UMNO Online - “Registration For GST Opens Jun 1” plus 9 more

UMNO Online - “Registration For GST Opens Jun 1” plus 9 more

Link to UMNO Online

Registration For GST Opens Jun 1

Posted: 24 Apr 2014 02:43 AM PDT

PETALING JAYA, April 24 – A taxable person who is required to be registered under the goods and services tax (GST) regulations can start registering with the dedicated portal http://gst.customs.gov.my from June 1, a Royal Malaysian Customs officer said today.

Fazilah Ariff, the department's Senior Assistant Director (1), GST Division, said early registration would enable businesses to prepare for the smooth GST implementation when the tax comes into force on April 1, next year.

"The first step to be GST-ready is to register for a GST identification number. You need to check whether you are required to register or whether you want to register voluntarily.

"Being a GST registered person would allow one to be more prepared, for example, printing the tax invoice with the 12 digits GST identification number generated by the portal," she told participants at the “Automotive Info Talk” on the GST today.

In explaining the salient features of the GST, Fazilah said, the definition “persons” means an individual, sole proprietor, partnership, company, trust, estate, society, union, club, association or any other organisation, a government department and a local authority involved in business making taxable supplies in the country.

The GST requires a person, who makes taxable supply of goods and services in Malaysia, exceeding the prescribed threshold to register and to keep records of tax inputs and outputs, she said.

She said the calculation of the turnover for registration was based on the total value of the taxable supplies for a 12-month period with people having businesses with an annual sales turnover exceeding RM500,000 are liable to be registered under GST.

“While registration is mandatory for businesses with a turnover that has exceeded the prescribed threshold, businesses below threshold may also apply for voluntary registration, she said.
Fazilah, who exchanged ideas with the participants and speakers from the department, also explained the entitlement to claim for the input tax, other responsibilities and obligations as a registrant under the GST.

The speakers advised the participants and the people to check on the GST portal for other details and informative updates on the GST.

Some 450 automotive industry players and stakeholders attended the one-day seminar hosted in collaboration with the Malaysia Automotive Institute, an agency under the purview of the International Trade and Industry Ministry.

Tuduh UMNO Tolak Hukum Hudud Isu Lapuk Yang Diputar Kembali

Posted: 24 Apr 2014 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April – Tuduhan pihak tertentu bahawa UMNO menolak hukum hudud bukan sahaja isu lapuk malah sejak sekian lamanya isu berkenaan dimainkan dan ditohmah kepada parti yang menunjangi pemerintahan negara hari ini.

Ironinya jika betullah hudud itu menjadi keutamaan kepada Pas, sepatutnya Pas sudah lama melaksanakan khususnya di Kelantan tanpa mengambil kira sebarang kekangan termasuklah anggota pakatan sendiri iaitu Dap dan PKR.

Ketika perkara ini diajukan kepada pendakwah bebas Ustaz Jamil Long, beliau berpandangan UMNO yang menunjangi kerajaan hari sebenarnya sama sekali tidak pernah menolak hudud apatah lagi menentang hukum Allah s.w.t.

"Menolak, menentang atau tidak melaksanakan kerana kekangan tertentu adalah perkataan yang membawa makna yang berbeza dan tindakan pihak tertentu yang menuduh sedemikian rupa adalah satu perkara yang tidak sepatutnya.

pm-najib-rosmah-haji-di-mekah-kaabah-solat-doa-zikir-muslim-islam

"Bagi saya UMNO bukannya menolak malah jauh sama sekali menentang hukum Allah s.w.t itu. Isu ini dah berkurun lamanya dimainkan, hari ini bergema kembali dan saya melihat UMNO menjadi mangsa tuduhan dan tohmahan semata-mata," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Menurut beliau dari segi Maqasid Syariah (agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda) bukankah UMNO yang menunjangi pemerintahan negara telah melakukan yang terbaik serta komited dari sudut pelaksanaanya.

Malah jika diperhatikan dari sudut tuntutan Islam lain pula, kerajaan telah membuat perancangan serta pelaksanaan yang sebaik mungkin demi pembangunan ummah sejagat.

"Dalam konteks hukum Hudud pula, apakah pemahaman masyarakat mengenainya cukup jelas, apakah persediaanya sudah diteliti kerana akhirnya nanti Islam itu yang akan menjadi tumpuan umum.

"Sebab itu bagi saya, menuduh UMNO menolak hukum Allah s.w.t adalah satu tuduhan lapuk yang kini diulang kembali dan saya percaya kekangan Pas dalam soal ini adalah sekutu mereka.

