BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KERANA 'PARIA' PENAMAAN CALON #PRKBUKITGELUGOR KECOH !!!

Posted: 12 May 2014 12:31 AM PDT

 

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang berjalan lancar sedikit tercemar apabila calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan bertengkar dengan sekumpulan penyokong parti yang bertanding.Kekecohan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi di Dewan Sri Pinang itu berlaku apabila ada dalam kalangan penyokong beragama Hindu terdengar peguam itu menyebut perkataan 'paria'.
Difahamkan,perkataan itu merujuk kepada pengerusi Bersih,Datuk S. Ambiga yang banyak menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.Berikutan itu,sekumpulan lelaki yang terdengar perkataan sensitif itu bersemuka dengan calon berusia 46 tahun berkenaan dan menuntut Abu Backer memohon maaf secara terbuka.
Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian dan bersedia untuk berdepan sebarang tindakan.Selepas kira-kira 15 minit, insiden itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian.
Pertandingan empat penjuru itu akan menyaksikan Abu Backer dicabar oleh Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang bertanding atas tiket Bebas.Abu Backer menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.41 pagi dan akan bertanding menggunakan simbol kuda. - MStar 

#PRKBUKITGELUGOR !!! 4 CALON AKAN BERENTAP !!!

Posted: 11 May 2014 08:42 PM PDT


Seorang calon Bebas,Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.DAP meletakkan Ramkarpal Singh,38 tahun anak ketiga mendiang Karpal Singh,sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.



Beliau dicabar,Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM),Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak,Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.Pencalonan seorang lagi calon Bebas,Lim Chee Khoon ditolak.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.Pada Pilihan Raya Umum ke-13,Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi. - Awani
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...