Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Jawapan Tun Dr Mahathir Pada Fitnah Peristiwa Memali!

Posted: 10 Apr 2014 08:12 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamed

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang "Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah" (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, "adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi……….."

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber dari blog rasmi Ayahanda Tun Mahathir

HOT!! Dari mana SUARAM Rembat Duit RM100Juta Dana PKR?

Posted: 10 Apr 2014 06:12 AM PDT


Semalam kita digegarkan dengan berita Tian Chua dan Sivarasa yang dikatakan telah menyeleweng duit SUARAM yang diperuntukan kepada PKR sebanyak rm100juta. Pada yang belum baca cerita berkenaan boleh baca kat SINI.

Untuk apa SUARAM beri peruntukan yang besar pada PKR? Untuk pemilihan PKR atau untuk gerakan Reformasi 2.0 yang sedang dalam rancangan Anwar tu?

Sudah tentu dengan dana yang begitu besar, semestinya ia bukan satu perancangan yang kecil. Selamatlah ianya telah disapu awal-awal, kalau tidak tentu akan ada perkara yang tidak baik akan berlaku.

Tentu pembaca tertanya-tanya, siapa penyumbang dana SUARAM ni? Hinggakan boleh melabur rm100juta pada parti politik di Malaysia ni.

Kalau nak tahu, jutawan George Soros dipercayai menjadi penyumbang dana terbesar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB).- Fullartikel

Jadi tak hairanlah rm100juta pun boleh campak bagi macam tu saja.

Soo.. kalau dah terima dana dari jutawan yahudi, sudah tentu PKR wajib amalkan ciri-ciri yang yahudi suka.


Seperti kebebasan media, kebebasan beragama, kebebasan hubungan seks, seks songsang, kalimah Allah hak semua agama, rusuhan, pejuang demokrasi, hilangkan kepercayaan pada kerajaan, cemarkan nama polis dan lain-lain perkara pelik yang sememangnya menjadi permainan yahudi untuk rosakkan semua negara Islam.

Disebabkan itu, Anwar selalu mencanang hubungan baiknya dengan negara luar lebih-lebih lagi Amerika. Malah masih didalam ingatan Mc, bagaimana akhbar rasmi Israel 'Jurusalem Post' mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menawan 5 negari di masa pru ke 12.

Mana pernah dalam sejarah umat Islam di dunia. Seorang pemimpin beragama Islam, diucap tahniah oleh akhbar Israel? Hanya Anwar saja yang dapat pujian sebegitu.

Jadi tak hairanlah bila yahudi sanggup beri dana rm100juta untuk kegunaan partinya, supaya dia boleh terus menerus merosakkan negara kita ni.

Alhamdulillah.. sebab duit tu pun tak sampai dan disapu oleh penyangak dua ekor ditengah jalan. he he..

INFO!! Pameran #MAHA2014 Sasarkan 3.5 juta Pengunjung! - @IsmailSabri60 #Dsis

Posted: 10 Apr 2014 01:40 AM PDT


Pagi tadi berlangsung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014.

Pada tahun ini Kementerian Pertanian dan Asas Tani mensasarkan seramai 3.5 juta pengunjung datang ke pameran MAHA pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pameran yang diadakan dua tahun sekali itu mencatatkan seramai 3.3 juta pengunjung pada 2012.


"Jika pada tahun 2012, seramai 3.3 juta pengunjung telah hadir ke pameran ini, maka saya harap lebih pertambahan untuk tahun ini.

"Oleh itu promosi dan kempen besar-besaran akan diteruskan untuk mempromosikan MAHA ke seluruh negara," katanya ketika ditemui di Majlis Pra Pelancaran MAHA 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.

Di dalam perlancaran tersebut, Ismail Sabri turut merasmikan Program Road To MAHA yang akan mempromosikan MAHA di beberapa negari terpilih seperti di Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka dan Johor.

"Road To MAHA yang kita adakan di setiap negeri, sehingga hari ini kita dah pun anjurkan di empat negeri iaitu di Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

"Kita akan teruskan ekspo Mini MAHA ini di setiap negeri sehinggalah sehingga bulan Oktober nanti," katanya.



Dalam pada itu, kempen promosi MAHA akan turut diperluaskan pada pengangkutan awam, seperti teksi, Kereta Api Tanah Melayu (KTM), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), dan bas ekspres.

Di dalam majlis itu juga, maskot dan tagline MAHA 2014 turut dilancarkan.

Menggunakan tema 'Agroteknologi- Pemangkin Tranformasi', pameran itu akan berlangsung pada 20 hingga 30 November ini di MAEPS.


Ini sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan industri pertanian yang lestari sebagai pemangkin kemajuan ekonomi, serta untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Berasaskan inisiatif untuk memperkayakan sektor pertanian dan membangunkan 'Pertanian Baru', MAHA 2014 menggariskan beberapa objektif:  
1. Mempamerkan perkembangan terkini industri asas tani dan agro makanan di Malaysia.

