UMNO Online - “Usaha Mencari MH370 Kini Lebih Mudah – Pakar” plus 9 more

UMNO Online - “Usaha Mencari MH370 Kini Lebih Mudah – Pakar” plus 9 more

Link to UMNO Online

Usaha Mencari MH370 Kini Lebih Mudah – Pakar

Posted: 02 Jun 2014 05:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di kawasan yang salah.

Saintis angkasa lepas dan fizik di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara menerusi e-mel dengan Bernama susulan pengumuman Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini.

“Itu semua bukan petunjuk sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi terhadap kemungkinan yang lain pula,” kata Steel, yang juga Profesor Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California, Amerika Syarikat.

Menurutnya isyarat ping sonik yang dikesan di Lautan Hindi (bagi seorang ahli fizik) jelas sekali bukan berpunca daripada alat pengesan kedudukan kecemasan MH370 selain pengumuman ATSB tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang diperoleh dari satelit.

Beliau percaya berdasarkan maklumat data mentah yang dikeluarkan, besar kemungkinan MH370 menuju ke selatan pada kelajuan hampir 500 knot dan berakhir lebih jauh dari kawasan pencarian sekarang.

Steel memuji syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat kerana usahanya mengeluar dan membuat analisis terhadap data berkenaan, yang memberikan hasil yang baik.

“Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna saya yakin hasilnya adalah tepat kerana kami tidak diberi maklumat penting tentang komposisi BFOs (Burst Frequency Offsets) dan model tugas yang dilakukan Inmarsat.

“Sekiranya kami mendapat maklumat itu, kami boleh meneliti apa yang telah dilakukan untuk mengesahkannya atau mungkin menemui kesilapannya,” kata beliau.

Steel berpendapat sekurang-kurangnya pertimbangan patut diberikan terhadap koridor utara, sebelum kemungkinannya diketepikan secara mutlak.

“Sebagai contoh, ada orang yang perlu pergi melihat tempat pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Besh Tash Valley (Kyrgyzstan) berikutan terdapat andaian adanya gumpalan asap selepas pesawat berkenaan terhempas.

“Secara realiti, itu hanyalah satu per 1,000 daripada kemungkinan yang ada, tetapi mengapa tidak ke sana terlebih dahulu sebelum menolaknya?” kata beliau.

Sementara itu, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai hasil analisis dan kiraan yang dibuat Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Nahas Udara (AAIB) berikutan pengumuman ATSB itu.

“Kiraan yang dibuat berdasarkan data Inmarsat itu disahkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika, AAIB, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata semua badan itu, selain DCA dan NTSB, boleh dianggap sebagai badan luar yang hampir tidak langsung mempuyai kepentingan secara langsung dan mereka bersetuju dengan hasil itu.

Nik Ahmad Huzlan juga berkata semua kiraan itu turut disahkan pakar tempatan yang mahir dalam bidang komunikasi satelit daripada sudut teknikal.

“Bagaimanapun, terdapat margin kesilapan yang berpunca daripada penggunaan andaian, yang memungkinkan kawasan mencari diperluaskan,” katanya.

Tunku Abdul Aziz Ramal Dyana Sofya Tinggalkan DAP

Posted: 02 Jun 2014 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seorang bekas naib presiden DAP hari ini berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.

Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

guan-eng-dap-rasis-cuba-rasuah-beli-undi-melayu-tunku-aziz-50-ribu-keluar-parti-pakatan

“Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu,” kata Tunku Abdul Aziz kepada Bernama.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

“Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat,” katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil.

Akhirnya DAP Mengaku Mereka Parti Rasis Di Teluk Intan

Posted: 02 Jun 2014 04:19 AM PDT

PRK Parlimen Teluk Intan sudahpun berakhir sebaik sahaja keputusannya diumumkan dengan merekodkan kejayaan yang cukup manis untuk BN apabila akhirnya dapat merobohkan kubu kuat DAP dan menawannya kembali setelah dua penggal dijajah oleh parti itu.

