UMNO Online - “BERSIH Tidak Mampu Bersihkan Diri Untuk Nafi Sebagai Alat Pembangkang” plus 9 more

UMNO Online - “BERSIH Tidak Mampu Bersihkan Diri Untuk Nafi Sebagai Alat Pembangkang” plus 9 more

Link to UMNO Online

BERSIH Tidak Mampu Bersihkan Diri Untuk Nafi Sebagai Alat Pembangkang

Posted: 13 Jun 2014 04:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13  Jun – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) `BERSIH' bukanlah satu pertubuhan yang memperjuangkan ketelusan sebaliknya merupakan alat dan perkakas pembangkang untuk membangkitkan sentimen dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan sedia ada, bukannya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Noor Adam menyifatkan gerakan dan tindakan demonstrasi demi demonstrasi BERSIH selama ini telah menyebabkan kekecohan dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia, yang kononnya menuntut pilihan raya yang lebih bersih tetapi apa yang berlaku, jelas membuktikan mereka hanya dijadikan alat oleh pakatan pembangkang.

"Ini kerana apabila kepincangan yang berlaku dalam pemilihan DAP dan juga pemilihan PKR baru-baru ini, BERSIH hanya menyepikan diri dari menyatakan pandangan mereka seolah-olah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dalam pemilihan kedua-dua parti tersebut.

“Ini membuktikan bahawa BERSIH `double standard', kalau mereka melihat pemilihan dalam PKR dan DAP ini tidak mempunyai kepentingan awam, bagaimana sebuah parti yang kacau bilau dan penuh dengan penyelewengan undi serta budaya samseng ini mampu mencorakkan wajah kepimpinan negara sebagaimana yang mereka cita-citakan," ujarnya yang juga bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, jika pemilihan parti pun tak mampu dilakukan dengan keadaan yang bersih dan telus, bagaimana pula nak mentadbir negara dan menjaga kepentingan awam nanti.

"Jadi, saya nasihatkan kepada BERSIH untuk turut bersama-sama membersihkan parti yang diterajui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

“Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti PKR dan DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat?

“Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi pakatan pembangkang sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Nik Aziz Umpama Tempat Mencuci Dosa Pemimpin Pembangkang

Posted: 13 Jun 2014 03:54 AM PDT

"Proses penyucian diri dari dosa", itulah istilah politik yang sering kedengaran apabila bercerita tentang PAS, yang sebenarnya wujud dek kerana ketaksuban para ahlul mereka kepada pimpinan parti, terutamanya Nik Aziz.

Bijak menghidu kelemahan para pentaksub, DAP tampil menggunakan taktik ampuh ini demi untuk mengekalkan "status quo" penguasaan mereka ke atas PAS. Elemen ini digunakan sebagai "core-tactic" atau "foundation" kepada pelan besarnya iaitu "pecah dan perintah".

Tentunya pendekatan "penyucian dosa" sangat menguntungkan, kerana apa-pun penghinaan terhadap Islam akan dianggap selesai oleh ahlul PAS hanya dengan mendengar kenyataan-kenyataan kononnnya selesai beserta gambar si pesalah bersama Nik Aziz.

Maka dengan itu, akan bertautlah kembali "tahaluf siyasi" ahlul-ahlul PAS sambil mengembangkan hidung berbangga-bangga kononnya DAP berjaya ditarbiyah, dan tidak dilupakan bahawa ini hanyalah gembar-gembur dan fitnah dari UMNO semata.

Maka dengan itu, akan bertautlah kembali "tahaluf siyasi" ahlul-ahlul PAS sambil mengembangkan hidung berbangga-bangga kononnya DAP berjaya ditarbiyah, dan tidak dilupakan bahawa ini hanyalah gembar-gembur dan fitnah dari UMNO semata.

