House PK

House PK


PANAS BERAPI! APA NI APMM? DEPAN MATA KORANG DIESEL DISELUDUP DAN KORANG TAK BUAT APA PUN?

Posted: 11 Jun 2014 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 9 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di perairan negara bukan sahaja melibatkan bot, kapal nelayan dan kapal dagang asing tetapi kapal luar pesisir pantai turut dikesan menjalankan kegiatan haram itu.

Satu sumber memberitahu, jumlah penyelewengan diesel bersubsidi oleh kapal luar pesisir lebih besar berbanding bot dan kapal nelayan kerana ia mampu membawa sehingga dua juta minyak diesel pada satu-satu masa.

Katanya, kapal itu belayar di sepanjang pantai menghubungkan bandar dan pelabuhan untuk menghantar barang kegunaan dalam negeri selain berfungsi memungut muatan dari pelabuhan kecil serta membawanya ke pelabuhan besar untuk dieksport.

"Lazimnya, jumlah penggunaan minyak diesel dalam satu-satu pelayaran tidak banyak. Mereka terlibat dalam kegiatan penyelewengan dengan memindahkan baki diesel ke dalam lori tangki apabila tiba di pelabuhan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber itu, kapten dan anak kapal luar pesisir yang terlibat dengan kegiatan berkenaan dikatakan mendapat 'bahagian' masing-masing hasil penyelewengan diesel bersubsidi itu.

"Bayangkan, satu pemeriksaan mengejut yang dilakukan ke atas kapal luar pesisir dalam satu operasi menemukan sejumlah AS$25,000 di bawah tilam seorang tukang masak dan AS$55,000 bersama seorang anak kapal.

"Jika bergantung kepada gaji semata-mata, mustahil mereka boleh mengumpul duit sebanyak itu dalam satu-satu pelayaran," katanya.

Utusan Malaysia

Dipercayai sindiket kapal luar yang datang ambil diesel untuk seludup ke luar negara dibiayai oleh sindiket luar kebanyakkannya dari Singapura dan ianya berleluasa di perairan Johor dan juga Klang di kawasan kapal "parking".

Malangnya pihak berkuasa APMM hanya tutup mata kepada kegiatan pemborong menjual diesel subsidi ke kapal asing melebihi keperluan kapal yang berlaku di perairan laut.

HOUSE PK: Korang mesti pelik kan kenapa sejak dari semalam aku asyik main isu diesel je ni? Sebab aku tak bodoh macam puak pakatan yang tau menyalak kosong dan tak mahu utarakan isu-isu sebegini. Maka kita bloggers la yang ingin mengutarakan benda-benda tak popular macam ni.

Ini soal diesel bersubsidi beb. Ini hak kita semua dan takkan la kita nak duduk diam dan tengok je benda-benda ni berlaku. Dah la APMM tak buat apa-apa pun. Jadi kita kena la war-warkan isu ini dan aku harap isu ini disebar ke merata tempat supaya pihak yang bertanggungjawab buat kerja mereka dan tak makan gaji buta.

Rasanya dah tiba masanya Ketua Pengarah APMM diganti? Tak gitu? Oh ya seperti biasa aku ambil artikel ini dari bloggers yang prihatin The Unspinners.

CILI KASI TARUK! BENARKAH AGENSI DAN PERSATUAN NELAYAN BANTU SELEWENG DIESEL?

Posted: 11 Jun 2014 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 8 Jun - Penglibatan pihak tidak bertanggungjawab di peringkat pengedaran yang menyalahgunakan bantuan diesel bersubsidi bagi meraih keuntungan menerusi jalan mudah menjadi penyumbang utama kepada ketirisan dan penyelewengan bahan api itu dalam sektor perikanan.


Satu sumber mendedahkan maklumat menggerunkan apabila ketirisan dikesan berlaku daripada peringkat awal pengagihan kuota bekalan diesel bersubsidi itu sehingga kepada aktiviti penyeludupan di tengah-tengah lautan.

Menurut sumber itu, pembekalan kuota diesel bersubsidi sekurang-kurangnya 50 juta liter sebulan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) yang disalurkan menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengundang banyak kelemahan.

Katanya, ruang penyeleweng-an boleh berlaku dengan mudah di peringkat berkenaan kerana kelemahan pemantauan dan pe-nguatkuasaan yang longgar dalam pengedaran diesel bersubsidi.