Seperti biasa, walaupun BN menang dan bergembira meraikannya, namun tetap menerima hakikat masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki untuk pencapaian lebih baik di masa depan. Itu tabiat semulajadi dalam BN, menang atau kalah sentiasa muhasabah diri.

Berbeza dengan parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS yang bila menang cepat meninggi diri tapi bila kalah mulalah meroyan tak sedar diri sambil tercari-cari kambing hitam untuk dipersalahkan, merungut itu ini sampai baring atas jalan pun sanggup dilakukan.

dap-parti-rasis-cauvinis-cina-perkauman-undi-merosot-turun-prk-teluk-intan-kerana-dyana-sofya-calon-melayu

Mungkin akibat sudah terbiasa dengan tabiat menyalahkan orang lain itulah agaknya maka Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengaitkan kekalahan calonnya di Teluk Intan berpunca dari sikap penyokong Cina DAP yang enggan keluar mengundi Dyana Sofya yang berbangsa Melayu.

Satu pengakuan yang menarik yang penulis rasa ia mungkin terlanjur diluahkan sementelah lagi tika itu Guan Eng berada dalam keadaan moyok dilanda kekecewaan yang teramat sangat.

Walaupun tidak disebutnya perkataan rasis tapi maksudnya jelas menjurus kepada sikap perkauman orang Cina totok DAP yang sukar untuk menerima hakikat bagaimana seorang wanita muda yang masih mentah, keturunan Melayu Islam tiba-tiba sahaja diangkat menjadi calon parti itu.

Walaupun tidak disebutnya perkataan rasis tapi maksudnya jelas menjurus kepada sikap perkauman orang Cina totok DAP yang sukar untuk menerima hakikat bagaimana seorang wanita muda yang masih mentah, keturunan Melayu Islam tiba-tiba sahaja diangkat menjadi calon parti itu.

Kena pula si ibu kepada Dyana merupakan bekas pemimpin penaja NGO PERKASA yang selama ini cukup digeruni penyokong Cina DAP, lagilah bertambah semangat rasis untuk tidak keluar mengundi.

Sikap rasis punya pasal, kalah pun kalahlah, yang penting puas hati begitulah agaknya pendirian penyokong Cina DAP.

Pun demikian, sebetulnya Lim Guan Eng tidak boleh menyalahkan seratus peratus pada penyokong Cina DAP sebagai punca kekalahan DAP di Teluk Intan. Kot mana pun Guan Eng kena belajar tengok cermin dan sekali sekala apa salahnya belek segala kudis dan sopak di badan sendiri.

Sudah tentunya sikap rasis dan semangat perkauman melampau ini tidak berlaku secara semulajadi melainkan wujudnya ia di kalangan penyokong Cina DAP disebabkan asuhan dan doktrin yang sekian lama dicontohi dari perilaku pucuk pimpinan DAP sendiri samada secara langsung atau sebaliknya.

Imej DAP itu misalnya walau kononnya parti pelbagai kaum hakikatnya bukan sahaja penyokong Cina DAP malahan seluruh dunia pun tahu kewujudan DAP sejak dulu hingga sekarang balik-balik asyik duk memperjuangkan hak kepentingan orang Cina semata-mata.

Alasan dan pelbagai slogan konon mahu hak sama rata, Malaysia Malaysian misalnya, itu semua hanya kosmetik yang indah khabar dari rupa.

Jadinya, menyalahkan sikap rasis penyokong Cina totok DAP takkan membawa parti itu ke mana-mana. Ia sekadar seumpama meludah ke langit akhirnya terpalit atas dahi kepimpinan DAP sendiri.

HackerXP

pas-dyana-melayu-sokong-pemimpin-parti-rasis-cauvinis-cina-india-lim-kit-siang-rsn-rayer-umno-celaka-islam

Kekecohan Di Sungai Petani Lambang Kegagalan Total Pemilihan PKR

Posted: 02 Jun 2014 04:11 AM PDT

SUNGAI PETANI, 2 Jun – Pemilihan PKR nampaknya terus caca merba walaupun diadakan pemilihan semula. Di antara yang mendapat perhatian adalah pemilihan semula jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani.

