Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Dalam Pertimbangan Kerajaan Pusat? #KedahSerataRata

Posted: 30 Jun 2014 06:12 AM PDT


Kerajaan akan memperhalusi cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dan keperluan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terlebih dulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan memberi pertimbangan kepada kedua-dua cadangan berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah berhubung pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah" Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan

"Saya belum ada maklumat terperinci mengenai cadangan itu. Esok saya akan masuk ke pejabat dan melihat kertas cadangan itu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bukit Bendera, di sini, semalam.

KM Pulau Pinang desak bina landasan tambahan



Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dilaporkan mendesak Kerajaan Pusat menimbangkan cadangan untuk membina landasan tambahan di LTAPP bagi menampung jumlah penumpang yang didakwanya semakin meningkat di lapangan terbang berkenaan.

Pulau Pinang dakwanya, tidak takut bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim itu.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumkan kerajaan Kedah sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu kepada Kerajaan Pusat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di utara tanah air.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang terbabit yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.


Timbang apa lagi? Luluskan saja la.. bukan kacau orang pun, untuk orang Kedah juga..

INFO! DS Rosmah Melawat Nasib Anak Malang Ditinggalkan Ibunya..

Posted: 30 Jun 2014 01:42 AM PDT


Alhamdulillah syukur kepada Allah nasib adik Firdaus makin terbela , dan semperna bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni rezeki Adik Firdaus makin bertambah. Kurniaan Allah keatasnya.

Pagi ini bertempat di Wad Kanak-kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama dengan rombongan dari BAKTI telah sudi meluangkan masa menziarahi adik Muhammad Firdaus anak OKU yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila berita anak kecil ini yang menderita dikurung oleh keluarga beliau diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cerita mengenai beliau menjadi viral di media arus perdana dan media sosial.

Dalam kesempatan ini Datin Seri Rosmah meluangkan masa yang agak lama beramah mesra dan bermain dengan adik Firdaus yang dikhabarkan telah naik berat badannya sebanyak 2.3 kg semasa dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Kesihatan dan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kehadiran Datin Seri Rosmah juga diiring oleh ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri pemimpin negara. Dalam "PC" beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menemui dan menyelamatkan adik Firdaus ini. Ucapan terima kasih juga kepada Kementerian Kesihatan yang menjaga adik Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban seterusnya kepada semua pihak media yang membantu.









Kredit : www.kulaanniring.blogspot.com

HOT!! Pertubuhan Cina Kecewa dengan BN? #GILA?

Posted: 30 Jun 2014 01:12 AM PDT



Ada NGO Cina kecewa mahu jawatan kabinet yang lebih baik untuk MCA dan Gerakan. Dalam mereka mahu menuntut, sedarkah bahawa cina tidak memberi undi pada MCA. Macam mana MCA nak baiki kedudukan?

Blogger Darah Tuah, Dato Akbar Ali turut memberi komen:

1. Kritikan Timbalan Editor SCJP terhadap usaha 76 NGO Melayu untuk menubuhkan MPMsebenarnya, tidaklah begitu dahsyat dan menggerunkan jika dibandingkan dengan saranan NYSP pada 13 Jun 2009.

2. Akhbar berkenaan menyarakan supaya 7 NGO Cina menumbangkan kerajaan jika enggan memenuhi permintaan mereka supaya Sijil Gabongan Sekolah Cina (UEC) diiktiraf. Saranan tersebut adalah ekoran pandangan Menteri Pelajaran bahawa sijil berkenaan tidak menepati Akta Pendidikan Negara dan sylibus yang diajar. Maka sebab itu pihak kerajaan tidak mengiktiraf sijil-sijil tersebut.

3. HANYA kerana sebab tersebut kerajaan mestilah ditumbangkan. Ratusan / ribuan permintaan mereka yang telah dipenuhi sejak semasa hendak merdeka hingga sekarang nampaknya langsung tidak meredakan kerakusan sikap kiasu golongan ini. Bacalah sendiri terjemahannya di bawah.

4. Sebenarnya sikap tersebut adalah selari dengan 3 strategi RJP kaum Cina untuk berkuasa di Negara ini.

5. Mengikut berita terkini, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mengiktiraf Sijil tersebut.

6. Satu soalan yang wajar ditanya ialah adakah kaum Cina akan kembali berduyun-duyun menyokong BN dalam PRU Ke-13 nanti, sekiranya pengiktirafan itu diberikan? Jika ya, siapakah yang boleh memberikan jaminan itu? Atau mereka kekal dengan sikap tak menyokong BN, sepertimana yang dilaporkan oleh Merdeka Centre? Jika demikian, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran?


Boleh baca seterusnya di Darah Tuah

McTheory:
Undi tak bagi, minta macam-macam, patutnya cina tak patut ada wakil pun.. tapi dah melayu ni baik sangat.. berapa kali nak kena bodoh pun taktau la..