"LKIM hanya memberi kelulusan kuota diesel tetapi tiada kawalan atau pemeriksaan secara serius termasuk ke manakah diesel itu dihantar. Ini mewujudkan peluang kepada pihak-pihak terlibat bersubahat dengan sindiket untuk membuat pesanan dan menghantarnya kepada pihak ketiga.

"Bermula pengagihan di peringkat awal, penyelewengan boleh berlaku dengan bekalan itu dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, kuota diesel bersubsidi yang dibekalkan kepada nelayan oleh kerajaan tidak diagihkan kepada golongan benar-benar layak, sebaliknya dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat keuntungan lebih besar.

Menurutnya lagi, di bawah sistem e-diesel dan kini menerusi penggunaan Mykad bagi nelayan mengambil diesel dan petrol bersubdisi, pemegang kad berhak membeli bahan api itu mengikut kuota bulanannya walaupun tidak turun ke laut.

"Tanpa perlu ke laut, ada pemilik bot yang membeli diesel bersubsidi dan menjualnya pada harga lebih tinggi untuk mendapat untung atas angin. Malahan ada sesetengah nelayan yang tidak mengambil minyak diesel, cuma memberikan kad dan mengambil duit," katanya lagi.

Sumber itu turut mendedahkan tindakan licik sesetengah nelayan laut dalam yang mengaut keuntungan mudah menerusi kuota diesel bersubsidi diperolehnya tanpa perlu turun ke laut untuk menangkap ikan tetapi pada masa sama mendapat hasil tangkapan.


Nelayan-nelayan berkenaan katanya, mengadakan 'kerjasama pintar' dengan nelayan asing apabila melakukan pertukaran di tengah-tengah laut antara diesel dan hasil tangkapan.

"Mereka memberikan diesel dan mengambil ikan daripada nelayan asing tersebut. Kegiatan itu bukan sahaja membolehkan mereka mendapat untung menerusi penjualan diesel bersubsidi kepada nelayan asing tetapi turut mendapat insentif 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan," katanya.

Tambah sumber itu, kegiatan penyelewengan nelayan laut dalam juga boleh dikesan jika mereka pulang awal tanpa alasan munasabah berbanding tempoh sepatutnya mereka berada di laut dengan jumlah kuota diesel bersubsidi diterima.

Bagaimanapun katanya, kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan menyebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara berleluasa.

"Sebagai contoh, bagi nelayan laut dalam mereka sepatutnya turun ke laut untuk menangkap ikan dalam tempoh 10 hari, tetapi mereka pulang selepas lima hari dengan memberi alasan tiada tangkapan. Sebenarnya mereka menjual diesel bersubsidi di tengah laut kepada sindiket," katanya.

Utusan Malaysia


Sementara itu, NEKMAT nafi berlaku. baca Harian Metro SINI.

HOUSE PK: Cakap banyak pun tak guna, tapi pendedahan ini kalau ditanya pada para nelayan dan orang-orang yang ada kat Port Klang semua tahu betapa hebatnya diesel bersubsidi dilacurkan ditengah lautan. Rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab demi kerana sedikit wang sanggup membuat perbuatan begini.

Takkan nak biar je benda macam ni? Kepada pihak bertanggungjawa ambillah tindakan yang sewajarnya. Aku respek tak Menteri Pertanian Ismail Sabri yang secara terang-terangan nak cantas habis semua orang yang merosakkan pertanian. Tapi pihak mana yang bertanggungjawab pantau akan penyelewangan ini? 

Come on NEKMAT, be more gentleman please dan jangan hancurkan negara dengan menutup penyelewengan begini.

PANAS BERAPI! PENYELEWENGAN MINYAK TURUT MELIBATKAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK?

Posted: 11 Jun 2014 05:00 PM PDT



Semua tidak jalankan pemantau dan penjagaan rekod serta ada yang memalsukan rekod. Maka melalui cara itu, syarikat minyak, pemborong dan stesyen minyak semua terlibat dengan penyeleweng diesel begitu banyak.

Utusan ada menulis:


Syarikat minyak turut menyeleweng

KUALA LUMPUR 8 Jun - Musykil. Itulah perkara yang sering menjadi tanda tanya ke mana hilangnya bekalan diesel bersubsidi yang diberikan kepada syarikat pembekal minyak kerana bekalan bahan bakar itu habis sebelum waktunya.

Menurut sumber, jika diesel subsidi dijual mengikut prosedur yang ditetapkan, setiap stesen minyak perlu mengisi semula bekalan itu pada akhir bulan sahaja.

