Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kedah Nak Buat Internation Airport Apahal @cmLimGuanEng Pulak Meroyan?? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 13 Jun 2014 07:18 AM PDT



Kecoh hari ni Kedah nak buat airport baru.. airport international. Baru Dato Seri Mukhriz buka mulut sikit, dah kecoh satu Malaysia. Rilekk.. sabar..

Ds Mukhriz baru cadang nak bina international airport kat Kulim, lebih kurang katanya disekitar kawasan Sedim. Ada sebab beliau bagi cadangan tu.

Sebenarnya, baguslahh cadangan tu.. sebab Sedim kawasan jauh dari bandar dan ekonomi dikawasan tu agak perlahan kerana tak ada sumber yang boleh dijana selain dari pertanian.

Bila ada airport kat sana, kawasan sekitar situ boleh membangun dan ekonomi disekitar kawasan berkenaan termasuk Selama, Serdang dan Bandar Baharu akan turut merasakan tempiasnya.

Satu perancangan yang bijak. International airport tu akan jadi hub penerbangan antarabangsa dikawasan utara. Bukan saja dari Kedah, malah Penang darat dan utara Perak juga boleh mengunakannya.

Kulim Hi-Tech pun akan jadi lebih maju. Sebab jalan masuk antarabangsa, berdekatan. Tak perlu nak seberang jambatan lagi dah.

Mc sokong penuh cadangan ini malah harap cadangan Ds Mukhriz ini akan direstui oleh kerajaan pusat.

Pada Ds PM yang disayangi.. jangan berfikir lebih-lebih.. sila tunaikan janji.

Tapi bila Kedah nak buat airport, negeri jiran yang lambang roket tu bising.. sibuk plak..

Tiba-tiba cakap tak sesuai??

Wei apek!! Lu sapa??
Gila si apek senget ni..

Apahal si Guan Eng pulak nak meroyan? Kedah nak buat airport, lu apahal nak sibuk? Guna duit lu ke Guan Eng? Lu jaga Penang sudahh..jangan sibuk negeri orang.

Nak minum air pun minta sedekah sama Kedah, lagi nak bising?


McTheory:
Pergi mampus sama itu Guan Eng..

INFO! Jom Bertani Tingkatkan Ekonomi dan Kesihatan! @IsmailSabri #Dsis

Posted: 13 Jun 2014 02:12 AM PDT



Mc ni salah seorang peminat program pertanian. Mungkin jiwa anak Kedah ni lebih dekat dengan kerja tanah. Merantaulah ke pelusuk dunia. Tapi bila pulang ke Kedah, ternyata luas pandangan dan masih penuh dengan kehijauan hutan dan kekuningan padi.

Mc sokong program Jom Bertani disematkan pada semua rakyat Malaysia. Tidak hanya di luarbandar, dibandar pun boleh dengan mengunakan cara pertanian dalam bandar.

Berbudi pada tanah ni, tidak hanya perolehi hasil sayur atau buah, tapi jika lebih boleh dijual, malah orang yang mengerjakannya setiap pagi pun sihat, keluar peluh.

Banyak kelebihannya ni..

Jom dengar kata Dato Ismail Sabri tentang program Jom Bertani yang diadakan di Terengganu.


Asal Usul Program Jom Bertani



Merakyatkan Pertanian Sebagai Satu Budaya



Kurangkan import Sayuran dari luar negara


Kembalikan tradisi kita..

HOT!! Kedah Bakal Ada Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim? #HanyaDiKedah

Posted: 12 Jun 2014 11:34 PM PDT



Cadangan Kedah nak buat satu lapangan terbang antarabangsa yang baru adalah sangat bagus. Pulau Pinang punya airport dah sibuk, malah orang Kedah pun susah nak pi sana. Bila buat satu kat Kulim, dibahagian Sedim contohnya. Pembangunan dari lapangan terbang tersebut akan meningkatkan ekonomi sekeliling.

Sekarang ni kawasan disebelah sana, umpama hidup cukup makan. Bila ada lapangan terbang, ia juga menjana ekonomi setempat, selain kemudahan pada yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Baca artikel di bawah,

Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa yang baharu sekali gus akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air, sekiranya cadangannya diluluskan kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 600 hektar di Kulim itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan negeri mendapati terdapat permintaan bagi pengangkutan udara disebabkan kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad manakala keperluan kargo serta penumpang di masa depan pula bertambah.

"Tawaran Kedah kepada kerajaan Persekutuan adalah sebidang tanah yang luas dan mampu menampung dua landasan lapangan terbang untuk operasi kargo dan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program peningkatan kerjaya dan sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di sini Khamis.


Beliau berkata walaupun cadangan berkenaan masih di peringkat awal, kerajaan negeri percaya ia akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di zon utara malah termasuk Selatan Thailand.

Katanya kawasan yang dikenal pasti pula sangat strategik kerana berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim yang bersempadan dengan Sungai Petani selain berhampiran dengan Pulau Pinang.

"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri mengenainya dan kita akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan," katanya. - BERNAMA

HOT!! 3 Menteri Besar Harapan Rakyat Malaysia? #HanyaDiKedah

Posted: 12 Jun 2014 07:12 PM PDT

3 Menteri Besar harapan rakyat?

KERJA menteri besar (MB) tidak terlepas daripada dipantau rakyat sebagaimana mereka melihat kuman menggunakan mikroskop. Lazimnya mereka dikait pelbagai tuduhan liar tidak berasas. Mereka dipersalahkan terlebih dulu sebelum muncul fakta kes.

