Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! SPR dedahkan penipuan dan sahkan kiraan penyokong PR salah!! #PRKTelukIntan

Posted: 03 Jun 2014 06:12 AM PDT


Nota: Beza kiraan macai dengan kiraan SPR. Dalam isu penjumlahan undi, macai PR seharusnya mencari petugas-petugas Dap yang mengesahkan penjumlahan undi PRK Teluk Intan. Sudah tentu pengesahan dibuat selepas kedua-dua pihak berpuas hati dengan jumlah undi diterima. Wakil BN dan Dap berada di pusat pengundian sejak awal pengundian bermula, ketika nama pengundi disebut secara kuat oleh pegawai SPR, semasa peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi, semasa undi dijumlahkan dan diketepikan jika didapati rosak; ketika diminta membuat pengesahan sebelum keputusan diumumkan dan ketika keputusan diumumkan. Kalau tak puas hati - soal siasat petugas-petugas Dap dan tanya mereka kenapa mereka mengesahkan jumlah undi yang diterima oleh kedua-dua calon.

Kiraan pembangkang bukan boleh dipercayai sangat. Dap terbukti gagal mengira dengan baik 2,000 undi dalam pemilihan CEC. PKR pula terbukti mengira undi di dalam bilik semasa pemilihan PKR. Pas - jentera Pas macam boikot je PRK Teluk Intan, Pas ada jentera ke di dalam pusat penjumlahan undi? Kalau jentera mengira undi pun tak de, bagaimana pulak la blogger Pas boleh menyibuk nak mempertikaikan penjumlahan undi yang disahkan oleh petugas-petugas Dap yang berada di pusat penjumlahan undi? Kot ya pun nak menipu, logik-logik la sikit ... :)

SPR nafi kertas undi PRK Teluk Intan lebih
pada 02-06-2014 06:06 Ditulis Oleh Shuhainiza Said

SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menjelaskan spekulasi yang sengaja ditimbulkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhubung 'kertas undi lebih' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Sabtu lalu.

Beliau ketika dihubungi Antarapos berkata, tindakan penyokong pembangkang yang menyebarkan fakta palsu bersabit jumlah kertas undi berlebihan sehingga menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, adalah tidak bertanggungjawab.

Sehari selepas PRK Teluk Intan, pengguna laman sosial Facebook disajikan dengan beberapa fakta yang salah bersabit pilihan raya itu.

Pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan kenapa jumlah kertas undi dan jumlah pengudi yang keluar mengundi tidak sama.


Mereka berkata sepatutnya jumlah kiraan undi adalah 40,242 iaitu setelah dicampur pengundi awal (392 undi) dengan jumlah pengundi keluar mengundi (39,850 undi).

Namun apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi DAP (19,919), jumlah undi yang diperolehi BN (20,157) dan undi rosak (505), ia nyata bercanggah, apabila mencatatkan angka 40,626 undi.

Mereka mempersoalkan mengapa terdapat lebihan 384 undi berbanding jumlah keseluruhan undi.

Kekeliruan bersabit perkiraan itu dipercayai berpunca daripada laporan akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 39,850, walhal setelah ditonton semula rakaman pengumuman keputusan pengundian, pada Sabtu lalu mendapati, pegawai pengurus pilihan raya langsung tidak menyebut mengenai angka tersebut.

Perkiraan rapuh itu mudah dipatahkan Aziz dengan berkata angka yang diperolehi pihak tidak bertanggungjawab itu tidak tepat.


Jelasnya, angka yang perlu diperhatikan rakyat Malaysia adalah jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR sebanyak 40,668 keping bukannya jumlah pengundi keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Sebagai mana yang dimasukkan dalam Borang 16, di bawah Peraturan 27 Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) -- Jumlah pemilih 60,349.

"Jumlah kertas undi yang dikeluarkan dalam pengundian 40,668. Mah Siew Keong (BN) dapat 20,157.. Dyana Sofea Mohd Daud dari DAP dapat 19, 919.. Jadi jumlah undian oleh pemilih 40,076... iaitu apabila dicampurkan kedua-duanya," jelasnya.

Tambah beliau, daripada jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR, 543 undi daripada adalah undi rosak dan bukannya seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu iaitu sebanyak 505 undi.

Sebanyak 49 kertas undi dicatatkan tidak dimasukkan ke dalam peti undi (tidak dikembalikan kepada SPR setelah dikeluarkan), tegas Aziz.

Oleh itu kata Aziz, jumlah undi yang dimenangi oleh Mah (20, 157), dicampur dengan jumlah undi yang diperoleh Dyana (19, 919), jumlah undi ditolak atau rosak (543) dan bilangan kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dimasukkan dalam peti undi (49); maka ia akan selari dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan iaitu 40,668 undi.

Jelasnya lagi, jumlah kertas undi yang dikeluarkan tidak sama dengan jumlah daftar pemilih adalah disebabkan peratusan yang keluar mengundi kecil iaitu 67.4 peratus.

Mengulas lebih lanjut, Aziz turut melahirkan kekesalannya kerana penyokong parti pembangkang gemar mencari salah SPR sekiranya keputusan pengundian tidak memihak kepada mereka, sedangkan semua angka yang diperoleh SPR telah dipersetujui oleh wakil-wakil calon di setiap saluran.

Ujarnya lagi, sebelum pengumuman keputusan hendak dibuat, SPR gagal mendapatkan Dyana mahupun wakilnya untuk diterangkan mengenai perkiraan itu.

"Panggil calon DAP.. tak datang..wakil pun tak ada masa nak mengumumkan,"ujarnya.

Kata Aziz lagi, pihak yang mempunyai kekeliruan bersabit angka pengundian itu seharusnya mendapatkan penjelasan daripada SPR dan tidak membuat andaian membuta tuli.

"Kepada mereka yang suka menggunakan maklumat yang tidak lengkap, yang mereka sendiri tidak faham, elok bertanya kepada SPR. Jangan manipulasi yang bukan-bukan dan mengelirukan orang ramai,"katanya lagi.

SUMBER

HOT!! Cerita Sebenar Disebalik 'Babi' Dalam #Cadbury!!

Posted: 02 Jun 2014 10:16 PM PDT


Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot' dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM..

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!


Setakat itu, 2 persoalan yang timbul;

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini?
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia.

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka.

Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.

sambung baca SINI

INFO!! Mangga Chokanan Tarikan Pelancongan Terbaru di #Kedah! @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 02 Jun 2014 08:44 PM PDT


Ladang Mangga Chokanan Terbesar Di Kedah

Dengan keluasan 14 hektar dan kapasiti 18000 pokok, Tobiar yang terletak di Pendang, Kedah kini terkenal sebagai ladang mangga chokanan yang terbesar di Kedah. Selain daripada mengeluarkan mangga, ladang ini juga dijadikan destinasi pelancongan yang wajib dilawati jika berkunjung ke Kedah.

Masa MAHA Kedah tempohari pun ada dipamerkan mempelam ni.



Nak rasa mangga segar dan terbaik dari ladang, jom singgah kat sini!


HOT!! Gambar Terbaru Hadi Awang di Hospital Istanbul!

Posted: 02 Jun 2014 06:14 PM PDT



Ini gambar terbaru Hadi Awang di unit ICU Medipol Universiteisi Hastanesi, Istanbul. Dikatakan beliau semakin pulih dari sakit dan sesak nafas yang beliau hadapi tempohari.

Mc doakan Hadi Awang secepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...