"Apa yang berlaku ada sebaliknya. Stesen minyak yang kehabisan bekalan membuat tempahan bahan bakar ini mela-lui syarikat minyak tetapi mereka tidak menghantarnya mengikut masa yang ditetapkan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan kuota yang mencukupi kepada syarikat minyak. Jadi persoalannya mana perginya kesemua diesel subsidi yang diluluskan?" katanya.

Sumber itu menjelaskan, mengikut prosedur undang-undang sebenar setiap stesen minyak tidak dibenarkan membiarkan tangki kosong tanpa bahan bakar.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia SINI


Utusan Malaysia melaporkan pula pengibatan Pengusaha Stesyen Minyak:

Pengusaha stesen minyak 'terpaksa' salah guna permit untuk tanggung kos operasi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang dijalankan sindiket di darat mahupun di laut turut melibatkan sesetengah pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan cepat.

Bagaimanapun, mengapa kebanyakan pengusaha stesen minyak ini terlibat dengan kegiatan penyelewengan?

Menurut sumber, perniagaan stesen minyak sememangnya membawa pulangan yang berpatutan kepada pengusaha tetapi permit pelepasan yang diberikan kerajaan kepada mereka 'terpaksa' disalahgunakan bagi menanggung kepelbagaian kos operasi.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengusaha stesen minyak terlibat dengan kegiatan penyelewengan diesel berikutan komisen atau keuntungan yang ditetapkan kerajaan tidak memberi pulangan yang berbaloi.

Difahamkan, komisen setiap satu liter penjualan petrol yang ditetapkan kerajaan adalah 12 sen, manakala bagi diesel pula tujuh sen sejak lapan tahun lalu. ....


Sepenuh di SINI

KPDNKK tidak peduli untuk selesaikan isu ini. Selain sengaja tidak pantau dan check, berikut menunjukkan penjawat awam tengok ke lain untuk menerima rasuah dari kongsi gelap yang terlibat dalam penyelewengan dan seludup diesel.


Ops Titik tidak berkesan?


KUALA LUMPUR 9 Jun - Benarkah Ops Titik yang dilancarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mampu melumpuhkan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi?

Satu sumber berkata, berdasarkan pemerhatian terbukti Ops Titik hanya mensasarkan sindiket-sindiket kecil yang tidak banyak memberi kesan dalam usaha membanteras kegiatan haram tersebut.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar di sesetengah negeri seolah-olah dibiarkan, apakah mereka tidak ada maklumat atau ada sesuatu tidak kena dalam operasi yang dijalankan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Kejayaan besar setakat ini adalah melalui Operasi Diesel Selatan (ODIS) yang dilancarkan 9 Mei lalu oleh Pasukan Petugas Khas yang dikoordinasikan Jabatan Peguam Negara. Dalam tempoh sebulan lalu sebanyak 9.1 juta liter diesel dan 12 buah kapal dianggarkan bernilai RM58 juta dirampas dan disita.

Sumber itu turut mempertikaikan keberkesanan Ops Titik kerana selain berlaku kebocoran maklumat sebelum operasi dijalankan, kawasan yang diserbu akan kembali beroperasi beberapa hari kemudian.

Sebagai contoh, kata sumber itu, satu kawasan di Padang Besar, Perlis yang pernah diserbu oleh agensi penguat kuasa kembali beroperasi.

"Kawasan ini terletak berdekatan dengan pejabat sebuah agensi penguat kuasa dan didiami oleh keluarga suspek dan saudara-mara, soalnya tidakkan pihak berkuasa menyedari keadaan itu?
Baca sepenuhnya SINI
* Ops Titik di uruskan oleh KPDNKK sendiri. Manakala ODINS melibatkan pelbagai agensi dalam Special Taskforce.. 
ABITW menulis di SINI kata ia seolah-olah untuk selamatan sindiket besar dan pegawai tinggi KPDNKK cuba menutup malu dan tembelang rasuah mereka. 

PANAS BERAPI! SIAPA DALANG SEBENAR PENYELUDUPAN DIESEL NI?

Posted: 11 Jun 2014 10:58 AM PDT


KUALA LUMPUR 7 Jun - Usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan berhasil se­lagi sebahagian besar syarikat pem­borong dibiarkan bermaharajela de­ngan melanggar segala syarat lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, terdapat bukti menunjukkan dalang sebenar sindiket penyelewengan diesel bersubsidi adalah pemborong yang seolah-olah bebas daripada tindakan kementerian itu.

"Keadaan itu berlaku kerana kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan oleh Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK sehingga memungkinkan sebahagian besar pemborong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui penyelewengan diesel bersubsidi," kata sumber itu.