Selain Selangor, MB mewakili negeri kecil juga tidak terkecuali. Gara-gara masalah membabitkan kolam renang di sukan Sukma tempoh hari, tempiasnya turut terkena MBnya, Azlan Man.

Setakat ini yang teruk kena belasah ialah Abdul Khalid Ibrahim. Ini kerana harapan tinggi rakyat terhadapnya selaku MB mentadbir sebuah negeri penting seperti Selangor. Ia kemudian mendorong Anwar Ibrahim mahukan jawatan itu cuma keputusan mahkamah tinggi yang tidak memihaknya.

Kes Abdul Khalid agak klasik kerana ia satu-satunya MB yang mewakili PKR. Berbanding Abdul Khalid, tokoh jauh lebih layak menjadi MB ialah Azmin Ali tetapi malangnya dipinggirkan.

Mantan MB Kelantan tak banyak buat sesuatu yang signifikan namun lebih bernasib baik daripada penggantinya. Ini kerana rakyat Kelantan mahukan ulama berbanding teknokrat. Bagi mereka, kemajuan tidak harus diukur dengan berapa tingginya bangunan dan sebagainya.

Keadaan di Terengganu lain pula. Isu Ahmad Said digantikan dengan Ahmad Razif Abdul Rahman, Adun Seberang Takir gara-gara prestasi BN dalam PRU13. Jika bukan kerana dua kerusi memihak BN, hari ini Paa sudah pun kembali memerintah.

Kedudukan di Pahang dan Negeri Sembilan terus menarik perhatian kerana sebelumnya terdapat spekulasi kedua-dua MB itu bakal diganti. Melaka pula, sejak Idris Harun dilantik ke jawatan Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam tidak ada masalah.

Sedang semua negeri dibayangi pelbagai masalah tiga MB yang secara relatifnya masih muda menjadi perhatian umum. Yang dimaksudkan ialah Mukhriz Mahathir (Kedah), Khaled Nordin (Johor) dan Dr Zambry Abd Kadir (Perak).

Khaled baru terbabit dalam kontroversi apabila kerajaan negeri meluluskan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). Ia memberi kuasa Sultan Johor dalam hal berhubung perumahan dan tanah di negeri itu. Namun Majlis DiRaja Johor dalam kenyataan menyangkal Tuanku akan campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran seperti digembar-gemburkan media pembangkang.

Khaled dilihat mempunyai sebab menyokong penglibatan Sultan Johor terutama dalam isu pemilikan hartanah dan rumah rakyat. Selama ini orang asing selain membolot kekayaan di Johor pada masa sama menjadikan negeri ini sebahagian daripada padang permainan.

Andaian jika golongan pegawai kanan boleh dibeli kita yakin dengan kemasukan pihak istana, keadilan dapat ditegakkan. Khaled mengambil pendekatan pro aktif dan bukannya membodek Tuanku. Reformasi yang bakal berlaku di negeri itu akan memanfaatkan rakyat Johor.

Di Kedah, kedudukan Mukhriz jauh lebih selamat. Dia diterima baik Umno, Pas mahupun rakyat atas pagar. Kerana faktor Mukhrizlah maka dalam PRU13, BN Kedah kembali memerintah.

Laluan Dr Zambry tidak seperti dirintis Mukhriz kerana tokoh ini sentiasa dibayangi krisis kejatuhan kerajaan PR Perak yang berusia 11 bulan pada 2009.

Sejak awal pentadbirannya, tiada kata-kata baik kedengaran. Ia dituduh terlibat menjatuhkan kerajaan PR secara tidak demokratik. Dalam sidang Dun Perak pun ada wakil DAP secara terbuka menyebut "kerajaan haram... rampasan kuasa."

Sejak awal lagi, bukanlah kerja mudah menarik semula sokongan pengundi Melayu serta mereka yang di atas pagar. Sebagai pemimpin beliau tidak terIepas daripada dikritik. Isu terbaru mengenai Dr Zambry dituduh hilang masa PRK Teluk Intan manakala kelopongan itu terpaksa diisi tokoh-tokoh lain.

Yang mengkritiknya terlupa menjelang hari pembuangan undi pada 31 Mei, Almarhum Sultan Azlan mangkat. Beliau berulang alik dari Ipoh ke KL sebelum turun ke Teluk Intan. Selesai majlis tahlil di Istana Bukit Chandan dan sampai saja di Teluk Intan, orang lain sudah diulit mimpi.

Setakat ini tiga MB ini dikenal pasti sebagai pemimpin harapan rakyat atau pemimpin masa depan. Mereka tidak akan kekal di sini selamanya kerana tugas ini bersifat sementara menunggu ditarik pula ke pusat.

Mereka tak ubah seperti putera mahkota yang dipersiapkan supaya suatu masa nanti bila berlaku peralihan kuasa ia berjalan dengan baik dan terurus.

Sama ada mereka berjaya melalui dugaan politik, ia adalah takdir ketentuan Ilahi. Mereka hanya merancang tetapi di tangan rakyatlah sama ada masa depan mereka cerah ataupun sebaliknya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...