Ini kerana, Cabang Sungai Petani adalah kawasan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul.

cabang-ranting-pengerusi-jpp-jawatankuasa-pemilihan-pusat-pkr-sendiri-kacau-bilau-haru-biru-tipu-bohong-undi-johari-abdul

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusoff berkata, sekiranya kawasan sendiripun Johari gagal mentadbirnya dengan baik, maka tidak hairanlah pemilihan PKR di kebanyakan kawasan huru hara.

Disebabkan kekecohan demi kekecohan yang terjadi maka ramai ahli PKR mendesak agar Johari meletak jawatan.

"Selaku Ketua Cabang PKR dan juga Pengerusi JPP seharusnya Johari boleh menangani keadaan dengan baik. Tetapi ternyata dia gagal. Lebih memalukan ialah kawasannya sendiri huru hara. Ini jelas menunjukkan ahli PKR sendiri sudah hilang percaya terhadap Johari.

"Cuba kita fikir, sepatutnya pemilihan di kawasan Sungai Petani haruslah berlangsung dengan baik kerana Pengerusi JPP adalah Ketua Cabang di sini. Namun ia berlaku sebaliknya malah lebih teruk apabila pemilihan kedua juga didesak agar dibatalkan.

"Maka sudah jelas Johari memang gagal maka tidak hairanlah sekiranya semua kawasan pemilihan cacamarba," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Shahanim, perjuangan PKR sebenarnya sudah tidak jelas. Apa yang lebih kelihatan sekarang ini adalah perebutan kuasa.

Ujarnya, pihak yang berkuasa ingin menentukan 'orang-orang' mereka yang dipilih untuk memegang jawatan maka berlakulah 'tangan ghaib'. Di satu pihak lagi pula ahli-ahli mula bangkit untuk meletak dan mengangkat muka baru agar parti ini dilihat lebih realistik di dalam memperjuangkan keadilan.

"Namun 'keadilan' di dalam parti PKR seakan tidak wujud. Sebab itulah pemilihan PKR dilihat amat teruk. Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan parti ini sebenarnya semakin jauh tersasar dan ahli mereka sendiri sudah mula bangkit atau tersedar selama ini mereka tertipu," ujarnya lagi. - MediaUMNO

pemilihan-pkr-sungai-petani-kedah-kecoh-gaduh-tipu-bohong-2014-utusan

pemilihan-pkr-sungai-petani-kedah-kecoh-gaduh-tipu-bohong-2014-total-tak-demokrasi

BN’s Win Teluk Intan Due To Tight Cooperation Among Component Parties – Gerakan

Posted: 02 Jun 2014 03:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 2 – Barisan Nasional’s (BN) victory in the Teluk Intan parliamentary seat by-election was the result of close cooperation among its component parties, especially between MCA and Gerakan.

Perak Gerakan chairman Dr Lee Chee Pheng said Gerakan and MCA must continue to work together as they did in Teluk Intan because by working together, the chances of victory were much higher.

“We are grateful for the contribution of our component partners in BN. We appreciate the efforts of the MCA leadership in Perak and nationally, who worked tirelessly to ensure BN’s victory.

“As such, I would like to dedicate this victory not only to the people of Teluk Intan but also to all BN component parties,” he said in a statement, here, today.

Last Saturday, BN candidate Datuk Mah Siew Keong, who is also Gerakan president, won the seat by 238 votes when he polled 20,157 votes to defeat DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud, 27, who obtained 19,919 votes.

Lee, meanwhile, condemned a remark made by an unnamed Gerakan member, who was quoted as saying in a recent report published in a Chinese newspaper that the victory in Teluk Intan was “a slap in the face for MCA”.

He said such a remark was uncalled for and an incorrect assessment of the victory.

“I regret that this remark was made and ask for it to be ignored,” he said.

