BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! VIDEO PENUH #ADUN #DAP #RAYER KATA #UMNO #CELAKA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 21 May 2014 08:00 AM PDT


"Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar,biadab dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka," katanya.

Kenyataan Adun DAP itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN dan menuntut beliau menarik balik perkataan 'celaka' itu yang dilihat mencemar dewan.Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.

"Jika Yang Berhormat Seri Delima mahu menzahir rasa marah ia bukan dalam dewan yang mulia ini. Sebagai ahli dewan, Yang Berhormat perlu mematuhi peraturan dewan iatu Perkara 46 yang menyebut setiap ahli dewan dilarang menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan sentuh peribadi pihak tertentu.Sepatutnya Seri Delima tidak perlu gunakan perkataan kesat seperti celaka. Justeru, saya mohon pertimbangan Speaker menangani perkara ini kerana jika ia dibenarkan, perkataan seumpama ini akan mula digunakan dalam dewan," katanya. 

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) kemudiannya bangun mencelah dan meminta Adun DAP itu menarik balik perkataan 'celaka'.Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menegur Rayer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkataan kesat itu.Sementara itu,dalam sidang akhbar,Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid mahu Law bertegas dalam mengendalikan sidang DUN supaya anggota dewan tidak mudah mengguna dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung.Beliau berkata selain sebagai menghormati kemuliaan dewan, ketegasan itu juga penting memandangkan penggunaan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung adalah melanggar peraturan DUN.

"Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Adun Seri Delima (R.S.N Rayer) menyalahi peraturan,menggunakan kata-kata kesat kepada orang yang tidak ada di dalam dewan, memang menyakitkan hati," katanya.

Adun Penaga Mohd Zain Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu menyifatkan tindakan Adun DAP itu adalah provokasi supaya Adun BN melatah. "Apa yang diperkatakan oleh Rayer tidak relevan langsung dengan persidangan DUN,oleh itu kami mahu Speaker dapat pastikan Rayer tidak buat lagi perkara seperti itu," katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! #DYANASOFYA UMPAN 'GULA-GULA' #DAP UNTUK PERBODOHKAN #RAKYAT ???

Posted: 21 May 2014 05:00 AM PDT


DAP menonjolkan Dyana Sofya sebagai orang Melayu DAP yang juga setiausaha politik Kit Siang bagi mengumpan gula-gula murahnya.Saya ingin mengemukakan banyak soalan untuk kita jawab secara rasional.Kenapa agaknya mereka menggunakan strategi muslihat dan bankrap begitu ??? Adakah orang Islam khususnya orang Melayu akan makan umpan gula-gula murah itu ??? Adakah pemimpin Islam Liberal akan mengeluarkan hujah mensyariekan tindakan Kit Siang dan DAP itu,lalu menyuruh pengikutnya menerima dan menyokongnya ??? Akan berulang lagikah pengikut-pengikut mereka seperti biasa ramainya malas berfikir dan terus mengangguk apa saja kata pemimpin mereka ???Adakah anda mudah lupa bahawa DAP adalah parti bukan Islam dan menentang perlaksanaan Islam ??? Bukankah parti itu memperjuangkan idealogi Sosialis, Sekular yang sama sekali tidak sehaluan dan tidak boleh digaul dengan Islam.Tahukah anda parti itu juga mempunyai hubungan dengan Socialist International (SI) yang memperjuangkan Sosialis di seluruh dunia ??? Tahukah bahawa fahaman Sosialis,juga seperti Komunis,Sekular,Humanism,Liberal dan Demokrasi dicipta dan diasaskan oleh orang Yahudi ???

Bukankah pencipta semua kefahaman yang dikatakan penegak keadilan dan mesra rakyat itu juga sama seperi pemimpin yahudi yang menzalimi dan menindas rakyat di Palestin ??? Lupakah anda perjuangan besar DAP adalah menyamaratakan sekaligus menghapus keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam? Percayakah anda DAP akan menjaga Islam dan kaum Islam ??? Tindakan meletakkan Dyana adalah untuk mengkaburi mata orang Melayu. Ia adalah umpan gula-gula bagi mereka yang bersifat anak-anak yang tidak matang untuk menilai gula-gula itu lalu memakannya. Orang yang cerdik lagi matang tidak tertipu dengan 'small picure' tetapi tetap faham dan waras terhadap 'big Picture' perjuangan dan permainan-permainan DAP itu.Dyana adalah objek muslihat DAP dan bagi saya ia mahu menghina dan memperpodoh orang Melayu dengan tektik terbaru mereka kali ini. Hatta, bila Kit Siang memilih seorang Melayu,bernama Dyana.Benarkah itu bermakna Dyana adalah yang terbaik untuk menjadi setiausaha Kit Siang kerana dia berjaya mengalahkan berjuta-juta calon orang Cina untuk mengisi jawatan tersebut ??? Saya ulangi,umpan gula-gula murah yang akan hanya dimakan oleh orang kurang cerdik.Kit Siang cuba memperbodoh orang Melayu dan orang Islam untuk mempercayai mereka. Mereka cuba menggunakan Dyana untuk mengambarkan DAP mesra Melayu dan orang Melayu tidak perlu curiga terhadap DAP dan boleh dibuat kawan politik. Guna Dyana adalah politik muslihat dan bankarap DAP terkini terhadap orang Melayu. 