"Justeru saya amat berharap janganlah dipolemikkan berterusan isu tersebut kerana akhirnya nanti ianya dikhuatiri tidak akan kemana dan merugikan bangsa kita dengan melihat Islam direndahkan," katanya. – MediaUMNO

Don’t Be Bound By Political Sentiments When Giving Advise, ‘Pondok’ Institution Told

Posted: 24 Apr 2014 02:15 AM PDT

ALOR SETAR, April 24 – Datuk Seri Najib Tun Razak wants the ‘pondok’ institution (traditional religious schools) to be active as the voice of religious inspired advise without being bound by any partisan political sentiments.

The prime minister said Muslims as the bearers of the administrative leadership’s trust always hoped for the opinions, advise and prayers of the ulama in carrying out their duties.

“This kind of situation is difficult to form if the advise that is presented is used for partisan political competition. The ulama must advice and reproach anyone but through a method and culture that is suitable with their authority and high position in Islam,” he said when officiating at the closing of the ‘Ijtimak Pondok Malaysia 2014′ programme here today.

He said it was hoped that pondok students would continue to play a role as the fort to defend the sovereignty and purity of Islam as ‘ad-din’ based on the National Constitution.

The government rejected any threats against the faith of Muslims and any attempts to break apart the people’s unity, he said.

“We must also reject any movement or teachings that are in conflict with the Federal Constitution. In this context, we deeply appreciated the opinions and stance of the ulama and pondok students as well as non-governmental organisations in defending the sanctity of Islam,” he said.

Najib said the reality was that there were certain groups with a liberal attitude, who openly and freely voiced out their stance without taking into account the feelings or sensitivities of others.

“Even though we know that Islam is the federal religion that is guaranteed in the Constituition, they continue to challenge and want to change what has been enshrined all this while,” he said.

He said the government wanted to see the pondok teaching system to continue to be relevant and the ulama and pondok teachers given the due recognition.

At the function, the prime minister announced that the government would open 100 places for pondok students to pursue their education and training in their chosen fields at local institutions of higher learning, which will be fully sponsored by the goverment.

“Half of the total or 50 places, are reserved for pondok teachers who are qualified to go to Institutes of Teachers’ Education, Pendidikan Islam campus in Bangi, Selangor and the remaining 50 students to local universities such as Universiti Sains Islam Malaysia in Nilai,” he said.

He said application from qualified candidates could be made and processed through thr Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), in cooperation with the ministry and universities involved,

Najib also announced a grant of RM500,000 to YPPM to search, obtain and conserve all old scriptures from within and outside the country.

Also present were Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom and YPPM Executive Chairman Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

The two-day Ijtimak Pondok Malaysia 2014, which began yesterday, is participated by 1,300 participants, including pondok institution representatives from southern Thailand and Indonesia.

BN Tunggu Kata Putus MCA Mengenai PRK Bukit Gelugor – Tengku Adnan

Posted: 24 Apr 2014 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April – Barisan Nasional (BN) sedang menunggu kata putus daripada MCA sama ada parti komponen itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang bulan depan atau sebaliknya.

mesyuarat-bn-palanivel-tiong-lai-muhyiddin-barisan-nasional

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA sepatutnya bertanding dalam PRK itu memandangkan kerusi Bukit Gelugor merupakan kerusi tetap MCA.

“Buat masa ini kita (BN) belum dapat sebarang kepastian daripada MCA dan kita masih menunggu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, 17 April lepas akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas hari ini menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.

Tiada Kenaikan Harga Yang Tinggi, Malah Ada Penurunan – Muhyiddin

Posted: 24 Apr 2014 12:40 AM PDT

PUTRAJAYA, 24 April – Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata pemeriksaan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan di seluruh negara pada Januari hingga Mac tahun ini mendapati tidak berlaku kenaikan harga yang tinggi malah terdapat juga penurunan.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kutipan harga seperti barangan basah, barang runcit/ kering, barang berbungkus/tin/pek, makanan bayi, rempah ratus dan siap masak bagi memastikan kedudukan sebenar harga barangan itu.

Kenyataan akhbar berhubung hasil analisis perbandingan harga itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat selama dua jam di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau memberikan contoh tinjauan harga itu seperti telur ayam gred B (10 biji) yang kekal pada harga RM3.70 di Semenanjung, Sabah (RM3.90) dan Labuan (RM4.30) dalam tempoh Jan-Mac manakala harga di Sarawak turun dari RM3.60 (Jan) kepada RM3.30 (Mac).

Harga ayam bersih standard di Semenanjung naik 10 sen daripada RM7.60 bagi sekilogram (Jan) kepada RM7.70 (Mac) manakala harga yang mengalami penurunan ialah di Sarawak dari RM9.10 (Jan) kepada RM8.70 (Mac), Sabah dari RM10.70 (Jan) kepada RM9.80 (Mac) dan Labuan dari RM10.60 (Jan) kepada RM10.52 (Mac), katanya.

Harga ikan kembung hitam turun di Semenanjung, Sarawak dan Labuan manakala berlaku kenaikan kecil di Sabah.

