UMNO Online - “Strong China – Malaysia Relations Not Affected By MH370 Tragedy – Nazri” plus 9 more

UMNO Online - “Strong China – Malaysia Relations Not Affected By MH370 Tragedy – Nazri” plus 9 more

Link to UMNO Online

Strong China – Malaysia Relations Not Affected By MH370 Tragedy – Nazri

Posted: 10 Apr 2014 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 10 – Chinese Ambassador to Malaysia Dr Huang Huikang has assured the strong relations between China and Malaysia has not been affected by the tragedy involving the missing Malaysia Airlines MH370 aircraft, says Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

He said the diplomatic relations between China and Malaysia were able to withstand the tragic incident although there was a dip in the number of Chinese tourist arrivals in Malaysia.

He said the ambassador had assured that on the diplomatic front, the two countries would withstand the test, and that one unexpected event would not spoil the good relations enjoyed by Malaysia and China over the years.

“This is our 40th year of diplomatic relations with China, and we are the first South-East Asean country to do so (with such relations),” said Mohamed Nazri after launching the ‘Warnarasa Malaysia A Food Galore’ programme here today.

The programme is courtesy of the Royal Chulan Damansara Hotel to support the Visit Malaysia 2014 to attract more tourists coming to Malaysia by promoting traditional cuisine from several different states.

Mohamed Nazri said Huang also gave an assurance to support Malaysia to regain the confidence of Chinese tourists to visit Malaysia.

Meanwhile, in his capacity as Inter-Parliamentary Union Malaysia chairman, the minister and several members of parliament visited the Chinese Embassy today.

He said the visit was an expression of solidarity with the Chinese people during this difficult period caused by the missing MH370.

In conjunction with the 2014 Visit Malaysia Year, the government has targeted 28 million tourists to visit Malaysia.

Flight MH370 left the KL International Airport at 12.41am on March 8 and disappeared from radar screens about an hour later while over the South China Sea. It was to have arrived in Beijing at 6.30am on the same day.

On March 24, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that the flight path of the Boeing 777-200ER aircraft “ended in the southern Indian Ocean”.

The search for MH370 is currently continuing there.

Pencarian MH370 : Perjalanan Masih Jauh – Hishammuddin

Posted: 10 Apr 2014 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April  - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau berterima kasih kepada pihak berkuasa  Australia yang sedang berusaha untuk mengenal pasti isyarat yang dikesan di selatan Lautan Hindi ketika gerakan mencari pesawat Malaysia yang hilang memasuki hari ke-34 hari ini.

menteri-hishammuddin-sidang-media-mh370-mas-hari-21-pwtc

Beliau berkata hanya selepas disahkan bahawa isyarat berkenaan adalah dari pesawat Malaysia Airlines MH370, operasi akan beralih ke fasa seterusnya.

Sambil menjelaskan bahawa “perjalanannya masih jauh”, beliau berkata: “Kami dimaklumkan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini daripada JACC (Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia), tapi ia memerlukan beberapa hari untuk meneliti isyarat daripada alat pengesan ping.”

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat dengan pihak berkuasa yang terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777-200 MAS yang hilang, di sini hari ini.

Menurut beliau, untuk sementara waktu ini, tiga jawatankuasa peringkat kementerian berkenaan perlu menunaikan tugas masing-masing. Jawatankuasa itu bermesyuarat di sini sejak pagi tadi.

Pada Sabtu, untuk memperkemas dan memantapkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan, kerajaan mengumumkan penubuhan tiga jawatankuasa peringkat kementerian iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset.

Hishammuddin berkata beliau tetap menaruh harapan pesawat MH370 akan segera dijumpai.

“Inilah janji saya kepada keluarga terbabit,” katanya sambil menegaskan sekali lagi bahawa Malaysia tidak menyembunyikan sebarang perkara.

Menurut beliau kerjasama rapat dan persefahaman mendalam antara Malaysia dan JACC akan memastikan maklumat yang disampaikan berhubung usaha mencari pesawat berkenaan sentiasa konsisten.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabngsa KL pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat MH370 terbang di sepanjang kawasan yang dikenali sebagai koridor pencarian selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Laut China Selatan, di barat Perth.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Musa Wants Sabah’s Assemblymen To Participate Actively In Debates

Posted: 10 Apr 2014 05:20 AM PDT

KOTA KINABALU, April 10 – Chief Minister Datuk Seri Musa Aman wants Sabah’s elected representatives to participate actively in debates during state assembly sessions particularly in voicing out the grouses of the grassroots.

He said as leaders chosen by the people, it was incumbent on them to coordinate and formulate policies that could accelerate transformation, progress and continuous prosperity for the population.

Musa also said that close cooperation among leaders, civil servants and the people was vital in ensuring the success of government policies and programmes.

He said the role of the private sector as a strategic government partner was no less significant in spurring the state’s economic growth towards global standard.

“I am confident that if all parties pool their efforts to strengthen that cooperation and play their respective role more effectively, we will achieve greater progress.

“Such conducive environment would also attract foreign and local investors to the state,” he said at a state banquet in conjunction with the opening of the first meeting for the second term of the 14th Sabah state legislative assembly sitting here today.

Jangan Sewenang-wenang Tukar Kerajaan – Najib

Posted: 10 Apr 2014 05:13 AM PDT

KUANTAN, 10 April  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.

Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.

“Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan…buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.

najib-umno-bn-semangat-janji-ditepati-manifesto-pilihanraya-pengundi-rakyat

“Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya ,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Seri Damai, dekat sini hari ini.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.

Beliau berkata rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan geran tanah RTK kepada 167 peserta dengan setiap seorang peserta diberikan satu lot tanah berkeluasan 0.4 hektar.

Kampung Seri Damai diisytiharkan sebagai RTK pada 18 November 1985 bersama 36 RTK lain di daerah ini.

Ahli Parlimen DAP Berniat Jahat, Berbohong Lawatan Kerja TPM Ke Dubai

Posted: 10 Apr 2014 04:22 AM PDT

DUBAI, 10 April  - Dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat.

“Tindakan mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa dengan hanya berasaskan satu dokumen yang tidak disahkan adalah satu perbuatan yang tidak profesional,” menurut kenyataan itu.

zairil-cina-bukan-anak-kandung-khir-johari-steven-sim-chee-keong-dap-dapsy-parti-rasis-anti-melayu-niat-jahat-fitnah-bohong

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan itu kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab Anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong yang seolah-olah menggambarkan lawatan kerja Muhyiddin untuk memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan menarik pelaburan asing ke Malaysia itu sebagai satu percutian yang membazir wang rakyat.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa dalam jadual akhir yang dimuktamadkan, Muhyiddin mempunyai aktiviti rasmi yang ketat sepanjang berada di Dubai dari 7 hingga 12 April untuk lawatan kerjanya.

“Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar negara akan terdapat beberapa perubahan pada draf jadual lawatan sebelum ia dimuktamadkan.

“Ini kerana jadual yang diatur tertakluk kepada pengesahan pihak-pihak yang terlibat di negara yang hendak dilawati,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memberikan contoh di mana draf jadual lawatan yang didedahkan dua anggota Parlimen itu tidak mengandungi acara rasmi Muhyiddin di Dubai pada 8 April.

Pada 8 April, Muhyiddin diberi penghormatan oleh kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Pelaburan Tahunan (AIM).

Dalam pertemuannya dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum berserta beberapa ketua kerajaan yang menghadiri AIM, Muhyiddin berkongsi pengalaman Malaysia dalam persekitaran perniagaan antarabangsa dan menarik pelaburan asing.

Dalam pertemuan yang sama, Muhyiddin turut menyampaikan ucapan terima kasih kerajaan Malaysia kepada Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum atas bantuan kerajaan UAE dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Muhyiddin juga menghadiri Pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) dan melancarkan pavilion Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai selain menerima kunjungan Menteri Pelajaran UAE Humaid Mohammed Al Qatami dan Menteri Kebudayaan, Pembangunan Belia dan Masyarakat Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan di venue itu.

Menurut kenyataan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GEM Education yang berpangkalan di Dubai, Sunny Varkey.

GEMS Education mempunyai rangkaian sekolah swasta di 151 buah Negara termasuk UAE, Amerika Syarikat dan Singapura, sedang dalam proses untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan kadar berpatutan di Malaysia.

Muhyiddin juga dijadual menyertai dua majlis makan malam rangkaian perniagaan bersama ahli perniagaan ternama dari Malaysia dan UAE.