HOT!! GAGAL Banteras Mesin Judi Salah Siapa? - @RazlanRafii

Posted: 29 Jun 2014 10:28 PM PDT



Pemuda UMNO Wilayah menyambut baik atas pembongkaran Mingguan Malaysia terhadap kegiatan judi yang berleluasa di seluruh Negara.

Kegiatan ini dilihat seperti mempunyai lesen besar dari pihak berkuasa sehingga pelabur judi haram tidak pernah ada rasa takut untuk melabur.

Empunya premis juga sudah lali dengan tumpulnya gigi pihak berkuasa sampai tidak ada rasa gundar untuk menyewakan premis mereka untuk kegiatan judi.

Ada beberapa pihak yang perlu kita GEGAR atau dikenakan renjatan Letrik bagi membangunkan mereka, bagi menyedarkan mereka bahawa "sedar atau tanpa sedar, jabatan/kementerian kamu menghalalkan judi di seluruh Negara"

1. Pihak bekuasa tempatan seperti DBKL, MPSJ, MPPJ, dan lain-lain sudah tentu mereka ini mempunyai kuasa dalam memberi lesen perniagaan, pasukan pemantau lesen premis sudah tentu menjalankan rondaan berkala bagi pemantauan.

2. Pihak Polis Diraja Malaysia yang seharusnya menjaga kegiatan haram di setiap kawasan, ada kalanya pusat judi haram ini berada tidak sampai 100 meter dari kawasan mereka bertugas.

3.Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia menjaga pemberian lesen Siber kepada syarikat Internet, sekiranya ada memberi lesen, sudah tentu adanya pemantauan, penggunaan Kenalpasti DNS juga amat mudah digunakan bagi megenalpasti premis menjalankan aktiviti Judi, apakah mereka kurang KEPAKARAN?

4. Tenaga Nasional Berhad, yang memberi sumber elektrik kepada premis. Adakah peraturan TNB membenarkan premis mengunakan sumber tenaga bagi syarikat yang melanggar undang-undang?

5. Syarikat Jalur Lebar seperti TM, YTL dan lain-lain, seperti tidak ada tanggunjawab untuk membenteras kegiatan judi haram, setiap syarikat pengguna yang memohon sudah tentu ada latarbelakang syarikat, kalau ada penipuan, kenapa tidak ditamatkan atau menghalang premis itu menggunakan perkhidmatan.

6. Akhir sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), janganlah bertindak pasif, kalau mahukan sebenar-benar menyiasat aktiviti rasuah secara total, bertindaklah secara proaktif, kegiatan judi haram umpama Gajah di depan mata, tidak perlulah mencari kuman di seberang laut, selesaikan yang di depan mata dahulu.

Pihak-pihak yang diatas adalah empunya kepada undang-undang atau syarat-syarat, mereka mempunyai kuasa di atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Bersatu dan benteraslah kegiatan haram ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


McTheory:
Sokong mesin judi dibenteras, sebab ada diantara sahabat kita yang jadi MAYAT hidup sebab gila berjudi. Berilah wang berapa banyak pun, ianya akan tetap dihabiskan dimesin. Kesudahannya hidup berhutang kiri kanan hingga menyusahkan orang lain.

Penguatkuasa patut tegas untuk benteras perkara ini..

HOT!! Kebangkitan Ekonomi Kedah, Pulau Pinang Bakal Rasai Kesannya! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Posted: 29 Jun 2014 07:19 PM PDT


Alhamdulillah.. Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir terus istiqomah untuk merealisasikan pembinaan LTA Kulim biarpun Lim Guan Eng meroyan cuba menghalangnya.

Kita kena ingat,sudah lebih 40 tahun Pulau Pinang ditatang bagaikan minyak yg penuh oleh Kerajaan Pusat biarpun sudah dua penggal Kerajaan Negeri Pulau Pinang ditadbir oleh parti DAP.

Buktinya Kerajaan Pusat tetap meneruskan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Nampaknya, sikap KIASU Lim Guan Eng ini mungkin di dasari oleh kejayaan negeri Kedah di bawah pentadbiran DS Mukhriz Mahathir yang berjaya menarik pelaburan masuk ke negeri Kedah daripada bulan Januari hingga Mac 2014 sebanyak lebih rm4 bilion berbanding Pulau Pinang sebanyak rm800 juta lebih sahaja.

Jadi, kita selaku rakyat Kedah tanpa mengira latar belakang politik..marilah sama-sama kita berdiri teguh di belakang DS Mukhriz Mahathir serta sama-sama berdoa agar pembinaan LTA Kulim ini menjadi kenyataan dan menjadi pemangkin kemajuan di negeri kita yg tercinta ini..In Sha Allah.



Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...