UMNO Online - “Pakej Rekod PKR Sukar Ditandingi Mana-mana Parti Dalam Dunia” plus 8 more

UMNO Online - “Pakej Rekod PKR Sukar Ditandingi Mana-mana Parti Dalam Dunia” plus 8 more

Link to UMNO Online

Pakej Rekod PKR Sukar Ditandingi Mana-mana Parti Dalam Dunia

Posted: 04 Jul 2014 01:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi percaya tidak ada mana-mana parti termasuk di  dunia ini yang mampu memecah rekod pencapaian yang ada pada parti PKR.

Menurut beliau selain mencatatkan wakil rakyat yang paling ramai keluar parti, proses pemilihan parti tersebut juga ternyata mencapai satu keadaan yang cukup luar biasa.

Baginya semua cukup lengkap dari terlebih kertas undi, pengiraan undi di dalam bilik hotel, blackout, baling kerusi dan sebagainya sampaikan kepada peringkat ahli menyaman parti.

"Inilah uniknya pakej mereka…semuanya ada dan boleh juga dikatakan parti yang ada sejarah tersendiri. Macam-macam yang kita dapat saksikan sepanjang pemilihan mereka yang saya rasa masih lagi belum selesai.

"Kecoh di beberapa tempat malah lebih mengejutkan ada pula blackout… Mana lagi yang kita nak tengok perkara-perkara sebegini melainkan pemilihan PKR. Sebab itulah jika disebutkan PKR adalah pakej lengkap yang mempunyai rekod pencapaian yang sukar di atasi mana-mana parti dalam dunia ini," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah apa yang berlaku itu adalah sepertimana pandangan umum yang menyebutkan bahawa ianya adalah petunjuk kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan demokrasi.

"Saya tak dapat bayangkan perkara-perkara tersebut berlaku sepanjang pemilihan mereka itu…Ini adalah satu refleksi terhadap keupayaan pengurusan sebuah parti. Sepertimana persoalan umum, apakah ini yang rakyat harapkan untuk mengurus tadbir negara.

"Percayalah apa yang berlaku itu adalah petunjuk kepada rakyat. Cakap bukan main hebat lagi tapi tak lebih umpama ayam berkokok tapi ekor penuh tahi”, ujarnya. -MediaUMNO

 

China Nafi Larang Umat Islam Di Wilayah Xinjiang Berpuasa

Posted: 04 Jul 2014 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah Xinjiang di China dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

“Saya tidak fikir berita itu benar. Media China mana yang melaporkan berita ini? Ini bukan media China, betul?,” katanya selepas menghadiri Perundingan Meja Bulat Korporat Malaysia anjuran Istitut Kepimpinan dan Strategi Asia di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Media asing melaporkan pada Rabu beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang petugas beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Media terbabit menyiarkan arahan yang didakwa daripada jabatan kerajaan di China melarang anggota Parti Komunis yang memerintah, guru dan golongan muda daripada berpuasa atau menyertai aktiviti keagamaan dalam bulan Ramadan.

Sebahagian besar wilayah Xinjiang dihuni kaum minoriti Uighur yang beragama Islam. Selama bertahun-tahun parti Komunis China yang memerintah melarang umat Islam di wilayah itu daripada berpuasa, dan seringkali berakhir dengan pertempuran antara kaum minoriti Uighur dan anggota pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian.

RM11.4 Juta Untuk Mualaf Di Terengganu

Posted: 04 Jul 2014 12:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 4 Julai – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntuk RM11.4 juta untuk membiayai pelbagai program bagi golongan mualaf tahun ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Salleh berkata peruntukan adalah untuk membiayai kos sewa rumah, makanan, perubatan, seminar dan kursus kefahaman Islam serta menyambung pelajaran.

Kini kira-kira 2,300 mualaf berdaftar dengan Maidam.

Sebanyak 50 mualaf diraikan dalam majlis berbuka anjuran Motel Desa Sdn Bhd yang terletak di Bukit Pak Apil di sini malam tadi.

Pengurus Besarnya Taufik Mohamad berkata pihaknya turut bersedia menawarkan 10 tempat pekerjaan untuk golongan asnaf.

