UMNO Online - “Waris Penumpang MH370 Mahu Bantuan Kewangan – Hamzah” plus 2 more

UMNO Online - “Waris Penumpang MH370 Mahu Bantuan Kewangan – Hamzah” plus 2 more

Link to UMNO Online

Waris Penumpang MH370 Mahu Bantuan Kewangan – Hamzah

Posted: 20 Apr 2014 04:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April – Waris dan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini, hari ini.

thestar-malaysia-mh370-sidang-media-soalan-waris-keluarga-mangsa-carian

Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini.

“Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita.

“Kami memahami keperluan mendesak untuk mendapat maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang memerhati di seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan waris penumpang MH370 di sini.

Pertemuan tertutup selama lebih dua jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Penerbangan MH370, Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ketika ditanya pihak yangbertanggungjawab menyediakan bantuan kewangan, Hamzah yangjuga Timbalan Menteri Luar berkata: “Ia akan datang daripada MAS dan juga daripada kerajaan, jika perlu.

Hamzah menegaskan bantuan itu bukan sahaja untuk waris keluarga dari Malaysia dan ia juga meliputi anggota keluarga dari China bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab.

Hamzah berkata pengumuman mengenai pengesahan status penumpang pesawat MH370 hanya akan dibuat setelah mempunyai bukti yang disahkan oleh pakar bertanggungjawab bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

“Kita tidak boleh berpanjangan macam ini, mesti ada garis waktu untuk buat kepastian. Kita akan putuskan dalam masa yang terdekat.

“Sebaik sahaja kami mahu membuat pengumuman sedemikian kami benar-benar mahu mengesahkan semula sesetengah isu, bukti tertentu dan perkara-perkara tertentu.

Oleh itu, kami benar-benar perlu memahami keadaan,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai keluarga dari China yang enggan menerima penjelasan Malaysia, Hamzah berkata perkara itu tidak dapat dielak memandangkan insiden kehilangan MH370 turut menimbulkan pelbagai persoalan di seluruh dunia.

Katanya apa yang penting adalah Kuala Lumpur hanya membuat sesuatu sesuatu kenyataan atau penjelasan selepas maklumat yang diterima dianalisis oleh pakar.

“Kita semua kena faham ini memang susah untuk kita percaya kerana ini berlaku pertama kali di dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Hamzah menekankan adalah penting untuk kerajaan China membantu memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyatnya memandangkan mereka lebih memahami kedudukan serta budaya masing-masing.

“Ini penting agar ia tidak menjadi masalah kepada hubungan baik antara Malaysia dengan China yang telah lama terjalin, maka segala salah faham mesti dijelaskan oleh kerajaan China kepada waris penumpang di sana,” katanya. – MediaUMNO

Provokasi, Kenyataan Perkauman Boleh Merosakkan Perpaduan Rakyat – Kurup

Posted: 19 Apr 2014 09:50 PM PDT

KOTA KINABALU, 20 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata sebarang provokasi dan kenyataan berbau perkauman terutama yang disiarkan melalui media elekronik dan media sosial baharu boleh meranapkan kestabilan dan keamanan di negara ini jika tidak ditangani secara bijaksana.

Golongan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu hanya mahu mencari ‘pengiktirafan’ namun mengalah apabila orang ramai tidak memberi perhatian kepada mereka, katanya dalam satu majlis makan malam bersama media di sini malam tadi.

Justeru, kata Kurup, media sebagai tiang seri keempat negara dan mempunyai pengaruh besar dalam membentuk pandangan umum masyarakat, perlu bertanggungjawab dan berperanan penting mewujudkan persekitaran maklumat yang tepat kepada rakyat.

Joseph-Kurup-Pensiangan-Sabah-Presiden-PBRS-Menteri-BN

Kurup juga memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya: “Jika anda mahu mengekalkan keharmonian di negara ini, jangan biarkan golongan penghasut ini melemahkan kita! Malah adalah lebih baik, jangan sebarkan berita mengenai insiden tertentu kerana ia sudah pasti boleh mencetuskan kebencian dan ketakutan”.

Menurut Kurup, sikap taksub kepada perkauman dan keagamaan tidak akan terpadam kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia dan media boleh bekerjasama untuk mengekang sikap tidak

“Kita perlu menghentikan tindakan individu sedemikian daripada mengeksploitasi ketidaksefahaman dan kesilapan lalu. Kita tidak boleh membiarkan mereka merosakkan perpaduan, keamanan dan masa depan kita,” katanya.

Kurup berkata saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara yang menghendaki pihak media terus memainkan peranan penting menyiarkan berita dan artikel yang membantu mengukuhkan perpaduan rakyat, perlu diberi perhatian.

Katanya sebagai rakan kongsi dalam perpaduan, saranan itu perlu diberi perhatian bagi mengelak perselisihan atau salah faham di kalangan masyarakat terutama apabila ada pihak berkepentingan cuba memutarbelitkan kenyataan demi memenuhi agenda mereka sendiri.

Pihak media, katanya, perlu lebih berhati-hati ketika melaporkan sesuatu berita kerana maklumat yang disiarkan boleh menimbulkan pelbagai kontroversi dan tanggapan sehingga boleh menyebabkan perubahan persepsi rakyat terhadap ketelusan kerajaan dan negara.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, kita perlu bekerja keras untuk mengekalkan dan mengurus perpaduan negara yang begitu berharga kerana isu sentiasa berubah.

Kurup berkata perpaduan rakyat perlu dihayati dan dipertahankan dan sokongan media diperlukan bagi mengukuhkan dan mengekalkan semangat perpaduan itu untuk diwarisi generasi akan datang. – MediaUMNO

Najib Leads 3km Run For Corruption-Free Nation

Posted: 19 Apr 2014 09:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 20 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today led about 3,000 people in a three-kilometre run here as a demonstration of the people’s commitment to have a corruption-free nation.

larian-hapus-rasuah-jangan-beri-terima-padang-merbok-najib

The run, which began and ended at the Padang Merbok in the heart of the city, was aptly named ‘Larian Hapuskan Rasuah: Jangan Beri, Jangan Terima’ (Anti-Corruption Run: Do Not Give, Do Not Accept). It was organised by Parti Gerakan.

Najib, who was accompanied by Gerakan president Datuk Mah Siew Keong and Wanita Gerakan chief and organiser of the run, Datuk Tan Lian Hoe, took about 40 minutes to complete the run.

The prime minister arrived at Padang Merbok at 7.45 am and participated in a 10-minute aerobic exercise along with the other participants to the tune of songs of the three major races as well as the 1Malaysia theme song.

Mah and Tan then handed a torch to Najib as a symbolic gesture of the launch of the run.

The torch was then handed to Johor Gerakan representative Datuk Teo Kok Chee for a similar run in Skudai, Johor, on May 24.

Najib fired the starter’s gun to start the run.

Also present were Kuala Lumpur mayor Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Works Minister Datuk Fadillah Yusuf and several other leaders of Gerakan. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...