Beberapa tahun sudah, Nik Aziz dikunjungi oleh Elizabeth Wong dengan skandal kangkangnya, maka lahirnya kenyataan yang melucukan hati dari Nik Aziz demi memisahkan isu sebenar berkenaan akhlak seorang pemimpin dengan hak peribadi.

Taktik yang sama juga digunapakai oleh Teo Ni Ching yang terkinja-kinja sambil berpakaian ketat di dalam kawasan masjid. Tidak cukup dengan itu, Teo juga memberi "tazkirah" di syaf hadapan dalam sebuah surau di Kajang dengan kebaya yang memperlihatkan susuk tubuhnya telah membangkitkan kemarahan umat Islam waima dari kalangan ahlul PAS sendiri.

Namun, segalanya terlerai apabila bertemu dengan Nik Aziz. Kembang kempis hidung ahlul PAS mengatakan bahawa ianya selesai.

Terbaru, Dyana Sofya, yang secara terangan menolak usul perlaksanaan Hudud di Parlimen sekiranya menang PRK Teluk Intan pula dimajukan untuk menjalani "proses penyucian" yang sama.

Dyana Sofya menjelaskan, sebagai orang Islam beliau tidak menolak hukum Allah itu namun sebagai ahli parti, beliau perlu menyokong pendirian parti dalam isu ini. "Seperti yang saya katakan saya tidak pernah menolak hudud. Sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud. Tetapi saya sama dengan parti DAP,"

Jawapan Dyana ini sama tarafnya seperti jawapan popular politik tanah air, iaitu "nampak macam saya, tapi bukan saya"! Sekadar memperbodohnya pengikut semata!

Mungkin kenyataan terbaru Ngeh Koo Ham boleh menjadi tamsilan kepada ahlul PAS, dan mula mencongak sudah berapa kali kah DAP mencabar Islam; simbolik kepada perjuangan PAS, kononnya!

Jangan terkejut jika selepas ini, Ngeh bakal mengunjungi Nik Aziz untuk "kowtim"!

Apa kata pentaksub?

Ameen Latif

Detractors Of Royal Institution “Dangerous Virus” – Perlis MB

Posted: 13 Jun 2014 02:28 AM PDT

ARAU, June 13 – Perlis Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man has described those who previously supported the royal institution but now reject it for their own interests, as a “dangerous virus” which could disrupt social harmony.

He said they had used the royalty for their own interests but now opposed it when they were challenged.

“This group has no identity because they do not support the royal institution whereas, the British colonialists respected and accepted it,” he said.

“The Malays should show a good example and defend their rights as pillars of unity,” Azlan said in his speech at the closing ceremony of the Seminar on the Royal Institution II 2014 held at the Universiti Malaysia Perlis in Pauh Putra near here today.

He said the constitutional monarchy system was embedded in Article 181 of the Federal Constitution.

Azlan also said awareness of the royal institution should be increased among the people as there were those who did not understand its role and relationship with the ruling government.

Tidak Salahkan Pas Pula…. Perlihat Wayang Bermuka-muka DAP

Posted: 13 Jun 2014 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata DAP tidak pernah menyalahkan Pas sebagai punca kekalahan calon DAP di Teluk Intan adalah sebagai usaha untuk memujuk semula hati kepimpinan dan ahli Pas, yang ternyata tidak senang dengan tuduhan parti tersebut punca kekalahan pakatan di Teluk Intan.

Beliau yakin kenyataan itu terbit berdasarkan respon yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pas, khususnya ahli dan penyokong akar umbi Pas yang mula tersentuh dengan kenyataan kepimpinan DAP yang mendakwa isu hudud parti tersebut menyebabkan calon mereka kalah di PRK Teluk intan yang lalu.

"Saya kira kenyataan tersebut hanyalah untuk mengambil hati pemimpin dan penyokong Pas. Ini politik DAP untuk membeli jiwa pemimpin dan ahli-ahli Pas. Ini disebabkan DAP mula sedar bahawa kenyataan mereka itu telah mengguris hati kepimpinan dan penyokong Pas, yang boleh memberikan kesan tidak baik terhadap sokongan kepada pakatan pembangkang.