Search For MH370 Not Getting More Complicated – Expert

Posted: 02 Jun 2014 03:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 2  - An expert has said that the search for the missing Malaysia Airlines plane, flight MH370 is not becoming more complicated and that the search and rescue (SAR) team was looking in the wrong area.

New Zealand-based space scientist and physicist, Duncan Steel, made the remarks in an email interview with Bernama following the latest announcement by the Australian Transport Safety Bureau (ATSB), which discounted the vicinity of acoustic signals detected previously.

“They were never leads (the claimed acoustic detections). Having discounted them is a good thing, in that it enables other possibilities to be considered,” said Steel, who is also a visiting Professor of Astrobiology at the University of Buckingham, England and a space scientist at NASA-Ames Research Centre in California, USA.

According to him, the sonic pings in the Indian Ocean were obviously (to a physicist) not from the MH370 emergency locator beacon and that ATSB’s announcement was entirely disconnected from the satellite-derived information.

He believed that based on available information from the released raw data, it was most likely that the aircraft headed south at near 500 knots, and ended up much further south than the current search area.

Steel lauded British satellite telecommunications company, Inmarsat for doing a good job of pulling out the data and analysing it, noting that the Inmarsat analysis was good.

“However, that does not mean I am sure they are correct, because we have not been given vital information about the composition of the BFOs (Burst Frequency Offsets) and the modelling that Inmarsat performed.

“If we had those information, we could check on what was done, to verify it or possibly find errors,” he explained.

Steel suggested that at least some consideration should be given to the northern corridor until the possibilities could absolutely rule it out.

“For example, someone should go and take a look at the suggested crash site in the Besh Tash Valley (Kyrgyzstan), which was indicated by a smoke plume just when the aircraft would have been expected to have crashed. In reality, that might be only a one-in-1,000 possibility, but why not go take a look so as to exclude it?”

Meanwhile, former Malaysia Airlines chief pilot, Datuk Captain Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain said he had no reason to disbelieve the analysis and calculations done by UK’s Inmarsat and the Air Accidents Investigation Branch (AAIB) following ATSB’s announcement.

“The calculations based on the Inmarsat data were verified by the United States’ National Transport Safety Board (NTSB), AAIB, Malaysia’s Department of Civil Aviation (DCA), and the Perth-based Joint Action Coordination Centre (JACC),” he told Bernama.

He said all of those bodies, apart from DCA and NTSB, could be considered external bodies with almost no direct interest and they all agreed with the findings.

Nik Ahmad Huzlan also noted that these calculations were also verified by local experts familiar with the field of satellite communications from a technical angle.

“However, there are margins of error caused by utilisation of assumptions, which may result in the widening of the search area,” he cautioned.

Sarawak Sebuah Model Keharmonian Sosial – Najib

Posted: 02 Jun 2014 03:40 AM PDT

KUCHING, 2 Jun – Sarawak layak menjadi model keharmonian social negara atas kejayaannya mewujudkan suasana aman damai dalam kalangan penduduk pelbagai kumpulan etnik dan subetnik yang paling banyak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata keharmonian inilah yang seterusnya membawa kepada pencapaian ekonomi yang berterusan, sekali gus membawa kepada penyaluran lebih banyak projek pembangunan, terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

pm-najib-miri-mesra-timbalan-ketua-menteri-sarawak-alfred-jabu-hari-gawai-dayak-rumah-panjang-kayan-long-silat-bekenu

Katanya berdasarkan kepada persekitaran di Sarawak, ia jelas menjadi bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional(BN) mampu membawa kejayaan cemerlang, menerusi keharmonian dan kestabilan yang dikecapi bersama.

“Kejayaan ini tidak boleh dipandang ringan, tidak seharusnya kita ambil mudah, kerana kalau kita tolak apa yang kita warisi hari ini, belum tentu apa yang dikejar akan kita dapat, oleh itu marilah kita di Hari Gawai ini bersyukur dengan apa yang kita kecapi dan terus bina kejayaan lebih besar di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Rh Jarek ak Klambu di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, kira-kira 20 kilometer dari sini, sebagai  satu daripada atur cara beliau dalam lawatan dua hari ke Sarawak sempena sambutan Hari Gawai.