Dalam pada itu,akan ada orang Melayu yang merasa perlu sokong sahaja apa kata pemimpin parti mereka. Hujah mereka seperti biasa adalah sokong DAP itu lebih baik kerana adil dan tidak rasuah dan pemimpinnya lebih sifat 'Islamik dari pemimpin UMNO'.Saya tidak berminat dengan PRK Teluk Intan kerana siapa-siapa menang pun tidak memberi apa-apa makna kepada orang Melayu dan Islam. Yang saya ambil peduli adalah untuk mengingatkan orang Islam khususnya orang Melayu supaya jangan terperangkap dan termakan umpan murahan DAP.Yang saya nak kita sedar adalah penonjolan Dyana adalah taktik DAP mengumpan dan berfikir Melayu boleh diperbodohkan dengan sandiwara mesra Melayunya di kala mereka aysik saling berbalah dan jatuh menjatuhkan. Bagaimana Dyana boleh jadi alat sampai begitu akan dibincangkan kemudian.Siapa dan kaum mana lebih rasuah dan membudayakan rasuah juga akan dibincangkan kelak. Fahami pejuangan DAP dan jangan tertipu dengan DAP Kita juga tunggu untuk lihat bagaimana portal-portal dan media pro pembangkang untuk' spin' tulisan saya ini. 

Abdul Rahman Mat Dali 

Naib Presiden II ISMA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #CERMIN #TINTEDGELAP !!! #JPJ @JPJ_MALAYSIA TOLONG AMBIL PERHATIAN !!!

Posted: 21 May 2014 01:30 AM PDT


Gua ada sebuah kereta buruk dan kereta gua pakai tinted murah ja sekadar memenuhi kehendak semasa serta untuk melindungi diri dan penumpang dari panas matahari dan mengelakkan kereta gua jadi akuarium.Sebenarnya,gua tinted cermin kereta hanyalah untuk keselesaan keluarga serta penumpang kereta, bukannya bertujuan untuk tidak dikenali atau saja nak menyorok dari Polis dan JPJ..Gua pun bukan tak hensem sangat untuk menyorok disebalik tinted gelap beb.Dannnn...,gua juga bukannya ada rekod jenayah serta gua tak pernah disabitkan bersalah atas melanggar undang-undang negara kecuali kena saman ekor dan AES. Itupun sebab melebihi had laju yang tak sampai pun 110km/j.Bagi gua, tinted cermin kereta ni tak perlu lah jadi isu besar sangat sampai JPJ dan Polis nak buat operasi besar-besaran macam lah tinted cermin tu membahayakan nyawa dan juga keselamatan di jalanraya. Pada pendapat peribadi gua, peraturan cermin gelap ni dah sepatutnya dikaji semula ataupun dimansuhkan terus kerana dah tak relevan beb untuk halang rakyat guna tinted cermin sedangkan berlambak kedai yang offer pemasangannya. 

Lagi satu,kalau betul lah cermin gelap ni boleh menyumbang kepada bahaya dan kemalangan di jalanraya, gua nak sangat mintak JPJ atau Polis kemukakan angka sebenar yang dikaitkan dengan kemalangan jalanraya di Malaysia. Bagi sekali kajian yang menunjukkan bahawa dengan tidak tinted cermin kereta, kemalangan jalanraya dapat dikurangkan sekaligus dapat menyelamatkan nyawa pengguna di jalanraya ye.Dan berkenaan alasan dari JPJ serta Polis yang mendakwa tinted cermin gelap akan menimbulkan keraguan sama ada kenderaan tersebut mungkin membawa penjenayah, cuba jelaskan tentang van yang langsung tak mempunyai tingkap dikeseluruhan bahagian belakangnya.. Bas ekspress yang pakai tinted gelap serta pakai langsir pun terdedah kepada keraguan membawa penjenayah tapi kenapa JPJ dan Polis biarkan je bermaharajalela diatas jalanraya di Malaysia? So...,gua bukan menentang peraturan jalanraya yang dibuat untuk kebaikan pengguna seluruh Malaysia..,tapi gua menentang peraturan yang berat sebelah serta menyusahkan rakyat hanya semata-mata nak kaut keuntungan dan hanya nak memenuhi KPI bagi pihak-pihak tertentu.