"Itulah, seperti kata orang-orang tua-tua, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Jelas bahawa kenyataan kepimpinan DAP yang sebelum ini begitu lantang mengkritik dan menuduh bahawa isu hudud itu merupakan punca kekalahan DAP, sedikit sebanyak  menyebabkan keretakan perhubungan dan sokongan antara Pas dan DAP," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya lagi, pemimpin dan ahli-ahli Pas sepatutnya membuka mata dengan sikap DAP yang begitu senang berubah-berubah mengikut kepentingan politik mereka.

"Sebelum ini DAP  memang menuduh Pas punca kekalahan mereka. Tetapi hari ni tiba-tiba mereka berkalih kata-kata dengan mendakwa DAP tidak pernah menuduh Pas punca kekalahan di Teluk Intan, sedangkan kita semua menjadi saksi perkataan mereka itu.

"Inilah sikap DAP yang bagi saya bagaikan talam dua muka. Apabila melihatkan kepentingan mereka tergugat, apabila sudah sedar bahawa pengikut dan penyokong Pas sudah mula bereaksi negafif yang boleh menjejaskan undi dan sokongan kepada DAP, maka tiba-tiba pemimpin  DAP buat pusingan u -turn, menafikan pula segala tuduhan mereka terhadap Pas selama ini.

"Jadi dalam hal ini sudah jelas sikap bermuka-muka kepimpinan DAP. Justertu itu, saya harap agar ahli-ahli dan penyokong Pas sedar tentang permainan politik DAP ini. Jangan terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Jangan kita mudah diperkotak-katikkan dan diperbodoh-bodohkan oleh mereka ini," tegasnya.

Terbaru, Ahli Parlimen Pucong, Gobind Deo Singh membuat kenyataan bahawa faktor kekalahan calon DAP di Teluk Intan adalah berpunca daripada isu hudud yang dibangkitkan oleh Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menafikan perkara tersebut dan mendakwa Gobind tidak bermaksud menyalahkan Pas apabila calon DAP kalah dalam PRK itu dan hanya berkata ada isu hudud hanya antara faktor kekalahan, dalam pertemuannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru, Kota Bharu Kelantan semalam.-MediaUMNO

Pelik Tapi Benar… 60 Bekas Anggota PKR Masih Tersenarai Untuk Jadi Pengundi

Posted: 13 Jun 2014 02:19 AM PDT

PELABUHAN KLANG, 13 Jun – Enam puluh bekas anggota PKR yang meninggalkan parti itu sejak empat tahun lepas masih tersenarai sebagai pengundi untuk pemilihan jawatan dalam parti itu.

Bekas Ketua Ranting PKR Taman Permai, Klang, A.Prakash mendakwa perkara itu dilihat boleh membuka peluang kepada pihak tertentu untuk memasukkan nama bekas anggota parti terbabit sebagai pengundi hantu.

“Mereka menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Barisan Nasional gunakan pengundi hantu tetapi PKR lebih teruk. Mereka sepatutnya memadamkan nama anggota yang telah keluar parti tetapi selepas diperiksa nama kami masih ada dalam sistem (senarai anggota),” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kira-kira 30 anggota PKR dari ranting itu dan 30 lagi dari Ranting Kota Pendamar, Klang, menerima surat daripada parti yang meminta mereka supaya keluar mengundi pada pemilihan kali kedua.

“Ini boleh menyebabkan berlaku penyelewengan dan cubaan untuk menambah undi berikutan pengiraan undi akan dibuat di ibu pejabat PKR dan keputusan pemilihan hanya akan diketahui dua hari selepas pengundian,” katanya.

Prakash turut membangkitkan mengenai kemungkinan ada pihak yang menanggung yuran keanggotaan bagi beliau dan bekas anggota PKR lain berjumlah RM2 setahun bagi mempastikan keanggotaan mereka terus aktif.

