UMNO Online - “Kerajaan Timbang Pengecualian Bayar Cukai Penggunaan RON95, Diesel – Ahmad Maslan” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Timbang Pengecualian Bayar Cukai Penggunaan RON95, Diesel – Ahmad Maslan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Timbang Pengecualian Bayar Cukai Penggunaan RON95, Diesel – Ahmad Maslan

Posted: 12 Jun 2014 06:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengecualikan rakyat daripada membayar cukai penggunaan petrol RON95 dan diesel apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ini adalah kerana buat masa ini, dua komoditi bahan api itu dikecualikan daripada cukai jualan dengan kadar 58.62 sen seliter dan 40 sen seliter, masing-masing.

Katanya, pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan merupakan satu jumlah tanggungan besar kepada kerajaan.

“Namun, kerajaan masih belum memutuskan untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

“Kerajaan ingin lihat setakat mana penjimatan (boleh dilakukan) daripada usaha ini sebelum membuat rasionalisasi subsidi,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 di peringkat jawatankuasa di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

GST akan diperkenalkan pada April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan danperkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Ahmad berkata pada masa ini, harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 71 sen disubsidikan kerajaan, dan harga diesel iaitu RM2 selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak 74 sen.

Beliau juga menerangkan jumlah subsidi petroleum yang terdiri daripada petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), dengan nisbah 50 peratus untuk petrol, diesel (40 peratus) dan LPG (10 peratus) dari tahun 2000 sehingga tahun ini.

Katanya, kerajaan memberikan jumlah subsidi petroleum sebanyak RM3.425 bilion pada tahun 2000, RM2.398 bilion (2001), RM917 juta (2002), RM1.823 bilion (2003), RM4.788 bilion (2004), RM8.164 (2005), RM7.281 bilion (2006), dan RM8.770 bilion (2007).

“RM15.378 bilion (2008 – peningkatan harga minyak di pasaran dunia), RM5.593 bilion (2009), RM9.065 bilion (2010), RM20.275 bilion (2011), RM24.726 bilion (2012), RM23.458 bilion (2013) dan anggaran tahun ini ialah RM22.24 bilion. Pemberian subsidi yang menjadi cabaran kerajaan,” katanya.

Rafizi Ramli (Pandan-PKR) mencelah dan meminta kerajaan untuk memberitahu kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST lebih awal, dan jangan hanya membiarkan rakyat dan masyarakat peniaga terkejut dengan perkara itu.

Kepada cadangan itu, Ahmad berkata kerajaan akan mengeluarkan buku panduan pembeli) yang mengandungi 1,000 jenis barang, tiga bulan sebelum GST dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata buku panduan itu bertujuan bagi mengelak pengguna ditipu peniaga yang mungkin bertindak menaikkan harga barang sesuka hati.

“GST dilaksanakan untuk tujuan menambah hasil negara, secara telus, efektif dan cekap untuk meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu Belum Muflis

Posted: 12 Jun 2014 06:09 AM PDT

KULIM, 12 Jun – Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata beliau akan melangsaikan semua bayaran tunggakan kepada bank bagi mengenepikan notis kebankrapan yang diterimanya kelmarin.

Beliau berkata, tunggakan itu tidak disedarinya yang merupakan kes lama, berlaku sebelum tahun 2007 membabitkan syarikat keluarganya.

“Saya hanya mendapat maklum (perkara ini) malam semalam dan ia melibatkan kegagalan syarikat keluarga saya membuat pembayaran pinjaman bank. Malah saya tidak berada dalam perniagaan itu lagi.

“Namun, oleh kerana melibatkan saya, saya akan selesaikan dalam tempoh terdekat. Saya telah ambil langkah hubungi bank,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas penyiaran dalam akhbar notis kebankrapan terhadapnya yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya disebarkan secara meluas dalam portal berita serta media sosial.

Notis kebankrapannya itu diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, kelmarin.

Abdul Aziz berkata, buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu seperti biasa.

“Justeru, saya meminta orang ramai dan pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa saya telah hilang status sebagai Ahli Parlimen,’ katanya.

