Kedah Ke KL - MctHeory |
- Ds Hj @MukhrizMahathir Marhaban Ya Ramadhan Pada Semua Rakyat Kedah! #KedahSerataRata
- INFO!! Aik dalam PKR ada BlackOut? Kata Tulus, Mulus, Kudus?..
- HOT!! Ibu Abaikan Anak OKU di Hukum..
- INFO! Jabatan Audit Negara Anugerah 4 Bintang Pada 11 Agensi di Kedah! #KedahSerataRata
Ds Hj @MukhrizMahathir Marhaban Ya Ramadhan Pada Semua Rakyat Kedah! #KedahSerataRata Posted: 28 Jun 2014 06:40 AM PDT |
INFO!! Aik dalam PKR ada BlackOut? Kata Tulus, Mulus, Kudus?.. Posted: 28 Jun 2014 04:02 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) menepis spekulasi kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi pada pemilihan parti tengah malam Rabu lalu sebagai satu 'permainan' atau perbuatan sabotaj. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, tidak timbul isu kejadian itu 'dirancang' kerana ia berpunca daripada kerosakan salah sebuah stesen sub Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Ia satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Bukan Ibu Pejabat PKR sahaja yang 'blackout', tetapi seluruh blok di kawasan Tropicana ini. "Kita telah menghubungi TNB secepat mungkin selepas berlakunya blackout dan membuat laporan. Kita menolak spekulasi bahawa kejadian blackout tempohari adalah permainan JPP," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat. Menurut Johari, sebaik lampu terpadam pada tengah malam Rabu, semua petugas yang sedang melakukan kiraan kertas undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk Cabang Kuala Selangor diarah keluar dari bilik di tingkat satu dengan segera. Katanya, pintu bilik tersebut kemudian dikunci sehinggalah bekalan elektrik pulih kira-kira pukul 2 pagi Khamis. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sungai Petani ini turut menegaskan bahawa mereka yang mengira undi adalah mereka yang dilantik khas untuk tujuan tersebut. "Mereka bukan dari kalangan cabang yang bertanding dan dipantau oleh kakitangan JPP serta wakil pihak yang bertanding. "Ketika itu, kiraan undi dilakukan di peringkat pusat, manakala di peringkat cabang belum dikira," ujarnya. Mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, beliau berkata, keputusan itu adalah keputusan yang belum disahkan JPP. Tetapi beliau berkata, secara tidak rasmi keputusan memang menunjukkan Abdul Khalid tewas kepada lawannya, S. Manikavasagam. "Tetapi beliau (Abdul Khalid) mendapat undi yang tinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan penyandang, Mohamed Azmin Ali di peringkat cabang berkenaan," katanya. |
HOT!! Ibu Abaikan Anak OKU di Hukum.. Posted: 27 Jun 2014 09:32 PM PDT RASAH - Ibu remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan tragis dan menyayat hati di Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini, Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkan anaknya itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi di Flat Taman Semarak, Nilai sekitar pukul 2.30 pagi, antara Januari dan 21 Jun lalu. Wanita yang bekerja sebagai pembantu penyajian makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja membiarkan Muhammad Firdaus tinggal tanpa pengawasan yang sepatutnya pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun lalu di tempat yang sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya. Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM7,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh wanita itu. Lolanopita yang diwakili peguam bela, Hanif Hassan pula memohon agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,000 bagi setiap pertuduhan agar dia dapat kembali memelihara anaknya. Jagjit kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 24 Julai ini. Wanita itu bagaimanapun dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2 petang ini selepas gagal membayar jaminan. Memetik laporan akhbar, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering sehingga menampakkan benjolan tulang, kotor, hanya memakai baju T yang koyak dan reput serta berlumuran najis di flat tersebut pada awal pagi Sabtu lalu oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin. Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. - Utusan Pengajaran buat semua Ibu.. kalau pun dah taknak anak tu. Sila hantar dirumah yang boleh jaganya dengan baik, bukan dikurung dan diseksa. kesiann.. |
INFO! Jabatan Audit Negara Anugerah 4 Bintang Pada 11 Agensi di Kedah! #KedahSerataRata Posted: 27 Jun 2014 06:55 PM PDT Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..sejarah baru terlakar di bumi Kedah Darul Aman yang tercinta. Jabatan Audit Negara telah menganugerahkan taraf 4 bintang kepada 11 agensi Kerajaan Negeri Kedah. "Ini sesuatu yang sangat membanggakan kami (Kerajaan Negeri) sebab tidak ada lagi sebelum-sebelum ini sesebuah negeri yang mencapai 4 bintang bagi begitu banyak sekali agensi dan jabatan". 1) MAIK 2) Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah 3) PKNK 4) Pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah 5) Majlis Bandaraya Alor Setar 6) Majlis Perbandaran Kulim 7) PTD Kulim 8) PTD Kuala Muda 9) PTD Yan 10) PTD Kota Setar 11) Jabatan Hutan Negeri Kedah Jangan pulak ada yang kata agensi tu dapat 4 bintang sebab hasil tangan dari Pas. Sebab Pas dah berkubur tahun 2013. Mana la tau kot ada yang pekak dan buta pulak. he he.. Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment