Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Harta Karun Berbillion Ringgit Tertanam di Pulau Nangka, Melaka?
- HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Komen Pertandingan Anwar dan Azizah Hanyalah Sandiwara? #PemilihanPKR
- PANASS!! Masalah HANTU KFA Ganggu Pasukan Bola Sepak Kedah!! #HanyaDiKedah
- HOT!! Rumah Sembelihan Haram Diragui Halalnya? @IsmailSabri60 #Dsis
- HOT!! Misteri Dua Menteri Besar akan ditukar ganti?
- HOT!! Konflik Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan?
- INFO! Kenapa Agaknya Karpal Singh Tak Pakai Serban?
- INFO!! Orang Muda Perlu Memahami Dasar Kerajaan Sebelum Bantah! - @RazaliIbrahim #BTN
INFO! Harta Karun Berbillion Ringgit Tertanam di Pulau Nangka, Melaka? Posted: 20 Apr 2014 08:37 AM PDT Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud. Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini. Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda. Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin. Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan). "Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut. Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar." Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu. Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan. Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511. Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu. Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik. -14/4/14 Berkaitan: Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka, Melaka Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). "Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya. Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut. "Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata ketua menteri. Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat. Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas. Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular. Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya. Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam. -RSN Murali/14/4/14 | ||
HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Komen Pertandingan Anwar dan Azizah Hanyalah Sandiwara? #PemilihanPKR Posted: 20 Apr 2014 06:12 AM PDT Dr. Mahathir berkata, Anwar sentiasa 'bersandiwara' dan perkembangan terbaharu itu juga merupakan salah satu daripada sandiwara Ketua Pembangkang itu. "Semuanya adalah sandiwara, apa yang berbeza agendanya sahaja. Beliau nak jadi Perdana Menteri di atas pentas bolehlah. ""Saya boleh baca rentak politik beliau. Apa yang saya tahu Anwar ini penipu besar," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PKR antara Anwar serta Wan Azizah yang merupakan penyandang jawatan tersebut. Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga secara sinis menyindir Anwar berhubung kenyataannya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam masa satu saat. ""Saya dengar beliau kata mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam masa satu saat sahaja, masih banyak lagi saat yang ada, buatlah," jelas beliau. Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian. Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya - UM | ||
PANASS!! Masalah HANTU KFA Ganggu Pasukan Bola Sepak Kedah!! #HanyaDiKedah Posted: 20 Apr 2014 12:13 AM PDT Ramai dok tertanya-tanya, apa lagi masalah dengan KFA ni!! Makin lama makin terukk!! Ramai orang taktau, masalah KFA lani, ramai lagi hantu-hantu yang dulu tak di SEPAK keluar. EXCO SUKAN pun agak lambat bertindak. Kita tak salahkan EXCO sebab depa pun baru lagi pegang profile ni masa nak susun pasukan Kedah. Tukarlah berapa kali pun jurulatih dengan pengurus pasukan, selagi hantu dalam KFA tak tukar, selagi tu benda ni takkan selesai. Depa pilih pemain dan ambik pemain tanpa beritahu pada jurulatih. Patutnya jurulatih diberikuasa pilih dan panggil pemain mana dia nak. Bukan AJK atau pengurusan dalaman taktau apa pasal bola tu. Puak ni hanya nampak duit. Pemain yang diambil entah apa-apa kemudian, jurulatih dipaksa guna pemain-pemain yang sememangnya dipilih oleh hantu-hantu ni. Mc takmau la kaitkan geng hijau atau geng biru.. sebab bola sepak tak patut dipolitikkan, tapi masih ramai geng hijau dalam tu. Ini masalah individu yang salahguna kuasa dan buat kerja tak fikir masa depan bola sepak. Kerajaan negeri cari duit bagi belambak-lambak dah. Patut pilih pemain dan panggil pemain yang baguih. Ini tak, dok pulun jaga kroni depa dalam tu. Jurulatih takdak power.. gaji pemain pun, hantu-hantu ni yang dok bagi, dok susun sapa gaji tinggi, sapa gaji rendah. Mana-mana pemain yang tak pandai bodek depa, gaji takkan naik la. Silap-silap tahun depan dah kena sepak keluar. Pemain Kedah pun hantu-hantu ni juga yang dok jaga. Kalau dok ada lagi hantu-hantu ni dalam KFA. KFA takkan ada perubahan!! Kita kena fikir, macam mana pemain nak main elok kalau hati tak senang? Duit turun banyak pun, yang senang hati hantu-hantu dalam tu juga. Kerajaan negeri patut sedar benda ni, FOKUS kepada pengurusan KFA sekarang!! Tolong la buang individu yang patut dibuang!! Simpan