UMNO Online - “Penghulu Dan Penyokong Pas Ambil Dua Kali BR1M 3.0” plus 9 more

UMNO Online - “Penghulu Dan Penyokong Pas Ambil Dua Kali BR1M 3.0” plus 9 more

Link to UMNO Online

Penghulu Dan Penyokong Pas Ambil Dua Kali BR1M 3.0

Posted: 16 Apr 2014 05:27 AM PDT

TUMPAT, 16 April – Seorang penghulu dan seorang penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu di sini telah mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sebanyak dua kali, tetapi memulangkannya setelah digertak dengan laporan polis.

Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu, Rosli Abdul Ghani, berkata berdasarkan maklumat sebuah bank penghulu berusia 52 tahun yang juga bilal sebuah masjid dan penyokong PAS berusia 41 tahun itu telah menunaikan baucar bernilai RM650 masing-masing yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 1 April lepas.

“Bagaimanapun mereka hadir sekali lagi pada majlis penyerahan BR1M 3.0 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor pada 14 April lalu, apabila wang BR1M sebanyak RM650 diberikan secara tunai kepada setiap penerima,” kata Rosli kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya melalui pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan telah memaklumkan kepada semua penerima yang layak, bahawa mereka yang telah menerima BR1M 3.0 tidak harus mengambilnya untuk kali kedua.

“Sebelum kami beri surat untuk penerima menghadiri majlis berkenaan, kami telah beritahu sekiranya sudah terima wang BR1M 3.0 jangan pergi ambil kali kedua.

“(Bagaimanapun) pada 15 April, pihak bank telah menghubungi saya memaklumkan terdapat dua penerima yang mengambil wang pada majlis 14 April telah pun menerima wang di sebuah bank lain sebelum ini,” kata Rosli.

Beliau mendesak kedua-dua mereka agar mengembalikan wang itu dan sekiranya mereka enggan, beliau akan membuat laporan polis.

“Pada pagi ini penghulu dan penyokong Pas itu telah memulangkan semula wang BR1M berkenaan kepada pihak bank,” katanya.

Rosli menasihati semua penerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu agar mengambilnya secara jujur kerana BR1M diperuntukkan kerajaan bagi meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Lebih Banyak Negara Mahu Bantu Cari Pesawat MH370 – Hishammuddin

Posted: 16 Apr 2014 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April  - Lebih banyak negara telah menyuarakan hasrat dan kesediaan untuk membantu dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, yang masuk hari ke-39 hari ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata : “Tatkala kami meneruskannya (misi mencari)…jika sesetengah negara mungkin mahu mengurangkan pembabitan, terdapat negara lain tampil menawarkan bantuan.

“Kami mempunyai rakan di Timur Tengah yang mahu membantu tetapi mereka tidak mempunyai aset untuk memberikan bantuan langsung, (jadi) kami perlu mencari cara dan kaedah tentang bagaimana mereka boleh memberikan atau memulakan bantuan,” katanya.

dymm-agong-sultan-abdul-halim-hishammuddin-lawat-dsa-pertahanan-perkhidmatan-2014-pwtc

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan enggan mengulas lanjut tentang negara-negara yang telah menawarkan bantuan.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) dengan Rheinmetall Waffe Munition GmbH, Poly Group China dan Thai Arms Co Ltd Thailand pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA)  2014  di sini hari ini.

Bagi pihak Malaysia, Hishammuddin menegaskan kerajaan sentiasa komited dan tidak pernah memperlahankan usahanya untuk mencari pesawat itu.

Beliau berkata ini terbukti apabila Malaysia menghantar sebuah lagi kapal Bunga Mas 6 ke perairan Perth, Australia, untuk membantu operasi mencari itu.

“Saya fikir, bagi pihak Malaysia, kami tidak akan memperlahankan (usaha mencari kerana) ini adalah janji yang kami buat kepada anggota keluarga (penumpang MH370),” katanya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Ke Mana Hilangnya 160 Aduan Penipuan Pemilihan PKR? – Rahimi

Posted: 16 Apr 2014 04:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April – Apa lagi yang boleh diharapkan ahli PKR sekiranya 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri pada pemilihan yang lalu masih tiada sebarang tindakan hingga kini.

Menurut Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, ahli-ahli PKR akan terus ditipu kerana demokrasi di dalam PKR tidak pernah ada.

