UMNO Online - “Malaysiakini Diberi Notis Tuntutan Saman Berhubung Laporan Berunsur Fitnah” plus 9 more

UMNO Online - “Malaysiakini Diberi Notis Tuntutan Saman Berhubung Laporan Berunsur Fitnah” plus 9 more

Link to UMNO Online

Malaysiakini Diberi Notis Tuntutan Saman Berhubung Laporan Berunsur Fitnah

Posted: 15 May 2014 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini menghantar notis tuntutan saman kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.

Menurut wakil Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama  petang tadi.

najib-umno-saman-portal-mkini-malaysiakini-portal-pembangkang-fitnah-kes-mahkamah-peguam-terengganu-bn

"MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

"Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak, menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

"Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu  tersebut terhadap Malaysiakini," jelasnya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.-MediaUMNO

pejabat-portal-pembangkang-mkini-malaysiakini-fitnah-saman-rasis-diskriminasi-bias-anwar-pakatan

Wanita BN Kekalkan Strategi Tradisi ‘Rumah Ke Rumah’

Posted: 15 May 2014 04:34 AM PDT

TELUK INTAN, 15 Mei – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk kembali ‘menakluki’ Parlimen Teluk Intan sekaligus menepis dakwaan kononnya kawasan itu kubu pembangkang, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata ini berdasarkan analisis pergerakan itu terhadap keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Sungai Limau dan Kajang yang menunjukkan berlaku peningkatan sokongan para pengundi kepada BN termasuk kawasan peti undi yang diandaikan milik pembangkang.

“Analisis yang merekodkan trend positif itu terus menjadi semangat dan kekuatan kepada Pergerakan Wanita BN untuk bekerja keras bagi merealisasikan kemenangan parti untuk kerusi Parlimen Teluk Intan,” katanya sebelum bermesyuarat bersama-sama jentera Wanita BN Parlimen Teluk Intan di sini hari ini.

shahrizat-noraini-lawat-changkat-jong-prk-teluk-intan-wanita-umno-bn-perak

Bagi menghadapi cabaran di Teluk Intan, beliau berkata Wanita BN mengekalkan strategi tradisi yang menjadi kekuatan mereka untuk meraih sokongan pengundi iaitu melalui pendekatan turun ke setiap rumah serta sentuhan dari hati ke hati.

Pendekatan itu digerakkan jentera Wanita BN bukan hanya untuk mendapat sokongan golongan wanita malah ia juga berkesan untuk semua lapisan pengundi, katanya.

“Sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, Wanita BN tidak pernah mengamalkan sikap sambil lewa. Kami tetap terus pergi rumah ke rumah dan bercerita mengapa pemilih patut mengundi BN…sentuhan Wanita ini adalah nadi BN,” katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata BN berharap pengundi memberi peluang kepada parti itu di Teluk Intan selepas pembangkang yang cuba membawa perubahan gagal menunaikan janji mereka.

Beliau berkata kemenangan BN di Teluk Intan merupakan kesinambungan kemantapan kerajaan negeri dan pusat yang dipimpin oleh parti itu.

“Pengundi di Teluk Intan memerlukan kepimpinan BN kerana banyak janji pembangkang yang tidak ditunaikan. Ini peluang kepada masyarakat Teluk Intan untuk menentukan janji pembangunan pembangkang itu diambil alih oleh BN,” katanya.

Pilihan raya kecil Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum Ke-13, Seah menewaskan calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 19 Mei disusuli dengan hari pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei.

Kemelut Politik Terengganu Serlah Sisi Buruk Pas Kaut Kesempatan

Posted: 15 May 2014 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kemelut politik di Terengganu telah berakhir dengan Kerajaan Negeri kekal di bawah tadbiran Barisan Nasional (BN) dan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menerajui pentadbirannya namun berdasarkan insiden yang berlaku dapat dilihat ada pihak yang gemar dengan kekeliruan yang timbul dalam BN.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Hanafiah Harun menganggap pakatan pembangkang khususnya Pas di Terengganu seakan tidak sabar mengeksploitasi kemelut politik BN untuk diaplikasi sebagai realiti politik mereka sendiri.