Turut serta dalam kunjungan ke Rh panjang etnik Iban itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, serta beberapa menteri persekutuan, menteri negeri dan pemimpin-pemimpin tempatan.

Dalam ucapannya, Najib yang baru pulang dari lawatan kerja ke China berkata, beliau bertandang terus ke Miri untuk sambutan Gawai kerana: “Saya percaya dengan konsep berkongsi kegembiraan sebagai rakyat Malaysia, percaya kepada keterangkuman. Negara ini milik kita semua, dan kita harus bekerja bersama di bawah semangat 1Malaysia,” katanya.

Beliau amat menghargai sokongan serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua komuniti di Sarawak kepada kepimpinan BN, dan turut berikrar akan terus membuat pertimbangan sebaiknya dalam meluluskan lebih banyak projek pembangunan di Sarawak.

Perdana menteri berkata dalam beberapa kunjungannya ke Sarawak sejak tahun 2009 lagi, beliau telah meluluskan banyak projek pembangunan di negeri ini, yang kosnya dianggar menjangkau lebih RM2 bilion.

Terdahulu Najib diberikan sambutan cukup meriah dalam kunjungannya ke rumah panjang itu, termasuk dipersembahkan dengan tarian tradisional pahlawan Iban, tarian ngajat, acara berpantun dan sebagainya.

Beliau dijangka menghadiri majlis sempena sambutan Hari Gawai di Dataran Kipas Miri di sini bersama pemimpin-pemimpin negeri malam ini sebelum berlepas pulang.

Program Pembelajaran Belia Digandakan – Khairy

Posted: 02 Jun 2014 03:17 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Jun – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan menggandakan pengisian program pembelajarannya untuk mencapai matlamat pengambilan sebanyak 15,000 pelajar pada tahun 2015.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penambahan sesi pembelajaran ini bermula bulan depan (Julai) dalam IKTBN dan IKBN di seluruh negara seiring dengan penambahan pengambilan pelajar baharu.

PTJ03_101013_IKBN

Ia bertujuan untuk merealisasikan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kementerian tahun lepas agar IKBN diperkasa dengan melahirkan lebih banyak belia berkemahiran, katanya.

Sehubungan itu modul pembelajaran IKBN akan dimantapkan dengan menawarkan kursus tambahan bagi memastikan kebolehpasaran pelajar lepasan IKBN meningkat kepada lebih 90 peratus pada masa depan.

“Usaha menambah baik modul pembelajaran di IKBN ini mampu meningkatkan 10 peratus kadar gaji permulaan untuk graduan lepasan IKBTN dan IKBN serta pada masa yang sama IKBN akan meningkatkan hubungan yang baik dengan industri,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen IKBN ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sebanyak 4,678 graduan menerima sijil dan diploma pada konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu.

Khairy berkata graduan IKBN adalah setaraf dengan graduan universiti kerana mereka mempunyai kemahiran yang tidak memerlukan bakal majikan mereka membazirkan masa untuk melatih mereka semula.

Katanya sistem pendidikan di negara-negara maju seperti Jerman, Korea dan Jepun turut mengambil perhatian terhadap pendidikan vokasional dan teknikal dalam melahirkan pekerja berkemahiran.

Rakyat Sudah Mual Dengan Gaya Politik Kosmetik DAP – Prof Hanafiah

Posted: 02 Jun 2014 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dalam pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini membuktikan bahawa rakyat kini sudah sedar tentang politik kosmetik dan kepura-puraan DAP yang cuba mengakali pertimbangan dan pemikiran rakyat di negara ini, demikian jelas Prof Madya Dr. Hanafiah Harun.