Sehubungan itu, beliau mendesak kepimpinan tertinggi parti supaya memadamkan nama beliau dan bekas anggota lain daripada senarai anggota parti sebelum pihaknya mengambil tindakan selanjutnya.

“Kami akan hadir pada pemilihan parti bahagian Klang Ahad ini untuk memeriksa sama ada nama kami masih berada dalam senarai pengundi dan jika mereka masih tidak memadamkan nama kami, kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sebanyak 35 cabang PKR mengadakan pemilihan semula selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat membatalkan proses itu atas alasan wujud elemen mensabotaj parti seperti merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan.

Enggan Akui Kelemahan, DAP Ibarat “Damn Arrogant Party”

Posted: 13 Jun 2014 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menasihatkan DAP untuk menerima kekalahan mereka dalam mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan baru-baru ini, bukannya menuding jadi kepada orang lain terhadap kekalahan tersebut.

"Saya nak kata pada mereka, kalau sudah kalah, kalahlah. Nak buat apa nak mempersalahkan orang lain, mula-mula salahkan calon mereka, Dyana kerana dia Melayu.

“Kemudian mereka salahkan Pas kerana perjuangan hudud, salahkan pengundi Cina dan India tak undi mereka (DAP), semua nak salahkan orang. Mereka kena lihat diri sendiri dulu, mereka yang tak betul," ujarnya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Tambahnya, tindakan DAP ini membuktikan bahawa mereka parti yang angkuh, sombong, bongkak selain membuktikan bahawa kononnya merekalah parti yang mendominasi pakatan pembangkang.

"Jika kita lihat, parti DAP itu bermaksud 'Damn Arrogant Party'. Memang angkuh, sombong, selain jelas menunjukkan parti itu didominasi oleh pemimpin yang angkuh dan sombong," tambahnya mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan ketegasan Pas yang berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai faktor yang mendorong kepada kekalahan Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan. -MediaUMNO

Sabah Co-Op Sector Records Positive Growth

Posted: 13 Jun 2014 12:31 AM PDT

KOTA KINABALU, June 13 – The Sabah cooperative movement recorded positive growth between January and March this year with the registration of 24 new co-ops, said Deputy Sabah Chief Minister, Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya, who is also Sabah Agriculture and Food Industry Minister, said with the 2.3 per cent increase in the number of co-ops, Sabah now has 1,086 and the membership has also increased by 30,309 to 328,180.

He said during the period the co-ops’ share capital has increased by RM14.03 million, or 15.2 per cent, to RM106.1 million.

The assets of the co-ops had also increased by RM166.8 million, or 20 per cent, to RM696.7 million.

“The earnings of the co-ops increased by RM300,000 to RM283.7 million,” he said.

Yahya said this when chairing a a meeting of the Sabah Cooperative Council (MPKNS) here today.

Also present was Director of Malaysia Co-operative Societies Societies Commission, Sabah, Umar Sarim Saidin.

Yahya, who is also Chairman of MPKNS, said this year a co-op supermarket would be set up in Kota Kinabalu under Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Bhd and a ‘Smart’ petrol station would be set up by Koperasi  Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Bhd in Balung, Tawau.

He hoped that the co-ops, besides involving in poultry sector, would also diversify in real estate sector as it would help them to grow.

Jangan Salah Guna Surat Sokongan – SPRM

Posted: 13 Jun 2014 12:28 AM PDT

SEREMBAN, 13 Jun -  Memang tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk ahli politik mengeluarkan surat sokongan tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai suatu bentuk arahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata mengeluarkan surat sokongan adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab ahli politik untuk menolong orang ramai, bagaimanapun penjawat awam harus memastikan sesuatu keputusan tidak dibuat hanya berdasarkan kepada surat sokongan berkenaan.