Sebelum ini tiga pekerja orang kelainan upaya (OKU) telah diambil bekerja, katanya.

Sementara itu Mohd Rozali berkata Maidam akan bertindak tegas terhadap amil yang menyalah guna kuasa mengutip zakat fitrah tanpa mengeluar resit sah, jika terdapat kes seumpama itu.

“Memang ada perkara seumpama ini sebelum ini dan Maidam pernah bertindak tegas dengan menamatkan perkhidmatan amil terbabit serta-merta dan meminta mereka membayar semula jumlah wang yang telah dikutip,” katanya.

Maidam melantik 1,096 orang amil untuk memungut zakat fitrah dan zakat harta tahun ini iaitu 401 orang di daerah Kuala Terengganu, Besut (144), Hulu Terengganu (134), Kemaman (124), Marang (117), Dungun (108) dan Setiu (68).

Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan Tidak Akan Berjaya Tanpa Sokongan Semua Pihak

Posted: 04 Jul 2014 12:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pemuda UMNO negeri menyahut saranan  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan  Tengku Mansor yang menggesa semua pihak memainkan peranan untuk membasmi secara bersepadu golongan gelandangan dan pengemis daripada mengotorkan Kota Raya Kuala Lumpur.

Ketuanya Mohd Razlan Muhammad Radii berkata pemandangan ini adalah biasa bagi warga kota dan mungkin ada setengah pihak berpendapat golongan ini kurang diambil kisah oleh pihak berwajib dan ada juga mengatakan tiada penguatkuasaan secara konsisten terhadap mereka menyebabkan bilangan mereka semakin meningkat.

"Bagaimanapun rekod sebelum ini pernah menunjukkan golongan gelandangan dan pengemis cukup sifat iaitu bukan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih bertenaga pernah diberikan bantuan pekerjaan oleh agensi-agensi kerajaan.

"Bagaimanapun ada di antara mereka berputus asa dan meninggalkan peluang pekerjaan yang diberikan. Kemudian mengharapkan sumber pendapatan yang lebih mudah dan cepat dengan mengemis semula tanpa perlu membanting tulang empat kerat.

"Gelandangan yang mempunyai masalah mental dan menghidapi HIV juga turut diberikan perhatian khusus oleh pelbagai agensi terlibat sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah sudah tiba masanya pihak kementerian & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersungguh-sungguh membasmi golongan ini dengan kaedah yang lebih positif.

"Saya berharap agar penguatkuasaan yang tegas dilakukan terlebih dahulu kepada pengemis dan gelandangan warga asing yang mencemarkan imej Kuala Lumpur sendiri secara tidak langsung.

"Menurut Datuk Seri Tengku Adnan, beliau membuat keputusan bersama DBKL mengambil kira faktor yang menyumbangkan kepada permasalahan sosial, keselamatan, menjejaskan imej ibu negara Malaysia yang kurang elok kepada pelancong luar dan bukan menidakkan sumbangan NGO-NGO yang telah lama membantu gelandangan di sini.

"Pelaksanaan zon sifar gelandangan ini takkan berjaya sekiranya ia diharungi tanpa sokongan semua pihak terutama NGO-NGO. Sukarelawan yang terlibat membantu golongan gelandangan ini mungkin boleh memberikan buah fikiran dan perbincangan bersama pihak berwajib di mana lokasi yang bersesuaian dijadikan ‘one stop centre’ untuk menyampaikan makanan, memberi rawatan dan menyerahkan pelbagai barang keperluan lain sekaligus beberapa masalah boleh diatasi.

"Diharapkan dengan usaha sebegini, menjelang tahun 2020 Malaysia yang bakal mengecapi negara maju akan berjaya mencapai sifar pengemis dan gelandangan di Kuala Lumpur," ujarnya. -MediaUMNO

Malaysians Can Write Letters To PM On Country’s Tourism Industry

Posted: 04 Jul 2014 12:08 AM PDT

CYBERJAYA, July 4 – Malaysians can have the opportunity to write unofficial letters to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to channel their ideas and suggestions to enhance the country’s tourism industry through the   ’2014 1Malaysia Letter-Writing Competition.’