2. Meningkatkan pemahaman tentang arahtuju pembangunan pertanian dan perniagaan industri agro makanan. 
3. Menyediakan satu landasan bagi pembangunan dan peluang perniagaan di dalam dan luar negara. 
4. Menggalak dan mendorong penglibatan belia dan generasi muda di dalam agro makanan dan industri asas tani.

5. Menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang dapat menarik penyertaan sektor swasta.

Dibawah sekitar gambar-gambar menarik di Majlis Pra-Pelancaran 'Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show' (MAHA 2014).
























Berbekalkan dengan promosi secara besar-besaran, malah MAHA 2014 juga mengutamakan capaian 5 objektif utama. Kemungkinan besar MAHA 2014 akan menjadi lebih meriah. Malah pameran MAHA akan tetap menjadi sumber rujukan utama kepada petani dan rakyat Malaysia yang berkecimpung dalam industri pertanian.

HOT!! Pakar Motivasi Prof Izi Ali di SOAL SIASAT Polis Atas Kes Cabul?

Posted: 10 Apr 2014 12:18 AM PDT



Kalau mengikut blog Mazidul Akmal pakar motivasi yang juga pensyarah Uitm Arau sudah disoal siasat atas dakwaan mencabul pelajar.


[ Supt. Mohd Nazri Hussien ]

Sehubungan itu, saya menghubungi Ketua Polis Daerah, IPD Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussien untuk mendapatkan penjelasan.

"Pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan kini berusaha mengesan beberapa saksi di Perlis dan di luar Perlis. Semalam, suspek dipanggil, hadir di IPD Arau, kenyataannya direkod untuk melengkapkan siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, mencabul. Pegawai Penyiasat kes kemudian akan menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ulas beliau.

Mohd Nazri dihubungi pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Cerita berkaitan pakar motivasi terbabit boleh baca kat SINI.


McTheory:
Kena cepat, kalau tak makin ramai jadi mangsa..

INFO!! #BTN Pusat Provokasi Perkauman Negara? @RazaliIbrahim

Posted: 09 Apr 2014 09:23 PM PDT


Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak. 

"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Razali berkata, kerajaan mengambil serius dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita (BTN) tidak pernah membangkitkan semangat benci membenci, bersakit-sakit hati dalam kalangan peserta.

"Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut, tidak pernah kita membezakan peserta atas asas politik dan kepentingan peribadi," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa bagi mengembalikan kecemerlangan BTN dalam menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotisme rakyat.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu berapakah perbelanjaan untuk aktiviti BTN serta kriteria untuk memilih penceramah dan pensyarah dalam program itu, Razali berkata setakat ini kerajaan membelanjakan sekitar RM30 juta setahun.

Beliau berkata, pada tahun 2011 kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, pada tahun 2012 (RM27.5 juta) dan pada tahun 2013 (RM26.4 juta).

"Bagi penceramah pula kita lihat kepada latar belakang peserta yang terbabit dalam program yang dianjurkan kerana kita (BTN) ada banyak program yang berbeza dan ada kumpulan sasarnya termasuk daripada mahasiswa, pemimpin masyarkat, kepimpinan korporat, kakitangan awam dan mereka yang ingin ke luar negara," katanya. - BERNAMA


McTheory:
Masa Anwar pegang dulu lagi teruk.. buat rekrut untuk diri sendiri..

HOT!! Ugutan Politik Punca Peguam Negara Lembik?

Posted: 09 Apr 2014 07:18 PM PDT



Memang kita lihat peguam negara tak proaktif langsung. Banyak kes yang tak diambil tindakan. kenapa ya?

