BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#KLIA2 !!! APA LAGI #AIRASIA NAK NI ???

Posted: 12 Apr 2014 08:00 AM PDT


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beropearsi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu,klia2.Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB,Datuk Azmi Murad berkata,syarikat pener­bangan tambang rendah yang enggan berpindah ke klia2 dengan memberi pelbagai alasan,termasuk keselamatan merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di klia2.Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium,katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.Berikutan operasi penerbangan di klia2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei,AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.Azmi berkata, pemindahan ke klia2 sudah dipersetujui semua pihak,termasuk Jabatan Imigresen,Kastam Diraja Malaysia,Polis serta pihak berkuasa kesihatan. 

AirAsia,syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia,dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.Rabu lepas,Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kap­rawi mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei,namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.Menurut Azmi,MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".Berharga RM4 bilion,beliau berkata klia2,yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA),bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah." Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di klia2,Azmi berkata,klia2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.Beliau berkata,AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual. 

 "Kita tidak boleh membandingkan klia2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh klia2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya

dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di klia2.Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir,Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal,warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.Beliau berkata,caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna.Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas,kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.

"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki,itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak,kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah,MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HADIAH BERHARGA DARI KERAJAAN #SELANGOR UNTUK RAKYAT DIDEDAHKAN !!!

Posted: 12 Apr 2014 05:00 AM PDT


di bawah adalah senarai hadiah paling berharga untuk rakyat dari kerajaan negeri selangor didedahkan,jom kita lihat satu persatu

* Catuan bekalan air sehingga Julai tahun ini. 

* Penghapusan Diskaun Bumiputra tujuh peratus (7%) untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana. 

* Pemecatan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS Holdings dan Kumpulan Peransang Selangor. 

* Peningkatan kes Denggi sehingga 354 peratus atau 6,211 kes sepanjang dua bulan awal tahun ini. 

* Lesen perniagaan dinaikkan sehingga 400 peratus oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

* Premium (cukai) tanah negeri dinaikkan sehingga 500 peratus - menyebabkan peningkatan harga tanah dan perumahan.

* PKNS tidak lagi menumpukan kepada pembinaan perumahan kos rendah,sederhana dan mampu milik.Hanya memberi tumpuan kepada perumahan elit dan mewah.

* Bayaran letak kereta ('parking') di bawah beberapa PBT dinaikkan sehingga 300 peratus. 

Dan banyak lagi sudah diberikan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat.Jadi,apa lagi rakyat Selangor mahu ???? 

Terima kasih kerana mengundi PR !!!

"Pakatan kuat,rakyat merempat !!!"

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! PM DS @NAJIBRAZAK MELAWAT USTAZ #HARONDIN DI #IJN !!

Posted: 12 Apr 2014 01:30 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.Haron,73,kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu,Dr Azlin Azzuddin.Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

APA MASALAH #NURULIZZAH NI ??? BILA PULAK #KHUTBAHJUMAAT PROMOSI #GST ???

Posted: 11 Apr 2014 10:00 PM PDT


tu diaaa !!! dah start meroyan si nurul izzah ni !!! bila masa pulak khutbah jumaat ada promosi GST ??? apa yang nurul izzah merepek ni ??? ada bukti kerr ??? kalau ada kemuka kan bukti tu boleh ??? jangan main tembak jerrr !!! malas nak komen panjang-panjang,kang pedas lagi saya bagi !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#REFORMASI2.0 !!! SELURUH #MALAYSIA BUAT LAPORAN TERHADAP #RAFIZIRAMLI !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 11 Apr 2014 07:00 PM PDT


Seluruh balai polis di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hari ini menerima laporan berhubung kenyataan menghasut daripada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di dalam buku yang bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah'. Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi yang mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara ketika bercerita mengenai kes Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan polis turut dibuat kerana percaya buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia.Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c)




Sebelum ini,Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama di Balai Polis Setapak dan berharap agar Ahli Parlimen Pandan ditahan serta disiasat berhubung kes tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...