UMNO Online - “Preserve Cherished Values Towards National Unity – Kurup” plus 6 more

UMNO Online - “Preserve Cherished Values Towards National Unity – Kurup” plus 6 more

Link to UMNO Online

Preserve Cherished Values Towards National Unity – Kurup

Posted: 12 Apr 2014 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 12 – Respect, moderation, openness and accommodation of different cultures and ideas are among values which Malaysians should preserve to achieve national unity and religious harmony in the country.

Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Joseph Kurup noted that Malaysia’s nation-building structure was based on sound values and principles, not just in material progress but also in the supremacy of core values that stressed national unity based on harmony and respect among the numerous ethnic communities.

“The spirit of working together for common destiny and for the larger objective of national interests should continue to be our guide on how we should conduct ourselves towards each other,” he said in his speech during the launch of the ’3H Programme: Heritage, Home and Hope’ here today.

Kurup hoped that the newly-launched initiative would help strengthen national unity by reminding Malaysians to remember their heritage, appreciate their home and build their hope on a truly united Malaysian society.

The one-day event was organised by non-governmental organisations in collaboration with the National Unity and Integration Department.

Drawing over 600 participants, it focused on efforts to strengthen national unity.-MediaUMNO

Hishammuddin Nafi Laporan Akhbar Tempatan

Posted: 12 Apr 2014 09:45 AM PDT

KLUANG, 12 April – Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

hishammuddin_hussein_1703_840_560_100

“Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, hari ini.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasat menerima pelbagai petunjuk di Laut China Selatan termasuk mengenai imej satelit oleh China, penemuan jaket dan bot keselamatan serta tumpahan minyak yang kononnya berkaitan dengan MH370 menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas dari Laut China Selatan ke Laut Andaman dan kini di Lautan Hindi.

“Kita terima macam-macam petunjuk dan kita mengikutinya tetapi malang ia adalah hanya ‘roller coaster ride’, di mana kita terima maklumat dan siasat tetapi ia tidak berasas,” jelasnya.

Beliau berharap orang ramai memahami apa yang pihaknya sedang lalui kerana maklumat tidak berasas bukan sahaja menjejaskan operasi tetapi juga memberi ksan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-22ER  itu hilang daripada radar kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong mengetuai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat hajat bagi keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Beliau berkata penganut Buddha dan Hindu di Parlimen Semberong turut mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R.Vidyanathan dan anggota DUN Paloh Teoh Yap Kun mengetuai upacara itu bagi penganut agama masing-masing.-MediaUMNO

BR1M Bukan Penyelesaian Jangka Panjang Hapus Kemiskinan Rakyat

Posted: 12 Apr 2014 09:33 AM PDT

MELAKA, 12 April – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah suatu penyelesaian jangka panjang bagi menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Sebaliknya, dalam menangani isu itu, rakyat negara ini terutama kaum Melayu diseru menceburi bidang perniagaan dan keusahawan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi sejak zaman kemerdekaan lagi.

“Rakyat tidak boleh terus bergantung kepada bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan seperti BR1M kerana ia hanyalah untuk meringankan sedikit beban mereka.

KL22_110513_UNEQUEIN

“Kita (orang Melayu) perlu mencontohi masyarakat Cina di negara ini yang rata-rata berniaga dan menjadi usahawan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai tabung dan bantuan keusahawanan kepada rakyat terutama kaum Bumiputera di negara untuk menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata kerajaan juga memberi peruntukan tambahan kepada beberapa tabung keusahawanan tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana sebanyak RM10 juta, Tabung Tunas Usahawan Belia (RM10 juta), Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (RM100 juta), Amanah Ikhtiar Malaysia (RM300 juta), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (RM700 juta), Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta) dan Dana Pasar Malam sebanyak RM100 juta.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan cawangan House of Mini di Dataran Pahlawan di sini, hari ini milik Ketua Pegawai Eksekutif Dragon Heart Sdn Bhd Anuar Hassan.

Anuar menyasarkan syarikatnya untuk membuka 20 cawangan kedai kek cawan dan donut mini di Semenanjung Malaysia menjelang penghujung tahun ini.-MediaUMNO

Malaysia Tidak Akan Lupa Jasa Pihak Bantu Misi Cari Pesawat MH370

Posted: 12 Apr 2014 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April –  Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang memasuki hari ke-36 hari ini.

sidang-media-najib-hisham-azharuddin-sahih-lautan-hindi-mh370-pwtc

Perdana Menteri berkata kerajaan sama sekali tidak akan melupakan segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap individu, organisasi, tentera dan negara terbabit sejak operasi mencari dan menyelamat bermula sejurus pesawat itu hilang pada 8 Mac lepas.

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua kerajaan yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370.

“Bantuan dan kerjasama dari setiap individu, organisasi, tentera dan kerajaan yang terlibat tidak akan kami lupakan,” katanya dalam entri terbaru laman facebook beliau malam ini.

Antara 26 negara yang terlibat dalam misi itu ialah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapura dan India.

Minggu lepas, Najib melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth, Australia bagi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta pihak lain yang telah bertungkus lumus berusaha mencari pesawat MH370, yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi mencari dan menyelamat itu merangkumi Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum tumpuan beralih ke koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand dan koridor selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Misi mencari kini ditumpukan di Selatan Lautan Hindi.-MediaUMNO

MH370 : Misi Mencari Bakal Guna Kenderaan Dalam Air Automatik

Posted: 12 Apr 2014 01:12 AM PDT

PERTH, 12 April –  Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat  Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia  AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

bluefin

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.

