UMNO Online - “Malaysian Raped In India : Enough Evidence To Nail Accused, Say Police” plus 3 more

UMNO Online - “Malaysian Raped In India : Enough Evidence To Nail Accused, Say Police” plus 3 more

Link to UMNO Online

Malaysian Raped In India : Enough Evidence To Nail Accused, Say Police

Posted: 08 Jun 2014 05:34 AM PDT

NEW DELHI, June 8 – The absence of the Malaysian woman who was drugged and raped in Jaipur, Rajasthan will not impact the prosecution of the accused as enough evidence have been collected to nail him in the case.

The victim’s absence would not have any impact on the prosecution, as police had recorded her statement before a magistrate under Section 164 of the CrPC (recording of confessions and statements under the Code of Criminal Procedure)  before she left for Malaysia, according to a Times of India news report, quoting an unnamed police officer.

The 30-year-old victim had related the incident before the magistrate in exactly the same way she did before the police, said the police officer.

According to the news report, police found semen stains in the car where the victim was raped and had taken into custody the country-made gun that the accused allegedly used to threaten her.

A soft drink bottle in which the accused had mixed some substance to drug her had also been recovered.

The medical and forensic reports were also awaited, said the English daily.

Police said the victim could not tell the exact location where she was raped as the accused drove her around an area completely unknown to her.

Police will try to confirm this from the accused, who is currently in police remand until Monday.

According to the police officer, going by the evidence gathered by police, it was a premeditated rape.

“Even before the accused took the victim to the hotel to have dinner with her, he had intended to drug and rape her.

“We have found several evidence that undoubtedly suggest that he raped the woman. The fact that he was carrying a gun also consolidates our theory of premeditation,” the police officer said.-MediaUMNO

Tiada Negara Kritik Tindakan Malaysia Tangkap Militan Asing

Posted: 08 Jun 2014 05:27 AM PDT

zahid-hamidi-500x320

BALING, 8 Jun – Malaysia tidak pernah menerima kritikan dari  mana-mana negara yang rakyat mereka ditangkap kerana terbabit dengan kegiatan militan antarabangsa di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata sebaliknya Malaysia dipuji atas tindakan tegas itu yang  yang dibuat demi keselamatan rakyat negara ini dan dunia.

Katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama bahagian Cawangan Khas tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah yang dilakukan mana-mana kongsi gelap dan pertubuhan militan yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Saya memberi jaminan PDRM dan pihak Cawangan Khas akan tegas melaksanakan tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah dan keganasan tempatan dan pihak (militan) luar yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi mereka,” katanya kepada pemberita sewaktu lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini hari ini.

Hadir sama pada lawatan itu adalah Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.-MediaUMNO

3,000 Produk Halal Malaysia Tembusi Pasaran China Tahun Depan

Posted: 08 Jun 2014 05:20 AM PDT

BERA, 8 Jun – Sebanyak 3,000 produk halal buatan tempatan berasaskan pertanian akan menembusi pasaran China mulai tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini hanya 232 jenis produk halal tempatan dijual di wilayah Xian, China iaitu di sebuah pasar raya bernama “Sam Bao”.

“Kira-kira 1,000 lagi produk halal akan memasuki pasaran China sebelum akhir tahun ini dan sebanyak 3,000 produk halal akan memasuki pasaran negara terbabit tahun depan.

ismail sabri

“China yakin dengan keluaran produk halal negara kita kerana ia bersih dan bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Informasi Jelajah Usahawan Pahang, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Ismail Sabri berkata, Malaysia mempunyai masa depan cerah untuk memasarkan produk halal di China kerana permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di negara itu, khususnya di wilayah Xian.

Anggota Parlimen Bera itu berkata, satu seminar mengenai Produk Halal Malaysia akan diadakan di wilayah tersebut yang akan disertai pemimpin agama dan kaum negara berkenaan.

“Pengeluar produk halal di negara ini perlu lebih agresif merebut peluang daripada peningkatan permintaan daripada masyarakat Islam di sana,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Agro Bazar pertama yang diadakan di luar negara di Singapura 26 Jun ini.

“Empat buah kedai telah disewa di Arab Street yang akan menjual pelbagai barangan berasaskan pertanian dan buah-buahan tempatan seperti nangka madu, rambutan, manggis dan durian,” katanya.-MediaUMNO

UMNO Perlu Manfaatkan Media Sosial – Ahmad Maslan

Posted: 08 Jun 2014 05:14 AM PDT

KOTA BAHARU, 8 Jun – Umno perlu memanfaatkan penggunaan media sosial untuk menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti berkenaan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Umno perlu lebih kerap memuat naik ceramah terbaharu seperti yang sering dilakukan parti pembangkang kerana golongan muda lebih tertarik dengan penggunaan media sosial sebagai medium mendapatkan maklumat.

“Kita tengok, pembangkang menggunakan laman You Tube untuk sampaikan maklumat, kita pun sebenarnya sudah ada tetapi kita perlu menambah ceramah kita kerana anak-anak muda tidak gemar dan tidak ada masa nak datang dengar ceramah.

“Kita juga akan tampal poster tapi bukan di dinding-dinding bangunan tapi poster di laman Facebook, Twitter dan WhatsApp untuk menyampaikan kebenaran, bukan fitnah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ilmuwan Islam Umno Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata para ilmuwan Islam juga perlu lebih aktif memberi penerangan kepada orang ramai mengenai agama dan isu lain termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

“…kita perlu aktifkan program penerangan melibatkan agama, CBP dan sebagainya kepada masyarakat di luar sana supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam,” katanya.-MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...