Surat sokongan tidak boleh menjadi penyebab keputusan hendak dibuat ataupun asas keputusan dibuat, katanya.

“Mereka harus dan mesti mengikut peraturan kewangan yang ada dan berasaskan pada peraturan itu, barulah sekiranya keadaannya semua sama dan sekiranya tidak ada perbezaan antara beberapa penenda, mungkin mereka boleh mengambil surat sokongan itu sebagai pertimbangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Negeri Sembilan bersama SPRM di sini Jumaat.

“Ini kerana mereka (penjawat awam) nanti terpaksa menjawab sekiranya siasatan dibuat dan kami akan berteraskan kepada peraturan kewangan,” katanya.

Mengenai laporan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini bahawa ujian integriti atau psikometrik akan dilakukan ke atas setiap anggota polis atau rekrut baharu yang akan mengisi jawatan dalam pasukan itu, Abu Kassim berkata pihaknya menyokong penuh apa juga usaha untuk meningkatkan integriti sesebuah organisasi itu.

“Bagi kami, terutama soal pengambilan pegawai baharu, ia kalau salah di peringkat pengambilan maka kesannya jauh dan lama kerana kalau kita silap mengambil orang yang tidak berintergriti, proses untuk ‘membuangnya’ bukan senang.

“…dan mungkin dia tidak dapat dikesan, perbuatannya dan sebagainya dan merosakkan reputasi organisasi itu. Jadi, cukup wajar sekiranya proses pengambilan dibuat secara teliti dan pastikan elemen integriti dijadikan elemen utama sebelum seseorang itu dilantik memegang jawatan dalam organisasi,” katanya.

Mengenai seminar itu, Abu Kassim berkata beliau menyampaikan ceramah kepada anggota politik di negeri ini mengenai perkara yang mereka harus faham mengenai kebebasan SPRM.

“Ini kerana saya dapati banyak ahli politik yang mungkin tidak mendapat maklumat yang sejelasnya mengenai struktur baharu SPRM termasuk kebebasan SPRM yang ada. Seperti yang diketahui, SPRM ialah sebuah badan bebas dari segi operasinya sejak 2009.

“Pada masa yang sama, kami maklumkan bahawa kami juga sedang meminta ahli politik bersatu hati menyokong pindaan perlembagaan mengenai pengwujudan suruhan jaya perkhidmatan SPRM, sekiranya pihak kerajaan membawa perkara tersebut ke Parlimen.

“Itu sebabnya kami minta mereka memahami bahawa tujuan pindaan tersebut adalah untuk memperkasa SPRM dan juga untuk memenuhi perkara yang terdapat dalam ‘United Nation Convention Against Corruption’ iaitu piagam atau konvensyen yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 2004 dan diratifikasikan pada 2008,” kata Abu Kassim.

Beliau berkata sebagai negara yang telah membuat ratifikasi, semua pihak harus memastikan perkara dalam konvensyen itu diikuti. 

“Ini sebabnya saya menerangkan dalam semakan kita terhadap konvensyen tersebut ada dua perkara besar yang harus dibuat dan perkara ini memerlukan pindaan Perlembagaan,” katanya.

Terengganu Teruskan Kesinambungan Perkasa Bidang Pendidikan

Posted: 13 Jun 2014 12:24 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 13 Jun – Kerajaan negeri Terengganu meneruskan kesinambungan bagi memperkasa sektor pendidikan di negeri ini dengan menggerakkan agenda Transformasi Era Baharu yang memberi tumpuan kepada kemajuan dan pembangunan pendidikan rakyat Terengganu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri juga sentiasa bersama kerajaan persekutuan dalam usaha merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Program Transformasi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

“Bagi memacu kesinambungan ini, kita berharap para pendidik dapat memberikan sokongan penuh pada agenda pendidikan yang sedang dilaksanakan ini.

“Saya berharap apa yang dirancangkan ini dapat dihasilkan sekali gus dapat memberi nafas baharu dalam pendidikan di negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis Program Transformasi Kepimpinan Pengurusan Sekolah Negeri Terengganu.