Menurutnya  AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.

“Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas,” menurut JACC dalam kenyataan hari ini.

JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.

Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.

“Berdasarkan ramalan cuaca hari ini, tiupan angin dari arah tenggara selaju 10 knot dan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dan jarak penglihatan lima kilometer dalam keadaan hujan,” kata JACC dan menurutnya tiada satupun objek yang diambil dari kawasan pencarian mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.

Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.

Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.-MediaUMNO

Kerajaan Komited Tangani Isu Pendidikan Dan Keselamatan

Posted: 12 Apr 2014 01:01 AM PDT

DUBAI, 12 April – Kerajaan Malaysia komited untuk mengambil langkah perlu bagi melakukan penambahbaikan terhadap dua isu yang dekat di hati rakyat Malaysia — pendidikan dan keselamatan — bagi menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik.

Jaminan itu diberikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada diaspora Malaysia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat, yang masih mengikuti perkembangan di tanah air dan memberikan maklum balas berhubung dua perkara itu.

Muhyiddin, semasa menjawab soalan hadirin berhubung pendidikan di Malaysia pada majlis makan malam, menegaskan pendidikan sentiasa dinamik dan mengalami banyak perubahan yang memerlukan penyesuaian dilakukan sewajarnya.

muhyiddin-lawatan-kerja-dubai-uae-emiriyah-arab-bersatu-pelaburan-kerjasama

“Kami perlu lihat semula apa yang kami telah terapkan bertahun-tahun lamanya dan sudah tentu tidak sabar untuk melihat bagaimana sistem pendidikan kami berdepan dengan persekitaran global yang sentiasa berubah,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata sungguhpun Malaysia telah mencapai tahap pencapaian tertentu dalam aspek pendidik, terdapat maklum balas yang menyatakan ia “masih belum cukup baik”.

“Terdapat jangkaan tinggi terhadap apa yang kami lakukan dan ini termasuk pendidikan. Kami perlu menelitinya semula,” katanya.

Memberikan contoh penguasaan Bahasa Inggeris, Muhyiddin berkata banyak pihak mengakui tahap bertutur dan memahami bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia adalah agak baik namun mereka menekankan keperluan dipertingkatkan lagi.

Timbalan Perdana Menteri turut berkongsi dengan hadirin bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah membantu menambah baik  elemen asas sistem pendidikan manakala Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara memberi penekanan terhadap aspek pengantarabangsaan secara komprehensif bagi menjadikan negara hab pengajian tinggi serantau.

Beliau berkata Malaysia kini menduduki tangga ke-11 dalam World Education Service Report dari aspek destinasi pilihan bagi pengajian tinggi dengan jumlah pelajar antarabangsa meningkat kepada kira-kira 93,000 ketika ini berbanding 86,000 pada 2010.

Muhyiddin berkata PPPM bukan sahaja bertujuan menyediakan pelajar Malaysia untuk menghadapi cabaran masa depan dan global tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai positif dan perpaduan.

“Dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, perlu ada interaksi lebih baik dalam kalangan pelajar kita dan ini boleh dipupuk menerusi program seperti sukan, kebudayaan dan perpaduan,” katanya.

Berhubung aspek keselamatan, Muhyiddin berkata lebih banyak perlu dilakukan dalam usaha memerangi jenayah walaupun polis telah berjaya mengurangkan kadar kes jenayah secara signifikan menerusi tindakan tegas termasuk “Ops Cantas”.

Beliau berkata walaupun kadar jenayah mencatatkan penurunan ketara, namun usaha memerangi jenayah terus menjadi fokus utama bagi meningkatkan tahap keselesaan negara.

Katanya sungguhpun jumlah jenayah melibatkan pelajar asing adalah rendah, wujud keperluan untuk menangani masalah itu termasuk memperketat proses permohonan pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

“Walaupun terdapat rungutan kenapa mengambil masa lama untuk menilai permohonan pelajar berkenaan, kami perlu teliti dalam proses ini,” katanya.

Menjawab soalan lain, Muhyiddin berkata Kawasan Keselamatan Khas PantaiTimur Sabah (ESSCom) akan dipertingkatkan untuk mencegah pencerobohan dan kes penculikan daripada berlaku di Sabah dan perairannya.

“Kami memandang serius kes (culik) baru-baru ini. ESSCom perlu meningkatkan keupayaan pengawasannya dan memperoleh asest-aset baharu untuk meningkatkan keupayaannya,” katanya merujuk kepada kes culik seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina di Singamata Reef Resort di Semporna, Sabah baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut berkongsi kejayaan Malaysia menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah memberi manfaat kepada banyak orang termasuk 4.3 juta penduduk luar bandar.

Sebagai contoh, katanya kerajaan telah membina dan menyelenggara 4,000 kilometer jalan raya di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak sejak 2010.-MediaUMNO

Najib Ziarah Haron Din Di IJN

Posted: 12 Apr 2014 12:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.-MediaUMNO

najib-pm-lawat-mursyidul-am-pas-haron-din-ijn-jantung-hospital

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...