Tegas beliau lagi jawatankuasa aduan cuma wayang pacak untuk terus menipu ahli-ahli PKR.

gambar-bekas-pegawai-khas-sulit-parti-pkr-anwar-ibrahim-bersama-rahimi-osman

"Pemilihan kali ini juga hanyalah satu 'drama' yang telah disusun sebaik mungkin. Ini kerana hakikat sebenar parti PKR akan terus dikuasai oleh mereka yang telah dipilih oleh Anwar Ibrahim dan bukannya dipilih oleh ahli.

"Saya jangkakan akan lebih banyak masalah dan penipuan akan berlaku pada pemilihan kali ini demi memastikan kroni-kroni Anwar terus memegang jawatan," ujarnya mengulas mengenai pemilihan parti PKR yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tambah Rahimi, sekiranya PKR telus dan jawatankuasa aduan berfungsi, sudah tentulah 160 aduan tersebut ada kesinambungannya.

“Lima tahun telah berlalu dan aduan tersebut terus berkubur tanpa ada sebarang tindakan. Oleh itu, di mana letaknya ketelusan dalam PKR? Di mana fungsi Jawatankuasa Aduan? Pemilihan kali ini juga boleh disimpulkan satu lagi retorik politik susunan Anwar Ibrahim.

"Sudah pasti dia telah mengaturkan segalanya untuk memastikan dia sentiasa mendapat sokongan," jelas Rahimi.

Tambah beliau sepatutnya, parti PKR mendedah dan menerangkan kepada semua ahli apakah yang telah merela lakukan dan tindakan apakah yang telah diambil terharap 160 aduan yang dibuat pada pemilihan sebelum ini.

“Sekiranya tiada penjelasan, maka sudah terang lagi bersuluh ahli PKR telah bergantung harap kepada dahan yang salah.

"Ahli-ahli PKR akan terus ditipu, ditipu dan ditipu sampai bila-bila…" jelasnya lagi. - MediaUMNO

Naik Tarif Air : Sekali Lagi Rakyat Pulau Pinang Kena Tipu

Posted: 16 Apr 2014 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air di negeri tersebut.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, cadangan menaikkan tariff air ini berlaku tidak sampai setahun surcaj air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen.

rafizal-pemuda-umno-bn-penang-tarif-air-surcaj-naik-melambung-rakyat

"Ini adalah bebanan tambahan kepada rakyat Pulau Pinang. Cadangan ini juga berlawanan dengan janji-janji pakatan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, di mana mereka berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air di negeri ini.

"Hakikatnya, rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan ditipu jikalau kenaikan tarif ini benar-benar berlaku," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Tambahnya, rakyat Pulau Pinang tidak harus dibebani untuk menanggung kos operasi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang semakin menaik ekoran ketidak-cekapan pentadbiran mereka.

"Sebelum ini rakyat sudah berasa terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013.

"Sekarang mereka hendak naikkan pula kadar tarif air sebanyak seratus peratus yang dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini dan keputusan berkenaan tidak wajar," katanya.

Justeru, beliau meminta agar kerajaan negeri termasuk PBAPP membatalkan cadangan berkenaan demi kepentingan rakyat. -MediaUMNO

Mahathir Suggests Removal Of Johor Causeway To Build “Friendship Bridge”

Posted: 16 Apr 2014 02:16 AM PDT

SERI ISKANDAR (Perak), April 16  - Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today suggested the removal of the Johor Causeway in order to build the Friendship Bridge proposed by the government.

He said the Johor Causeway causes various problems, mainly involving environmental issues and traffic congestion, in Johor Baharu.

“If it is a bridge, then what need is there for a causeway? The causeway prevents water from flowing across and also it is very dirty.

“It causes the sea to be very dirty, and there is a very big traffic jam in Johor Baharu because the bridge not being built,” he told reporters after giving a public lecture on ‘Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and the Way Forward’ at Universiti Teknologi Petronas here.

Dr Mahathir said he hoped that the government would not build a bridge elsewhere and then leave the present bridge in place because that would not solve the problem of traffic congestion in Johor.

“It (the Johor Causeway) should be removed, otherwise there is no friendship," he said.

Dr Mahathir also expressed his disappointment over the cancellation of the project to build a ‘Crooked Bridge’ on the Malaysian side of the Johor Strait linking to the Causeway on the Singapore side.