Di Semenanjung harga ikan itu turun kepada RM8.60 sekilogram (Jan) kepada RM8.10 (Mac), Sarawak turun daripada RM8.00 (Jan) kepada RM7.50 (Mac), Labuan RM12.00 (Jan) kepada RM10.00 (Mac) manakala di Sabah dari RM6.70 (Jan) kepada RM7.40 (Mac).

Muhyiddin berkata kerajaan melalui KPDNKK menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan dalam Ops Harga 2014 bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.

“Sehingga 20 April tahun ini, sebanyak 437,992 pemeriksaan premis telah dilakukan dan 2,925 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga dan melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550,” katanya.

Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada factor pengeluaran dan bekalan, Muhyiddin berkata peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan diperkasa dalam meningkatkan bekalan dan mengukuhkan edaran komoditi agromakanan.

Muhyiddin berkata kerajaan melalui FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan barangan komoditi bagi memastikan bekalan produk agromakanan berterusan dan dijual dengan harga berpatutan.

Sehingga 15 April, FAMA dan NEKMAT telah menyediakan stok simpanan bagi komoditi tomato, kubis bulat, kelapa, kentang, bawang besar, bawang merah, bawang merah kecil, lobak merah, ikan dan ayam bagi memastikan produk agromakanan segar dan berkualiti, katanya.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk FAMA dan NEKMAT melaksanakan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan menstabilkan harga barang.

Muhyiddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) melalui FAMA sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.

Beliau juga berkata Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani turut menyediakan dan menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada harga lebih rendah.

“MoA sedang menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang bagi memastikan hasil-hasil pertanian dari ladang terus dibawa ke pusat pengumpulan dengan perkhidmatan pengangkutan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Ini dapat mengurangkan penglibatan orang tengah,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak.

Dalam hal ini, beliau berkata kempen melibatkan 20 badan bukan kerajaan (NGO) pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan berkecuali akan menjalankan program di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

“Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, street team, media cetak mahupun media elektronik yang mensasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kerajaan Tidak Tolak Hudud – Najib

Posted: 24 Apr 2014 12:03 AM PDT

ALOR SETAR, 24 April – Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

najib-lawatan-kedah

“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

“Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hokum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

” Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam system pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

“Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,” katanya.

Bahan Yang Hanyut Ke Pantai Di Augusta Bukan Daripada Pesawat Hilang

Posted: 23 Apr 2014 08:59 PM PDT

PERTH, 24 April – Biro Keselamatan Kenderaan Australia (ATSB) yakin bahawa bahan tidak dikenal pasti yang hanyut ke darat di Augusta, pantai barat daya Australia Barat, bukan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Khamis berkata ATSB, selepas meneliti gambar-gambar bahan itu secara terperinci, berpuas hati bahawa ia bukan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pencarian pesawat malang itu.

JACC yang mengendalikan operasi mencari itu berkata demikian dalam kenyataan di sini.

hanyut-pantai-augusta-bukan-dari-pesawat-mas-hilang-mh370-jacc-malaysia

Jurucakap ATSB, Martin Dolan, dalam temu bual dengan CNN pada Rabu berkata bahan itu merupakan kepingan logam dengan cantuman rivet.

“Memang cukup menarik bagi kami untuk meneliti gambar-gambar itu…tapi keterujaan itu berkurangan, semakin lama kami melihatnya,” katanya.

ATSB turut memberikan gambar-gambar itu kepada pasukan penyiasatan Malaysia, menurut JACC dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, Polis Australia Barat menerima laporan mengenai bahan yang hanyut ke pantai 10 kilometer timur Augusta, kira-kira 322 kilometer ke selatan dari sini dan telah mengambil bahan itu sebelum diperika ATSB.

Sementara itu, JACC berkata operasi mencari secara visual dan dalam air akan diteruskan hari ini dengan menggunakan 11 pesawat tentera dan 11 buah kapal yang terlibat dalam kawasan pencarian visual terancang kira-kira 49,567 kilometer persegi dengan kedudukan tengah kira-kira 1,584 kilometer di barat utara Perth.

Sementara itu, Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21 kini dalam misi ke-12nya dengan tumpuan yang diberikan di kawasan pencarian dalam air telah 90 peratus siap, tanpa menemukan dengan apa kepentingan berkaitan setakat ini.

Sebelum bermulanya operasi pencarian udara hari ini, agensi itu menarik perhatian kepada keadan cuaca semasa dengan jangkaan taufan luar tropika akan bergerak ke selatan.