Gov’t Reiterates 30 Pct Bumi Equity Target By 2020

Posted: 12 Jun 2014 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 – The government has reiterated its target of increasing the Bumiputera equity ownership in the national economic pie to 30 per cent by 2020 from 24 per cent currently.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar said back in 1970, Bumiputera equity ownership stood at only 2.4 per cent, very low for a community that forms the majority in the country.

“That is why we came up with various programmes, such as investment schemes, to make sure we are able to increase the equity level.

“The 24 per cent level achieved now is a vast improvement from the 2.4 per cent Bumiputera equity ownership after over 40 years,” he told reporters after the 21st Nation Building Series dialogue, themed “Revisiting the New Economic Model”, last night.

He emphasised that this would not be at the expense of the non-Bumiputeras, adding that the idea is to enlarge the size of the economic cake and making sure everybody is given a fair opportunity to participate in the economy.

Abdul Wahid also said that the government does help those people who are marginalised, regardless of whether they are the majority or a minority.

“They are given equitable opportunities in terms of education as well when we take into account the economic background of people,” he said.

Some students who obtained straight As were not given scholarship as they came from affluent families who could afford their education, he said.

“If someone from a poor family gets 9As or 7As for the SPM, compared to someone with 9As living in Damansara Heights where parents’ monthly incomes exceed RM50,000, which one deserves the scholarship?

“By right, we should support and help the students who score straight As. But if we give a scholarship to those from affluent families, it’s like giving a scholarship to their parents.

“But then again, we do help those people who are marginalised, meaning that it doesn’t matter whether you are majority or minority, if you need help, we will provide it,” he said.

Tujuh Waris Penumpang MH370 Terima Bayaran Pendahuluan Pampasan US$50,000

Posted: 12 Jun 2014 04:22 AM PDT

PUTRAJAYA, 12 Jun – Tujuh waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 telah menerima bayaran pendahuluan pampas an sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin hari ini berkata waris itu  enam dari Malaysia dan seorang dari China.

"Sebelum membuat pembayaran, kami perlu mengesahkan kesahihan waris mengikut undang-undang. Kami harus memastikan mereka adalah waris yang sah. Ia mengambil masa.

"Mengenai pembayaran akhir, kami harus menunggu sehingga isu MH370 selesai. Sama ada pesawat dijumpai atau kami mengumumkan bahawa pesawat hilang, kami akan membuat pengumuman," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Waris penumpang MH370 di sini.

Beliau berkata 40 lagi tuntutan waris penumpang dari China masih dalam proses sementara menunggi pengesahan daripada kerajaan China sementara waris dari negara lain telah melantik peguam sebelum jawatankuasa menanganinya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Mengenai Voice 370, kumpulan yang mendakwa mewakili keluarga mereka yang menaiki penerbangan MH370, yang mendesak untuk menemui Najib, Hamzah meminta kumpulan itu mengamalkan sikap 'telus', mendedahkan dan menyatakan identiti diri mereka.

"Saya ada terima e-mel mereka tanpa sebarang tandatangan… Saya minta penghantar e-mel menjelaskan siapakah beliau. Berapa ramaikah waris yang diwakili mereka," katanya.

Sebagai pengerusi jawatankuasa waris, Hamzah berkata beliau bersedia mewakili perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menemui Voice 370.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah menemui anggota keluarga secara individu sama ada melalui Malaysia Airlines atau jawatankuasa teknikal.

Bagi ahli keluarga penumpang warga China di Beijing, beliau berkata Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik untuk menemui mereka sementara duta-duta dari Malaysia juga menemui keluarga penumpang dari negara lain.

"Kami telah melibatkan diri secara aktif dengan ahli keluarga dari China. Hampir setiap hari, kami menerima hampir 20 panggilan dan kadang-kadang ahli keluarga datang secara sendirian untuk menemui kami dengan purata 30 ahli keluarga setiap hari.

"Setakat ini, kami telah melibatkan diri dengan hampir semua ahli keluarga dari China…Saya tidak faham mengapa Voice 370 mahu menemui perdana menteri," kata beliau.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan 43 sesi pertemuan dengan waris penumpang di Malaysia.