Menurut kenyataan itu, perbelanjaan bagi kedua-dua majlis makan malam itu tidak ditanggung kerajaan Malaysia.

Majlis makan malam itu dibiayai Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB), syarikat yang mempunyai operasi di Dubai dan satu lagi majlis dibiayai Essa Al-Ghurair, anggota Dewan Perniagaan Dubai dan Penasihat Panel Antarabangsa Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Semasa lawatan itu juga, Muhyiddin mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan di UAE dan Timur Tengah antaranya Petronas dan Eversendai Corporation Bhd.

Muhyiddin juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan EMKE Lulu Group of Companies atas undangan Yusof Ali MA, pemilik rangkaian pasar raya hiper di negara-negara teluk.

Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan UAE, kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyebut Muhyiddin dijemput untuk menyertai acara golf bersama ahli-ahli perniagaan dari kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, segala perbelanjaan untuk acara golf rangkaian perniagaan itu dibiayai sepenuhnya syarikat-syarikat persendirian dan sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri juga akan menyertai satu acara golf rasmi anjuran Tourism Malaysia pada 14 April bagi tujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Makan tengah hari bagi acara golf itu ditaja Pengerusi ASCORP Holdings dan Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Abu Dhabi, Khalfan Saeed Al Kaabi.

Sempena lawatan itu, Muhyiddin juga akan menghadiri majlis makan bersama diaspora Malaysia di UAE anjuran Talent Corporation.

Kenyataan itu jug menyebut lawatan kerja ke Dubai itu merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi pemimpin kerajaan ke luar negara seperti lawatan-lawatan lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di persekitaran ekonomi dan politik antarabangsa yang semakin dinamik.

“Keseluruhan aktiviti YAB Timbalan Perdana Menteri sepanjang lawatan beliau ke Dubai menjurus ke arah meningkatkan hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan UAE serta menarik pelaburan asing ke Malaysia demi kepentingan negara,” menurut kenyataan itu.

Dewan Rakyat Ditangguhkan Selepas 20 Hari Bersidang

Posted: 10 Apr 2014 03:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 10 Mac lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan lapan hari itu, Dewan Rakyat meluluskan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

Sementara itu, dua rang undang-undang yang dijadual dibacakan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata beliau bagi pihak Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada anggota Parlimen yang memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan mesyuarat itu dapat disempurnakan.

Kumpulan Mana Pun Menang, PKR Tetap Hak Milik Keluarga Anwar

Posted: 10 Apr 2014 03:35 AM PDT

KOTA KINABALU, 10 April – Pemilihan kepimpinan PKR pada Mei ini dijangkakan menjadi lebih dramatik bukan sahaja kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding mencabar isterinya sendiri Datin Seri Dr Wan Azizah, namun kewujudan kelompok-kelompok tertentu yang sudah bersiap sedia bagi menjalankan peranan masing-masing, demikian menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut Salleh, pemilihan kali ini akan menjadi lebih menarik dengan persembahan drama  yang ditulis skripnya dan diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menentukan perjalanan serta halatuju parti tersebut supaya tetap  berada di dalam genggaman keluarga dan kroninya sahaja.

nepotisme-kronisme-parti-anak-beranak-pkr-anwar-wan-azizah-nurul-izzah-cabul-demokrasi

"Apa yang saya lihat, dalam pemilihan PKR kali ini,  Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, kelihatannya sepakat membentuk satu gabungan bagi menghadapi pemilihan parti kali ini, sebagai satu pakej alternatif.

"Dalam perkembangan mutakhir ini jelas memperlihatkan telah wujud kelompok-kelompok di  dalam PKR yang mempunyai agenda atau peranan masing-masing serta pro atau menjadi bayangan kepada pemimpin tertentu di dalam PKR untuk menjatuhkan pemimpin tertentu di dalam parti tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Biarpun Khalid seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar baru-baru ini tidak menganggap kewujudan trio itu sebagai satu ancaman besar kepada beliau, namun menurut Salleh, Khalid tidak boleh memandang enteng drama licik yang diarahkan oleh Anwar ini.

“Biarpun Khalid menyatakan tidak ada tekanan buat beliau namun saya yakin bahawa di dalam berkempen kelak, maka pastinya akan ada bermacam-macam isu yang dibangkitkan termasuk serangan bersifat peribadi terhadap saingan mereka semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Dan perkara ini pastinya akan memberikan tekanan buat Khalid dalam usahanya untuk merebut jawatan.