Menteri besar berkata kerajaan negeri juga terus memberi komitmen yang tinggi kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha memastikan Terengganu sentiasa berada di hadapan dan memimpin kecemerlangan pendidikan negara.

Selain pencapaian akademik dalam kalangan murid, kerajaan negeri juga bersama-sama dengan JPN turut menjayakan model murid negeri Terengganu pasca 2020.

Langkah yang dilakukan ini merupakan usaha pelengkap bagi memastikan setiap aktiviti serta pencapaian akademik pelajar dapat diatur dengan baik sekali gus memastikan pelajar di negeri ini merekodkan kejayaan yang dapat membanggakan negeri, kata Ahmad Razif.

Sementara itu, beliau berkata sebuah Pusat Transformasi Rakyat yang dikenali sebagai PUTRA telah diwujudkan, yang mempuyai lima kluster iaitu Pendidikan, Ekonomi, Agama, Belia dan Sosial serta Pembangunan Politik.

Katanya bagi kluster pendidikan, Terengganu berhasrat mengumpul segala maklumat dan pandangan berhubung pencapaian, kemajuan dan pembangunan pendidikan di negeri ini seterusnya melaksanakan kajian ilmiah sebagai panduan pelaksanaan program yang lebih relevan, berkesan dan berkualiti.

“Saya berharap agar segala usaha kerajaan negeri dengan sokongan padu kerajaan persekutuan dapat memajukan rakyat dan negeri Terengganu menerusi transformasi agena pendidikan,” kata menteri besar.

Kerajaan Selangor Digesa Dedah Analisis Bekalan Air Menerusi Projek Horas

Posted: 13 Jun 2014 12:18 AM PDT

KUALA SELANGOR, 13 Jun – Kerajaan Selangor digesa mendedahkan analisis kandungan bekalan air menerusi pelaksanaan projek ‘Hybrid off River Augmentation System’ (Horas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Isnin ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata pihaknya telah membawa isu tersebut kepada speaker DUN untuk dijadikan usul supaya laporan berkenaan dapat dijelaskan secara lebih telus kepada rakyat.

Katanya walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi pelbagai jaminan namun rakyat Selangor berhak untuk mengetahui mengenai keselamatan sumber air daripada projek Horas itu.

“Kita nak penjelasan, adakah air yang dipam dari lombong itu selamat digunakan selepas ditapis sebagai air bersih. Kita tidak mahu nanti ada pula kesan-kesan sampingan yang boleh mengancam kesihatan rakyat pada masa depan,” katanya semasa lawatan ke projek Horas di Kampung Sungai Darah di sini hari ini.

Menyifatkan krisis air tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negeri maju seperti Selangor, Mohd Shamsudin meminta kerajaan negeri menjelaskan sama ada projek Horas mampu menyalurkan bekalan air terawat secukupnya kepada seluruh rakyat sepanjang musim kering yang diramal boleh melanda sehingga 18 bulan.

Katanya selain Horas, kerajaan Pakatan Rakyat itu juga harus lebih bersedia dan mempunyai alternatif dalam mencari sumber air supaya catuan bekalan tidak akan berulang seperti yang dijanjikan Menteri Besar sebelum ini.

Sehubungan itu, pihaknya turut membawa usul kepada DUN untuk meminta Abdul Khalid memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan bebanan yang terpaksa ditanggung semasa catuan air selama tiga bulan baru-baru ini.

Usul ini, katanya, dibawa kerana kecuaian dan kegagalan kerajaan Selangor sejak 2008 merangka pelan tindakan alternatif untuk menyediakan bekalan air secukupnya bagi menghadapi krisis.

“Sebagai tanda yang boleh menunjukkan kerajaan Selangor bertanggungjawab, apa salahnya memohon maaf kerana kegagalan itu menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...