buat apa, tak payah kesian-kesian laa.. MAKAN DIRI DAHH! Mc tengok penyokong Kedah sekarang tak faham situasi. Kepada peminat dan penyokong Bola Sepak Kedah, kalau nak tembak.. tolong tembak bagi kena. Toksah dok tembak merata-rata, buat penat kalau tembak salah orang. Tembak salah orang, orang tu tukaq, hantu dalam tu dok ada juga. Bila keadaan nak berubah? Kita faham Menteri Besar kita ni baik, beliau percaya pada hantu-hantu dalam KFA tu, mungkin beliau fikir hantu-hantu akan berubah jika dijaga dengan baik. Tapi nama pun hantu, bagi la apa pun, dah nama kata hantu, perangai takkan berubah, tetap jadi HANTU! Jadi Mc minta Menteri Besar lebih tegas dalam pentadbiran KFA jangan bagi muka lagi. Rakyat Kedah menaruh harapan penuh pada MB Kedah untuk membuat perubahan dalam KFA! Nama-nama HANTU yang buat kacau dalam KFA akan didedahkan satu per satu. Tungguuuu.. McTheory: Kepala bana HANTU dalam KFA namanya 'Zul Harun' siapa dia ni? nanti kita dedah.. | ||
HOT!! Rumah Sembelihan Haram Diragui Halalnya? @IsmailSabri60 #Dsis Posted: 19 Apr 2014 10:44 PM PDT Kerajaan menetapkan sasaran setiap daerah memiliki satu rumah sembelihan berlesen sebelum akhir Jun depan bagi mengawal harga daging segar di pasaran. Langkah itu bertujuan mengurangkan kos logistik dalam rantaian bekalan daging kepada pengguna susulan isu bekalan lembu import dilaporkan sebelum ini. Ketika ini, semua sembelihan ternakan perlu dilakukan di 29 rumah sembelihan milik kerajaan dan penyembelihan ternakan tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 Akta Binatang. Ada kira-kira 200 rumah sembelihan di seluruh negara yang tidak dilesenkan kerana belum menepati kriteria ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Menteri Industri Pertanian dan Asas Tani itu dilaporkan sebagai berkata, rumah-rumah sembelihan dimiliki oleh perusahan kecil, mengakibatkan status halalnya diragui. "Kementerian mahu semua kerajaan negeri untuk menguat kuasakan Enakmen Perladangan Unggas bagi memastikan kesemua rumah sembelihan memiliki lesen dan didaftarkan supaya operasi mereka dapat dipantau oleh pihak berkuasa," katanya. "Negeri-negeri yang mempunyai enakmen itu patut menguat kuasakannya bagi membolehkan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat memantau rumah-rumah sembelihan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peratusan" tambahnya lagi. Persoalannya, kenapa perkara ini hanya berbangkit setelah Ismail Sabri menjadi Menteri Pertanian? Apakah selama ini menteri pertanian lain tak pernah tahu mengenai masalah rumah sembelihan ni? Ini perkara serius, sepatutnya kementerian kena pastikan rumah sembelihan berdaftar, dan untuk sembelihan cara Islam, patut dipantau oleh Jabatan agama supaya ianya tidak melanggar hukum syarak! | ||
HOT!! Misteri Dua Menteri Besar akan ditukar ganti? Posted: 19 Apr 2014 08:31 PM PDT
Selepas membaca bisik-bisik Awang Selamat yang mengatakan ada dua Menteri Besar bakal di ganti. Para peminat politik tanah air terus tertanya-tanya Menteri Besar negeri mana yang akan diganti? Maka ramailah yang membuat andaian dan menjadi pakar politik dengan tafsiran masing-masing. Baca laporan dari TMI dibawah, Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi. Bagaimanapun, Awang yang berkata demikian melalui kolumnya dalam akhbar milik Umno itu tidak menyatakan dua negeri yang akan menyaksikan pertukaran menteri besar. "Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. "Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini. Kolumnis Utusan itu percaya Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan. Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti. "Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya. Awang berkata, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata. "Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu," katanya. Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan menteri besar namun jawatan dalam parti. "Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. – 20 April 2014. Perkara ini juga tersebar hingga ke kedai-kedai kopi dan warung-warung nasi lemak tepi jalan. Tak terkecuali di media sosial. Dalam perbincangan diantara nada serius dan tak berapa nak serius, hanya 4 nama Menteri Besar yang naik. Adnan Yaakub, Md Said, Mat Hassan dan Zambry. Tak dengar pulak nama Mukhriz, Azlan, Khalid dan lain-lain MB. Pelbagailah hujah yang Mc dengar dari pakar-pakar politik tanah air samaada di kedai kopi atau di facebook yang menghalalkan 4 menteri besar ini ditukar. Namun, bagi Mc MB Negeri Sembilan Mat Hassan dah menjalankan tugasnya dengan bagus. Beliau memang tegas, tetapi itu perkara wajib tugas sebagai ketua dinegeri. Hanya satu kaum saja yang tak suka Mat Hassan, kaum yang tak undi BN masa PRU ke 13 yang lepas. Jadi Mat Hassan rasanya patut kekal. Ini pendapat Mc laa.. bab 3 lagi MB di atas, Mc taknak komen apa-apa. Kalau pembaca ada komen, silakan share bersama Mc untuk kita ulas sama-sama. McTheory: Jangan biarkan misteri terus menjadi misteri.. he he.. | ||