“Berdasarkan senario politik PKR, kita sedia maklum bahawa Wan Azizah lebih pro kepada Khalid berbanding Azmin, namun kelihatan agak menarik apabila Saifuddin Nasution yang termasuk di dalam trio bersama Nurul Izzah yang pasti pro kepada ibunya, juga akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar Khalid, termasuk  Tian Chua dan sudah pastinya Azmin Ali.

"Azmin Ali pula, seperti yang kita sedia maklum bukanlah berada di dalam 'kapal' Wan Azizah dan berdasarkan senario politik Selangor jelas  bahawa konflik antara Azmin dan Khalid masih belum selesai sehingga ada ura-ura yang mendakwa, wujudnya gerakan tertentu  untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar dan berkemungkinan juga menggagalkan beliau untuk  terus kekal sebagai Timbalan Presiden PKR," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Salleh, walau apa pun yang berlaku, kalah atau menang kumpulan atau individu tertentu di dalam pemilihan PKR kali ini, ianya tidak akan memberi sebarang makna.

"Ini kerana bagi pandangan saya, dalam pemilihan PKR ini, perancangan telah pun diatur dan pemilihan ini hanyalah sebagai sebuah lakonan wayang sebuah demokrasi kerana pada saya, kalah atau menang seseorang pemimpin di dalam pemilihan PKR ini akan atau telahpun ditentukan oleh sepasang suami isteri, Anwar dan Wan Azizah, kerana itu adalah parti mereka," jelas beliau sinis. -MediaUMNO

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

MCA Johor Selar Tindakan Anggota Parlimen Pembangkang Bawa Anak Ke Dewan Rakyat

Posted: 10 Apr 2014 03:25 AM PDT

KLUANG, 10 April – MCA Johor hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen pembangkang yang membawa anak masing-masing ke Dewan Rakyat, sebagai menuntut kerajaan menambah pusat jagaan anak di negara ini, semalam.

Timbalan Pengerusinya Datuk Tee Siew Kiong berkata perbuatan terbabit mencipta budaya tidak sihat.

“Sebagai wakil rakyat, mereka sepatutnya perlu bertanggungjawab dengan tidak bermain ‘wayang’ di Parlimen. Sekiranya mereka tidak mampu menyelesaikan masalah kecil keluarga, bagaimana mereka mahu menyelesaikan hal rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat produk pelancongan daerah Kluang, di sini hari ini.

pakatan-pembangkang-hina-dewan-parlimen-bawak-anak-tuntut-nurseri-pusat-jagaan-kaum-cina-diskriminasi

Semalam, beberapa anggota Parlimen DAP termasuk anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching, anggota Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong membawa anak-anak mereka ke Parlimen, untuk mendesak kerajaan supaya menubuhkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di jabatan kerajaan dan swasta.

Tee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor berkata isu seumpama itu tidak wajar ditimbulkan kerana  kerajaan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga ada menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di setiap negeri.

“Sebagai orang yang dipilih rakyat, para anggota Parlimen seharusnya menjalankan mandat yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Kalau masalah anak tidak dapat diselesaikan, lebih baik jangan menjadi wakil rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tee berkata usaha sedang digiatkan pihaknya untuk menarik pelancong ke negeri ini menggunakan pengangkutan kereta api.

Beliau berkata trend kemasukan pelancong menggunakan pengangkutan itu dari Stesen Kereta api Woodlands, Singapura menunjukkan peningkatan positif dengan sebanyak 12,181 orang direkodkan pada bulan lepas berbanding 9,483 orang pada bulan sebelumnya.

“Kami sedang melihat Kluang yang berjaya menarik lebih 200,000 pelancong tahun lepas sebagai sebuah daerah yang berpotensi diketengahkan dalam mempromosi pelancongan kereta api kerana jarak perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira dua jam 15 minit dari Singapura,” katanya.

Menurut Tee, selain kopi Stesen Kereta api Kluang, daerah itu juga mempunyai beberapa tarikan lain seperti ladang agropelancongan UK Farm, ladang organic Zenxin, Taman Rekreasi Gunung Lambak dan Hutan Lipur Gunung Belumut yang diyakini dapat menarik pelancong untuk bermalam atau menginap lebih masa.

Usaha Mengesan Pesawat MH370 Hadapi Pelbagai Cabaran

Posted: 10 Apr 2014 03:10 AM PDT

PERTH, 10 April -  Usaha mencari ‘tempat persemadian’ pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia, berdepan dengan pelbagai cabaran.

Ia menjadi lebih sukar dengan kehadiran lapisan tebal kelodak, yang mungkin meliputi dasar lautan, isyarat yang semakin lemah daripada apa yang dipercayai sebagai kotak hitam pesawat berkenaan dan ketiadaan serpihan untuk membantu mengesan lokasi sebenar pesawat itu berada.

Komodor Peter Leavy, yang menyelaras usaha pihak tentera Australia mencari pesawat itu, memberitahu media bahawa bukti wujudnya kelodak tebal diperoleh daripada penyelidikan yang dilakukan di satu lokasi kira-kira 180km di luar kawasan mencari yang menjadi tumpuan sekarang.

penyelam-kapal-ocean-shield-australia-carian-sukar-mh370-

“Usaha mencari secara visual mungkin mengalami banyak halangan kerana bangkai atau sebarang serpihan dengan mudah akan tenggelam ke dalam lumpur,” katanya.

Beliau berkata pengelodakan di dasar lautan juga boleh menyekat isyarat yang dipancarkan kotak hitam, berbanding dengan di permukaan pejal seperti batu, yang boleh memantulkan isyarat yang dipancarkan.

Sementara itu, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal (B) Angus Houston berkata beliau gusar dengan kemerosotan kekuatan isyarat kerana para pencari memerlukan lebih banyak pancaran isyarat untuk membuat analisis terhadap data bagi menentukan lokasi pesawat syarikat penerbangan Malaysia itu berada.

Katanya isyarat berkenaan mungkin semakin lemah berikutan keadaan bateri kotak hitam yang semakin habis kuasa.

Empat isyarat dikesan kapal Australia, Ocean Shield, yang menunda alat pengesan pinger milik Tentera Laut Amerika. Alat itu mampu membuat pengesanan di kawasan enam kali lebih luas daripada kawasan yang mampu diliputi oleh drone yang dilengkapi sonar, kata Houston.

“Lebih jelas Ocean Shield dapat memastikan kawasan yang perlu diberi tumpuan, maka lebih mudahlah bagi kenderaan khas bawah air (Bluefin 21) untuk mencari bangkai pesawat terbabit,” katanya.

Kotak hitam yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit diyakini mampu menjawab persoalan tentang apa yang dialami pesawat MH370 bersama 239 orang di dalamnya, yang menyimpang beribu-ribu kilometer daripada laluan asalnya bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Para pakar mengesahkan bahawa dua isyarat yang dikesan pada Sabtu konsisten dengan isyarat yang datang daripada peranti buatan manusia, dan bukan bunyi semula jadi hidupan marin di lautan itu.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat itu, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor – koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi – apabila MH370 didapati melencong daripada laluan asalnya.

Berikutan analisis yang dilakukan terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac iaitu 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 ‘berakhir di Lautan Hindi’.

Selangor Govt’s Decision To Raise Assessment Rate, Licence Fee Will Only Burden People – BN Rep

Posted: 10 Apr 2014 02:55 AM PDT

SHAH ALAM, April 10 – The Selangor government’s decision to raise the assessment rates and business licence fees from next year will only burden the people said Semenyih state assemblyman Datuk Johan Abdul Aziz.

Johan, (BN-Semenyih) said the hike in rates will not only burden the traders but will also raise the cost of living for the people in Selangor because businessmen will raise their prices of goods and increase their payment for services.

“For example, people who paid RM400 for a business licence to Majlis Bandaraya Shah Alam last year will end up paying RM1,120 next year. It is not only in Shah Alam but Majlis Perbandaran Klang has also raised its rates.

“Used car dealers in Klang will be paying RM1,480 for their licence next year compared with RM390 last year,” he said when debating Sultan Selangor’s royal address in the Selangor state assembly, here today.

The enforcement of high assessment rates would also hit those in business badly since some are expected to pay close to RM6,000.

“Due to the hike in licence and assessment rate, those in business will have no choice but to pass on the increase to the consumers. So, it is the people who stand to lose,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...