Communication and Multimedia Communication deputy secretary-general (Communication) Datuk Che Azemi Haron said the tourism theme was chosen in conjunction with the ‘Visit Malaysia Year’ with more participation expected this year compared to 79,875 last year.

Participants can select one out of the three Malay titles, namely “Kenapa  Malaysia Menjadi Destinasi Pilihan Pelancong Asing” (Why does Malaysia become the destination choice of foreigners), “Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Malaysia” (Experience and uniqueness of travelling in Malaysia) and “Cadangan Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Anda yang Berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia” (Suggestions on enhancing the tourism industry in your area through the 1Malaysia tourism concept).

Apart from the primary school category (150-250 words), secondary school 350-500 words) and aged 18 and above open (550-700 words), he said the new category being introduced was for the disabled, aged 9 to 45 (not more than 300 words).

“The letter must be hand written and cannot be typed except for the visually disabled which has to use the braille typewriter with the work to be submitted with translation into Malay,” he told a news conference here today.

The fifth edition of the competition is organised by Pos Malaysia Bhd and Malaysian Communcations and Multimedia Commission (MCMC) jointly with the ministry and Education Ministry from July 1 to August 31.

“We have also make the 100 best letters every year into four books over the past four years and these will be published for the public with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) soon,” he said.

He said besides encouraging a writing culture among the young generation and Malaysians as well as enhancing competency in writing, the competiton could also increase awareness on the importance of the tourism industry.

Ten winners from every cateogy will receive cash, stamp album, certificate, netbook and other prizes, worth RM72,800, which is expected to be held on October 9 in conjunction with World Post Day celebration.

Those keen to take part can surf the website www.pos.com.my, www.skmm.gov.my or at facebook account www.facebook.com/surat2014 and www.twitter.com/surat1malaysia

Kerajaan Tidak Zalim Tangani Masalah Pengemis Dan Gelandangan Di Kuala Lumpur

Posted: 03 Jul 2014 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan dalam isu pengemis dan gelandangan sebaliknya menekankan bahawa tindakan diambil bagi membantu golongan terbabit untuk kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Katanya, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara selain aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

"Kerajaan memandang serius terhadap masalah gelandangan di Kuala Lumpur yang telah menyumbang terhadap masalah kebersihan khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung pelancong maka perkhidmatan melalui 'Anjung Singgah' disediakan," katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi, golongan terbabit kebiasaannya akan tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya.

"Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong.

"Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibu kota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis."

Tegasnya, masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu sehinggakan timbul perebutan kawasan dan berlaku pergaduhan di antara mereka.

"Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental, kemurungan, penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah, arak, bekas banduan dan warga emas."

Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini.

"Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO yang terlibat dan kita akan mengadakan perbincangan bersama dengan mereka ini pada hari Selasa depan bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

"Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini."

Kawasan 'Hot Spot' masalah gelandangan di Kuala Lumpur yang dikenalpasti ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.

Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Dalam hal ini, KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang akan menempatkan kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;

Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Dilaporkan, bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing .

Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing. – MediaUMNO

OIC Wants Better Communication With Mynmar, Says Syed Hamid

Posted: 03 Jul 2014 09:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, July 4 – Recently appointed Organisation of Islamic Cooperation (OIC) Special Envoy to Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar said his first priority was to have better communication with the government of Myanmar.

He intends to visit the country in order to explain to the government and people of Myanmar the intentions of OIC and the objectives of his appointment as Special Envoy.

“He considers his assignment a responsibility and his goal is to establish better communication and improve networking with both Myanmar government and society in order to find greater opportunities for the OIC to engage in the country,” the Jeddah-based OIC secretariat said in a statement.

On the sidelines of the OIC Foreign Ministers Meeting in Jeddah last month, Syed Hamid explained at length to the OIC Journal the challenges and expectations of his mission concerning the situation of the Muslim minority, namely Rohingya, in Myanmar.