HOT!! Konflik Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan? Posted: 19 Apr 2014 10:30 AM PDT Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu. Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut. "Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja. "Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu. Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum. Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil. Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam. Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan. "Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya. "Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya. Semuanya bermula apabila Wardina minta ulamak menegur Ustaz Don, boleh baca di SINI. Kemudian Ustaz Don menjawab semula teguran Wardina, boleh klik SINI. McTheory: Wardina ni dah banyak kali salahfaham tentang perkara yang tak sepatutnya dia bersuara. Kaji dulu sebelum sembur je. | ||
INFO! Kenapa Agaknya Karpal Singh Tak Pakai Serban? Posted: 18 Apr 2014 10:37 PM PDT Pernah sekali penulis terdengar pergaduhan di Parlimen melibatkan mendiang Karpal Singh ketika penulis masih wartawan dengan sebuah syarikat akhbar arus perdana. Ketika itu hari pembentangan Bajet (tak ingat tahun mana) dan sebelum pembentangan dibuat, Karpal bangun mempersoalkan sesuatu berhubung aturan di Parlimen. Seperti biasa… maka timbullah suara yang mendesak beliau agar duduk… diselang seli dengan pertukaran kata-kata kasar dari kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang). Antara yang penulis masih ingat adalah seorang Ahli Parlimen menjerit… "Hoi bengali, duduklah". Lepas itu, ada pulak yang menyambung… "Ini bukan bengali… ini bengali murtad… serban tarak," . Bengali kalau di rantau Asia Selatan bukan merujuk kepada orang Sikh tetapi kepada orang Bangladesh… tapi tidak mengapa dengan pemahaman seperti itu… ia tidak berapa penting buat masa ini. Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh, namun yang tidak memakainya bukan dikatakan murtad tetapi dikenali sebagai sahajdhari (berlajar dan menerima secara perlahan-lahan). Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai seorang sahajdhari. Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa. Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong. Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban? Jika mengikut wawancara beliau dengan sebuah akhbar berbahasa inggeris beberapa tahun lalu, Karpal berkata, beliau memakai serban secara tetap sehingga tahun 1970. "Bagaimanapun, pada 1969 saya telah berada di kedai gunting rambut menunggu giliran saya untuk mengunting rambut saya yang panjang sebelum menoleh ke luar tingkap dan melihat ayah saya sedang menaiki basikal (lalu di hadapan kedai), saya terus gugup dan membatalkan hasrat. "Tahun berikutnya saya berada di Alor Star dan ia sangat panas ketika itu yang merupakan musim menuai. Saya baru sahaja memulakan kerjaya sebagai peguam dan keperluan untuk membasuh dan mengikat rambut memakan masa yang amat lama. Saya berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan. "Ia bukan mudah untuk mengambil tindakan seperti itu. Saya berseorangan dalam bilik saya, berjalan mundar-mandir memikirkan keputusan saya. Akhirnya, saya mengikat rambut saya, mengambil gunting dan memotong bahagian ekornya. Kemudian saya ke kedai gunting rambut dan tukang gunting mencantikan potongan saya," katanya. Sudah melakukannya satu benda kata beliau, untuk berhadapan dengan ibu bapanya satu lagi hal besar. "Saya memakai kembali serban tetapi ibu saya perasan yang ia kelihatan lain dari belakang dan mula menangis. Dia menjerit 'kamu telah memalukan kami'. "Nasib baik ayah saya menarik saya ketepi dan berkata; : Sabar, orang perempuan memang suka membuat kecoh. Teruskan memakai serban untuk sedikit masa lagi sehingga mereka dapat menerima idea itu," katanya. Karpal seterusnya menambah, beliau memakai lagi serban untuk setahun sebelum menanggalkannya. "Namun, pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan anak saya, saya tetap akan pakai," katanya. Jadi… kita dapat fahamlah mengapa Karpal tidak memakai serban… satu tindakan yang diambil atas desakan kerjaya yang pada mula tidak diterima keluarganya tetapi kemudian boleh. Akhir sekali… sahaja la penulis menulis rencana ini… bukan apa… mungkin ada yang berminat nak tahu. – Mynewshub
| ||
INFO!! Orang Muda Perlu Memahami Dasar Kerajaan Sebelum Bantah! - @RazaliIbrahim #BTN Posted: 18 Apr 2014 08:28 PM PDT Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara. Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada. "Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka. "Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini. Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa. Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan. "Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma. "Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class," katanya. Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan. Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut. Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment