Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! TPM Mahu Kita Kekalkan Budaya 'Bertani' Hingga Menjadi Tradisi!! @IsmailSabri #Dsis

Posted: 12 Jun 2014 08:18 AM PDT


Program Jom Bertani peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Besut tadi membawa sinar harapan baru kepada para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Program yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu banyak memberikan manafaat kepada para petani, penternak dan nelayan dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa pihak FAMA telah memaklumkan kepada beliau bahawa 3 kawasan pasar borong baharu telah dikenal pasti untuk memberikan peluang bagi golongan petani, penternak dan nelayan memasarkan hasil jualan mereka.


Beliau juga mengatakan bahawa sebanyak RM 5 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program Jom Bertani diseluruh negara dan pelbagai insentif disediakan seperti bantuan kepada nelayan dan penternak.

Dalam ucapan Menteri Pertanian pula, Dato' Sri Ismail Sabri mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana begitu mengambil berat tentang sektor pertanian, penternakan dan penangkapan ikan diseluruh negara.


Sebelum merasmikan program Jom Bertani di Besut, Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu diikuti oleh ahli parlimen Jerteh, exco exco kerajaan Negeri Terengganu dan ADUN ADUN dari beberapa kawasan telah melawat pasar jualan ikan di jeti nelayan Kuala Besut.



Timbalan Perdana Menteri juga disambut dengan penuh meriah di Kampung Nyor Tujuh Besut dimana tempat pelancaran program Jom Bertani berlangsung. - Sumber

Jom kita dengar apa menteri sendiri terangkan Program ni untuk apa..


Kemudian dengar pesanan terbaik dari TPM mengenai Pertanian merupakan satu budaya..

INFO!! Apa Ketua Polis Kedah Buat Tengah Jalan Tu?

Posted: 12 Jun 2014 12:47 AM PDT


Siapa sangka Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang berjaya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan baik.

Dalam gambar di atas, walaupun berjawatan tinggi Ahmad dirakam tidak kisah untuk mengambil tugas mengawal lalu lintas.

Difahamkan kesudiannya menjalankan tugas ini dilakukan ketika PDRM Kedah melakukan konvoi ke Lumut, Perak berhenti rehat di Plaza Tol Sg Dua Arah Selatan baru-baru ini.


Ahmad mula bertugas sebagai Ketua Polis Kedah sejak 16 Disember 2010 menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Terbaik la Datuk.. contoh kepada anak-anak buah yang lebih sudu dari kuah!

HOT!! @MukhrizMahathir Mahukan Pas dan UMNO Kedah Bersatu? #IslamUnited

Posted: 11 Jun 2014 06:12 PM PDT



Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.

"Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.

"Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat," katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.



"Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu.

"Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua," katanya.

Mukhriz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan juga boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

"Mana mungkin rakyat Malaysia boleh bersatu keseluruhannya jika penduduknya yang majoriti Melayu berpecah belah," katanya.

Menurutnya, tidak salah jika sesuatu parti politik itu mengamalkan politik perkauman asalkan tidak keterlaluan.

"Pada saya, amalan itu bukan satu kesalahan. Tentunya kita cuba mewakili kelompok seharian kita. Sebagai contoh, kalau kita dari kalangan Melayu, tentunya kita akan berjuang untuk kepentingan orang Melayu.

"Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Ini bukan satu kesalahan. Yang penting ialah bagaimana kita nak menguruskan diri kita dengan pihak lain," katanya.

Menurutnya, amalan politik perkauman itu dilakukan sebelum merdeka lagi terbukti menjadi formula yang dapat menggerakkan negara ini ke tahap tinggi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...