"Apabila saat genting dalam BN, Pas seakan tidak sabar-sabar untuk mengaut untung kerana sememangnya mereka gemar menangguk di air yang keruh sebagaimana kononnya mereka berjaya sedangkan realitinya mereka mahu membina kejayaan atas keperitan dan penderitaan orang lain," katanya.

pesuruhjaya-pas-terengganu-satiful-bahri-mamat-sidang-media-krisis-hadi-awang-mat-sabu-hudud-perpaduan-umno-bn-mb-ahmad-said

Dua hari lalu, pertukaran kepimpinan Menteri Besar di Terengganu telah menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat khususnya anggota BN apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil bertindak keluar dari UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dilaporkan, dalam keadaan tersebut, Ahmad Said mengakui telah didatangi oleh wakil Pas yang memujuknya menyertai parti terbabit dan bertindak menentang UMNO/BN sendiri namun perkara tersebut ditolak dan kemudian Ahmad Said menarik balik tindakannya serta menyatakan kesepakatan untuk terus bersama UMNO/BN.

"Ini adalah antara bukti bagaimana Pas yang menggunakan perkataan Islam lebih suka kepada perpecahan dan suka mengambil kesempatan atas kesempitan yang berlaku kepada orang lain iaitu mengimpikan membina kerajaan sendiri daripada kelemahan pihak lain dan bukannya berdasarkan kepada kredibiliti mereka sendiri."

Apabila Ahmad Said mengisytihar dirinya keluar daripada UMNO dengan disertai dua adun BN menyebabkan kedudukan kerusi BN, Pas, dan bebas 15:15:3 namun kemudiannya Adun Bukit Besi Roslee Daud kembali semula kepada UMNO diikuti Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib.

"Pas bermimpi untuk berkerajaan sendiri bersandarkan kepada kelemahan dan kegagalan orang lain tanpa mempunyai keupayaan membina kekuatan sendiri, tidak ada gerakan tersusun dan tanpa pemikiran yang matang yang tentunya akan menjadikan kerajaan negeri kucar-kacir jika mentadbir kelak.

"Banyak perkara menunjukkan bahawa Pas tidak ikhlas dalam politik, tidak luhur dalam perjuangan kerana mereka lebih suka melihat perpecahan dan mengelirukan masyarakat dengan pelbagai perkara sebagaimana hudud yang mengakibatkan rakyat gelisah dan wujudnya sikap berpuak-puak."

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil contoh bagaimana hudud dijadikan isu politik oleh Pas dalam usaha mencapai populariti sedangkan realitinya banyak lagi perkara berkaitan Islam yang wajar diambil kira.

"Mereka menjadikan hudud sebagai isu utama politik sedangkan cara hidup Islam yang diterapkan kerajaan tidak diambil kira sebagaimana penerapan masyarakat yang cintakan perpaduan, tolong menolong, sistem sosial yang mantap, sistem pendidikan yang teratur dan perancangan masa hadapan yang jelas.

"UMNO/BN tidak menuding jari kepada pihak lain tetapi menetapkan fokus untuk keselesaan rakyat sedangkan Pas hanya tahu menyalahkan UMNO dan kerajaan sebagaimana kegagalan pelaksanaan hudud juga dikaitkan dengan penolakan UMNO walhal perkara ini tidak benar."

Tegasnya lagi, jika benar Pas mengutamakan perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini maka tentunya parti itu enggan untuk mengambil kesempatan atas kemelut politik yang berlaku sebaliknya lebih menitikberatkan ukhwah dan permuafakatan.

"Jika dilihat secara keseluruhan apakah jasa Pas kepada bangsa Melayu keseluruhannya selain hanya mengundang perpecahan dan mengelirukan masyarakat Islam yang mana hal ini hanya memberi keuntungan kepada pakatan pembangkang semata-mata." – MediaUMNO

Tumpu Hanya Kawasan Melayu Perlihat Pas Sekadar Parti Yang Dipergunakan

Posted: 15 May 2014 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyifatkan peranan Pas yang hanya menumpukan kawasan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei ini sebagai bukit jelas bahawa parti itu hanyalah sebuah parti yang dipergunakan oleh rakan pakatan apabila perlu.

Ketuanya, Mas Ermieyati Shamsuddin berkata berbanding dengan Barisan Nasional, di mana UMNO dan semua kompenan BN akan berkerjama dalam satu pasukan untuk memastikan setiap calon yang diketengahkan BN akan dibantu dengan sebaiknya.

"Nampaknya itu saja yang mampu dilakukan oleh Pas di Perak. Walaupun begitu, ia jelas memperlihatkan bahawa Pas dipandang sepi dan tidak dihargai oleh rakan sekutu mereka di dalam pakatan Pembangkang.

hudud-pas-pakatan-pembangkang-hadi-anwar-kit-siang

"Ini terserlah dalam situasi di PRK Teluk Intan, sangat berbeza sungguh dengan UMNO dan komponen BN lain yang tetap bersatu tanpa mengira kaum atau siapa pun calon yang dipertaruhkan BN," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Dalam masa yang sama, beliau berkata Pergerakan Puteri UMNO sudah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan bagi membantu calon yang akan ditampilkan Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

"Kita sudah bersedia sepenuhnya, selain merangka pendekatan kempen "yang tidak syok sendiri" pada kempen PRK Teluk Intan nanti. Kita akan menjalankan kempen secara berhemah dan merendah diri serta terus kepada pengundi," tambahnya.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia kerana penyakit kanser.

Pada PRU-13, Leong menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. -MediaUMNO

Tiada Sebarang Tindakan Terhadap Ahmad Said & Dua ADUN Terengganu – Tengku Adnan

Posted: 15 May 2014 02:34 AM PDT

PUTRAJAYA, 15 Mei – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu termasuk Ahmad kerana keluar UMNO dan kemudian kembali dalam masa singkat.

krisis-mb-terengganu-setiausaha-agung-kerja-umno-bn-tengku-adnan-abu-khamis-ab-rauf-yusoh-media-wartawan

“Pada saya isu itu sudah selesai setelah mereka menarik semula keputusan  dan kekal sebagai Adun. Jadi tiada masalah,” katanya selepas merasmikan prapelancaran Festival Bunga dan Taman Putrajaya.

Tindakan Ahmad keluar parti telah disusuli Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata anggota UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu menyedari perjuangan UMNO dan BN merupakan perjuangan tulen demi masa depan bangsa, agama dan negara.

“Mereka tidak akan sanggup mengkhianati parti. Ini jiwa kita dalam UMNO dan BN. Memang ada sedikit sebanyak pergeseran seperti pinggan mangkuk, berbunyi juga, tetapi akhirnya bertaut semula,” katanya.

Zahirkan Ketaatan Kepada Parti Dan Presiden UMNO – Ahmad Maslan

Posted: 15 May 2014 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata semua anggota dan pemimpin Umno perlu meletakkan kesetiaan dan ketaatan kepada parti dan presiden UMNO, melebihi daripada kepatuhan kepada pemimpin tertentu.

najib-muhyiddin-tengku-adnan-potong-pulut-kuning-upacara-sambutan-hari-ulang-tahun-umno-2014-pwtc

Beliau berkata semua anggota UMNO perlu menghindari daripada bersikap patuh atau setia kepada pemimpin, pemimpin kenegerian atau kelompok tertentu, yang dilihat boleh menjejaskan keutuhan parti berkenaan.

“Setiap ahli perlulah menyemai rasa taat dan setia kepada presidennya, kemudian barulah kepada pemimpin negeri,” katanya selepas merasmikan persidangan mengenai persediaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP), di sini hari ini.

Mengulas kemelut politik yang berlaku di Terengganu, Ahmad berkata UMNO menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menyelesaikan krisis itu kurang daripada tempoh 48 jam.

Bagi beliau, tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak keluar UMNO sebelum itu dilihat lebih bersifat emosional semata-mata.

Bekas menteri besar itu bagaimanapun menyertai semula UMNO selepas mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri semalam.

Penyelesaian Cepat Kemelut Di Terengganu Bukti Ketegasan PM – Idris Jusoh

Posted: 15 May 2014 01:35 AM PDT

PETALING JAYA, 15 Mei – Kemelut politik di Terengganu yang berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 48 jam merupakan bukti ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata semua pihak wajar menjadikan episod itu sebagai iktibar dan peringatan bahawa perdana menteri boleh bertindak tegas dalam hal tertentu jika dirasakan perlu.

sejarah-mb-terengganu-muhyiddin-ahmad-said-idris-jusoh-najib-razak-pwtc

Idris, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata tindakan Najib menukar menteri besar Terengganu bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya ia dilakukan selepas berakhir tempoh untuk Datuk Seri Ahmad Said berundur selaku menteri besar.