Menurut beliau yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), tindakan DAP meletakkan calon berbangsa Melayu sebagai bukti kononnya parti itu merupakan parti yang terbuka untuk semua kaum, ternyata gagal menutup ideologi dan prinsip rasis dan cauvinis menyebabkan parti tersebut akhirnya ditolak oleh rakyat pada PRK tersebut.

lim_kit_siang_parti_rasis_dap_kami_kaum_cina_we_the_chinese_people

"Pada saya, rakyat sudah mulai sedar tentang permainan politik DAP yang tidak telus dan bermuka-muka ini. DAP cuba untuk meraih sokongan orang Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan calon boneka mereka, Dyana Sofya tetapi malangnya, strategi mereka itu memakan diri kerana Melayu hari ini sudah kenal dan tidak lagi mudah terpengaruh penipuan dan politik kosmetik DAP ini.

"Ini disebabkan biarpun Dyana berbangsa Melayu, namun ideologi serta pemikiran Dyana itu bukan lagi seperti pemikiran bangsa Melayu apabila beliau sendiri berikrar untuk mengubah hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti isu Uitm dan juga begitu lantang menolak perlaksanaan hudud di negara ini.

"Sebab itu ketika kempen DAP di sekitar Teluk Intan, kita dapati rakyat sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan parti tersebut, malah ada peristiwa di mana gerombolan DAP dihalau dari berkempen oleh penduduk di sekitar kawasan itu," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, politik hipokrasi yang diamalkan oleh DAP ini ternyata hari ini tidak lagi mampu untuk mengaburi mata rakyat, apabila persepsi yang cuba dimainkan oleh parti tersebut gagal mempengaruhi majoriti pengundi di kawasan tersebut.

"Di dalam politik, persepsi merupakan satu perkara yang amat penting, dan inilah yang dilakukan oleh DAP dan pakatan pembangkang. Sekiranya rakyat terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan, maka pemikiran rasional akan tenggelam ditutupi oleh persepsi tersebut, dan mereka akan mendapat keuntungan dari itu.

"Dan kali ini jelas tampak bahawa persepsi yang cuba dimainkan oleh DAP dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calon gagal untuk mempengaruhi pemikiran pengundi.

"Dalam hal ini, DAP tidak perlu menyalahkan sesiapa. DAP perlu sedar bahawa politik kepura-puraan tidak kekal lama. Perkahwinan di atas dasar pura-pura tidak akan kekal lama. Dan pada pandangan saya,  'perkahwinan' antara DAP, Pas dan juga PKR lambat laun akan bercerai juga, kerana perkahwinan mereka itu hanyalah berdasarkan  kepura-puraan dan bukannya berdasarkan keikhlasan," akhirinya.-MediaUMNO

video-youtube-calon-dap-dyana-sofya-gagal-jawab-soalan-teluk-intan

calon-melayu-islam-dap-gimik-pas-dyana-sofya-bermuka-muka-kempen-tudung-tolak-hudud-pura-pura

dap-peralat-guna-calon-melayu-alat-politik-gimik-lim-guan-eng-kit-siang-dyana-sofya-teluk-intan-perak

Almost 10,000 Online Applications For Affordable, Low-Cost Houses, Johor Assembly Told

Posted: 02 Jun 2014 02:03 AM PDT

NUSAJAYA, June 2 – The Johor government received 9,465 online applications for the purchase of affordable and low-cost houses since the facility was introduced in the middle of April, the state legislative assembly was told today.

State Housing and Local Government Committee chairman Datuk Abdul Latiff Bandi said 4,077 of the applications were for the purchase of affordable homes and 5,388, low-cost houses.

“Of the applications for low-cost houses, 3,263 were for houses costing RM42,000 and 2,125 for houses priced at RM84,000,” he said when replying to a question from Datuk Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning).

Abdul Latiff said the state government was concerned over the failure of developers to build affordable homes and would monitor the situation and act against the erring developers.

He said the state government would build 3,800 houses under the People’s Housing Project (PPR) this year.

He also said that the state government was considering a proposal for the PPR houses to be placed under the rent-purchase facility to enable people in the low-income group to own houses.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...