankan agar kursus kemahiran dalam bidang pelancongan disediakan atau dipertingkatkan lagi bagi anak-anak Kedah. Sekiranya Kedah mampu meningkatkan kemudahan pelancongan ini dengan cepat,maka tidak mustahil negeri ini bakal memberi saingan sengit kepada Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KEMELUT #POLITIK #PAKATAN #PEMBANGKANG SEMAKIN PARAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Jul 2014 12:59 AM PDT


Kemelut politik berpanjangan antara parti-parti politik dalam pakatan pembangkng serta masalah dalam serius masing-masing telah menggoyahkan kesatuan mereka menjelang pilihan raya umum ke-14 dalam masa tiga atau empat tahun lagi.Samada pakatan pembangkang mampu memasuki gelanggang PRU14 dengan tahap keyakinan dan juga keangkuhan semasa kempen PRU13 sudah mula diragui bukan sahaja oleh pemerhati politik tetapi juga ahli-ahli parti sendiri.Jangan di salahkan UMNO atau Barisan kerana semua masalah yang terpalit samada pada Pas, Dap atau PKR adakah perbuatan dan angkara mereka sendiri.Pada asasnya masalah yang membelenggu mereka adalah disebabkan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa dan mahu kekal berjuasa hingga bila-bila.Lebih parah mereka mahu ahli keluarga, kroni dan penyokong tegar mereka mendapat kedudukan tinggi di dalam parti. Inilah yabg berlaku kepada pemilihan PKR yan sehingga tidak berkesudahan. Kem Azmin Ali berhempas pulas mahu mengekalkan bos mereka pada jawatan timbalan presiden PKR hingga segala peraturan dan disiplin proses pemilihan dilanggar dan dicabuli. 

Politik wang berleluasa dan kertas undisamada diseleweng, ditambah ikut suka hati atau pun disorokkan bagi memastikan pihak lawan kalah. Inilah yang menyebabkan rasa tidak puas yang mendalam terhadap apa yang dilakukan oleh Azmin demi berpaut pada kuasa.Kuasa media baru mendedahkan segala kepincangan bagaimana huru haranya pusat pengundian PKR di cabang-cabang di seluruh negara.Sungguh memalu dan mengaibkan bagi sebuah parti yang sungguh angkuh dan bongkak ketika mengutuk,mengeji dan memfitnah UMNO dan BN dengan dakwaan kepincangan dan penyelewengan kuasa. Hakikatnya PKR sendiri terlibat dalam amalan rasuah politik yang amat dahsyat dan tidak boleh dimaafkan.Mungkin lain kali parti itu perlu melihat dirinya dalam cermin yang lebih besar supaya insaf dengan kepincangan dalam organisasi sendiri sebelum menjaga tepi kain orang lain. Begitu juga apa yang sedang berlaku di dalam Dap berhubung status sahnya parti itu sebagai sebuah pertubuhan politik yang berdaftar.

Sehingga kini parti itu terus dengan membuat keputusan dasar dan polisi mengenai perjalanan parti walaupun ditegah oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan sehingga isu kesahihan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan pada Disember 2012 diselesaikan.Sekali lagi Dap memilih jalan menentang RoS dengan membuat pelbagai dakwaan yang tidak adil dan palsu terhadap jabatan kerajaan itu. Hanya kerana Dap mahu menutup penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan CECnya dituduhnya pula RoS bersekongkol dengan UMNO untuk menjatuhkan parti itu. Hakikatnya apa yang berlaku adalah hasil pergolakan politik antara dua kem dalam Dap – kem yang menyokong dinasti Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan kem yang menentang sikap diktator mereka.Penyelewengan yang berlaku adalkah kerana dinasti Lim mahu mencantas penentang mereka dan memastikan CEC dipenuhi oleh penyokong yang direstui mereka. 

Kemelut politik yang membelenggu pakatan pembangkang adalah serius hingga menyebabkan Ketua Fakulti Budaya Hakka,Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan,Lee Liang Shi mengatakan faktor kekalahan calon Dap di Tekuk Intan adalah disebabkan oleh pertelagahan Pas,PKR dan Dap di Selangor dan isu hudud yang dimainkan oleh parti itu. Masalah kritikal antara ketiga-tiga parti tidak dapat disorok lagi hingga ia perkelahian mereka meletup semasa kempen PRK Teluk Intan. Walaupun mengaku berpakat dalam politik,realitinya itu hanya cakap-cakap kosong yang tidak membawa pengertian sebenar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! #TANALFRED HINA AGAMA ISLAM !!!

Posted: 03 Jul 2014 10:35 PM PDT


kurang ajar !!! 1 lagi posting yang menghina Agama Islam oleh Tan Alfred didedahkan.lelaki ini juga adalah ahli DAP !!! mana saya tau ??? lihat gambar di bawah.pasal isu Azan pun nak memekak kerr ??? Habis tu yang tokong bising kami ni tak marah pun.lain kali jangan kurang ajar sangat !!! Malas nak komen panjang-panjang.jom saksikan bukti Tan Alfred ahli DAP


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...