Ditanya bagaimanakah modus operasi yang dilakukan oleh golongan tersebut, sumber itu berkata, perbuatan paling ketara ialah tidak mengambil bekalan bahan bakar berkenaan secara langsung daripada depoh syarikat minyak, biar pun ia menjadi syarat utama untuk mereka memperoleh lesen.

"Perkara ini terdedah apabila invois pembelian minyak disemak, jumlah yang diambil dari depoh syarikat minyak terlalu sedikit, oleh itu dari mana mereka mendapat bekalan untuk diagihkan kepada pihak industri dan kapal dagang, kalau tidak melalui stesen minyak atau sumber lain seperti ejen-ejen mereka sendiri?," katanya.


Sumber itu menjelaskan, stesen-stesen minyak menjual diesel bersubsidi dengan harga RM2.10 seliter iaitu 10 sen lebih daripada harga pasaran. Pemborong kemudiannya menjual bahan bakar itu kepada pihak industri antara RM2.40 sen dan RM2.50 sen seliter manakala kepada kapal dagang pula antara RM2.60 dan RM2.70 sen seliter.

Sumber itu menjelaskan, pihak industri dan kapal dagang turut bersubahat melakukan penyelewengan diesel bersubsidi memandangkan harga yang dijual oleh pemborong lebih rendah berbanding harga di depoh iaitu RM2.70 sen manakala pengusaha stesen minyak pula meraih keuntungan 10 sen bagi setiap liter yang dijual kepada pemborong.

"Kesediaan pemborong yang menawarkan pembayaran secara kredit, turut menjadi tarikan kepada pihak industri memandangkan di stesen minyak urus niaga dilakukan secara tunai. Malah, perkhidmatan kenderaan yang disediakan oleh pihak pemborong menyebabkan kebanyakan industri memilih untuk membeli bekalan daripada mereka," kata sumber itu lagi.

Lebih mengejutkan kata sumber itu, ada dalam kalangan pemborong yang terus beroperasi biar pun lesen sudah pun tamat tempoh dan syarikat-syarikat minyak pula masih tetap membekalkan permintaan minyak kepada mereka dengan alasan tidak menerima maklumat daripada KPDNKK.

"Ada kes yang lesen sudah tamat tempoh setahun lalu tetapi pemborong masih beroperasi. Keadaan itu membuktikan bahawa tiada pengauditan secara berkala dilakukan oleh agensi terlibat sehingga memungkinkan mereka mengambil kesempatan," katanya.

Sumber itu juga mendedahkan bagaimana, ada pemborong memalsukan invois pembelian syarikat minyak kerana mereka memahami proses semakan dan pengesahan dokumen berkenaan akan mengambil masa oleh syarikat-syarikat tersebut.

"Perlu ada ketegasan dari segi pengauditan dan memeriksa urus niaga oleh pemborong, janganlah sekadar lulus sahaja lesen tetapi pemantauan dan penguatkuasaan diabaikan. Kita juga berharap pemantauan janganlah sekadar dilakukan ketika musim perayaan kerana ia boleh menimbulkan tohmahan," kata sumber tersebut.

Selain itu, sumber berkenaan turut berpendapat syarikat-syarikat minyak tidak sepatutnya mengamalkan sikap lepas tangan dengan menuding jari kepada KPDNKK apabila pemborong tidak mematuhi syarat untuk mendapat bekalan daripada mereka.

"Mereka harus bertanggungjawab untuk memantau pemborong yang dicadangkan kepada KPNDKK supaya tidak timbul kejadian pemborong mengemukakan dokumen kontrak permohonan dari luar negeri yang tidak pasti kesahihannya.

"Syarikat tidak boleh menyatakan mereka hanya mencadangkan dan KPDNKK sepatutnya menyemak latar belakang syarikat pemborong terlibat, justeru proses semakan ke atas syarikat-syarikat itu termasuk mengetahui lembaga pengarahnya perlu dilakukan bagi memastikan lesen yang dikeluarkan tidak dipajakkan kepada pihak ketiga," katanya.

Utusan Malaysia  

80% dari pemborong adalah cina dan ini adalah persekongkolan melibatkan syarikat minyak yang sedia beri sokongan untuk mereka dapat lesen beroperasi

House PK: Aku kena puji le apa yang task force ni buat. Sebab negara paling rugi bila minyak bersubsidi ni diseludup atau dijual pada orang asing. Ini hak kita mujurlah pihak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Aku harap taskforce ni ajar lahanat-lahanat ni semua!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...