Kena ingat jugak beb..., negara kita ni selalunya bercuaca panas..,dan kalau peraturan JPJ dan Polis taknak bagi rakyat tinted cermin gelap,itu dah kira peraturan kurang cerdik.Pastu kalau nak kaitkan kegiatan jenayah dengan tinted cermin gelap,kenyataan tu amatlah dangkal kerana Pegawai Polis serta JPJ sendiri guna tinted gelap pada kereta dorang kann... 

Kesimpulannya...,dah banyak negara luar benarkan penggunaan tinted cermin gelap di negara dorang..Tak pulak rakyat atau penguatkuasa dinegara tu ada masalah dengan kebenaran tersebut. 

Harapnya pihak JPJ dan juga Polis Malaysia ambik lah inisiatif untuk mengkaji semula peraturan-peraturan lapuk yang dah tak sesuai dengan peredaran zaman.Jangan pulak kerana keras kepala nak tunjuk kuasa, rakyat makin meluat dan imej penguatkuasa negara akan dipandang rendah. Gua sayang dan sokong JPJ dan juga PDRM.Gua taknak imej JPJ dan Polis Malaysia dipandang hina semata2 kerana isu remeh macam tinted cermin ni.. Peace!!! - MPP

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKTELUKINTAN !!! APA HAK #DYANASOFYA BERCAKAP TENTANG PELUANG SAMARATA ???

Posted: 20 May 2014 10:00 PM PDT


Dyana Sofya,calon DAP di PRK Teluk Intan mungkin akan lebih dihormati jika beliau menggunakan pendekatan lain dalam kempennya.Dyana boleh menunjukkan sedikit kredibiliti dan kesedaran dengan menyentuh isu-isu tempatan tetapi sebaliknya,beliau memilih untuk menggunakan sepenuh tenaganya untuk berkempen membuktikan betapa beliau seorang yang 'anti-semangat-nasionalis-Melayu' tulen.Teluk Intan menjadi medan pertempuran Dyana dengan asal-usulnya sendiri.Dalam Dyana melaungkan perjuangan untuk semua bangsa,Dyana telah menolak untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera serta mengutuk sesiapa sahaja yang melakukannya.Dyana mempersoalkan UiTM kerana memberi kelebihan kepada Bumiputera tetapi Dyana tidak pula mengutuk UTAR memberi kelebihan kepada Cina.Dyana menegaskan bahawa beliau menentang pendidikan berasaskan kaum tetapi tidak pula menentang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Dyana bertanya, 'bagaimana memasuki UiTM menjadikan seseorang itu ahli UMNO ???'

Jawapannya, memasuki UiTM tidak menjadikan beliau ahli UMNO tetapi ia menjadikan beliau salah seorang bumiputera yang cukup bertuah kerana mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi di dalam negara di mana pihak minoriti yang memegang kuasa ekonomi.Bagi membela diri,Dyana menyatakan bahawa beliau mencadangkan sebuah institusi yang sama seperti UiTM iaitu memberikan pendidikan yang murah dan berkualiti untuk semua bangsa bagi menepati prinsip peluang samarata.Jelas Dyana bersikap idealistik dan gagal melihat bahawa kesemarataan total tidak membawa kepada keadilan untuk semua.Tidak,selagi adanya iklan kerja kosong yang tertulis 'Mandarin diutamakan' dan tidak,selagi pihak pengurusan tertinggi di sektor swasta dikuasai oleh satu kaum sahaja iaitu Cina.Bercakap tentang peluang samarata,Dyana sepatutnya lebih mengetahui bahawa tidak semua mereka yang rajin,berkelayakan dan bijak akan mendapat apa yang mereka rasa mereka layak,jika tidak bagaimana seorang gadis muda yang tidak berpengalaman dan mendapat pendidikan dengan menggunakan 'hak istimewa bumiputera' diberi peluang bertanding PRK ??? 