Pembangkang Tidak Dapat Lari Dari Kepompong Isu Perkauman

Posted: 12 Jun 2014 04:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Presiden Yayasan Media Malaysia (YMM), Dzulkarnain Taib berkata, bahawa pakatan pembangkang dilihat tidak dapat lari daripada menjadikan isu perkauman dan agama sebagai senjata utama untuk meraih sokongan rakyat memandangkan asal kewujudan parti tersebut juga berasaskan kepentingan kaum tertentu di dalam negara ini.

Menurut beliau,  ini dapat dilihat daripada percubaan DAP  yang cuba mempotretkan parti itu sebagai sebuah parti terbuka untuk semua kaum namun ternyata gagal, apabila kepimpinan DAP mendakwa bahawa calon mereka di Teluk Intan kalah kerana berbangsa Melayu.

"DAP cuba meletakkan calon berbangsa Melayu kononnya untuk memecah tembok perkauman akhirnya gagal dan lebih menyerlah lagi apabila kepimpinan DAP menjadikan isu bangsa sebagai punca kekalahan parti tersebut. DAP ternyata tidak dapat lari dari kepompong isu perkauman kerana kewujudan dan kekuatan mereka adalah berdasarkan soal tersebut," jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa isu perkauman dan agama yang kini dijadikan senjata oleh pihak pembangkang, khususnya DAP lambat laun akan menjadi satu isu basi yang tidak lagi dapat menarik perhatian rakyat.

"Bagi saya, kebanyakkan rakyat di negara ini adalah terdiri dari mereka yang cintakan kedamaian dan keharmonian. Keharmonian antara berbilang kaum ini bukan baru dan telah dididik sejak dari zaman nenek moyang kita dulu.

"Sebab itu saya yakin satu hari nanti rakyat akan menjadi bosan dengan mana-mana individu, kumpulan ataupun organisasi politik yang menjadi isu kaum dan agama sebagai modal untuk meraih sokongan dan undi," ujarnya.

Tambah beliau,  hakikatnya mereka yang menjadikan isu perkauman dan agama sebagai permainan politik ini tidak sesuai untuk hidup dalam satu negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia.

"Parti politik yang bersikap ultra rasis sebenarnya tidak sesuai untuk hidup di negara ini. Kita sebuah negara berbilang kaum. Saya yakin, ramai rakyat di  negara ini, baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain berkehendakkan hidup yang aman damai tanpa sebarang konflik.

"Selain itu, saya beranggapan bahawa isu perkauman yang seringkali dimainkan oleh pembangkang hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan UMNO, sebuah parti orang Melayu yang dominan di negara ini daripada tampuk pemerintahan negara.

"Tetapi adalah amat malang sekali apabila isu perkauman yang pada dasarnya adalah bertujuan untuk menjatuhkan UMNO itu akhirnya turut mengheret rakyat di mana sedikit sebanyak mula menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini," akhirinya.-MediaUMNO

DAP Taken To Task For Asking Muslims To Accept Apostasy

Posted: 12 Jun 2014 03:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Beruas Parliament member Datuk Ngeh Koo Ham’s statement that Muslims should respect their fellow Muslims who renounce Islam is despicable and uncalled for.

The Chief Executive Officer of the Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahaya said; “As a Parliament member, he should understand better of the country’s Constitution and character as an Islamic state and calls encouraging apostasy are highly irresponsible.”

“Worst still, it touches on the faith of the Muslims. To me he is doing it in purpose to seek attention and gauge the support from Muslims with liberal stand,” he said to Bernama here, today.

Ngeh who is also Perak DAP’s adviser was reported saying in Dewan Rakyat on Wednesday that Muslims should respect their fellow brethren who want to renounce Islam and go to another religion.

Ahmad Fazrin noted that it is not the first time Islam was despised, the same thing has happened many times over without any action taken on the perpetrators.

“In this respect, Umno has to take a firm stand and likewise PAS and Muslim Parliamentarians from Parti Keadilan Rakyat too should ensure that irresponsible remarks and actions on Islam do not repeat again,” he said.