“Ramalan cuaca hari ini ialah hujan lebat dan awan rendah dengan kelajuan angin selatan timur hingga 35 knots, laut berombak tiga hingga empat meter tinggi dan tahap penglihatan satu kilometer jauh,” menurut agensi itu.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Gerakan mencari Boeing 777-200 itu melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Pemilihan PKR Serlahkan Wajah Hodoh Kepimpinan Pembangkang Berpolitik

Posted: 23 Apr 2014 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 April – Pemilihan PKR yang bakal diadakan pada Mei depan memaparkan wajah hodoh kepimpinan parti terbabit yang sebelum ini lebih cenderung menuding jari kepada parti lain khususnya UMNO dengan pelbagai kata-kata negatif, kata Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.

Jelasnya, dengan pencalonan sehingga membabitkan empat orang dalam kepimpinan timbalan presiden parti maka ia menunjukkan bagaimana wujudnya kelompok-kelompok tertentu yang saling tidak puas hati.

"Sebelum ini pakatan pembangkang termasuklah pemimpin PKR sendiri seringkali melabelkan UMNO dengan kononnya wujud kem-kem tertentu, ada kelompok-kelompok masing-masing untuk memenangi jawatan dalam parti namun dengan apa yang ditunjukkan melalui pencalonan bagi pemilihan PKR, terbukti tindakan mereka lebih teruk daripada apa yang mereka tuduh UMNO buat," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

pemilihan-pkr-2014-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-kroni

Berdasarkan pencalonan, empat nama yang disahkan bertanding merebut kerusi timbalan presiden ialah penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk K. Ramachandram.

"Antara kepimpinan Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seakan ada yang tidak selesai kerana masing-masing sememangnya tidak sehaluan dan mempunyai pendekatan yang berbeza dan apa yang dapat dilihat, sehingga empat individu bertanding untuk jawatan tersebut maka ia boleh disimpulkan sebagai ada yang tak kena."

Jelas beliau, sepanjang kewujudan UMNO yang telah melalui berpuluh kali pemilihan parti namun belum pernah ada sehingga empat orang individu menawarkan diri bagi jawatan timbalan presiden apatah lagi untuk melibatkan hubungan suami isteri dalam pertandingan jawatan presiden.

"Apakah lagi sandiwara yang mahu ditunjukkan oleh PKR kepada rakyat kerana dengan jumlah individu yang bertanding itu sendiri sudah menunjukkan bagaimana ramainya pihak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan perjalanan politik parti itu sendiri."

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan presiden sementara anak Anwar, Nurul Izzah pula akan bertanding bersama 15 yang lain bagi jawatan naib presiden PKR.

"Pencalonan ini sendiri secara langsung telah memberi gambaran bagaimana kepimpinan atasan gagal mengawal partinya sehinggakan pemilihan parti boleh dianggap seolah-olah hilang haluan."

Dalam hal ini, beliau menjadikan UMNO sebagai perbandingan yang menganggap bahawa pemilihan UMNO sewajarnya menjadi contoh kepada mereka dengan mewujudkan keterbukaan apabila memberi ruang dan peluang kepada lebih 146,000 anggotanya untuk memilih kepimpinan tertinggi partinya selain berlangsung lancar.

"PKR telah terbukti tidak mengotakan apa yang dikata, menuduh orang lain dengan macam-macam kata, kronilah, berpuak-puak, nipotisme dan macam-macam lagi tetapi akhirnya mereka sendiri yang berbuat demikian.

"Lihat sahaja jawatan presiden, mana mungkin pasangan suami isteri boleh bertanding bersama dan saling berlawan sedangkan sepatutnya mereka saling memberikan sokongan. Ini memang sandiwara dan apa-apa sahaja yang mereka laksanakan telah serlahkan keburukan mereka sendiri," tegasnya lagi. - MediaUMNO

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

Najib Begins One-Day Visit To Kedah

Posted: 23 Apr 2014 08:08 PM PDT

ALOR SETAR, April 24 – Datuk Seri Najib Tun Razak kicks off his one-day working visit to Kedah today when he attends the state development briefing session at Wisma Darul Aman here.

The prime minister arrived at the Wisma Darul Aman’s ops room at 9.50 am.

He will then proceed to attend the closing ceremony of the ‘Ijtimak Pondok Malaysia 2014′ programme at Seri Mentaloon, the menteri besar’s residence here.

Najib will also launch the Kedah Rural Transformation Centre (RTC) in Napoh, Jitra.

Pilihan Raya Bukit Gelugor 25 Mei, Penamaan Calon 12 Mei – SPR

Posted: 23 Apr 2014 08:06 PM PDT

PUTRAJAYA, 24 April – Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang ditetapkan pada 25 Mei, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

spr-prk-kajang-abdul-aziz-mohd-yusof

“Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan kerusi berkenaan di sini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Abdul Aziz berkata bagi Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Bagi tujuan PRK kali ini juga seramai 1,095 orang petugas akan dilantik dan membabitkan kos perbelanjaan RM1.9 juta,” katanya.

Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK itu akan mula dijual pada 6 Mei.

Pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas SPR SEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...