Malah,bagaimana beliau menjadi Setiausaha Politik kepada 'Maharaja' DAP ??? Sedangkan ramai lagi yang telah berkhidmat lebih lama dengan dengan DAP dan mempunyai rekod pengalaman politik yang luas.Jadi,kenapa Dyana ??? Tentu sekali bukan kerana 'merit' atau 'rajin'.Dyana menggunakan kelebihannya sebagai Melayu untuk memasuki UiTM dan kemudian menggunakan kelebihan yang sama untuk mengatasi semua individu lain yang lebih layak di dalam DAP untuk menjadi setiausaha kepada Kit Siang dan akhirnya calon pilihanraya semata-mata kerana DAP ingin mengaburi hakikat sikap perkauman mereka.Dengan jalan hidup sebegini,apakah kelayakan Dyana untuk bercakap mengenai hak samarata,kesamarataan total atau merit ??? anda sambung dengan komen,malas nak ulas panjang-panjang,anda tahu kan siapa dyana sofya yang sebenar ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HUKUM #HUDUD !!! SAH !!! #PAS JUAL #ISLAM UNTUK DAPAT SOKONGAN DARI #DAP !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 20 May 2014 07:00 PM PDT


Keputusan pas untuk tidak meneruskan hasratnya membentangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan tidak memeranjatkan malah sudah dijangka.Sekali lagi Pas membuktikan kepada rakyat bahawa agenda politiknya adalah lebih penting daripada perjuangannya membela Islam.Maka Pas tidak ubahlah seperti parti sekular yang lain seperti sekutunya PKR dan Dap yang tidak mempunyai agenda agama dalam perjuangan.Ini tidak memeranjatkan kerana sememangnya kedua parti tersebut menjiwai nilai-nilai sekular.Bagi PKR dan Dap agama adalah penghalang kepada kemajuan kehidupan manusia maka ia harus diketepikan.Tetapi bagaimana pula Pas yang pada asalnya keluar dari induknya Umno dan menubuhkan parti berteraskan Islam.Pemimpin awal Pas menuduh Umno tidak Islamik dan mengikut sistem sekular penjajah Inggeris.Mereka mendabik dada bahawa parti merekalah yang sebenar-benarnya mengamalkan Islam serta memperjuangan prinsip-prinsip agama tanpa campuran nilai-nilai sekular.Maka Pas menjadikan prinsip menegakkan negara Islam sebagai satu-satunya tunggak utama perjuangan parti itu.Bagaimanapun setelah lebih lima dekat kewujudannya, Pas sudah semakin jauh daripada perjuangan asal malah sudah mendekati rupabentuk sebuah parti sekular yang menidakkan nilai-nilai agama. 

Umno yang dilemparkan bermacam-macam fitnah dan tohmahan kotor oleh Pas selama ini tetap beristoqomah mempertahankan kesucian Islam serta giat membangunkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.Umno tidak meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi Pas,namun ialah yang merealisikan ajaran dan seruan kitab suci itu dalam menghayati nilai-nilai murni.Pas tinggal sebagai parti yang hanya pandai berkokok dan berpolitik siang malam tanpa memikir sedikitpun untuk membela nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini.Dari dahulu sehingga kini Pas hanya layak dipanggil sebagai parti pilihan raya kerana hanya ketika musim mengundi sahaja parti itu akan muncul dan berlagak seolah-olah ialah parti pilihan rakyat.Pas melalui masalah identiti yang kritikal sejurus menyertai pakatan pembangkang dengan PKR dan Dap.Jika dahulu ramai melihat pas sebagai parti yang lebih lama berjuang dalam arena politik berbanding PKR dan Dap akan sedikit sebanyak mempengaruhi dasar atau pendirian pakatan pembangkang perihal Islam dan isu-isu berhubung kepentingan agama dan umat Islam.Malangnya sebaliknya yang berlaku


Pas pula dilihat semakin tunduk dan rela diperkudakan oleh dua sekutunya hinggakan dilabel sebagai keldai atau barua Dap dan PKR.Setiap sesuatu yang disuarakan oleh Dap khususnya,Pas sama sekali tidak berani menaikkan kepala tetapi tunduk sebagai hamba parti rasis itu.Dalam isu hukum hudud,pada mulanya Pas memberi harapan kepada ahli dan penyokongnya bahawa parti itu akhirnya berpeluang membuktikan kepada rakyat ia benar-benar serius mahu melaksanakan apa yang telah diperjuangkan lebih 50 tahun.Malangnya apabila Dap mengancam untuk menendangnya keluar daripada pakatan pembangkang, pemimpin Pas mula mengeletar lutut dan akhirnya rebah ke bumi sujud kepada Dap buat sekian kalinya.Pas tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan ia berjuang untuk Islam kerana demi politik ia sanggup membelakangkan agama.Malah Pas tidak teragak-agak untuk menjual Islam kepada dap dan PKR sekiranya ini bermakna mereka boleh mendapat lebih kerusi dalam pilihan raya.Pas akan terus kekal sebagai parti pilihan raya kerana itulah kekuatan dan keistimewaan dari dahulu hingga sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...