He also suggested a new law introduced to penalise those who made statements  that were deemed to ridicule Islam.

Ahmad Fazrin said Ngeh’s statement drew parallel with the demands of Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (Comango) that clamoured for freedom in sexual orientation, recognising lesbians, gays, bisexuals and transgender.

“We would like to see whether the Muslim Parliamentarians can take a collective stand to oppose such demands,” he said.

Meanwhile, Ahmad Fazrin said he does not rule out that a movement to divide the Muslims had started long ago all over the world and urged the government to keep in check this clandestine movement.

“We do not want to regret later on. Today there are many demands like equal rights with the Bumiputera and the royal institution viewed with contempt.

“Even the State Islamic Councils and the Islamic Development Department of Malaysia are not spared from ridicule.

“Today Muslims are divided through many ways and I believe Ngeh’s statement will not be the last one. The government has to be firm with people like this,” he said.

Kidex Mampu Kurangkan 20 Hingga 30 Kesesakan Lalu Lintas Di LDP – Fadillah

Posted: 12 Jun 2014 03:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Rancangan pembinaan Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) yang ditentang pihak tertentu, sebenarnya mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebanyak 20 hingga 30 peratus, apabila beroperasi nanti.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata perangkaan itu berdasarkan laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) yang dijalankan oleh Kidex Sdn Bhd, syarikat konsesi lebuh raya itu.

“Sama ada jumlah itu cukup atau tidak, adalah risiko yang diambil pemegang konsesi. Bagi kita, kajian telah dijalankan, mereka telah memenuhi prasyarat yang diperlukan dari segi sama ada terdapat keperluan untuk Kidex dibina.

“Ya, Kidex perlu kerana sebahagiannya untuk menangani masalah di LDP dan pengguna akan ada pilihan lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia di sini hari ini.

Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu akan dijalankan setelah kerajaan persekutuan berpuas hati dengan semua syarat yang dipenuhi syarikat konsesi lebuh raya itu.

Fadillah berkata Kidex Sdn Bhd juga perlu mematuhi tiga syarat utama yang ditetapkan antaranya mempunyai keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya.

Awal bulan ini, sekumpulan penduduk sekitar telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyuarakan hasrat membantah pembinaan lebuh raya bertingkat Kidex.

Mereka turut mendakwa projek itu bukan hanya memusnahkan alam sekitar namun akan menyebabkan harga hartanah merudum malah turut menyifatkan Kidex bukanlah penyelesaian bijak kepada masalah lalu lintas.

Kerajaan Selangor bagaimanapun menegaskan pembinaan Kidex akan diteruskan tetapi pada masa yang sama berjanji akan mengambil kira pandangan yang dikemukakan penduduk.

Fadillah berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan khas bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembinaan lebuh raya itu.

Katanya antara yang akan dibincangkan dalam perjumpaan itu termasuk maklum balas orang ramai yang diperoleh daripada kaji selidik pendapat awam mengenai pembinaan Kidex.

“Kerajaan sentiasa ambil kira keperluan rakyat dan akan pertimbang segala pandangan atau bantahan mereka. Kemudian kita akan cari jalan penyelesaian bagaimana menangani bantahan itu,” katanya.

Pas Patut Ajar DAP Apa Itu Erti Negara Kebajikan

Posted: 12 Jun 2014 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Jika Pas boleh tukar perjuangan dari perjuangkan Negera Islam ke Negara Kebajikan maka Pas adalah yang selayaknya untuk mengajar DAP apa itu Negara Berkebajikan.

Hakikatnya tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, sejak DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang pada tahun 2008, terlalu banyak yang boleh disenaraikan penganiayaan DAP terhadap rakyat negeri itu.

Jelas beliau lagi satu demi satu tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dilihat membebankan rakyat sedangkan sebelum ini pembangkang seringkali menuduh kerajaan pusat zalim dan tidak mengambil berat masalah rakyat.

"Kita lihat, terbaru kerajaan DAP menaikkan kadar sewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sehingga 100 peratus. Sebelum itu mata pencarian nelayan di Jelutung terjejas apabila diarahkan berpindah tanpa ada sebarang perbincangan.