“Ada perkara perdana menteri boleh fleksibel.  Dalam hal ini, bila tempoh lanjutan itu dah berakhir, barulah dia (Najib) bertindak. Ketegasan perlu dalam kepimpinan.

Kalau perdana menteri tak tegas banyak perkara boleh berlaku,” kata Idris selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-18 2014 di sini hari ini.

Ahmad pada Isnin lepas meletakkan jawatan menteri besar Terengganu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu.

Pada sebelah malamnya, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik dan mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, pada hari sama mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, diikuti Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Bagaimanapun, mereka kembali ke pangkuan UMNO dan isu itu dianggap selesai semalam.

Pahang To Have 15,000 Units Of PR1MA Housing In Three Years

Posted: 15 May 2014 01:32 AM PDT

KUANTAN, May 15 – Pahang will have 15,000 units of 1Malaysia People’s Housing Project (PR1MA) in three years, one year earlier than projected.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said the state government had built over 13,000 units of PR1MA housing after the 13th general election (GE-13) last year.

“The Barisan Nasional (BN) government had promised to build 15,000 units of PR1MA housing within five years.

“I did not expect to build 13,000 units within one year,” he told reporters after launching a PR1MA project at Km23 Jalan Kuantan-Gambang , near here today.

The affordable housing units each priced at RM150,000 with lot size of 40 feet by 70 feet and built-up area of 1,000 square feet are for those with income of below RM5,000 per household.

The project site is among 29 PR1MA housing projects in Pahang with a total area of ​​668 hectares.

Adnan said the state government would consider building more PRIMA housing units after the 15,000 units were completed.

“We are looking at reclaiming swamp areas for PR1MA housing projects. Developers may be offered low premium or no premium at all if they want to build housing unit there,” he added.

Govt To Launch Subsidy For GST Software Package – Ahmad Maslan

Posted: 15 May 2014 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, May 15 – The government will launch the subsidy for goods and services tax (GST) software package for small and medium enterprise (SME) in the near future, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan.

He said out of the RM150 million allocated by the government, a subsidy worth RM1,000 would be given to each SME to enable them to update their accounting system.

“The government will launch the subsidy possibly in June or July,” he said to reporters after launching the national forum on GST titled “Preparing for Malaysia GST Implementation 2015″ here today.

To disseminate information and exposure on the GST, the government has set aside an allocation of RM250 million, out of which RM100 million is to provide  training for SMEs while the remaining RM150 million has been allocated for the SMEs to update their accounting software.

Ahmad said about half of the RM100 million allocation had been used, and he urged the other SMEs to come forward to utilise the balance of the grant totalling RM50 million to enable them to acquire a deep understanding on the tax system which would replace the sales and services tax.

He also said the government is currently working to look for more vendors to supply the GST software compared with 55 to date.

The software price was around RM1,200 each, he said.

“The government will also come out with a goods price list early next year. To date, the prices of some 689 goods have been fixed and there’s about 255 more goods whose prices have not been adjusted,” he said.

Ahmad said some 10 per cent of the goods in the list would be see a price increase such as processed food, 48 per cent would see an unchange in price such as hotel services and fast food and 42 per cent would see a decrease in price (clothing and furniture).

MH370: Pencarian Ditangguh, Sistem Komunikasi Bluefin Rosak – JACC

Posted: 15 May 2014 01:12 AM PDT

Malaysia Plane Bluefin

SYDNEY, 15 Mei -  Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditangguhkan hari ini selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-2 mengalami masalah pada sistem komunikasinya.

Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai operasi sejak tiga bulan lalu berkata peralatan komunikasi Bluefin-21 mengalami kerosakan pada hari pertama operasinya selepas lebih dua minggu menjalani kerja penyelenggaraan.

Kejadian itu disedari semalam JACC selepas dua jam Bluefin-21 menjalankan misi menyelam di dasar Lautan Hindi iaitu kira-kira 1,600 kilometer (km) di barat daya Perth.”Perkara itu dikesan selepas pemeriksaan terhadap sistem komunikasinya mengalami masalah dengan sistem transponder pada kapal Ocean Shield,” kata JACC dalam satu kenyataan pada Khamis.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...