He said Myanmar had just started to be accepted by the international community and at the same time had very bad publicity on the issue of minorities.

“With elections coming up in 2015, it is good for Myanmar to engage with the international community and particularly with OIC,” the former Malaysian foreign minister was quoted as saying.

“We need to assure them that we are not interested in interfering in their domestic affairs, but we want to say that we see countries that succeed are the countries that decide on peace and reconciliation. You cannot put security up front, but you must put peace and reconciliation in order to achieve political stability,” he said.

He stressed that OIC was seeking a solution that was good for Myanmar.

Kalau Ketua Sendiri Pun Taksub Mahu Rampas Jawatan PM, Apa Sangat Jawatan MB!

Posted: 03 Jul 2014 09:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, tiada apa yang hendak dihairankan apabila terjadi perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan pemimpin pembangkang kerana ketua umumnya juga berperangai sedemikian yang begitu taksub ingin 'merampas' jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jelas beliau, sekiranya ketua pembangkang sendiri sudah 'mengajar' ajaran mementingkan jawatan daripada membela nasib rakyat maka sudah pasti anak-anak buah juga mengikut jejak langkah yang sama.

"Kita lihat, Anwar sendiri begitu taksub mahukan jawatan Perdana Menteri maka apalah sangat jawatan Menteri Besar yang kini menjadi rebutan di kalangan pembangkang. Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam maka masing-masing mahu mengaut keuntungan daripada 'harta rampasan perang'.

"Sebenarnya, yang menjadi mangsa adalah rakyat Selangor sendiri. Mandat yang diberi kepada PKR disia-siakan. Mereka lebih pentingkan jawatan daripada membela nasib rakyat.

"Oleh itu, saya melihat rakyat perlu menolak PKR daripada terus menjadi peneraju di Selangor pada PRU akan datang," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Ismail, perebutan ini secara tidak langsung menggambarkan bawa perpecahan di dalam PKR semakin meruncing dan ianya sudah pasti member impak yang besar kepada rakyat.

"Sepatutnya mereka berusaha mencari penyelesaian bukan sahaja terhadap isu air yang melanda Selangor malah juga terhadap isu rumah mampu milik yang menjadi janji manifesto mereka pada PRU lalu.

"Sehingga kini tidak nampak bayang pun bahawa rumah mampu milik yang dijanjikan kepada rakyat negeri ini akan terlaksana. Kebajikan rakyat dinafikan tetapi jawatan Menteri Besar yang menjadi rebutan.

"Sekali lagi saya berharap agar rakyat kembali berfikir dan menolak pembangkang yang sudah jelas gagal melaksanakan mandat yang diberi rakyat. Kepercayaan rakyat dipersia-siakan. Maka jangan biarkan perkara ini berulang lagi pada pilihan raya akan datang," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Perbetul Fakta Isu Gelandangan, Fahami Agenda Kerajaan Bantu Golongan Terbabit

Posted: 03 Jul 2014 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghadkan aktiviti pemberian bantuan dan makanan kepada gelandangan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) maka ramai pihak yang mula keliru dan membuat tafsiran tanpa berlandaskan agenda sebenar.

Dalam hal ini, Tengku Adnan menjelaskan bahawa niat kerajaan bukanlah untuk menghalang atau menidakkan mana-mana pihak melakukan usaha murni terhadap golongan gelandangan di Ibu Kota sebaliknya ia adalah usaha kepada memastikan golongan terbabit terbela.

"Saya tidak ada niat untuk menghalang mana-mana pihak untuk membuat amal kebajikan kerana ianya memang digalakkan dalam mana-mana agama sekalipun, tetapi kaedah pemberian itu haruslah bersesuaian dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain," katanya.

Ujar beliau, masyarakat dan orang ramai perlu faham masalah yang sedang dihadapi dengan realitinya kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini dan memastikan golongan terbabit mendapat kehidupan yang baik.

Dalam hal ini, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO bersifat terbuka untuk memberikan penerangan dan penjelasan selain bersedia menerima pandangan yang bernas untuk sama-sama memastikan golongan gelandangan mendapat kehidupan yang lebih baik dan imej Kuala Lumpur tidak tercemar.

Dalam memastikan Kuala Lumpur tidak dilimpahi dengan golongan gelandangan yang ditafsirkan sebagai individu atau mereka yang tidak mempunyai pekerjaan serta tempat tinggal yang tetap di samping terdapat pengemis yang berkeliaran, kementerian terbabit telah merangka pelan bagi mengekang penularannya dan seterusnya membanteras gejala tersebut.

Untuk makluman, kebersihan adalah salah satu taskforce Kementerian Wilayah Persekutuan dan laporan kebersihan adalah dipantau secara terus oleh menteri yang bertanggungjawab.

Berdasarkan laporan oleh agensi, masalah kebersihan di Kuala Lumpur salah satu faktor yang telah menyumbang kepada imej negatif Ibu Kota khususnya di kawasan tumpuan pelancong yang juga menjadi tempat bagi kumpulan gelandangan.

Ini ditambah pula dengan tabiat gelandangan yang suka membuang sampah serta tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, selain itu kumpulan pengemis pula kebanyakan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, seperti Pavillion, KLCC, tepi-tepi jalan dan sebagainya.

Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai perkara lain seperti masalah sosial, keselamatan, menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan yang kurang elok apabila dilihat oleh pelancong.

Dalam pada itu, kajian terhadap golongan ini juga telah dilakukan secara menyeluruh dan mendapati kumpulan gelandangan ini berpunca daripada tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri serta ditinggalkan keluarga kerana penagihan dadah/arak/bekas banduan selain warga emas.
Kaedah dan lokasi yang tidak sesuai diambil kira bagi mengelakkan sebarang permasalahan timbul seperti keracunan makanan akibat kekotoran, kencing tikus, masalah kebersihan yang berlarutan, kecacatan pemandangan kawasan tumpuan pelancong dan sebagainya.

Selain itu, kajian juga telah mengenal pasti kawasan “hot spot” yang sentiasa menjadi tumpuan kumpulan ini antaranya;

1. Mydin Kotaraya;
2. Masjid Negara;
3. Central Market;
4. Menara Maybank;
5. Jalan Tuanku Abdul Rahman;
6. Jalan Masjid India;
7. Jalan Tiong Nam (Chow Kit);
8. Jalan Silang;
9. Masjid Jamek;
10. Bank Negara;
11. Bulatan Sultan Mohamad;
12. Dataran Merdeka.

Sehubungan itu, aplikasi terbaik telah diambil dengan mengenal pasti masalah sebenar sebelum cadangan zon bebas gelandangan dikemukakan iaitu memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti:

1. Pasar Seni;
2. Dataran Kota Raya;
3. Stesen Bas Klang
4. Masjid India;
5. Masjid Negara;
6. Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee;
7. Kota Raya;
8. Pudu Sentral;
9. Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Dalam hal ini, Kementerian Wilayah Persekutuan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO yang aktif dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini.

Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

Antara cadangan lain ialah mewujudkan "Once Stop Centre" Kepada golongan gelandangan sebagai jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang. KWP bersama DBKL telah mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunanseperti konsep "Anjung Singgah" yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

1. Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

2. Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;

3. Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

4. Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

5. Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri.

Berikut adalah kumpulan NGO yang dikenal pasti aktif membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur:

Gosm (The Gospal Of Salvation Mission Society);
Precious Children Home;
Kecana Soup Kitchen;
Pj Caring Home;
Kenosis Home;
KL Urban Fellowship;
Reach Org. Sdn. Bhd.
Nineteen O One Sdn. Bhd.
Yayasan Kebajikan Negara;
Archdiocesan Office For Human Development (Aohd);
Grace Community Service;
Community Excel Service

Sehubungan itu, isu kononnya kerajaan menghalang pemberian bantuan kepada golongan gelandangan adalah tidak benar sebaliknya kerajaan bersifat terbuka dan melihat keperluan rakyat keseluruhan sebagai keutamaan termasuklah imej Malaysia. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan penglibatan semua pihak, dan kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan ketetapan tanpa mengambil kira kepentingan awam. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...