He said the crooked bridge should have been built because the Johor Causeway prohibited the east-west flow of water which could be utilised for communication.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak proposed the ‘Friendship Bridge’ at a joint press conference with Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong after they had wrapped up their two-day annual Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat in Putrajaya on April 7.

Pelajar Kedah Di Tiga Universiti Di Jordan Mengadu Yuran Naik – Pemuda UMNO

Posted: 16 Apr 2014 01:18 AM PDT

ALOR SETAR, 16 April – Kira-kira 370 pelajar Kedah yang sedang melanjutkan pelajaran di tiga universiti di Jordan mengadu yuran pengajian naik sekali ganda sekali gus membebankan mereka sejak setahun lepas, menurut Pemuda UMNO Kedah.

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pelajar terbabit dari universiti di Amman, Irbid dan Mafraq mendakwa yuran meningkat kepada 336 Jordan Dinar atau RM1,580 berbanding 136 Dinar Jordan (RM640) bagi satu semester sebelum ini.

Beliau berkata aduan rasmi pelajar tersebut disampaikan kepada pihaknya dua minggu lepas melalui surat.

Katanya kesemua pelajar yang menerima pinjaman daripada Pusat Zakat Negeri Kedah (PZNK) dan Yayasan Islam Kedah (YaIK) sebanyak RM5,000 untuk satu semester itu mendakwa tidak cukup untuk membayar sewa rumah dan kos pembelian buku yang semakin meningkat.

“Pelajar turut mengadu proses penerimaan pinjaman daripada kedua-dua agensi di bawah kerajaan negeri ini agak lewat iaitu sehingga penghujung semester dan ada pelajar terpaksa meminjam daripada sumber lain dan membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shaiful Hazizy berkata beliau akan ke Jordan malam ini untuk mengadakan pertemuan khas dengan pelajar di tiga universiti itu untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

“Saya berharap agar masalah dihadapi pelajar itu dapat diselesaikan dengan baik dan Pemuda UMNO negeri optimis, kerajaan negeri sedia ada sentiasa prihatin mendengar keluhan dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Tak Perlu Hairan 16 September Pun Satu Dunia Kena Tipu – Shamsul Anuar

Posted: 16 Apr 2014 12:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata berdasarkan rekod Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memutarbelitkan apa jua kenyataan atau pun perkara maka tidak hairan kalau dia boleh mendakwa  mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 hanya dalam sesaat sekiranya diberi kuasa.

Tegas beliau lagi sama seperti sejarah 16 September di mana satu dunia tertipu dengan dakwaan  bahawa pakatan pembangkang akan mengambil alih Putrajaya bila mana seramai 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.

anwar_16_sept_september_bohong_tipu_ahli_parlimen_alih_lompat_kerajaan

"Dalam hal kehilangan MH370 ini satu dunia berusaha mencari dan menyelesaikan misteri pesawat tersebut. Ini soal sensitif dan bukan perkara main-main. Saya tidak faham bagaimana dia boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Lebih saya tidak faham apabila masih ada yang mahu mempercayai apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim.

"Perlu diingat, ini bukan pertama kali Anwar berbohong. Sudah banyak kali dan penipuan kali ini amat memalukan. Seolah-olah rakyat amat bodoh dan tidak mampu untuk berfikir," jelasnya kepada UMNO-Online.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya berkata Anwar hanya mengolah skrip lama sama seperti penipuan 16 September.

Bukan itu sahaja penipuan jelas beliau malah sebelum pilihan raya umum yang lalu, Anwar juga telah mengeluarkan kenyataan sekiranya pembangkang kalah maka dia akan bersara dari politik dan akan menjadi pensyarah namun sehingga kini kenyataannya itu hanya tinggal satu kenyataan kosong.

"Anwar hanya pandai memperdayakan rakyat demi kepentingan politiknya sahaja. 16 September tipu, nak jadi pensyarah tipu… Dulu semasa di penjara pada tahun 1999, dia dakwa di racun dengan arsenik dan disuntik HIV.

"Tengok sahaja dirinya sekarang… masih sihat.  Sampai bila rakyat mahu terus diperkotak-katikkan… Lelaki bernama Anwar Ibrahim ini ternyata sanggup buat apa sahaja demi kepentingan politik. Saya sedih kerana perkara seperti kehilangan MH370 bukanlah satu perkara mainan yang boleh dipersendakan.