"Ini yang terbaru.. sebelum ini apa yang telah DAP lakukan untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang? Janji nak hapuskan tol pun sehingga kini tidak tertunai. Lihat pula apa yang terjadi pada penduduk Kampung Asam…

"Adakah ini semua bukti DAP membela nasib rakyat? Sudahlah kadar sur caj air juga dinaikkan seratus peratus. Sekarang, para pelancong yang datang ke negeri ini juga terpaksa membayar kadar caj katil. Ini semua membebankan rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi Pas selaku parti 'selingkuh' DAP haruslah memainkan peranan untuk mengajar DAP apa itu erti kebajikan dan membela nasib rakyat.

Pas menurutnya yang kononnya kini berjuang untuk Negara Berkebajikan sepatutnya bijak untuk mengajar DAP ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan.

"Pas jangan terus hanya jadi pak turut dan melihat rakyat terus ditindas apatah lagi yang menjadi mangsa adalah rakyat yang kurang berkemampuan.

"Rakyat juga harus sedar dan melihat bahawa DAP bukanlah satu parti yang boleh dipercayai. Mereka hanya tahu menggunakan segala kesempatan yang ada tanpa mengira 'halal haram' asalkan agenda peribadi mereka tercapai," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Kuala Lumpur Among Top 10 Most Affordable City Break Destinations

Posted: 12 Jun 2014 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 12 – Kuala Lumpur has been recognised as the eighth most affordable destination in the world for a city break.

TripAdvisor’s TripIndex revealed today that an average of RM636.88 for an evening out and overnight stay in a four-star hotel for two in Kuala Lumpur has placed Malaysia’s capital city among the top 10 in the Tripadvisor annual cost comparison.

TripIndex Cities is an independent research firm which helps travellers to see where their money goes the furthest when they plan their vacations.

London, on the other hand, has been named as the most expensive destination in the world with an average cost of RM1,693.05.

Vietnam took the top spot this year as the best value destination, knocking over Sofia, Bulgaria from the previous year.

Asian cities like Hanoi, Jakarta, Bangkok, Mumbai and Kuala Lumpur top the best value list.

Jangan Langgar Batasan Sempadan Antara Agama – Sultan Perak

Posted: 12 Jun 2014 01:21 AM PDT

IPOH, 12 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan semua pihak supaya saling menghormati antara satu sama lain serta tidak melanggar batasan dan menyeberangi sempadan antara agama.

Baginda bertitah Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, oleh itu, membina keharmonian adalah tanggung jawab kolektif semua pihak.

“Umat Islam dan institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam perlu peka kepada sensitiviti penganut agama lain dan pada masa yang sama, orang bukan Islam pula wajib memahami serta menghormati sensitiviti umat Islam.

“Mereka hendaklah sensitif akan perasaan umat Islam apabila mereka memilih untuk mengupas apatah lagi ketika mengkritik secara terbuka perkara menyentuh hukum Islam…Al-Quran dan sunnah…” titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-187 di sini hari ini.

Ia adalah titah sulung baginda selepas dilantik Sultan Perak ke-35 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Titah yang dizahirkan itu juga merupakan titah terakhir atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan adat Melayu Perak. Kali pertama baginda mempengerusikan persidangan itu ialah pada 28 Ogos 1997.

Sultan Nazrin bertitah antara yang disentuh baginda dalam titah pertama itu ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bertindak secara strategic supaya tidak timbul kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik majlis.

Sultan Nazrin juga menzahirkan penghargaan atas bimbingan dan nasihat anggota majlis termasuk para alim ulama bagi membolehkan baginda menyempurnakan amanah dan tanggung jawab dengan baik.

“Beta memohon untuk terus mendapat nasihat dan bimbingan daripada para alim ulama, memandu Beta untuk memenuhi amanah yang lebih besar sebagai Amirul Mukminin,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah seorang yang dipertua baharu akan dilantik bagi menggantikan baginda dan baginda akan terus memantau serta mengikuti secara dekat kegiatan majlis itu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...