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pemerintah mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail letak jawatan kerana didakwa gagal menjamin integriti sistem perundangan negara sejak tahun 2008. 
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, Abdul Ghani sebagai Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan Pusat itu didakwa tidak dapat menjalankan tanggungjawab secara berkesan sehingga kini. 
"Tujuan kami mendesak Abdul Ghani letak jawatan serta merta kerana sejak tahun 2008, dia ditugaskan membantu kerajaan membina satu negara aman dan damai menerusi sistem perundangan yang efektif sebaliknya gagal dan keadaan menjadi huru-hara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. 
"Jika beliau (Abdul Ghani) menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan tidak mungkin isu yang memporak perandakan kemajmukan rakyat. 
"Antaranya kes-kes demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, cubaan guling kerajaan, menghina dan mempertikaikan agama rasmi negara, kedaulatan negara dan sultan masih tertangguh siasatan," ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini. 
Ramesh memberitahu, insiden-insiden itu tidak tercetus sekiranya Ghani dapat menjalankan amanah itu dengan cekap dan telus. 
Ramesh juga menyerahkan memorandum kepada pegawai Peguam Negara, Asmawar Samad dan difahamkan, NGO-NGO terbabit telah diberi tempoh seminggu untuk membincangkan bersama Peguam Negara serta membalas tuntutan NGO-NGO berkenaan. 
Dalam pada itu, tambah Ramesh, kejadian fitnah melampau dalam media sosial Facebook dan Twitter, penerima dana-dana asing dibiarkan berleluasa, penghinaan pemimpin negara, peguam dan pengamal undang-undang kerajaan dijadikan bahan jenaka yang masih gagal ditangani selain tidak mengetahui status siasatan kes tersebut. 
Katanya, pihaknya juga mahu Abdul Ghani memberi penjelasan status kesemua perkembangan kes-kes yang belum selesai dan bila tindakan akan diambil terhadap pelaku-pelaku jenayah terlibat. 
"Bayangkan kita sejak di bangku sekolah diajar agama rasmi negara ialah Islam dimana ia tak perlu dipertikaikan lagi tetapi kini ia dipersoal secara terang-terangan oleh beberapa pemimpin dan individu tidak bertanggungjawab. 
Menurutnya, adakah itu bermakna undang-undang negara kita longgar atau Peguam Negara tidak berperanan menasihati polis dan bertindak tegas terhadap apa yang berlaku. 
"Selain itu fitnah melampau dalam media sosial yang bertindak menyemarakkan sentimen perkauman dan kemarahan sememangnya telah disedari beliau sebagai Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong, tugas Ghani seharusnya memastikan tak kira siapa memerintah negara, untuk menasihati kerajaan yang terbaik dalam perundangan dan bertindak mencegah segala ugutan dan ketegangan. 
"Andai kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ghani sudah lama dipecat dan dihalau kerana banyak isu jenayah dan kes besar masih belum diselesaikan. 
Ramesh juga turut mempersoalkan keredibiliti dan intergriti Ghani kerana beberapa kes besar antaranya kes Lahat Datu masih belum diselesaikan dan dalang sebenar disebalik kejadian itu masih belum didedahkan. 
"Kami rakyat mahukan intergriti sistem perundangan negara sentiasa terpelihara dan pada masa yang sama meyakinkan rakyat bukannya undang-undang yang terlampau longgar sehingga membolehkan pesalah terlepas hukuman. 
"Maka ia jelas menunjukkan Ghani gagal sebagai Peguam Negara dan langkah terbaiknya ialah beliau harus meletak jawatan yang sedang disandang itu kerana lebih ramai peguam yang berwibawa bersedia untuk menerajui amanah itu. 
"Kita tidak nampak ketelusan dan intergriti dalam menangani kes-kes besar ini dan jelas nampak rakyat didahulukan tidak berfungsi di sini lagi. Kami mahukan satu perubahan atau transformasi untuk membentuk satu sistem perundangan yang tegas telus dan disegani rakyat," katanya lagi.
Secara peribadi Mc sendiri rasa pelik dengan peguam negara sekarang ni. Dulu beliau berjiwa besar, mahu menjaga negara, menegak keadilan. Namun sejak peribadinya diserang pembangkang, keluarganya diganggu, hingga anak dan isterinya nak buat aktiviti harian pun dah tak senang. Beliau terus berubah.


Malah beliau dan keluarga pernah dituduh mengunakan wang kerajaan sewaktu melancong diluar negara. Sedangkan perkara itu fitnah!

Mungkin disebabkan tekanan politik beliau mula mengasingkan diri dan malas terbabit dengan isu yang membabitkan orang politik. Bukan beliau menceburi politik, tetapi melihat apa yang terjadi sekarang di Malaysia, hampir semuanya dari permainan politik.

Masing-masing nak jadi hero, masing-masing nak tunjuk kuat, ada pengaruh. Kemudian bagi kenyataan yang bukan-bukan. Rakyat dengar, tak puashati report polis, kemudian tunggu tindakan, tiada tindakan, kecewa dan salahkan pihak berkuasa. Perkara ini berulang-ulang.

Kita hormat kalau beliau taknak terlibat dalam sebarang isu yang berkaitan politik, tetapi kalau dalam hal yang melampau, hingga boleh menjejaskan hubungan diantara kaum dan membahayakan negara. Rasanya itu dah menjadi tanggung jawab beliau untuk terlibat sama.

Tak guna juga kalau polis tangkap, buat laporan, kumpul bukti, tapi peguam negara hanya simpan kes tu dalam laci.

Kalau rasa diri dah tak mampu nak ikut perkembangan negara yang hampir 24 jam berpolitik ni. Adalah lebih baik undur diri. Boleh duduk dirumah jaga anak cucu, senang hati. Berilah jawatan pada orang lain yang mampu memikul tanggungjawab sebagai peguam negara pulak.

McTheory:
Dari menyusahkan diri dan orang lain.. baik berenti, betul tak?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...