"Ini melibatkan dunia. Kita masih bersedih dengan kejadian ini. Usaha masih berterusan dilakukan untuk merungkai kehilangan MH370 tetapi Anwar seakan memandang remeh perkara ini. Jika benar dia boleh menyelesaikan perkara ini dalam sesaat, buktikan. Buktikan kepada dunia bahawa dia mampu menyelesaikan perkara ini dalam sesaat,” ujarnya. - MediaUMNO

MH370 : TLDM Gerakkan Kapal Bunga Mas Ke Lautan Hindi

Posted: 16 Apr 2014 12:17 AM PDT

LUMUT, 16 April  - Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) memulakan pelayaran ke Lautan Hindi hari ini bagi misi bantuan logistik pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Panglima Pemerintah Bantuan Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata BM6 adalah kapal ketujuh TLDM yang digerakkan bagi misi pencarian pesawat itu.

Kapal_TLDM_Tentera_Malaysia_Bunga_Mas_Enam_6_Carian_MH370

BM6 diketuai Komander J. Kuharaj sebagai Pegawai Pemerintah manakala anak kapal terdiri daripada 25 orang anggota daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang diserapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.

Turut serta dalam misi bantuan ini seorang anggota dan pegawai perubatan daripada Tentera Darat.

“Pendekatan pengoperasian kapal auxiliary TLDM yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan simpanan sukarela TLDM dalam misi ini merupakan satu usaha perkongsian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MISC dalam isu yang melibatkan kepentingan negara,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelepasan Kapal BM6 di pangkalan TLDM di sini.

“Kami akan menjalankan misi itu terutamanya di kawasan barat Perth, Australia bersama-sama KD Lekiu yang telah beroperasi di sana sejak 19 Mac lepas,” katanya.

Mohd Roslan berkata BM6 dijangka tiba di kawasan operasi pada 25 April.

Beliau berkata pihaknya bersedia menggerakkan misi itu secara berterusan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada kerajaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

MH 370 : Tiada Objek Berkaitan Ditemui Dalam Misi Sulung Bluefin-21 – JACC

Posted: 15 Apr 2014 09:44 PM PDT

PERTH, 16 April – Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi  (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lepas, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.

Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Malaysia Plane Bluefin

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang.

Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak 8 April lepas.

Kenyataan itu berkata operasi hari ini akan membabitkan kawasan pencarian visual meliputi kawasan seluas 55,151 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,087 kilometer ke barat laut Perth.

Operasi pencarian itu membabitkan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.

“Ramalan cuaca hari ini dipengaruhi tiupan angin timur selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer,” katanya.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai ‘koridor selatan’ dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Emergency Laws Can Be Enforced Of Water Supply Still At Critical Level

Posted: 15 Apr 2014 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 16  - Malaysia can enforce emergency laws if treated water supply is still at a dangerous stage during the dry spell in mid-May, said Association of Water and Energy Research Malaysia president S. Piarapakaran.

He said Malaysia was likely to be affected by the dry spell for the second time even though the reservoir level had not reached the minimum 55 per cent yet.

The raw water reserve capacity level in Selangor needs to exceed 55 per cent to avoid the Klang Valley from experiencing another water crisis.

“The Selangor Water Management Board has set 55 per cent reserve raw water capacity as the minimum level that needed to be achieved. (However) the capacity for the Sungai Selangor reservoir is still at 37 per cent at present.

“The total treated water capacity that can be distributed from the water treatment plant is about 2,500 million per day and this has caused more than 50 per cent of the water supply in the Klang valley to depend on the Sungai Selangor reservoir,” he said when contacted by Bernama here.

Piarapakaran said, if the matter was not being rectified urgently, the government would likely announce an emergency and enforce Section 56 of the Water Services Industry Act (WSIA) 2006.

He said WSIA is a specific law enforced during an emergency related to water supply consumption that is provided for by the Energy, Green Technology and Water Ministry.

Among the contents under WSIA is banning water consumption generally or for certain use, limiting water consumption and production during certain time and imposing additional charges on usage that exceeded the limits set.

Meanwhile the Meterological Department confirmed the country was expected to face the dry spell following transition to the southwesterly monsoon from mid-May to September.

The department’s National Weather Forecast Centre director Muhammad Helmi Abdullah said rainfall was expected to decrease between 100-200 millimetre per month during the monsoon.

He said the department would focus on cloud-seeding in and around Selangor during the transition to raise the water level at the reservoirs.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...